Advertisement

Responsive Advertisement

Pembukaan Mini Gym Di Pejabat

Cerita ni sebulan yang lepas. Baru nak tulis cerita dekat sini sebab nak abadikan dalam blog. Kononnya. Padahal, nak update blog sentiasa. heeee...tapi betul! Dah lama nak story pasal ni, cuma baru ada kesempatan. heee.

Ada sorang staff dah remind kitaorang minggu sebelumnya, hari isnin minggu seterusnya kena pakai sport attires sebab ada perasmian gym dekat pejabat ni. IQ macam wahhh, macam best! Macam nak try. So, konon nak aim pakai sport attires la kononnya. 
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Efek nampak luas, tapi kecik jer.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Ruang santai
Tapi bila tiba hari kejadian, IQ pelik kenapa ada orang pakai baju tshirt je ni. Leisure betul nampak gayanya. Ting! Alamak! Lupa! Patutnya kena pakai sport attires. IQ betul-betul lupa! Kawan officemate IQ tak pakai pun sport attires, tapi tahu la IQ ni konon macam nak cuba jugak kan? hehe. Menggediks je lebih!
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Selfie sebelum rasmi
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Balqissh, ok macam sebut nama sendiri XD
Tepat pukul 4.30 petang, kitaorang dipanggil turun ke majlis di mini gym. Mini gym terletak di bahagian Ground Floor, bersebelahan dengan ruang pameran. IQ dah sedia ada maklum tentang Mini Gym ni sejak IQ pindah pejabat ke Glenmarie ni. Cuma baru hari tersebut diadakan upacara merasmikan untuk pembukaan khas Mini Gym.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Beratur nak cuba
Staff-staff yang lain mula berkumpul. Ada booth khas dibuka untuk cek kandungan body fat. Ianya dikelola oleh pakar kesihatan dari luar. Ada sejenis alat penimbang khas yang mengira body fat kita mengikut berat dan komposisi badan. Masa IQ sampai, IQ tengok kecoh masing-masing duk gelak-gelak tengok kandungan body fat masing-masing. Macam menarik jer, IQ terus beratur untuk mencuba.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Tetiba rosak plak. Alahai
Malangnya, mesin tersebut rosak sebelum waktu giliran IQ sampai. Frust habis! Baru nak tahu lemak badan ni ada banyak ke sikit. huhu. Bak kata kawan IQ, " Mungkin mesin tu terkejut sebab terpaksa timbang berat badan staff office yang malas nak bersenam ni. HAHA!" Kawan IQ cakap tau, bukan IQ. haha!
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Perasmian
Upacara memotong riben diadakan selepas Chairman sampai. Mr Chairman datang bersama anaknya yang juga CEO company diiringi bersama tetamu khas. Alhamdulillah, Mini Gym selamat dirasmikan. Ada staff yang dah siap sedia pakai sport attires berpeluang mencuba alat-alat di Mini Gym untuk kali pertama
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Masa untuk cuba!
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Ucapan pendek. Mr Chairman and son
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Masing-masing macam nak try
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Mr Chairman juga memberi sepatah dua kata sebelum beredar. Dipesannya jangan mengadap kerja sangat, kena jaga kesihatan, kena bersenam, baru lebih sihat. haha! Bersenam pun di pejabat. Memang suruh tidur di pejabatkah? heee.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Pelbagai jenis kuih muih disediakan
Settle semua, apa lagi? Makan laaa.. haha! Semua staff dijamu kuih muih dan teh panas. Pelbagai jenis kuih disediakan, memang boleh try pelbagai jenis kuih. heeeee. Makan kuih banyak-banyak, harapan nak ke Mini Gym tu macam mimpi jer. haha!

Bila ada Mini Gym ni macam mudah la nak bersenam lepas ni. Tapi sejauh mana kerajinan tu IQ tak tahu laaa. haha! Sampai ke hari ni, IQ belum lagi sukarela nak jejak kaki dekat Mini Gym tu lagi. Mungkin lepas ni? Doakan IQ rajin bersenam lepas ni. Mood kurus ON! haha!

Till then, bai!

Post a Comment

13 Comments

  1. emm..bestnya ade mini gym kat pejabat.Tapi satu je.. jangan time nak start workout,kena buat kerja sudah.Harap bos Iq bukan jnis macam ni. Selamat menjaga kesihatan iq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boss department da bagi lampu hijau, in case tak ada kerja boleh pergi gym ni, tapi kena tahu jugak kalau boss sendiri tetiba panggil kan. haru!

      Delete
  2. wah..bestnya..ada keje kosong tak kat sana? nak apply..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, xtau la ada kerja kosong ke sini...IQ cuma staff marhaen. haha

      Delete
  3. org korea kan fit2.. tu yg dia suruh staf dia fit jugak.. pasni akk tgok IQ fit la, ni yg jalez ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, org korea pun ada yg xfit. haha! Alamak, jangan jeles kak, jom prgi gym skli!

      Delete
  4. Wow! nampak santai dan mewah. bestnya.. rasa macam nak keje kat ofis IQ la. hehe

    ReplyDelete
  5. untung la IQ, jangan lepas peluang pergi gym free ni, org lain nk g gym kena bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ tak pernah pergi gym kena byar. last pergi masa zaman belajar. haha! XD

      Delete
  6. bestnyaaa! pls fully utilise it! haha

    ReplyDelete
  7. senanglah IQ nak stay healthy & keeping fit..hari2 senang nak pergi gym

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)