Tuesday, May 28, 2013

#1 Sakit Kini.

May 28, 2013 1
#1 Sakit Kini.

Sakit kini
Memang sakit
Memang pedih
Memang pahit

Tapi

Sakit kini
Untuk Esok Hari
Untuk Bulan Depan
Untuk Tahun Depan
Dan
Untuk Masa Depan

Sakit Kini.
Sekejap Sahaja.
Daripada
Sakit Tambah Dengan Susah
Siapa Mahu Tolong?
Pandang Pun Orang Belum Tentu

Ingat.Ingat.Ingat.
Cukup-lah Dengan Apa Yang Berlaku
Cukup Bagi Pengajaran.

Monday, May 27, 2013

Karya

May 27, 2013 3

Assalamualaikum.

Mulai hari ni dan hari seterusnya

blog ni akan jadi blog IQ berkarya

karya yang macam mana?

madah.puisi.kata-kata pujangga?

cukup sekadar

KATA-KATA

ayat mungkin sedikit sarkastik.

ok?

sekian

k.bai

 

 

#ilham.dari.kak.fynn.jamal.

terima kasih kokping.

growing_up-wallpaper-1366x768

Thursday, May 23, 2013

Hari Terakhir Kuliah

May 23, 2013 5

Assalamualaikum semua…

sobs. *lap air mata dulu….korang….sobs….IQ sedih nih….kenapa? hari ni hari last kuliah…hari last IQ belajar kat UTM…hari last IQ bersama rakan-rakan kelas…hari last…hari last…sobs…

pejam celik. 4 tahun berlalu. waahhh..cepatnya masa pergi….rasa baru semalam mendaftarkan diri di Kolej Tun Hussein Onn…rasa macam baru semalam kenal wanie dan farah….cepatnya…sangat cepat…

tahun pertama.

tahun bermain-main. tahun yang hanya tahu keseronokan. shock culture? tak jugak. tapi ada kawan baik macam farah dan wanie tu da cukup buat aku gelak tak hengat. main makan kelas bersama…masa ni aku masih tak reti nak study bersama. terasa macam janggal. sebab selalunya study sorang-sorang…tahun pertama bagi aku…paling teruk…ke? tak sedar diri lagi tu.

tahun kedua.

tahun ni sibuk dengan program kelab. ke sana ke mari semua dengan SRC. sebenarnya dari tahun satu lagi tapi tahun kedua lagi rancak sebab da pegang jawatan kan. masa ni…pelajaran agak kelaut…leka! yes! leka…sangat! dan aku lalai dengan perkara yang melalaikan aku….yang selalu bawa aku ke pangkal jalan. tuu…farah dan wanie….tapi aku belajar study group bermula tahun kedua…satu peningkatan!

tahun ketiga.

kelalaian membawa aku kepada satu kesedaran yang amat tinggi. disebabkan aku lalai, pinjaman aku kena tarik satu sem. heh~ pengalaman tu amat mengajar aku. dan ditambah pulak dengan masalah peribadi…tahun ketiga adalah tahun ketegangan aku tapi cukup buat aku sedar dengan dunia realiti yang sebenar. sekali lagi…wanie dan farah lah yang banyak bagi kata-kata penguat semangat…mereka lah orangnya…

tahun keempat.

tahun bermakna pada aku. aku cukup suka dengan tahun keempat. tahun keempat adalah tahun kematangan aku. aku cukup sedar setelah tiga tahun aku leka dengan dunia fantasi..kini aku kembali dengan realiti dan benarlah orang kata, bila kita tersedar…kita akan rasa dunia tu cepat sangat berlaku…kalau tak…masa sesaat pun terasa bertahun nak tunggu..*punyalah hiperbola kau IQ! tapi aku cukup sayang dengan tahun keempat….tahun bermakna untuk tiga sekawan….dan juga hidup aku….

terima kasih Ya Allah

akhirnya aku bakal menjadi seorang graduan.

Alhamdulillah.

IMG_7528

***penggunaan ‘aku’ tu lebih real untuk ekspresikan perasaan. maaf tidak membahasakan diri sebagai IQ

Tuesday, May 14, 2013

Jaga Mulut. Jaga Hati.

May 14, 2013 5

Assalamualaikum semua.

Fuhhh..fuhhhh…afuuuuhhhh~~ ok, maap…bersawang habis muka korang IQ sembur…nak bersihkan sawang-sawang kat blog nih…da lama sangat tak cuci….nak spring cleaning pun tak sempat…al-maklum la busy melampau..bla bla bla *mengomel~

IQ sebelum ni nak tulis blog tapi bila da bukak windows live writter ni, idea terbang entah ke mana…kejap benau singgahnya…da la jarang singgah…kesian betul! ok, PRU da lepas…IQ pun sekarang dalam tempoh genting *tapi sempat nak tulis blog…writing pun tak buat laaaaagiii!!

Jaga Mulut. Jaga mulut korang bila bercakap. Hati manusia ni sensitif, kadang memang kita rasa apa yang kita cakap tu ikut cara kita, sebab kadang-kadang, kita jer rasa ok, kita jer rasa sopan…tapi bagi orang lain? mungkin orang lain tak dapat terima cara kita cakap, bahasa kita mungkin kasar sikit berbanding bahasa orang yang lain yang berhati lembut nih. so? macam mana?

pandang kiri pandang kanan. bercakap mengikut keadaan sekeliling. kalau kita berada di kalangan manusia yang berfikiran terbuka, ok…just let go with your ideas…TAPI kalau korang berada di kalangan manusia yang mindanya tertutup, dan terlampau sensitif dengan kata-kata…so, MIND YOUR WORDS…nanti tak pasal-pasal kena bash…haaa…kita gak yang panas telinga….yeah~ mungkin kita terpaksa berhadapan dengan manusia yang sifatnya ‘AKU JE YANG BETUL’ tapi ada kan cara untuk berhadapan dengan manusia sebegitu….macam mana? tengok dia, senyum~ weeee~ *gila ke ape senyum-senyum? haha!

jaga hati. hati ni sensitif. hati yang baik adalah hati yang selalu redha dengan apa yang berlaku. yeke? main tulis je kau IQ….macam ni, bila hati kita redha, kita akan terima segala apa yang berlaku seadanya. dan bila kita tak redha, apa je yang berlaku pada kita, kita akan pertikaikan…macam kita mempersoalkan takdir yang Tuhan buat untuk kita. hati yang redha boleh menjadikan hati kita tenang…dan bila hati kita tenang, perjalanan hidup kita akan lebih bermakna. tak guna ada hasad dengki dalam hati…benci orang sana sini…itu hanya akan menghitamkan dan merosakkan hati kita.

perghhh, panjang lebaq explaination kau IQ….kalah uztazah nih….fuhhh…errr…pape pun, buka hati, buka minda…da buka, jangan lupa jaga….mesti korang pelik kan kenapa IQ cakap pasal semua macam mende ni? sebaaaaabbbb…IQ da jiwa tengok feed kat facebook tu haaa…kadang main hentam je post, main hentam je tulis, main hentam je komen, dan main hentam je nak benci sesape…korang sedar tak mende tu sedang berlaku? sedar kan. korang buat? IQ tak tuduh, IQ tanya ajeeeee~ jangan salah faham sayaaaangg~~ IQ just tanyeeeee~ ade faham? tadak? ikut suka laaa.. =P

moga jumpa lagi, doakan IQ untuk saat-saat akhir di UTM ni.IQ akan doakan korang jugak. Amin.

till then.

k.bai~

Photography_Artistic_285829

***bukan senang nak tulis pepanjang macam ni, lebih-lebih lagi tengah busy ni. fuhhh..siap satu entry, Alhamdulillah. =)

Friday, May 3, 2013

Gunung Online Base Camp

May 03, 2013 3

Assalamualaikum semua~

pada 27 – 28 April yang lepas, IQ berkesempatan untuk join satu kem yang dianjurkan satu group yang boleh dikatakan group pendaki yang terbesar di Malaysia. Gunung Online adalah satu group  yang diasaskan oleh senior SRC itu sendiri. kiranya…otai-otai SRC zaman batu la ni…so, secara tak langsung dapat berjumpa dengan pendaki-pendaki tegar yang lain bersama-sama guide yang berpengalaman. program ni boleh dikatakan meliputi hampir seluruh semenanjung malaysia yang melibatkan ahli pendaki yang datang dari utara hinggalah selatan.

IQ berpeluang join program ni pun sebab ganti orang, sepatutnya Mtmjk kelab yang pergi tapi diaorang ada hal yang tak dapat dielakkan. IQ mula-mula pun macam malas nak pergi sebab ada kerja nak siapkan, tapi bila wanie cakap dia pergi jugak, ape lagi…jom kita pergi!!!

