Bila dapat berita pemergian Arwah, terus IQ ajak adik perempuan IQ balik ke Pahang. Gerak dalam pukul 10 malam dan sampai dalam pukul 12.15 tengah malam. Namun, jenazah dan ahli keluarga abang ipar masih belum sampai. Sementara tunggu jenazah sampai dalam hampir pukul 2 pagi, IQ dah terlena. Esoknya baru berkesempatan melihat jenazah Arwah yang diletakkan di bahagian depan ruang tamu rumah.
IQ lihat anak-anak Arwah. Masih muda-mudah semuanya. Yang sulung perempuan nampak sangat kuat. Baru sahaja terima result SPM tempoh hari, namun Arwah tak sempat nak tengok resultnya disebabkan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas operation. Anak-anak lelaki yang lain ada yang bermain dan ada yang termenung. IQ faham perasaan mereka. Kehilangan seorang ibu bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi.
Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan dikebumikan pada pukul 10 pagi. Alhamdulillah, selamat semuanya. Moga roh Arwah tenang dan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Ada beberapa perkara yang menarik minat IQ memandangkan ia seperti ilmu baru bagi IQ. IQ first time dengar walaupun dah berkali menghadapi kematian. Actually, ianya seperti rumusan selepas IQ menghadapi pemergian dua orang yang IQ sayang dan juga pemergian Arwah kakak kepada abang ipar IQ ni
FAKTA ATAU AUTA TENTANG KEADAAN KETIKA BERLAKUNYA SESEBUAH KEMATIAN
1- Dilarang masak, makan dan minum ketika jenazah belum dikebumikan
Fakta: Untuk mengelakkan keadaan seperti meraikan dan suka ria makan makanan yang dihidangkan.
Auta: Masak makanan, makanan jadi berulat
2- Pemberian emas atau kain batik/pelikat kepada mereka yang menguruskan jenazah.
Fakta: Sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang sudi menolong. Namun, sekarang masyarakat memilih memberikan duit berbanding barang seperti sebelum ini
Auta: Wajib beri walaupun tidak mampu.
3- Mengebumikan jenazah sebelum tiga waktu solat.
Fakta: Memberi masa kepada mereka untuk menggali kubur, menguruskan jenazah dan ahli keluarga datang melawat dan mendoakan Arwah.
Untuk point akhir, IQ pernah diberitahu yang jenazah perlu disegerakan untuk dikebumikan. Sebabnya, dalam perjalanan terakhirnya...jenazah akan sentiasa diganggu oleh makhluk lain selagi jenazah tidak dikebumikan. Namun, itu yang IQ dengar dan faham. Tertakluk kepada sesiapa yang mempraktikkannya bagaimana.
Semoga ilmu bermanfaat kepada semua.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Asimah binti Abdul Rahman
1975-2018
8 Comments
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteDari Allah kita datng kepadaNYA kita kembali.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Innalilla hiwainna ilahirojiun...alam takziah buat IQ & keluarga, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh
ReplyDeleteInnalilla hiwainna ilahirojiun
ReplyDeletesalam takziah buat IQ dan keluarga semua.
Innalilla hiwainna ilahirojiun...
ReplyDeletesemoga keluarga tabah menghadapi dugaan ni.. alfatihah utuk arwah
Innalillahi wa innailaihirojiun... Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin... Moga anak-anaknya diberikan kekuatan dan ketabahan...
ReplyDeleteoo fakta bawah tu br phm..
ReplyDeletesemoga arwah ditempatkan dengan mereka yang dikasihi Allah
ReplyDeletewow baru tau benda2 tu. Selama ni tak perasan pun.
semoga arwah ditempatkan dengan mereka yang dikasihi Allah
ReplyDeletewww.cikza.com
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)