Tuesday, February 27, 2018

Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu

February 27, 2018 12
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Misi mencari makanan di Terengganu diteruskan. Lepas pekena Mee Champa Mak Wan dekat Dungun, IQ dan adik IQ bergerak ke Kuala Terengganu hari seterusnya. Tujuan utama nak pergi dua buah kenduri lepas tu nak jalan jalan cari makan. hehe. Biasalah kan kalau pergi mana-mana kalau tak menyinggah memang tak sah lah. Apatah lagi nak singgah tempat membesar dolu-dolu ni.

IQ tengok memang banyak perubahan dah berlaku di Terengganu sekarang ni. Bertahun IQ tak datang Terengganu, memang buatkan IQ nganga kejap. haha! Mydin Gong Badak dah lama terbina pun IQ tengok macam wahhhh! haha! Jakunnya!

Paling menggamit kenangan bila lalu depan sekolah IQ dulu iaitu Sekolah Menengah Teknik Terengganu. IQ batch 2005/2006. Memang kalau pergi sekolah tu pun ramai dah cikgu yang bersara. huhu. Tapi kenangan tak mungkin bersara selamanya, gituuu..

Jalan-jalan cari makan kali ni nak cari Udang 45 ekor RM10! Udang dihidangkan dalam pinggan sebanyak 40-45 ekor dengan harga hanya RM10 sahaja. Menarik kan? Hajat IQ nak ke Warung Pok Nong tapi apakan daya bila Warung Pok Nong kena gerak atas lagi, dan bila dah kepenatan layan kenduri (perut dah penuh dengan nasi minyak!), malas plak nak pergi jauh-jauh.

Last-last kitaorang pergi ke satu kedai yang jual udang viral ni dekat area rumah lama IQ dulu. Rumah lama IQ terletak di Tok Jembal, berhampiran jalan tepi Airport Sultan Mahmud, K.Terengganu. Siapa yang dah biasa dengan jalan area situ, mesti dah boleh bayangkan kat mana. 

SINGGAH MAKAN CELUP TEPUNG 
Kitaorang singgah di Firdausy Seafood Corner. Haa, kemain nama kedai ni sekarang. Dulu time IQ lepak dengan abang angkat IQ dekat situ, sendu je customer dia. Sekarang bersusun kereta depan dan tepi kedai. Tak tahu la sekarang ni semua kedai nak ramai orang. Asal cuti jer kemain ramai orang. Dulu tak ada pun macam tu. haha!
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Lepas tu, IQ minta adik ipar IQ jagakan Qa'id sekejap. IQ nak ushar menu dan nak ambil makanan. Pelbagai jenis celup tepung ada. Ada cendawan celup tepung, ada bayam celup tepung, ada keropok, ada TELUR SOTONG celup tepung jugak taauuu. Yang ni IQ silap ambil, last2 IQ letak balik dekat kaunter, ingatkan sotong, rupanya telur dia. hehe

Udang viral 45 ekor RM10 terpaksa tunggu. Ada beberapa pelanggan lain yang menunggu jugak. IQ dengan adik IQ pun menunggu sama. Bila dah dapat, terus chow, sambil grab dua bekas Sotong Celup Tepung. Untuk sotong ni, macam tak berapa nak puas sebab Harga RM7 tapi isinya macam sikit jer. Bukan musim kot. huhu.

Plan nak beli air coconut shake tapi terpaksa padamkan hasrat sebab bila ramai orang beratur, niat nak beli air tu mati tetiba. Last-last minum air kosong je la. Sihat pun sihat. Tapi tak berapa nak sihat jugak sebab makan benda bergoreng ni semua kan? haha!
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Qa'id dah kenapa?
Benda paling pelik IQ tengok bila makan Udang Viral ni pada adik dan adik ipar IQ. Laki bini makan Udang Viral ni pelik betul. Kenapa? Makan udang tapi tak makan kepala udang. Punya la tuan kedai masak kemain crunchy habis, last2 buang kepala. Adik IQ lagi epic bila buang kulit badan udang tu sekali. Adehh, baik tak yah makan Udang Celup Tepung macam tu dik oi. Pening akak ko ni tengok.haha!
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Tinggal kepala jugak, tapi ni favourite IQ. hehe
Rate untuk kedai Fidausy Seafood Corner ni? 3.5/5 je la. Sebab portion makanan untuk satu pinggan macam harga dekat KL plak. haha! Isinya pun tak ada la meriah mana. Macam yang IQ cakap sebelum ni, mungkin bukan musim candat sotong. huhu. Sotongnya pun kecik-kecik. Along IQ sampai cakap sotong yang kitaorang makan ni kecik2 tak sama dengan Warung Pok Nong. Adehh....

Apa-apa pun hajat nak makan makanan celup tepung ni berjaya! Hilang dah craving. Lepas ni misi cari sotong celup tepung je la, tak mau udang dah. Sebab ada orang makan udang celup tepung tak makan kepala udang. Ingat nanti jadi otak udang ke apa? haha!

Kalau korang nak try makanan dekat sini, boleh klik Maps di bawah. 

Monday, February 26, 2018

Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah

February 26, 2018 14
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah

Dalam keadaan cuaca tak menentu, nak pakai baju ber'fashion' sikit bila keluar rumah pun rasa macam malas yang amat! Dengan anak yang seorang ni pun bukan nak bagi chance dekat ibu dia bersiap cantik-cantik. Alahai, penat lahai ibu kalau tiap kali nak bersiap jer, anak menempel kat tepi.

IQ seboleh mungkin nak pakai tshirt jer bila keluar rumah ni. Mudah nak pakai kan. Tak perlu digosok, tak mudah berkedut, tak perlu pakai baju alas kat dalam (sebab selalunya ada juga tshirt yang nipisnya senipis kulit bawang!) dan semestinya selesa dengan material yang tak panas.

Ada ke baju tshirt macam tu? Nampak demand kan? Nak buat macam mana, kalau keluar berjalan, tapi mood spoil sebab baju pun tak syok gak kan? Mesti la keluar nak happy-happy dengan anak. huhu.

TEELICIOUS BASIC TEE 2.0 HANA TAJUDDIN JADI PILIHAN

Cuti Tahun Baru Cina yang lepas, IQ balik kampung di Terengganu. Dah lama tak menjenguk pantai tempat bermain suatu ketika dulu. Kebetulan pula ada gathering dengan sanak saudara yang lama dah tak jumpa. Memang seronok la kan? Macam raya jadinya!

Bila nak pergi pantai, memang nak cari baju yang sesuai dan selesa. Nak ke pantai dengan anak yang aktif sangat mencabar yer. Nanti pakai baju yang tak kena, diri sendiri yang tak selesa. Nasib baik IQ bawa Teelicious Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin ni bersama. Sarung jer, tak perlu gosok sebab Tshirt Hana Tajuddin ni IRONLESS yer. Mudah sangat!
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
Angin pantai kuat betul. Walaupun material Teelicious ni STRETCHABLE. Namun, ianya tak melekap pada badan tau. Nampak macam melekap, tapi sebenarnya tak pun. Angin pantai memang kuat, tampar habis pipi semua.
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
Ada anak yang aktif ni memang gaya nak kena berkejor sana-sini. Risau kang tetiba main dekat gigi air plak. Memang tak sah kalau tak berpeluh. Tapi walaupun material Teelicious ni tebal, sedikit pun tak terasa panas. Berkejaran dengan anak pun tak jadi masalah. Cukup selesa walaupun dah berpeluh sakan. 
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
Nak urus anak pun selesa, biarpun sebenarnya rasa nak telan anak sebab main pasir macam main air. haha!
TEELICIOUS SEMI KASUAL YANG SESUAI DIPAKAI KE PEJABAT

Ada hari kita prepare sebaiknya untuk ke pejabat, namun ada harinya juga jadi kelam kabut semuanya! Baju yang tak perlu digosok amat-amat diperlukan dalam stok baju kerja untuk menjimatkan masa. Macam IQ sendiri, kalau terbangun lewat daripada kebiasaan, memang terpaksa juga IQ pakai baju yang tak perlu digosok. Jimat 10 minit dekat situ dah!

Teelicious Hana Tajuddin amat praktikal dipakai kalau lewat pergi ke pejabat. Dengan keadaan di mana nak siapkan anak dan juga bekalnya, semestinya banyak masa yang diperlukan. Untuk jimatkan masa, IQ terus sarungkan Teelicious ni, cepat dan mudah!

Selain labuhnya menutup pinggul, belahan tepi Teelicious membuatkan Teelicious lebih nampak feminin kepada pemakainya. Teelicious seolah-olah tidak kelihatan seperti sehelai Tshirt biasa dengan reka bentuknya. Menarik kan?
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
IQ paling suka dengan material Teelicious ni. Tebal, sejuk dan juga ringan. Tak perlu nak pakai baju inner pun. Selesa sangat pakai Teelicious ni. Kalau tempat ber'aircond' macam pejabat IQ ni pun selesa jer nak pakai sebab tebal. 
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
Untung kalau dah lewat pergi kerja pun tak risau baju tak bergosok
10 PILIHAN WARNA TEELICIOUS YANG MEMIKAT HATI
Kalau korang nak tahu, Teelicious Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin ni ada banyak pilihan warna yang menarik tau! IQ pakai warna Denim Blue dan ada lagi 9 warna lain yang menarik terutamanya warna Merah dan Gold yang mencuri perhatian IQ sekarang ni. haha! Warna macam menyerlah kan? Tapi serius nampak cantik sangat kalau pakai!
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah
Pilihan warna Teelicious Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin
Korang boleh lawat Laman Web dorang untuk order Teelicious ni di link web di bawah. Atau korang boleh pergi ke Mini Showroom Hana Tajuddin yang terletak di Shah Alam, Selangor. Lebih mudah nak cuba Teelicious yang awesome ni.

MINI SHOWROOM HANA TAJUDDIN
C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L, Sek 16,
Alam Avenue 2 , 40200 Shah Alam, Selangor
Tel: +603-55240841
Office Hour : 9 am – 6 pm
Saturday & Sunday, Public holiday : Closed

Maklumat lanjut korang boleh layari Instagram dan Facebook Hana Tajuddin seperti yang tertera di bawah.
Tshirt Muslimah Teelicious Hana Tajuddin Labuh Dan Selesa Dipakai Untuk Beriadah

Instagram: @hanatajuddin
Facebook: Hana Tajuddin

Wednesday, February 21, 2018

Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu

February 21, 2018 10
Cuti Tahun Baru Cina yang lepas memang IQ plan nak balik Terengganu. Dan semestinya kalau balik Terengganu ni, matlamat utama nak cari makanan yang sedap-sedap! Terengganu kan syurga makanan, segala apa jenis makanan mesti sedap dekat sana. Memang tekak orang Ganu, nak nafi macam mana lagi kan?

Sampai jer rumah abah di Dungun waktu subuh, mama dah request nak makan dekat Mee Champa. Matlamat awal nak cari nasi minyak dulu tapi disebabkan mama dah plan, so kita ikutkan ajerr..hehe. Lagipun, bukan selalu dapat makan Mee Champa ni. IQ pernah la makan sekali Mee Champa ni tahun lepas. So, kali ni berpeluang lagi sekali makan.

Dari jauh dah nampak bersusun kereta tepi jalan. Lebih-lebih lagi hari jumaat. Ramainya manusia! Kereta bersusun depan belakang tepi kedai. Dari saat sampai dekat kedai tu, dah agak....mesti ramai sangat orang. Ternyata sangkaan tak pernah meleset. huhu.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Muka penat menunggu, orang ramai di belakang pu menunggu dengan sabarrr
Bayangkan yang dah dapat meja tapi tak dapat kerusi. Yang dah ada meja dan kerusi pun air belum sampai. Air dah sampai pun makanan lambat tiba. Aduhhh...menduga keimanan. Kalau perut lapar melampau, boleh mencetus kemarahan juga ni.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Selfie dulu, hilangkan rasa bosan
IQ dan family menunggu meja dan kerusi dalam 15 minit, tunggu air dalam 10 minit dan tunggu makanan hampir satu jam!! Memang kesabaran makin menipis, tapi layan jer la. Abah IQ pun sempat pergi ukur baju kat kedai di bandar Dungun. Punya la lama menunggu sampai si Qa'id tertidur. Tak sempat makan dah itu budak.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Tidur dah budak kecik ni, tak sempat makan
Bila makanan dah sampai, leganyaaaa! Tapi susah nak makan sebab terpaksa pangku dak mok2 yang tengah tidur. IQ order mee teow sebab ingat nak suapkan Qa'id sekali, tapi sekali dia tidur daaa. 
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Mee Teow Sup
Dekat Mak Wan Mee Champa ni ada banyak jenis mee yang kita boleh pilih. IQ pilih mee teow, dan kebanyakan family IQ pilih Mee champa. Mee champa ni macam mee kuning tapi jenis macam leper2 macam tu. Macam mee lidi, tahu? hehe.

Kita boleh request nak mangkuk penuh/separuh ataupun untuk budak-budak. Untuk budak-budak, Mee Champa hanyalah berharga RM1.00. Yang lain hanya berharga RM4 sehingga RM6 semangkuk.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Mee Champa
Yang menariknya Mee Champa ni sebab ada hirisan daging lembu yang dipotong nipis. Mudah nak makan. Dan semestinya kalau sup daging ni akan ada rasa manis disebabkan rasa manis daging tu. Untuk sesiapa yang tak suka manis, boleh tambah perisa seperti kicap, sambal cili, limau nipis mengikut kesukaan masing-masing. 

IQ tak berkesempatan nak tambah apa-apa perisa sebab asalnya nak bagi Qa'id makan. Tapi dia tidur plak. Bahan2 perasa dah berpindah meja lain. Dah tak boleh nak tambah dah. huhu.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Kakak cakap best!
Sebenarnya sedap ke tak Mee Champa ni? Rasanya ok la. Sedap tapi tak ada sedap kebaboom sangat, Tapi silapnya sebab IQ tak letak bahan perasa macam limau nipis, kalau letak mesti lagi sedap. Actually memang sedap pun Mee Champa ni. Tu sebab ramai jer yang datang kedai Mak Wan Mee Champa ni. 

PERBAIKI UNTUK MASA DEPAN
Cuma apa yang boleh IQ beri komen pada kedai ni, perbanyakkanlah kerusi dan meja sebab pengunjung yang datang memang super duper ramai!! Sampai meja yang ada orang makan pun ada yang menunggu di tepi sebab nak cop meja. Sampai tak selesa orang yang tengah makan tu. Kena makan laju-laju sebab nak bagi laluan kepada pengunjung yang cop meja dia. Tak best la kan?

Abah IQ pun ada cadangan, supaya kedai tu tukar konsep makan bersila. Tak perlu kerusi, jimat ruang dan boleh masuk seberapa ramai orang dalam satu-satu meja. Best jugak idea tu. Kalau owner Kedai Mak Wan Mee Champa tetiba singgah blog IQ ni, jangan lupa take note tau! Nexti time kalau datang lagi, tetiba ubah konsep makan bersila tu, IQ akan selalu balik Terengganu dan makan dekat kedai Mee Champa ni. hehe.

Kalau sesiapa yang singgah ke Dungun, Terengganu, boleh la singgah sekali di kedai Mak Wan Mee Champa ni. Kalau pergi hari tak cuti, orang tak der lah ramai sangat tapi meja memang sentiasa penuh. 
Klik Maps untuk ke lokasi Mee Champa Mak Wan

Tuesday, February 20, 2018

"Asyik Gambar Berdua Jer, Tunjuk La Gambar Husband Sekali"

February 20, 2018 7
Ada satu ketika, seseorang yang IQ kenali sejak dari bangku sekolah menengah, bukan orang lain, jurulatih sukan yang IQ wakil sekolah dulu, mula komen gambar IQ di Instagram....

"Asyik gambar berdua dengan anak jer, letak la gambar suaminya sekali"
Berdua lebih baik? Of course, ini boyfriend IQ sekarang. haha!
Perkara pertama yang terlintas dalam kepala IQ masa tu, "Cikgu tak tahu ker? Mustahil. Aku kadang upload gambar Arwah dan juga kubur Arwah, tak kan cikgu tak perasan?"

Tapi siapalah diri ni orang nak perasan IG yang tak berapa nak famous itu. haha! Mungkin cikgu terlepas pandang gambar-gambar sebelumnya.

Dengan tenangnya (tak berapa nak tenang juga, sebab pelik..haha!) IQ menjawab...

"Suami saya dah meninggal cikgu, dah setahun lebih dah"

Komen tak berbalas dalam beberapa minit. Namun tiba-tiba ada Direct Message masuk. Cikgu!

Cikgu minta maaf atas komen yang diberikan sebelumnya. Mula bertanyakan sebab musabab Arwah Suami IQ yang meninggal. Mula berbalas mesej, dan ternyata cikgu pun lupa IQ ni anak murid yang diajarnya suatu ketika dulu. Ramai anak murid cikgu, faham sangat-sangat kalau cikgu lupa. 