375015_10201179526835334_1240158572_n
banner program, terbaik~

524732_10201179536235569_918520328_n
aktiviti pertama: asas perkhemahan, walaupun ramai otai-otai yang join, asas ni tetap diajar bagi memantapkan lagi skill, disampaikan oleh abang Am~ *amboih ayat~ hehe

934086_10201179543515751_87979210_n
SRC-ians…senior+junior campur aduk~ sesi aktiviti kedua..

68533_10201179548395873_1968499070_n
kem ni kem yang santai, sebab matlamat utama untuk kumpulkan pendaki-pendaki dalam satu program yang  bersifat komuniti. dan semestinya kambing golek di atas menjadi sajian kitaorang pada malamnya. maveles~ XD

163591_10201179549915911_2098046494_n
majlis bacaan tahlil kepada almarhum/almarhumah yang telah pergi meninggalkan dunia ketika membuat aktiviti pergunungan ni menjadi aktiviti yang paling IQ salute. memang terbaik~

537899_10201179566276320_1789057590_n
Forum: Keselamatan Pergunungan. moderator: Rembau (baju merah) a.k.a senior otai habis SRC

27125_10201179604957287_1863707037_n67515_10201179598157117_987938211_n
401207_10201179597317096_1582257706_n923286_10201179602957237_1868707587_n
cabutan bertuah, yang paling bertuah, wanie: dapat khemah, pian: dapat backpack osprey, Mira: dapat sandal Karrimor…yang lain? hehe~ IQ paling epic~ mass tin…kau ada? #cehh~

486657_10201179623117741_504945116_n
harap dapat adakan lagi GO Base Camp 2 lepas ni….
tahun depan ke kan?
#nak jadikan aktiviti tahunan~ macam best gak kan..=)

k.bai~

credit to Mohd Nizam Nordin untuk gambar yang terbaik~
nak tengok lagi?
klik sini

 

***balik dari kem terus demam, memang best…..sangat best~ weeeeee~~

Wednesday, May 1, 2013

Batch Dinner FKA UTM 2013: Making Endless Memories

May 01, 2013 3
Assalamualaikum semua…
fuhhh, agak lambat IQ update pasal nih, event da buat hampir seminggu yang lepas, Paan pun update sehari lepas dinner diadakan, tapi IQ sibuk sikit. lepas dinner ada kem kat Selangor lak…yang tu IQ cerita entry akan datang yer…
eceli IQ baru sihat sikit, da dua hari IQ demam….balik dari kem kat selangor tu terus demam, yela…kena hujan kat sana, sampai UTM malas nak mandi, terus esoknya demam, badan memang agak lemah, senang jer nak kena demam…sobs…tak per la…ni pun da kurang sikit….Alhamdulillah…=)
malas nak bercerita panjang…just nak show gambar dinner lepas sambil ulas mana yang patut…#cehh..
305834_10151782839047454_2054870340_n936257_10151782839037454_1750412290_n387183_10151782839017454_2041602463_n
duduk satu meja, pastu buat kecoh. kecoh la sangat~ meja dekat dengan stage. memang best~
904704_628212657193006_200046906_o
gadis-gadis dengan artis. heh~ hakim is the artist. tak caye? cari Voice of Men. he’s the guy. and our classmate. =)
15040_4730110692561_502634195_n
randomly. campoq habeh. batch 09/13
407987_10151782841392454_475737076_n923215_10151782841532454_176053842_n
IQ dan wanie + farah
32434_10151782840412454_230777297_n
auwww~ 3 stooges. finally~
30357_10151782841222454_482336379_n
susah nak ambik gambar bertiga. sebenarnya.
379882_10151782844222454_1136328096_n
ni Nur Zakiah. hek3….blogger jugak nih, bakal menjadi seorang blogger tegar. tasha manshahar celop yer kia…=) serius cantek!
32599_4729970649060_2131742790_n
and finally, our batch 2009/2013…. ^_^
301909_10151782840762454_1636330592_n
last but not least, outfit of the day~
#cehh, kau hengat ini red carpet ke cik IQ oit~~ =P
dinner tu sangat awesome, ni first time IQ dan 3 stooges pergi dinner, sebelum ni memang tak pernah pergi dinner sebab memang aim nak pergi sekali jer dalam tempoh 4 tahun nih. kalau pergi tiap-tiap tahun pun tak best gak kan…=)
k.bai
next entry.
Gunung Online Base Camp.
wait haaa~~
*** gambar-gambar di atas adalah hasil tangkapan rakan-rakan batch 09/13. termasuk la farah~ credit to them. =)