Saturday, September 30, 2017

Panggilan Telefon...

September 30, 2017 9
Panggilan Telefon...
Kisah 1:

Minggu tu sepatutnya aku, suami dan anak tak balik ke rumah kakak disebabkan dah balik minggu sebelumnya. Minggu sebelum aku balik seperti biasa untuk jenguk ummi yang dah hampir dua bulan terlantar akibat serangan strok. Serangan kali ke3 yang melumpuhkan seluruh anggota badan terutama bahagian otak ummi. Bekalan susu untuk ummi dan pampers dah topup siap-siap. Krim untuk elak bedsore ummi pun dah beli. Cukup untuk sampai minggu depan di mana aku akan balik minggu depannya pula.

Kerja sebelum ni perlu ke banyak tempat. Pada waktu tu, office client dekat dengan pejabat si suami. Dan hari tu pergi dan balik kerja suami hantarkan. Waktu balik menjengah. Tunggu suami di hadapan bangunan office client. Sampai je suami, senyuman dilemparkan. Pakai topi keledar, menuju ke pejabat Suami. Malam tu ada bacaan Yassin di pejabat suami. Memang plan balik lambat. Anak masih di rumah pengasuh tapi sudah dimaklumkan awal-awal. Singgah minum di kedai makan bawah pejabat suami. Abang ipar call. Mula-mula cakap dengan suami, lepas tu suami passed dekat aku.

"Dah tahu ke belum?" Dengar suara abang ipar tahan sebak. Nangis ke dia? Kenapa nangis? Ada apa-apa yang berlaku ke? "Dengar apa?" Aku bertanya. Abang ipar jawab, " Ummi dah tak ada" . Sentap hati. Dalam hati aku, main-mainkah dia? "Abang jangan main-main bang, betul ke?" Aku dah separuh jerit. Aku dah berombak dada. Dan aku meraung tika itu juga. Suami terpinga-pinga dan bertanya kenapa. "UMMI DAH TAK ADA" Aku lemah.




Kisah 2:

Penat tunggu dia check in. Aku dan anak pulang rumah seketika. Sambil-sambil itu menelefon keluarga suami yang berada di dalam perjalanan ke mari. Aku letih dengan ragam anak yang masih tak tahu apa-apa. Sebelum ni, suami yang banyak tolong aku uruskan anak tapi bila waktu dia sakit begini, aku kena uruskan anak sepenuhnya. Hurmm..anak mengamuk. Meragam. Kenapalah dengan si anak ni.

Setelah mak dan ayah sampai, kembali ke hospital. Mencari suami di wad kecemasan. Aik? Dah tak ada? Tanya nurse di situ. Katanya dah dibawa ke HDW. HDW dikira seperti wad ICU. Kritikal ke dengginya sampai masuk ICU? Nurse tu pun cakap,"Denggi dia berada dalam tahap bahaya, terpaksa dimasukkan dalam ICU. Jangan risau, di sana satu pesakit akan ada satu doktor dan satu nurse yang akan pantau dia sepanjang masa". Aku terus menuju ke HDW. Dia masih dalam proses pemeriksaan doktor di wad, tak boleh masuk. hurmm..

Bila tiba masa boleh masuk, dapat lihat keadaan dia lemah. Dia mahu minum air tapi bila minum air, senak di dada. Tak boleh minum air banyak, terpaksa pakai alat bantuan pernafasan. Jantung juga diberi perhatian. Dalam hati, aku mahu dia sembuh. Dah mula rindu gurauan dia. Selesai lawat, aku, mak dan ayah balik.

Balik dari hospital, aku tak boleh lena. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, aku masih teringatkan dia di wad. Mesej pada dia, aku tak boleh tidur. Tak berbalas. Akhirnya aku terlena. Tapi baru 10 minit aku lelapkan mata, satu panggilan dari nombor tak dikenali masuk. Panggilan dari hospital. Mintak aku ke hospital untuk satu prosedur emergency.

Berdesup aku ke hospital pada pukul 3 pagi. Lori ke kereta ke, aku tak peduli. Akhirnya aku sampai di wad. Doktor menerangkan keadaan dia yang makin kritikal dan perlu ditidurkan untuk prosedur seterusnya. Aku terpaksa buat keputusan segera. Tanpa berlengah, aku menandatangan surat setuju untuk menyelamatkannnya.

Dan buat kali terakhir aku bercakap dengannya, "Abang kena kuat, untuk sayang, untuk Qa'id, untuk semua" Sempat dia berkata pada aku "JANGAN NANGIS" sambil keadaan gusinya yang berdarah. Nurse di sekeliling katilnya menyuruh aku ajar dia mengucap Dua Kalimah Syahadah sebelum ditidurkan. Dan selepas beberapa hari bertarung, dia tidur buat selamanya...


**********************************************************

Qa'id kehilangan tok umminya pada umur 4 bulan dan kehilangan ayahnya pada umur 11 bulan. Tahun yang sama, jarak hanya 7 bulan.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi buat selamanya.

Acik rindu Ummi. Sayang rindu abang.

Wednesday, September 27, 2017

Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id

September 27, 2017 8
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Rasanya ramai dah tahu ke mana IQ bawak Qa'id masa birthday dia yang lepas. IQ memang plan nak pergi bawak Qa'id main dekat indoor playground. Plan asal nak pergi Sunway Putra sebab situ ada indoor playground jugak tapi seminggu sebelum birthday Qa'id hari tu, pergi Melawati Mall (MM). Lepas tu, ternampak la indoor playground dekat MM tu. So, sebab MM memang dekat sangat dengan rumah IQ, so...IQ decide nak pergi dekat situ jer.

MM ni baru buka beberapa bulan lepas. Memang baru sangat. So, pada awalnya, IQ ingatkan indoor playground macam ni belum dibuat sepenuhnya di MM, tapi sangkaan IQ meleset sama sekali. huhu

GERAK KE MELAWATI MALL
IQ bertolak ke MM dalam pukul 11 pagi. Konon nak pergi pukul 10 pagi tapi tahu-tahu je la kan bila dengan budak, nak masak lagi. Delay sejam jadinya. Sampai dekat sana, terus menuju ke tingkat 6, dan kitaorang sampai ke......
KIDZ ZONE!
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Kaunter pendaftaran masuk Kidz Zone
Masa kitaorang sampai, memang tak ramai lagi budak-budak dalam tu. Kurang dari 10 orang la. Parents yang tunggu pun dalam 2-3 parents je. Bayaran masuk ke Kidz Zone? Harganya berbeza mengikut hari dan peringkat umur. Boleh tengok dekat bawah ni.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Disebabkan Qa'id dah cecah 2 tahun, so dia dikira harga 2 tahun ke atas. Kitaorang plak pergi hari ahad iaitu hujung minggu, so harga untuk seorang Qa'id berharga RM58. Masuk percuma untuk seorang penjaga dan penjaga seterusnya kena bayar RM5 seorang. Qa'id ramai sangat penjaga, so..kena tambah untuk dua orang tambahan.

Dalam Kidz Zone, semua orang kena pakai stokin. Dan stokin lain harga, RM5 sepasang. IQ dah alert pasal stokin ni dan IQ dah bawak stokin IQ dan Qa'id tapi IQ lupa bagitahu adik-adik ipar IQ. So, dorang tak ada stokin dan kena beli stokin. Sorry lupa nak habaq. hehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Peraturan yang perlu dipatuhi.
PELBAGAI PERMAINAN ADA!
Dan bermula la sesi bermain Qa'id. Kemain haa dia. Seronok yang amat! Melompat sana sini. Seronok sangat la tu. Say thank you ibu first la sayang. haha! Tak reti cakap panjang-panjang lagi. Yang tahu cuma la beri ciuman paling manis dekat pipi je haa. hehe.

Dalam Kidz Zone ni ada banyak bahagian. Ada bahagian untuk buat party hari jadi, ada bahagian main untuk Toodler (kanak-kanak 2 tahun ke bawah). Dan jugak tempat mainan budak-budak yang dah besar. Mula-mula Qa'id main dekat bahagian Toodler tu. Acah-acah malu nak main beriya. So, main bola dalam kolam je dulu.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Kolam bola di bahagian Toodler
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Kalau datang awal pagi ni seronok sikit. Budak-budak tak ramai. Boleh conquer tempat. haha! Sorang budak conquer satu kawasan terus. Barang pun masih tersusun elok. Segan nak sepahkan. Gituuu.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Game merangsang minda si kecil
KAWASAN PERMAINAN YANG LUAS DAN MENARIK
Dah puas main dekat bahagian Toodler, terus pergi main dekat bahagian lain. Banyak jugak bahagian game dalam Kidz Zone ni. Boleh panjat sampai level atas pun ada. Ada Gelongsor tinggi semua. Memang best la. Mak-mak ni plak excited terlebih. hehe. Zaman dulu mana nak ada taman mainan macam ni kan kan. hehehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Bertemakan lautan
Ada jugak mini padang futsal + court basketball. Si Qa'id dah la suka main bola, kira tempat ni jadi tempat yang paling dia suka. Suka sangat tendang bola, haaa..tendang la puas2. Ibu dan Acik Nina dia pun layan main bola sama. Seronok dia haa.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Cengang tengok ibu ambik gambar ke Qa'id?
RUANG UNTUK SAMBUTAN HARI JADI
Ni kawasan untuk buat birthday party. Besar jugak kawasannya. Boleh muat sampai 50 orang dalam satu-satu masa. Menarik jugak kalau sambut birthday anak-anak dekat indoor playground kan? Seronok dorang mesti malamnya tidur pengsan!
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Ruang khas untuk sambutan hari jadi
Tengaharinya, IQ keluar kejap. Jumpa personal agen insurans IQ. Sambil-sambil tu nak makan tengahari sekali. Walaupun kita dah check in masuk, kita boleh keluar dan masuk bila-bila masa sahaja tau! Senang. Nak cari makan ke, nak beli barang kejap ke. Mudah. Scan je gelang dekat tangan tu, boleh la keluar kejap.

Si Qa'id ni, masa kitaorang keluar kejap tu, dia bantai tidur! Take a nap la kononnya. Penat sangat main. Tapi kalau ikutkan dia memang akan tidur kejap sebelum tengahari. So, memang waktu tidur dia. Bagi susu, terus senyap dalam stroller dia. 
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Pengsan!
CAFE DI KIDZ ZONE
Lepas makan, jalan-jalan kejap sementara nak bagi Qa'id tidur. Banyak kedai dekat MM ni. Tapi ada jugak yang masih belum buka. Nak try cari aiskrim cheese cake, sekali salah mall. haha! Lepas jalan-jalan, masuk Kidz Zone balik sebab Qa'id dah bangun! Tapi dia tak makan lagi...adui! Mujurlah dalam Kidz Zone ada cafe dorang sendiri. Senang, tak perlu keluar. Cuma harga boleh agak sendiri la. hehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Ruang Cafe Kidz Zone yang selesa
Qa'id ni kan agak alergik dengan ayam. Memang kalau ikutkan tak nak bagi dia makan ayam, tapi pilihan agak terhad. Sampai IQ berbincang dengan chef dorang pasal menu yang boleh Qa'id makan. Kebetulan chef tu kelapangan, so boleh la nak masak special sikit. Kot. So, IQ order nasi goreng paprik ayam+ikan untuk Qa'id. Boleh tahan la rasa dia. Not bad!
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Hidangan untuk Qa'id
SAMBUNG MAIN...
Habis makan, terus sambung main. Dari pagi sampai petang, memang budak-budak punya tenaga mengagumkan betul! Tak reti penat. Sesekali je minum air dan susu. Selebihnya ke sana ke mari. Boleh tengok gelagat si Qa'id ni dalam video di bawah. Lagi menggedik bila Pak Ngah datang join jugak.


Hari dah makin petang. Si Qa'id plak memang tak tunjuk langsung tanda-tanda nak berhenti main. Jenuh tarik tangan dia nak ajak keluar dari Kidz Zone, memang meronta habis! Tak mau keluar, nak main lagi. Sampai la satu saat, dia dah penat sangat kot. Bila angkat bawak keluar, dia ikut je. hehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Qa'id dan ibu.
Bagi IQ, Kidz Zone ni best. Tempat baru lagi kan? So, memang semua nampak baru. Bau-bau getah semua ada lagi. So, ok la kalau nak try. IQ berpuas hati dengan semua permainan di Kidz Zone ni. Next time mungkin akan datang lagi bawak Qa'id main. Tapi nak jugak try tempat lain kan? hehe.

PESANAN BUAT PENGUNJUNG KIDZ ZONE
Kidz Zone ni bagi IQ tempat yang bagus untuk kanak-kanak bermain. Kalau mak ayah tak nak bawak anak beli barang, boleh tinggalkan anak-anak dorang dekat Kidz Zone ni. Tapi anak-anak mestilah dah besar kalau nak tinggalkan dorang bermain. Kalau 4 atau 5 tahun ke bawah ni better ada penjaga jugak. Staff Kidz Zone sentiasa ada tapi hanya untuk pemantauan sekitar Kidz Zone, bukanlah penjaga persendirian untuk seorang kanak-kanak.

Kawasan Kidz Zone ni agak besar. Anak-anak pasti agak keletihan bermain. Boleh la bawak air minuman atau snek untuk isi perut anak-anak sementara. Kalau nak beli snek dekat cafe Kidz Zone pun boleh, cuma sedia duit lebih. 
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Apa-apa pun, bawak anak-anak ke tempat macam ni boleh menghiburkan hati anak-anak juga. Kalau nak pergi selalu, kopak jugak duit mak ayah. haha! Sekali sekala boleh la kan? Untuk ganjaran cemerlang sekolah ke kan? Anak gembira, ibu ayah senang hati. Gituuu.

Lokasi Melawati Mall, Kidz Zone di Tingkat 6 yer.

Monday, September 25, 2017

First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!

September 25, 2017 18
Percaya atau tak, IQ sebelum ni belum berkesempatan nak rasa menu berasaskan Thailand ni! IQ dah tertarik nak makan di Boat Noodle ni dah lama, sejak Arwah Suami ada lagi, tapi disebabkan Arwah Suami ni suka makan nasi je, so...makan makanan macam ni kena tolak tepi.

So, baru-baru ni, ofismate IQ teringin nak makan Boat Noodle ni. Haaaa..satu peluang yang IQ tak kan lepaskan. Nak try jugak makan makanan di Boat Noodle ni. Apa yang bestnya sampai viral betul sebelum-sebelum ni? Then, menapak la kitaorang ke Publika, tempat makan yang tak asing lagi antara kitaorang. Naik Grabcar, bayar RM3 dah sampaiiii...
BOAT NOODLE PUBLIKA
Keadaan dalam kedai agak lapang. Ada la dua tiga buah meja yang ada customer. Mungkin kitaorang pun datang awal. Nak buat macam mana, lunch start pukul 12 tengahari. hehe. Masa kitaorang sampai tu macam ada satu meja khas untuk photoshoot. Untuk buat Promotion mungkin. 
IQ tahu Boat Noodle ni hidangan dia dalam mangkuk kecik-kecik tu. Harga dulu RM1.90. Sekarang mungkin dah disertakan sekali GST, so...satu mangkuk berharga RM2.01. Tapi sebenarnya jugak, IQ baru tahu, Boat Noodle ni makanan mee daripada Thailand. Intro atas kemain macam tahu, tapi sebenarnya baru tahu! haha! Ingatkan menu mee biasa tapi dengan kuah special macam tu je. Tapi memang kuah dia special pun, sebab resipi dari Thailand. haha!

So, kena pilih nak ayam atau daging. Mee pun ada tiga jenis mee iaitu Rice, Egg dan jugak Springy. Springy ni mee baru. Dan ada dua jenis kuah. Satu macam kicap, satu lagi kicap+santan. Kawan IQ suggest order banyak-banyak terus sebab kalau nak tambah order akan makan masa. So, IQ order 4 mangkuk siap2. Senang, tak perlu repeat order kalau tak cukup. First time nak rasa, tak tahu la macam mana rasanya kan? Kena ke dengan selera IQ yang konon sensitif ni. IQ kan takut2 nak rasa resipi dari luar, kalau kawan IQ tak ajak, mana la IQ nak cuba.

Oh ya, ada juga menu lain yer kalau tak nak makan mee yang seciput-seciput ni. Boleh tengok menu di bawah. 
Minuman dan dessert yang terdapat di Boat Noodles. Boleh tahan jugak menu dia...
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
PILIHAN AIR
Kalau minuman dari Thailand ni, IQ suka satu jenis air ni jer. GREEN TEA! Yezza, IQ suka sangat air Green Tea ni. Memang rasa dia unik habis. Untuk air Tea biasa tu pun ok. Rasanya pun kaww sangat. Dua jenis air ni jadi pilihan IQ di Boat Noodle ni. Ada akak office IQ tu plak, order coconut shake. Rasa ok la...boleh laa...
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
DESSERT FAMOUS, SANGKAYA
Untuk dessert, kawan office IQ pilih Roti+ Kaya, iaitu Sangkaya. Menu yang femes dan fofular di Boat Noodle ni. Orang katalah...dan bila tiba waktu IQ rasa...YES! Sangat sedap wooo! Kaya dia lain daripada yang lain. Roti yang dia bagi pun lembut. Tak macam roti di luar. Memang sedap betul rasanya. Rasa nak repeat makan Sangkaya jer. haha!
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
MENU UTAMA SAMPAI
Dan bila tiba mangkuk-mangkuk mee kitaorang sampai, mulalah sesi mencuba. Berdebar tau! First IQ order mee jenis RICE; dua mangkuk berkuah kicap, dua mangkuk lagi berkuah kicap+santan. IQ rasa yang santan dulu. 

