Hye korang! Siapa pernah pergi ke London? Mudah tak kalau
nak ke sana? Untuk first timer yang nak jejak Kota London mesti rasa cuak kan?
Jadi, kali ni IQ nak share dengan korang sedikit tips untuk korang rancang
perjalanan korang ke London dengan bajet yang minima. Search di carian Google Cathay Pacific Malaysia untuk bantu korang cari flight yang
sesuai.
Jangan lupa beli Oystercard terlebih dahulu untuk jimatkan
bajet korang kat sana sebab kat sana korang akan naik tube atau bas untuk lebih
jimat. Beli awal secara PreOrder di laman web OysterCard, dan kad akan dihantar
kepada korang tak kira di mana korang berada. Mudah kan? Tak sampai London lagi
kad Oyster da ada dekat tangan. Terus tak sabar nak jejak kaki di Kota London
gittewww.
Bagi kanak-kanak di bawah 11 tahun tak perlu ada Oyster Card
pun tak apa. Sebab kalau travel dengan orang dewasa, kanak-kanak boleh naik
tube mahupun bas secara percuma! Untung jadi kanak-kanak kan? Teringin jadi
kanak-kanak balik macam ni. Haha!
Makanan Halal Yang
Murah di London
Kalau pergi ke luar negara, makanan halal selalu jadi isu.
Senang ke kalau nak cari makanan halal di Kota London ni? Korang jangan risau
sebab kalau korang nak cari makanan halal yang murah, korang boleh cari di London
Central Mosques sebab dalam masjid tu ada dewan makan yang jual makanan halal.
Harganya pun berpatutan dan sesuai untuk korang nak jimat.
Tips nak berjalan dengan bajet minima adalah pergi ke tempat
yang tak perlukan bayaran tiket masuk. Di London terdapat lebih daripada 20
buah muzium yang boleh masuk tanpa dikenakan bayaran tiket masuk. Antaranya
adalah The British Museum, Natural History & Science Museum, Maritime
Museum, Imperial War Museum, Horniman Museum, Museum of London, Transport
Museum dan banyak lagi! Pergi negara orang mesti nak kenal budaya dorang kan?
So, tempat-tempat macam ni bagus untuk korang lawati dan yang paling penting
ianya PERCUMA untuk dimasuki. Hihi.
Nak tengok pemandangan dari tempat tinggi tak semestinya
kena naik London Eye. Ada tempat yang lebih jimatkan poket korang untuk korang
nikmati pemandangan Kota London seperti Parliament Hill dan juga Primrose Hill.
Walaupun pemandangannya tak seindah jika korang naik London Eye tapi ok la
jugak berbanding poket korang kempis tak dapat shopping lebih sebab bayar tiket
masuk yang mahal kan? Heeee.
Tempoh travel korang adalah yang paling penting untuk
elakkan kos sampingan. Untuk percutian di London, elakkan bercuti pada musim
perayaan Krismas, awal tahun baru dan juga cuti sekolah pada musim panas sebab
kos travel pada waktu tu akan jadi lebih mahal. Waktu bercuti yang terbaik dan
murah adalah pada pertengahan September hingga awal Oktober dan juga Mac
sehingga April. Get it? Pandaaiiii.
Pilihan Memandu Di Kota London?
Sesetengah pelancong memilih untuk menyewa kereta dan
memandu sendiri ke destinasi yang dorang kehendaki. Tapi sewa kereta dan pandu
sendiri bukan pilihan yang terbaik untuk jalan-jalan di Kota London kerana
kadar bayaran parking sangat tinggi dan trafik juga sangat sibuk di sana.
Walaubagaimanapun, kalau korang nak memandu di London, korang tak perlu ada
lesen memandu antarabangsa sebab korang boleh guna lesen memandu Malaysia saja.
Tapi terhad untuk tempoh setahun jer tau! Kalau korang travel 2 minggu, memadai
la kan?
Percutian yang minima mesti agak padat untuk pergi ke
bermacam-macam tempat kan? Tapi jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan
empat ikonik penting yang terdapat di Kota London iaitu, Pondok Telefon Merah,
Teksi Hitam Klasik, Big Ben dan juga Istana Westminster. Nak lebih mudah dan
jimat masa, korang boleh beli tiket bas Hop-on Hop-off untuk korang lihat
hamper kesemua tempat-tempat utama di London.
Cukai Barang di London
Untuk pengetahuan korang, di London ni, dorang kenakan cukai VAT iaitu Value Added Tax untuk setiap barang yang dijual. Kebiasaan harga yang tertera sudah termasuk dengan cukai VAT. So, korang boleh membeli dengan lebih mudah dan senang hati. Nak shopping? Korang boleh pergi ke tiga pasar utama di London iaitu Camden Lock Market, Brick Lane London Market dan Portobello Road Market London. Di sana korang boleh cari dan bei pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Barangan antik dan terpakai pun ada dijual.
Untuk pengetahuan korang, di London ni, dorang kenakan cukai VAT iaitu Value Added Tax untuk setiap barang yang dijual. Kebiasaan harga yang tertera sudah termasuk dengan cukai VAT. So, korang boleh membeli dengan lebih mudah dan senang hati. Nak shopping? Korang boleh pergi ke tiga pasar utama di London iaitu Camden Lock Market, Brick Lane London Market dan Portobello Road Market London. Di sana korang boleh cari dan bei pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Barangan antik dan terpakai pun ada dijual.
Kalau korang teringin membeli belah dengan lebih selesadi
Oxford Street, korang boleh berkunjung ke sana selain hari sabtu dan ahad. Hari
biasa tak ramai sangat orang kan? Mudah korang nak shopping nanti.
Perkara paling penting tentang melancong ke luar negara
adalah jaminan keselamatan. Jadi, korang jangan lupa ambil travel insurans
sebagai pelindung sebarangkemungkinan yang akan berlaku. Laburkan sedikit wang,
alaaa…bawah RM100 pun boleh dapat. Ok? Dan jangan lupa sediakan payung kecil
dalam backpack korang sebab dalam tempoh satu minggu,mesti ada satu hari hujan
di Kota London, tak kira musim. Sentiasa semak ramalan kaji cuaca sebab cuaca
di London sentiasa berubah. Suhu boleh berubah daripada cuaca panas 38 darjah
celcius pada hari sebelumnya kepada cuaca hujan 20 darjah celcius hari
seterusnya.
Untuk lebih kepuasan, korang perlu luangkan masa
sekurang-kurangnya 5 hari travel di London. Lagi lama lagi best! Kan? So, apa
tunggu lagi? Jom start cari cheap flights to London dan
book terus ok!
4 Comments
Tak pernah sampai lagi ke London
ReplyDeletejgn lupa ajak akak hahahaha
ReplyDeletewah, best yer IQ, nak g honeymoon ke london ke tu.. syok yer
ReplyDeleteangan angan tu ada :D
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)