IQ tak salahkan cikgu kalau cikgu IQ tak tahu dan komen seperti di atas. Tak semua orang tahu sepenuhnya tentang kita, walaupun kita saling mengenali dulu. Apatah lagi kalau dah lama tak berjumpa, bertanya khabar pun tidak. Memang tidak mustahil perkara seperti ni berlaku.

Lainlah kalau dah tahu, tapi bertanya juga. Kan?

hehe. Peace! 
Jemput follow IG IQ. =)

Wednesday, February 14, 2018

Kad Digital Dan Pelancaran Mobile App NGO Negaraku

February 14, 2018 4
Baru-baru ni, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) mula mengedarkan kad NGO Negaraku sebanyak 30 ribu kad secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar bermula 10 Februari 2018 yang lalu bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.
Kad Digital Dan Pelancaran Mobile App NGO Negaraku
Program Komuniti Digital NGO Negaraku ini turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang Kad NGO Negaraku bagi menikmati tawaran pembelian barangan yang terpilih dengan harga yang terbaik. Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital bertujuan untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
Kad Digital Dan Pelancaran Mobile App NGO Negaraku
Sidang Media
Di samping itu, Mobile App NGO Negaraku ini juga dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. Menurut kata Pengasas KSP iaitu Dr Mohd Zamri, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.

Kad Digital Dan Pelancaran Mobile App NGO Negaraku
Pengenalan Mobile App NGO Negaraku
Pada peringkat pengenalan, terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, Comfort Refleksologi dan lain-lain.

LATAR BELAKANG KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN
Kad Digital Dan Pelancaran Mobile App NGO Negaraku
Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan Program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan Kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat.

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip:
  • Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku
  • Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar
  • Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah
KONSEP KOMUNITI DIGITAL NGO NEGARAKU
Kad Digital Dan Pelancaran Mobile App NGO Negaraku
Membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama di antara NGO-NGO termasuk Koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama dan penawaran berkelompok.

NGO serta ahli-ahli bekerjasama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-Tech, bermatlamat untuk menghubungkan Kerajaan dan NGO di atas platform digital.

Untuk fahaman yang lebih jelas, boleh hayati lagu yang dicipta khas oleh Dr Zamri sendiri, yang bait-bait liriknya yang mahukan perpaduan dan keamanan rakyat Malaysia sebagai tonggak utama.


Kad Digital Dan Pelancaran Mobile App NGO Negaraku
Antara blogger yang hadir
Untuk maklumat lanjut mengenai program Kad Digital NGO Negaraku , sila layari :
Maklumat mengenai Kelab Sahabat Persaudaraan :

Tuesday, February 13, 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul

February 13, 2018 7
Hujung minggu lepas, IQ berpeluang menambah ilmu tentang fotografi menggunakan handphone di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang. Sesungguhnya, ilmu IQ mengenai fotografi memang zero walaupun selalu ambil gambar dulu. Masa zaman kamera DSLR tengah in dulu pun, IQ suka godek2 kamera kawan dan abang ipar jer. Try adjust ISO semua tanpa ada ilmu. Apa kegunaannya memang tak tahu langsung!
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
IQ di sini
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Fokus
Namun, zaman sekarang dah canggih. Teknologi semakin memudahkan urusan seharian kita. Keperluan telefon yang suatu ketika dulu hanya terpacak di dalam rumah mahupun di tepi jalan, kini sentiasa berada dalam genggaman tangan setiap orang, kini juga menjadi gadjet utama untuk mengambil gambar.
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Encik Rahman Roslan
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Pengenalan ringkas daripada Encik Rahman Roslan selaku Malaysia/Asia SONY Ambassador yang juga guru kepada kami semua pada hari tersebut membuka mata kami semua tentang ilmu fotografi menggunakan handphone. Nampak sebuah handphone tu kecil, namun jika kamera handphone mempunyai perincian yang canggih, rugi kalau tak dimanfaatkan kan?

INFO ASAS TENTANG KAMERA
Setiap handphone mempunyai perincian yang berbeza mengikut jenama dan juga siri. Namun, setiap kamera yang digunakan di dalam setiap handphone mempunyai sifat identical yang sama untuk mengambil gambar. 
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul

Bermula dengan Aperture, kitaorang dapat belajar bagaimana nak mengawal nilainya dengan lebih betul. Nilai Aperture yang lebih besar menunjukkan kadar cahaya masuk yang sedikit. Gambar yang baik dihasilkan dengan pencahayaan yang banyak. So, boleh tahu kan mana lebih better?
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Shutter Speed ni plak kelajuan shutter bagi sesuatu kamera untuk terdedah dengan cahaya. Lagi besar nilai shutter speed maka lagi cepat shutter akan tertutup. Tapi ada juga jurugambar ambil gambar menggunakan shutter speed yang rendah. Contoh nak ambil gambar pergerakan cahaya pada waktu malam. Ia akan hasilkan satu garisan cahaya yang menarik.
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul

ISO pula berkaitan dengan sensitivity sesuatu gambar dengan cahaya. Kalau dekat setting kamera pun kita boleh tahu bila kita pilih ISO yang lebih rendah, skrin akan lebih gelap.
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Penerangan yang lebih jelas kepada para peserta
Ketiga-tiga point ni amat penting untuk kita mengambil gambar yang terbaik. Semestinya handphone kita mestilah pada MODE MANUAL untuk membolehkan kita setting sendiri tiga-tiga point di atas mengikut kesesuaian keadaan dan juga tempat. Seorang jurugambar yang bagus mestilah menggunakan mode manual, kalau pakai Auto, adik2 kita pun boleh ambilkan gambar. heee

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Selain tu, ada beberapa elemen lain perlu dititikberatkan seperti di atas. Hasil yang diperoleh memberikan maksud yang tersembunyi daripada gambar yang diambil di samping menjadikan gambar tersebut lebih menarik dan juga unik. Kan?

SESI MENGAPLIKASI ILMU YANG DIPEROLEH
Selesai sesi pembelajaran, sesi praktikal di luar pula diadakan. Pada waktu ini, semestinya semua peserta mula menunjukkan bakat masing-masing. Macam-macam aksi peserta dapat dilihat. Yang pastinya semua ingin mendapatkan hasil yang terbaik.
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Peserta memenuhi perkarangan Matic bagi mengambil gambar
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Hasil kreatif peserta dipertandingkan dalam pertandingan tertutup antara peserta bengkel dengan memuat naikkan gambar yang terbaik ke dalam Instagram dengan menggunakan Hashtag #contestfotofoncosmoderm

Setiap penyertaan diberi komen oleh Encik Rahman sendiri mengikut point-point yang diajar dalam kelas sebelumnya. Ada juga komen penambahbaikan dan tips daripada sifu kami bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik dan sedap dipandang.

Dan akhirnya dua pemenang telah terpilih dalam pertandingan gambar terbaik. Tahniah kepada blogger Nina Mirza tempat kedua dan blogger Mama Kembar 3 tempat pertama. Hadiah ditaja khas oleh Cosmoderm.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Tahniah kak nina
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Tahniah kak nani
SINGKAT TAPI PADAT DENGAN ILMU
Walaupun bengkel yang diadakan amat singkat masanya, namun ilmu yang diberikan amat berharga bagi IQ. Encik Rahman sendiri tidak lokek memberikan ilmu yang dia ada kepada kitaorang semua dan telah memberikan output terbaik sepanjang bengkel ini berlangsung. Ribuan terima kasih kepada Encik Rahman atas kesudian mengajar kitaorang mengenai ilmu mengambil gambar menggunakan handphone.
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Bengkel Fotofon KBBA9 2018 Berikan Teknik Ambil Gambar Yang Betul
Tahniah buat semua!

Terima kasih juga kepada penaja makanan kitaorang yang super duper best bermula sarapan, minum pagi sehinggalah makan tengahari. Terima kasih banyak-banyak.

Senarai penaja:

Sony Mobile Malaysia: IG: @SonyMobileMy
Matic Jalan Ampang : IG: @MaticMy
Cosmoderm: IG: @cosmoderm
Cafe Cerita Kambing : IG: @CafeCeritaKambing
Tasty Bake: IG: @tasty_bake
Khaisya Delite: IG: @khaisyadelite
Ira Bakery: IG: @Irabakeri
Brill Premium Coffee: @brillpremiumcoffee
Sarapan Pagi: IG: @restorennelayangombak

Thursday, February 8, 2018

Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10

February 08, 2018 6
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Secara jujurnya IQ nak tanya korang, sejauh mana korang makan dalam sehari? Kalau sekali makan 2 pinggan nasi? Makan bila tiap kali perut berbunyi dan lapar? Nasi setinggi gunung Everest? Hidangan kena ikut keluasan pinggan yang digunakan? 

