Tuesday, February 27, 2018

Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu

Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Misi mencari makanan di Terengganu diteruskan. Lepas pekena Mee Champa Mak Wan dekat Dungun, IQ dan adik IQ bergerak ke Kuala Terengganu hari seterusnya. Tujuan utama nak pergi dua buah kenduri lepas tu nak jalan jalan cari makan. hehe. Biasalah kan kalau pergi mana-mana kalau tak menyinggah memang tak sah lah. Apatah lagi nak singgah tempat membesar dolu-dolu ni.

IQ tengok memang banyak perubahan dah berlaku di Terengganu sekarang ni. Bertahun IQ tak datang Terengganu, memang buatkan IQ nganga kejap. haha! Mydin Gong Badak dah lama terbina pun IQ tengok macam wahhhh! haha! Jakunnya!

Paling menggamit kenangan bila lalu depan sekolah IQ dulu iaitu Sekolah Menengah Teknik Terengganu. IQ batch 2005/2006. Memang kalau pergi sekolah tu pun ramai dah cikgu yang bersara. huhu. Tapi kenangan tak mungkin bersara selamanya, gituuu..

Jalan-jalan cari makan kali ni nak cari Udang 45 ekor RM10! Udang dihidangkan dalam pinggan sebanyak 40-45 ekor dengan harga hanya RM10 sahaja. Menarik kan? Hajat IQ nak ke Warung Pok Nong tapi apakan daya bila Warung Pok Nong kena gerak atas lagi, dan bila dah kepenatan layan kenduri (perut dah penuh dengan nasi minyak!), malas plak nak pergi jauh-jauh.

Last-last kitaorang pergi ke satu kedai yang jual udang viral ni dekat area rumah lama IQ dulu. Rumah lama IQ terletak di Tok Jembal, berhampiran jalan tepi Airport Sultan Mahmud, K.Terengganu. Siapa yang dah biasa dengan jalan area situ, mesti dah boleh bayangkan kat mana. 

SINGGAH MAKAN CELUP TEPUNG 
Kitaorang singgah di Firdausy Seafood Corner. Haa, kemain nama kedai ni sekarang. Dulu time IQ lepak dengan abang angkat IQ dekat situ, sendu je customer dia. Sekarang bersusun kereta depan dan tepi kedai. Tak tahu la sekarang ni semua kedai nak ramai orang. Asal cuti jer kemain ramai orang. Dulu tak ada pun macam tu. haha!
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Lepas tu, IQ minta adik ipar IQ jagakan Qa'id sekejap. IQ nak ushar menu dan nak ambil makanan. Pelbagai jenis celup tepung ada. Ada cendawan celup tepung, ada bayam celup tepung, ada keropok, ada TELUR SOTONG celup tepung jugak taauuu. Yang ni IQ silap ambil, last2 IQ letak balik dekat kaunter, ingatkan sotong, rupanya telur dia. hehe

Udang viral 45 ekor RM10 terpaksa tunggu. Ada beberapa pelanggan lain yang menunggu jugak. IQ dengan adik IQ pun menunggu sama. Bila dah dapat, terus chow, sambil grab dua bekas Sotong Celup Tepung. Untuk sotong ni, macam tak berapa nak puas sebab Harga RM7 tapi isinya macam sikit jer. Bukan musim kot. huhu.

Plan nak beli air coconut shake tapi terpaksa padamkan hasrat sebab bila ramai orang beratur, niat nak beli air tu mati tetiba. Last-last minum air kosong je la. Sihat pun sihat. Tapi tak berapa nak sihat jugak sebab makan benda bergoreng ni semua kan? haha!
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Qa'id dah kenapa?
Benda paling pelik IQ tengok bila makan Udang Viral ni pada adik dan adik ipar IQ. Laki bini makan Udang Viral ni pelik betul. Kenapa? Makan udang tapi tak makan kepala udang. Punya la tuan kedai masak kemain crunchy habis, last2 buang kepala. Adik IQ lagi epic bila buang kulit badan udang tu sekali. Adehh, baik tak yah makan Udang Celup Tepung macam tu dik oi. Pening akak ko ni tengok.haha!
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Udang Viral 45 Ekor RM10 di Firdausy Seafood Corner, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Tinggal kepala jugak, tapi ni favourite IQ. hehe
Rate untuk kedai Fidausy Seafood Corner ni? 3.5/5 je la. Sebab portion makanan untuk satu pinggan macam harga dekat KL plak. haha! Isinya pun tak ada la meriah mana. Macam yang IQ cakap sebelum ni, mungkin bukan musim candat sotong. huhu. Sotongnya pun kecik-kecik. Along IQ sampai cakap sotong yang kitaorang makan ni kecik2 tak sama dengan Warung Pok Nong. Adehh....

Apa-apa pun hajat nak makan makanan celup tepung ni berjaya! Hilang dah craving. Lepas ni misi cari sotong celup tepung je la, tak mau udang dah. Sebab ada orang makan udang celup tepung tak makan kepala udang. Ingat nanti jadi otak udang ke apa? haha!

Kalau korang nak try makanan dekat sini, boleh klik Maps di bawah. 

12 comments:

  1. kalau udang sederhana macm ni.. kunyah sekali dgn kepala kulit2 sekali.. baru urmm rasa dia..sedap sangat, ranggup macam kepokk

    ReplyDelete
  2. haha..gigih yea asingkan kepala..kulit pun ada..kalau rangup, saya ngap jea semua part.. hehe

    ReplyDelete
  3. tu la kan.. kekadang kita bila order air lain jadi pilihan ,sepatutnya air suam first choice,, sihat dan segar..

    ReplyDelete
  4. few times makan sb tempat ni tak jauh sgt...sodap...and murah hehehe

    ReplyDelete
  5. Next time pergi terengganu nak kena cari juga tempat yang jual celup2 tepung ni. Akak dahlah antu seafood..

    ReplyDelete
  6. KakYa orang ganu ni pon tak pernah2 lagi layan udang viral hahhaa walaupon umah mak ayah ngan umah mertua dekat ngan kedai udang viral hehehe.. biasa kalau balik kg kami beli udang fresh dan buat udang celup tepung sendiri kat rumah hehwhw..

    ReplyDelete
  7. perghhhh terliur tgk ni. tp x berani nak makan sbb i can't eat too much seafood.
    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  8. nanti kalau pergi terengganulagi...boleh pm izyan ni...hihihi

    ReplyDelete
  9. Ya ampunnnnn sedapnya sotong goreng!!!

    ReplyDelete
  10. Hari tu masa pergi tganu reen sakit .xnikmat sgt nk makan celup2 tepung ni. bila tgok entri IQ ni.rasa mcm nk repeat lak g tganu.huhu

    ReplyDelete
  11. IQ, kenapa bila ada makanan sedap dan murah camni mesti di luar radius sis, huhuhu..
    Jauh sangat di Terengganu.. Memang terliur tengok sotong goreng tepung sebab one of my favorite..
    Bertabahlah wahai hati..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata