Wednesday, February 21, 2018

Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu

Cuti Tahun Baru Cina yang lepas memang IQ plan nak balik Terengganu. Dan semestinya kalau balik Terengganu ni, matlamat utama nak cari makanan yang sedap-sedap! Terengganu kan syurga makanan, segala apa jenis makanan mesti sedap dekat sana. Memang tekak orang Ganu, nak nafi macam mana lagi kan?

Sampai jer rumah abah di Dungun waktu subuh, mama dah request nak makan dekat Mee Champa. Matlamat awal nak cari nasi minyak dulu tapi disebabkan mama dah plan, so kita ikutkan ajerr..hehe. Lagipun, bukan selalu dapat makan Mee Champa ni. IQ pernah la makan sekali Mee Champa ni tahun lepas. So, kali ni berpeluang lagi sekali makan.

Dari jauh dah nampak bersusun kereta tepi jalan. Lebih-lebih lagi hari jumaat. Ramainya manusia! Kereta bersusun depan belakang tepi kedai. Dari saat sampai dekat kedai tu, dah agak....mesti ramai sangat orang. Ternyata sangkaan tak pernah meleset. huhu.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Muka penat menunggu, orang ramai di belakang pu menunggu dengan sabarrr
Bayangkan yang dah dapat meja tapi tak dapat kerusi. Yang dah ada meja dan kerusi pun air belum sampai. Air dah sampai pun makanan lambat tiba. Aduhhh...menduga keimanan. Kalau perut lapar melampau, boleh mencetus kemarahan juga ni.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Selfie dulu, hilangkan rasa bosan
IQ dan family menunggu meja dan kerusi dalam 15 minit, tunggu air dalam 10 minit dan tunggu makanan hampir satu jam!! Memang kesabaran makin menipis, tapi layan jer la. Abah IQ pun sempat pergi ukur baju kat kedai di bandar Dungun. Punya la lama menunggu sampai si Qa'id tertidur. Tak sempat makan dah itu budak.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Tidur dah budak kecik ni, tak sempat makan
Bila makanan dah sampai, leganyaaaa! Tapi susah nak makan sebab terpaksa pangku dak mok2 yang tengah tidur. IQ order mee teow sebab ingat nak suapkan Qa'id sekali, tapi sekali dia tidur daaa. 
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Mee Teow Sup
Dekat Mak Wan Mee Champa ni ada banyak jenis mee yang kita boleh pilih. IQ pilih mee teow, dan kebanyakan family IQ pilih Mee champa. Mee champa ni macam mee kuning tapi jenis macam leper2 macam tu. Macam mee lidi, tahu? hehe.

Kita boleh request nak mangkuk penuh/separuh ataupun untuk budak-budak. Untuk budak-budak, Mee Champa hanyalah berharga RM1.00. Yang lain hanya berharga RM4 sehingga RM6 semangkuk.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Mee Champa
Yang menariknya Mee Champa ni sebab ada hirisan daging lembu yang dipotong nipis. Mudah nak makan. Dan semestinya kalau sup daging ni akan ada rasa manis disebabkan rasa manis daging tu. Untuk sesiapa yang tak suka manis, boleh tambah perisa seperti kicap, sambal cili, limau nipis mengikut kesukaan masing-masing. 

IQ tak berkesempatan nak tambah apa-apa perisa sebab asalnya nak bagi Qa'id makan. Tapi dia tidur plak. Bahan2 perasa dah berpindah meja lain. Dah tak boleh nak tambah dah. huhu.
Mak Wan Mee Champa Tarikan Utama Pencari Makanan Di Dungun, Terengganu
Kakak cakap best!
Sebenarnya sedap ke tak Mee Champa ni? Rasanya ok la. Sedap tapi tak ada sedap kebaboom sangat, Tapi silapnya sebab IQ tak letak bahan perasa macam limau nipis, kalau letak mesti lagi sedap. Actually memang sedap pun Mee Champa ni. Tu sebab ramai jer yang datang kedai Mak Wan Mee Champa ni. 

PERBAIKI UNTUK MASA DEPAN
Cuma apa yang boleh IQ beri komen pada kedai ni, perbanyakkanlah kerusi dan meja sebab pengunjung yang datang memang super duper ramai!! Sampai meja yang ada orang makan pun ada yang menunggu di tepi sebab nak cop meja. Sampai tak selesa orang yang tengah makan tu. Kena makan laju-laju sebab nak bagi laluan kepada pengunjung yang cop meja dia. Tak best la kan?

Abah IQ pun ada cadangan, supaya kedai tu tukar konsep makan bersila. Tak perlu kerusi, jimat ruang dan boleh masuk seberapa ramai orang dalam satu-satu meja. Best jugak idea tu. Kalau owner Kedai Mak Wan Mee Champa tetiba singgah blog IQ ni, jangan lupa take note tau! Nexti time kalau datang lagi, tetiba ubah konsep makan bersila tu, IQ akan selalu balik Terengganu dan makan dekat kedai Mee Champa ni. hehe.

Kalau sesiapa yang singgah ke Dungun, Terengganu, boleh la singgah sekali di kedai Mak Wan Mee Champa ni. Kalau pergi hari tak cuti, orang tak der lah ramai sangat tapi meja memang sentiasa penuh. 
Klik Maps untuk ke lokasi Mee Champa Mak Wan

10 comments:

  1. salam sis izyan =)

    uish..tgok ni lapa pula jadinya..da masuk tghari ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Paling best oiii! Nak keluar lunch makan sini memang kena awal. Kalau lambat, lambatlah masuk office.

    ReplyDelete
  3. klu mkn sambil bersila, sengkak perut akk hahah.. mana nak lap peluh.. mana nak cover perut lagi.. pe2 pun mmg nmpk sedap la mee champa ni, akk pun tak pernah makn lgi.. inshaallah one day try..

    ReplyDelete
  4. first time dengar mee champa.. sedap jer nampaknya. Tambah kicap pedas..mau bertambah tambah order

    ReplyDelete
  5. Kalau nak ke Dungun nanti boleh singgah makan kat gerai ni

    ReplyDelete
  6. Mak aii kita org ganu belum.penah pegi sana pon..IQ dah sampai hehehe..nnt nak try g laaa

    ReplyDelete
  7. suka makan mee yang topping nya letak daging lembut..kalau liat, akan spoil mood makan

    ReplyDelete
  8. Alaaaa nape time praktikal dekat dungun aritu tu tak tahu kewujudan kedai ni. Kalau tak boleh try. InsyaAllah nanti balik terengganu, boleh cuba mee champa

    ReplyDelete
  9. mak aih! terliur tengok mi teow sup tu! kena bawak family jugak ni untuk makan di sini! hihi

    jemput ke blog saya: www.hasifhamsyari.com

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata