Advertisement

Responsive Advertisement

Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak

Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Pengalaman yang menyeronokkan! Itu yang mampu IQ cakap selepas berpeluang untuk bersama-sama menerokai Petting Zoo yang berada di tengah-tengah bandar iaitu Farm In The City pada Hari Malaysia yang lepas. IQ bersama-sama Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga ahli keluarga masing-masing berpeluang merasai berjinak-jinak dengan pelbagai jenis haiwan dekat sana.

Awal pagi lagi dah kejutkan si Qa'id, excited nak bawak dia ke FITC ni apatah lagi hari tersebut hari ulangtahun kelahirannya. Semestinya nak beri Qa'id rasai pengalaman yang best sempena hari ulangtahunnya. IQ ajak adik IQ dan juga anaknya, Medina untuk join IQ sekali kali ni. Lagi ramai, lagi meriah!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Tak susah nak ke FITC ni. Lalu Highway MEX, keluar Exit Seri Kembangan kejap jer dah sampai. Mudah sangat. Cari dekat Waze atau Google Maps Farm In The City confirm jumpa. FITC ni buka bermula pukul 9.30 pagi tapi disebabkan excited sangat, pukul 9 pagi dah terpacak depan entrance FITC ni.

Oleh sebab kami terlalu ramai, kami semua dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Mudah untuk beri penerangan kepada semua tentang haiwan yang ada dalam FITC. IQ berada dalam Group B. Seronok excited nak masuk ni!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Sebelum pintu masuk, ada corner yang menjual makanan haiwan. Makanan tu diletakkan dalam bekas kecil. Harganya RM10 satu bekas. IQ beli satu bekas tu kot kot nak ajar si Qa'id bagi makanan dekat haiwan-haiwan dalam FITC tu nanti.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Dalam bekas tu ada lobak merah, ada rumput, ada daun ape lagi entah dan ada jugak makanan burung. 
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Bahagian pintu masuk FITC pun dah boleh nampak burung unta ni. Jinak! Tapi tetap kena hati-hati kalau nak bagi makanan. Kot tetiba kena patuk dengan burung unta ni. IQ tak berani nak dekat sangat bila nampak lehernya memanjang jer keluar dari pagarnya. huhu
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Redup dan Sejuk 

Ramai yang beranggapan FITC ni panas. Kononnya berada di tengah bandar, mesti tak banyak pokok yang ada untuk berteduh. Memang silap kepada sesiapa yang anggap macam tu. Sebab ternyata FITC ni kawasannya redup dan banyak pokok! Tak perlu risau terkena terik matahari ke apa, banyak pokok yang boleh korang jadikan tempat berteduh di samping station-station yang ada pun kebanyakan berbumbung. So, jangan risau kalau terlupa bawak payung ataupun topi anak. Tak jadi masalah pun.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Jom Masuk!
 Ada banyak station dalam FITC ni kalau korang nak tahu. 17 station semuanya. Haaa..banyak kan? Kalau korang nak tahu apa lagi station yang ada selain dari apa yang IQ cerita dalam entry IQ ni, korang kena la datang sendiri untuk tahu station apa lagi yang ada dalam FITC ni. Menarik!

Exhibition Hall

Dekat Exhibition Hall ni ada banyak haiwan yang jinak dan menarik. Antaranya, memerang, skunk putih, burung kakak tua, iguana, ular sawa yang terpendek di dunia pun ada! IQ tak berani la nak pegang even dorang cakap boleh pegang. Memang IQ penakut nak pegang yang lembik2 macam tu. Geli!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Den geli.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Hi Memerang!
Keluar daripada Exhibition Hall ni, ada la ternampak beberapa ekor Racoon duduk atas kayu. Kat sini boleh bagi makan direct dekat Racoon-racoon ni. Cara racoon ni ambik daripada tangan kita, alahai lembut betul! Sopan! Dia kaut je atas tangan kita tu. Bak kata staff FITC, Racoon ni tak nampak apa yang kita hulurkan namun dia boleh merasainya dengan tangannya. 
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Sebab Racoon ni jinak la hai
Pertunjukan di Kampung Mahmood?

Lepas tengok Racoon, tetiba staf FITC mintak berkumpul di Kampong Mahmood. Pulak. Ada apa dekat Kampung Mahmood ni? Rupanya ada pertunjukan istimewa oleh penduduk Kampong Mahmood. Macam-macam ragam penduduk Kampong Mahmood ni rupanya. Boleh bercakap, boleh bersiul dan jugak pandai berlakon. Paling tak tahan, pandai berlakon tu. Kalah James Bond kena tembak. Nak tahu lebih lanjut tentang pertunjukan ni, kena la tengok sendiri di FITC.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Pandai dia berkata-kata

Kura-kura Gergasi di Turtle & Tortoise Farm

Kat sini, IQ dapat tengok Kura-kura kedua dan ketiga terbesar di dunia tau! Pengunjung diberi makanan untuk diberikan pada kura-kura gergasi ni sendiri. Tapi kena jaga-jaga masa bagi makan, sebab kura-kura tak tahu nak bezakan daun dan jari. Silap hari bulan, jari korang pulak dikunyahnya.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Besarnya awaakkkk
Dalam Turtle & Tortoise Farm ni juga ada penyu dinasour! Korang pernah tengok penyu dinasour? Mesti tak pernah kan? Penyu dinasour ni adalah satu satu penyu air tawar yang terberat di dunia. Kalau korang nak tahu besar mana penyu dinasour ni, korang kena datang sendiri ke FITC ni untuk lihat penyu yang unik ni.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Macam seketul batu kan?
Free-flight Bird Aviary