Tahu tak korang sebenarnya pengambilan makanan setiap hari bergantung kepada keperluan kalori dalam badan korang? Setiap orang mempunyai kandungan kalori dalam badan yang berbeza, mengikut berat badan, tinggi, umur dan juga jantina. Jika pengambilan kalori korang terlebih daripada keperluan badan korang, korang akan berpotensi mengalami pertambahan berat badan! Serius ni IQ cakap, tak tipu tau!

5 Punca Berat Badan Kita Susah Nak Turun, antaranya adalah:
  1. Tabiat Makan -
    Kuantiti Makanan Yang Berlebihan - Selagi muat pinggan, selagi tu nak letak.
    Kualiti Makanan Yang Diambil - Tidak berkhasiat dan mempunyai kalori yang tinggi.
    Timing - Makan sepanjang masa buatkan makanan yang diambil lebih daripada yang sepatutnya
  2. Kurang Minum Air - Tak dapat nak flush garam mineral berlebihan dalam badan. Urine akan jadi tidak jernih
  3. Kurang Sayur-sayuran Hijau dan Buah-buahan Hijau sebagai sumber Fiber - Fiber membantu pembuangan air besar yang sepatutnya boleh berlaku sekurang-kurangnya SEHARI SEKALI
  4. Tidak Cukup Tidur (Kurang 6 Jam) - Badan yang tidak cukup rehat menyebabkan otot yang sakit dan rosak tidak dapat pulih sepenuhnya secara semulajadi)
  5. Stress - Stress akan menyebabkan tabiat makan tanpa mengikut waktu yang ditetapkan.

Haaa..so, kat mana korang agak-agak menjadi punca utama berat badan korang naik? IQ mengalami pertambahan berat badan sebanyak 4 kg lepas IQ mengambil makanan ringan untuk kudap-kudap dekat office IQ. Badan IQ terus mengalami pertambahan badan drastik sejurus lepas tu. Bayangkan la IQ ambil coklat, makanan ringan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa. Memang mengerikan kalau diingatkan balik.

Bila IQ dah sedar yang berat badan IQ dah makin naik, pipi makin membulat, terus IQ stop. Tapi hakikatnya nak naik berat badan tu senang tapi nak turunnya? Punyalah susah!! Tabiat makan makanan ringan dah stop tapi berat tak turun-turun, kenapa??? Ini kerana IQ tak berusaha untuk bersenam untuk bakar balik kalori yang dah IQ makan tu dan juga IQ tetap amalkan makanan harian IQ iaitu nasi seperti biasa. huhu.

PROGRAM JK1M MEMBERIKAN ILMU BERHARGA
Sejak IQ join Jom Kurus 1 Malaysia beberapa minggu lepas, banyak input yang IQ dapat. Antaranya, kita mesti tahu bahawa faktor utama untuk kurus adalah pemakanan yang beri peratusan sebanyak 70% berbanding 30% senaman mahupun bersukan. Sebab itu ada sesetengah yang hanya amalkan diet yang sihat, boleh menurunkan berat badan dengan berjaya. Yang penting tahu nilai kalori yang diambil.

Korang boleh try kira Kalori yang diperlukan oleh badan korang dekat sini. Isikan detail yang diminta dan tekan Calculate untuk dapatkan keputusannya.
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Lepas dah isi semua details, result yang IQ dapat menunjukkan IQ kena makan hanya 796 kalori untuk sehari bagi mengurangkan berat badan sebanyak 1 kg seminggu! 796 kalori tu termasuk makan untuk sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang, makan malam dan juga minum malam tau! Makan apa jer yang boleh kalau hanya 700++ kalori?? 

Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Haa, nampak tak? Buah-buahan yang segar memberikan kalori yang lebih rendah berbanding buah-buahan yang telah diproses. Makanan yang diproses memang mempunyai kalori yang tinggi, jadi elakkan makan makanan yang siap diproses. Lebihkan makan makanan yang segar dan juga tanpa digoreng.
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Untuk kes apricot ni pula, ianya mempunya nilai kalori yang sama walaupun siap diproses menjadi kering. Namun, makan makanan yang lebih mengenyangkan untuk elakkan kita cepat lapar. Kalau makan 1 biji apricot yang segar sudah tentu kita kenyang berbanding makan apricot yang kering kan? Bila makan yang kurang kenyang, maka kita nak makan lagi dan lagi. Jadi, pertambahan nilai kalori yang diambil pun bertambah.

Makanan zaman sekarang pun bermacam jenis. Nampak sedap terus teringin nak cuba. Konon nak makan sikit, tapi dah habis dua pinggan. Dalam misi nak amalkan pemakanan yang sihat, perkara yang utama yang perlu kita tahu adalah KURANGKAN GARAM DAN ELAKKAN MENGAMBIL SEBARANG JENIS GULA. Garam masih diperlukan dalam tubuh kita dan gula pun masih boleh terdapat buah-buahan. Jika diamalkan secara konsisten, Insya-Allah, badan kita akan menunjukkan perubahan.
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Meta Food
Di samping tu, pengambilan makanan 'Meta Food' seperti serbuk kayu manis, kari, kopi, teh, paprika, lada hitam, bawang putih dan canyenne juga boleh menaikkan metabolisme badan kita. Secara tak langsung, badan kita mudah berpeluh dan pembakaran lemak mudah terjadi.

BELAJAR MEMBELI BARANG DAPUR DENGAN BIJAK DENGAN TEAM KLCC CHARLIE DAN KAPTEN BLACK

Hari sabtu yang lepas, IQ dan team #KLCCCharlie pergi ke Jaya Grocer Intermark bagi mengenal barang dapur yang sesuai diguna dan dimakan sepanjang tempoh menguruskan berat badan kitaorang. Aktiviti membeli belah semestinya dikelolakan oleh ketua kami iaitu Kapten Black. Seawal jam 10 pagi, kitaorang dah berkumpul di hadapan pasaraya.
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Sesi mengenal barang dapur
Bermula dengan bahan-bahan kering, kitaorang didedahkan dengan bahan yang perlu elak diambil dan juga yang digalakkan makan. Semestinya banyak info yang membuka mata IQ dan rakan-rakan yang lain tentang bahan makanan yang elok dan tak elok diamalkan. Jangan sangka nama makanan dah tulis 0%  Fat terus percaya ya! Sila baca bahan-bahan yang digunakan dan kandungannya.
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Perbandingan kandungan bahan yang digunakan 
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Bahan perasa yang pelbagai tidak bermakna sama isi kandungannya
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Periksa kandungannya terlebih dahulu
Bahan-bahan dalam setiap produk makanan yang diproses yang kita nak beli, kita perlu tahu segala details bahan utamanya terutamanya gula dan garam. Perbezaan kedudukan bahan-bahan yang dilabel di setiap makanan yang diproses menggambarkan jumlah kandungan bahan yang terlibat dalam proses pembuatan produk tersebut.
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Kedudukan bahan adalah perkara penting. (sumber: Blogger Nina Mirza)
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Tekun dan fokus
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Antara coklat yang dibenarkan, tapi tak boleh ambil selalu
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Skim Milk, susu paling disarankan
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Ikan salmon antara pilihan yang terbaik.
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Dan tetiba budak kecik ni muncul, nak tengok ikan katanya
Bagi sesiapa yang ingin membeli barang-barang makanan yang disyorkan oleh Capt, terus masuk troli. IQ pun tak ketinggalan untuk beli beberapa barang makanan. Demi menurunkan berat badan! Ecewah~ Tapi apa yang penting, input yang diterima boleh digunapakai untuk masa yang akan datang. Yer dak?

Sebelum masing-masing beredar, ambil dulu gambar sekeping dulu bagi merakamkan kenangan. Bukan senang nak kumpul macam ni dan penuhkan Jaya Grocer tu dengan group sendiri. hihi. 
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Group Besar
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Girls
Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? - Info Sihat JK1M 10
Boys
Info lanjut korang boleh dapatkan di laman web rasmi Jom Kurus 1 Malaysia di bawah.

Disclaimer: Gambar diambil daripada Whatsapp Group Team KLCCCharlie melainkan yang dinyatakan di dalam gambar.