Ermmm..macam boleh telan lagi. Ok la, rasa memang agak pelik sebab tak pernah try menu Thailand selain Tomyam Kung. hehe. Second try yang berkuah kicap tu plak. Ok, yang ni macam tak boleh nak telan sangat. Rasa pelik sangat. IQ prefer yang berkuah kicap+santan kot. Lagi sedap rasanya, lemak2 je rasa dia.
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
Mungkin IQ ni tak pandai makan sangat. Kawan office IQ pandai makan, dia campur dengan ramuan tambahan seperti cili flakes, perasa yang ada atas meja kitaorang tu. IQ memang makan terus tanpa tambah apa-apa perasa. So, mungkin lepas ni kena tambah perasa akan dapat rasa yang sedap kot.
RATE UNTUK BOAT NOODLE
Bagi IQ first time rasa Boat Noodle ni, IQ bagi 3 bintang laa dari 5 bintang. Not bad. Mungkin boleh repeat lagi next time. Well, IQ bukanlah jenis terus blacklist tempat makan yang agak2 tak kena dengan tekak IQ. Semua orang alami first time dorang kan? So, ni first time IQ. So, jom try lagi next time!

IQ ada nampak hari tu, Boat Noodle baru buka cawangan baru di Aeon AU2 Setiawangsa.  Dekat sangat dengan rumah IQ. Jom serbu! Yokkk!

Lokasi untuk Boat Noodle di Publika

Friday, September 22, 2017

Jus Asam Kunyit Madu: Khasiat Dalam Kesedapan Jus

September 22, 2017 17
Badan ni kan...selalu rasa sakit-sakit. Rasa lenguh sana sini. Hari-hari mengadap laptop di pejabat memang melenguhkan badan IQ ni. Buat senaman ringan ke kiri ke kanan, picit bahu sikit...mulalah angin keluar. Penuh angin rupanya badan IQ ni. hurmmm..

Baru-baru IQ diberi peluang merasai satu minuman khasiat yang semestinya buat IQ tersenyum gembira, Kenapa tersenyum gembira plak tu IQ? sebab masalah lenguh-lenguh badan serta badan berangin yang IQ alami bakal berakhir!
JUS ASAM KUNYIT MADU (JAKM)- Dihasilkan secara Homemade oleh Forren Secret. Jus khasiat yang diperbuat daripada bahan-bahan yang semestinya memberi kesan yang positif terhadap badan kita. Bahan-bahan yang terdapat dalam Jus Asam Kunyit Madu ni adalah seperti Ibu Kunyit, Asam Jawam Halia, Temukunci, Habbatussauda, Saffron, Madu dan juga Gula Melaka. Haaa...bahan-bahan semulajadi jer yang digunakan untuk membuat Jus Asan Kunyit Madu ni. Tiada pengawet dan bahan pewarna.
Jus Asam Kunyit Madu: Khasiat Dalam Kesedapan Jus
Kenapa perlu minum Jus Asam Kunyit Madu ni?
Jus Asam Kunyit Madu ni elok diamalkan oleh wanita, anak dara mahupun lelaki. Lelaki pun boleh minum yer. Bukan wanita sahaja. Sebab Jus Asam Kunyit Madu ni ada banyak kelebihan. Antaranya boleh menurunkan berat badan dan semestinya masalah berat badan bukanlah masalah kaum wanita sahaja. Kan kan? 