Jarang dapat tengok burung yang jinak kan? Tapi dekat FITC ni, ada banyak burung yang jinak-jinak tau! Ada sesetengah burung tu akan datang pada kita untuk dapatkan makanan. Memang jinak betul. Kalau ayam tu tak perlu cakap dah, sampai si Qa'id plak yang takut dekat ayam tu, bukan ayam tu takut dekat dia. huhu. 
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Jinak burung-burung kat sini
Macam-macam burung yang unik IQ tengok di Bird Aviary ni. Bukan senang nak jumpa burung warna yang colourful macam tu. Memang menarik. Nak sebut jenis burung pun dah tak ingat. Tapi memang IQ tak pernah nampak burung jenis tu. Kalau peminat tegar burung, mesti tahu jenis burung-burung yang ada dekat FITC ni
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Selamber jer dia posing bila ada yang ambik gambar
Savannah Yang Mencabar!

Masuk Savanna ni IQ dah rasa eh...kenapa banyak sangat binatang kerumun dekat IQ ni? Kenapa dia kejar IQ? Masuk Savanna ni kelam kabut IQ jadinya. Rasa macam semua binatang ni cuba nak 'serang' IQ. Si Qa'id dah mula nak nangis. Alamak!

Lepas seekor, seekor dekat IQ. Apatah lagi bila IQ pegang bekas yang penuh dengan makanan. Nampak je bekas tu, kemain ganas dorang datang dekat IQ, sampai panjat badan IQ! Unexpected betul! huhu. Last-last IQ bagi jer bekas makanan tu dekat binatang tu semua. Haaa...makan laa...
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Makananku dicuri!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Alahai, si Qa'id dah nangis ketakutan. huhu
Longkang Fishing Pengalaman Tangkap Ikan Orang Dulu-dulu

Longkang Fishing ni best bagi IQ. Yelah, dulu IQ suka la tangkap ikan dalam longkang atau pun parit. Memang jadi kegemaran budak kampung. Bila dekat FITC ni ada Longkang Fishing, memang menggamit kenangan betul! 

Walaupun banyak ikan yang menyorok banyak jambatan kecil, si Qa'id tetap excited nak tangkap ikan tu semua. Mungkin dia pun rasa macam mana tangkap ikan. Selama ni, tengok ikan dalam kolam mesti tak boleh nak tangkap. Kali ni macam diberi peluang besar betul gayanya haaa..
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Qa'id dan Medina nak jadi macam orang dulu-dulu jugak
Fish Feeding di Mood's Lake

Aktiviti beri ikan makan ni paling Qa'id suka. Apatah lagi banyak ikan menanti di dalam kolam untuk disuakan makanan. Qa'id memang peminat ikan memang suka sangat aktiviti ni. Tengok aje la tangan kecik tu mintak makanan untuk diberi pada ikan. Tak menyempat! 

Untuk yang ingin beri ikan-ikan makan, sekitar FITC ada mesin menjual makanan untuk haiwan yang ada di FITC. Mudah jer kalau terlupa beli makanan dekat pintu masuk FITC tu.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Tangan tu mengulur je kan?
Jungle Walk 

Kat dalam Jungle Walk ni, ada macam-macam haiwan yang rare dan jarang kita jumpa. Contohnya macam Marmoset ni. Sangat jinak bila bersama pengunjung yang datang ke FITC ni. Selain tu, ada jugak Merak Putih, Iguana Merah, Landak dan juga Himalayan Striped Squirrel
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Hi Little Marmoset!
Sebelum habis pusing FITC, pengunjung dikejutkan dengan kehadiran 2 ekor Alpaca yang sangat comel!! Memang IQ pun tak terlepas nak bergambar dengan Alpaca ni. Bulu dia curl kemain! Cantik sangat curl nya. Tapi macam biasa la, si Qa'id ni takut nak dekat. Ibu dia plak yang excited semacam jumpa Alpaca ni. haha!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Ibu, tutup mulut sket bley?
Memang satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan sepanjang IQ dan yang lain-lain berada dalam FITC ni. Kemudahan tandas dan tempat membasuh tangan pun ada di mana-mana untuk mengekalkan kebersihan para pengunjung. Kalau nak makan pun tak susah, ada tempat berehat dan makan di dalam FITC ini sendiri. Tak perlu keluar cepat-cepat kalau lapar. Boleh rehat santai-santai dalam FITC ni sambil melayan anak-anak.

Untuk masuk ke FITC ni, bayaran tiket adalah seperti berikut;

  • My Kad Dewasa- RM37.00
  • My Kad Kanak-Kanak & Warga Emas - RM30.00
  • Pakej Keluarga - RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak + cendera mata + baucer diskaun
  • Harga normal Dewasa - RM55 
  • Harga normal Kanak-Kanak /Warga Emas - RM45 

Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Terima kasih Farm In The City!
For More Info :

Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Qa'id say THANK YOU!

Post a Comment

6 Comments

  1. Pengalaman tangkap ikan orang dulu2 tu memang best. Sampai taknak gerak dari situ sbb xpuas hati ikan blom dapat hehe

    ReplyDelete
  2. bestnya.. klu dkt mmg dah join ni..:)

    ReplyDelete
  3. Enjoy sangat bawak anak² ke FITC ni!

    ReplyDelete
  4. Seronok juga ada konsep petting zoo cenggini. Dapat tarik perhatian anak-anak untuk belajar lebih dekat tentang haiwan

    ReplyDelete
  5. memang best bawa anak-anak datang sini kan. diorg bebas bermain dan teroka . pengalaman baru untuk kita juga.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)