Selain boleh menurunkan berat badan, JAKM boleh merawat masalah kulit serta membuang angin dalam badan. Kadang-kadang perut kembung tak selesa, boleh minum JAKM ni dan angin jahat tu akan keluar dengan senang hatinya. hehe. Banyak lagi kelebihan JAKM ni, boleh baca dalam flyers  di bawah ni.
Jus Asam Kunyit Madu: Khasiat Dalam Kesedapan Jus
Khasiat Yang Tersembunyi
Kalau korang nak tahu, bahan utama yang terkandung dalam JAKM ni iaitu kunyit ada banyak khasiatnya. IQ sendiri tak pernah ambil tahu khasiat yang terkandung dalam ibu kunyit ni. Manalah nak tahu sangat, kalau tak sakit-sakit badan, tak disuruh makan jamu ni, mana nak makan kan? Yang IQ tahu kunyit hanyalah salah satu bahan masakan di dapur.

Antara khasiat kunyit yang mungkin kita tak tahu adalah:
Jus Asam Kunyit Madu: Khasiat Dalam Kesedapan Jus
First Time Suka Minum Air Jamu!
First time IQ rasa JAKM ni? Berdebar habis! Sebab sebelum ni IQ ada juga try satu produk minuman kesihatan yang berasaskan kunyit jugak tapi rasa dia....adehhhh...IQ sekali minum jer! Sebab tak tahan dengan bau dan rasa. Memang tak boleh telan. 
Jus Asam Kunyit Madu: Khasiat Dalam Kesedapan Jus
Tapi bila IQ minum JAKM, rasa nak teguk sebotol terus! Padahal kena minum 60ml jer. Sedap sangat sampai hampir nak terlajak minum. Rasa 'gas' asli membuatkan rasa JAKM ni sangat unik dan sedap untuk diminum. 

Harga untuk Jus Asam Kunyit Madu hanyalah RM12.00 sebotol. Sebotol JAKM mempunyai +/- 360ml jus. Minum hanya pada waktu pagi dan malam sebanyak 60 ml. Jadi, sebotol boleh minum 6 kali bersamaan 3 hari. Haaa...faham? Sukat siap2. IQ selalu terlajak  minum. Yang 3 hari dah jadi 2 hari dah. Sedap sangat!!

Kongsi Khasiat Bersama
Hari seterusnya IQ bawak JAKM ke office IQ. Bagi ofismate rasa. Ternyata ada sorang akak office IQ ni memang penggemar air berasaskan kunyit. Memang jadi kegemarannya minum air kunyit. Tambahan pula, akak office IQ ni tahu khasiat minum air kunyit ni macam mana. Memang makin seronok la akak tu nak try minum JAKM ni.

Lepas minum? Terus order! Nak 4 botol terus tau, nampak tak memang JAKM ni sedap untuk diminum. Rasa sekali tak puas. Mujur kena minum pagi dan malam sahaja. Kalau tak der had masa, mahunya sepanjang hari pun IQ boleh minum. hehe.
Demi akak office IQ yang tercinta, IQ tolong orderkan untuk dia. Bukan 4, bukan 5 yang IQ order. Tapi 10 botol! Sebab IQ plan nak bagi pada kakak IQ yang baru habis pantang tu minum jugak. Adik IQ pun nak try. So, IQ belikan untuk dorang sekali. Benda yang sedap dan bagus elok dikongsi bersama kan?

Kepada sesiapa yang teringin nak cuba air Jus Asam Kunyit Madu ni boleh lah hubungi nombor yang tertera dan juga layari laman media sosial di bawah:

Puan Azrina
+6019-3828369

Instagram: 

Facebook:

Wednesday, September 20, 2017

Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua

September 20, 2017 12
Jari rasa nak menaip tapi kengkangan masa Allah SWT je la tahu. Nak coretkan cerita dekat sini perlukan waktu yang lapang dan tenang. Barulah ayat terbaik dapat dikarang. Haaa..gitu ayatnya. Ok, sambung cerita tentang sambutan ulangtahun anak IQ, Qa'id Aqhar yang diadakan di rumah IQ pada hari sabtu lepas. 

Family mertua IQ sampai malam sebelumnya. Dorang tak nak ketinggalan jadi orang2 terawal wish birthday si cilik tu. Dan hari2 sebelumnya IQ dah start beli barang masak untuk hari kejadian. Pening jugak nak estimate berapa sukatan barang nak beli sebab tak pernah masak untuk jumlah yang ramai. Tapi tak ada la ramai sangat pun. huhu

MENU UTAMA ADALAH...
Awal pagi IQ dah start kupas bawang. Risau bawang tak cukup, kupas satu beg bawang. Beg uncang yang kecik je. Bukan yang besar tu. hehe. Prepare bahan semua untuk buaaattttt......MEE REBUS TERENGGANU. Dah lama aim nak buat mee rebus Terengganu ni. Sebab dah lama tak makan. So, teringin nak buat masa birthday Qa'id kali ni.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Tadaaaa... Mee Rebus Terengganu. Resipi kemudian hokey!
IQ buat dua periuk mee rebus ni. Dan baru perasan rasa macam terlebih plak masak. Ayah mertua plak order satay dan kuih muih. Berlipat ganda jumlah makanan, ditambah plak IQ order roti jala dengan pengasuh Qa'id, Cik Hanum. Haaa sudah...meriah makanan semua jadinya.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Meja kecik, muatan penuh
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Mee rebus dalam slow cooker tu.
TETAMU TERDEKAT..
Siapa jer yang datang? IQ dah aim nak ajak yang terdekat sahaja. Family dan kawan2 rapat. Tapi yang ada cuma family. haha! Sebab cuti hari Malaysia ni semua ada plan masing2 dah. Ada banyak plak kenduri berlangsung pada hari tu. So, kawan2 rapat semua tak dapat datang. huhu.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Tak perlah, Medina datang, mok chik happy sangat dah. Ini anak saudara IQ. Satu2nya anak saudara perempuan.
HIASAN UNTUK BACKGROUND
Prop disediakan dan dihiaskan oleh Mak Lang, Acik Nina, Acik Atoi, dan Pak Teh Qa'id. IQ just beli belon jer. hehe. Tema warna tak plan biru tapi sebab tak tahu nak pilih warna apa, just pilih warna biru+kelabu. Prop yang lain2, Mak Lang Qa'id beli. Sekali dengan alas meja Happy Birthday tu semua. Prop dibeli di Kaison dan juga Mr DIY.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
KEK ISTIMEWA UNTUK QA'ID
Untuk kek, IQ ada cerita kan pasal IQ tak dapat nak tempah dengan kawan IQ sebab order dah penuh dalam entry yang lepas. Mengadu dekat mak dan ayah mertua, terus ayah cakap "Nanti atok beli kek untuk Qa'id yer" Cucu kesayangan sangat Qa'id ni. Yes, atok dan opah Qa'id tempah kek istimewa untuk Qa'id....
*
*
*
*
*
*
JENG JENG JENG

KEK LOOORIIIIIII
Disebabkan Qa'id tengah 'Gila' lori sekarang, atok dan opah tempah kek lori bomba terus. haha! Terkejut habis masa tengok kek malam sebelumnya. Betul2 surprise untuk Qa'id. Kek ditempah khas di Melaka dan dibawa ke KL. Memang jauh kek ni merantau. Rasa dia? Mestilah sedap! Memang terbaiklah!

Prepare untuk tiup lilin dan potong kek!!
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Kalau ada sesiapa tengok video tiup lilin yang IQ upload dekat instagram, haaa...tahu jelah kan betapa STRUGGLEnya mak mak ni nak bagi anak tiup lilin tu haaa...adehhh..dia takut api ke tak tahu lah...rasanya takut api la kot, sebab masa potong kek ok je. Saje je kan nak bagi ibu dia ni jadi Hulk kejap. huhu
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Yang lain dah termuncung-muncung tolong tiupkan kek.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Masa potong kek elok je plak.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Yang ini ibu pun kalah, dengan atok selalu behave.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Dengan pak teh dia. Kongsi bulan kelahiran yang sama. 
Alhamdulillah. Dapat jugak buat jamuan kecil2an ni biarpun hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Insya-Allah, ada rezeki lebih ajak lebih ramai lagi. Mungkin buat dekat tempat lain sebab rumah sekarang memang tak berapa nak luas. hihi. Ada rezeki lebih nanti. Insya-Allah.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Sesi buka hadiah. Terus buka tak tunggu orang balik dah.
Hadiah2 yang Qa'id dapat, macam2 jenis....ada lori, ada kereta, ada playdoh, ada tiang gol, ada buku. banyak hadiah yang dia dapat kali ni. Penuh lagi la khemah dia kat belakang nun.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Antara yang memeriahkan. Adik IQ dan anaknya, Medina 
Hadiah ibu untuk Qa'id? tunggu entry2 seterusnya! Tahun ni ibu dia bagi something yang berbeza memandangkan Qa'id dah besar, dah pandai berlari, melompat semua. Kita bagi dia rasa semua tu. ok. jumpa next entry! bai!