Jari rasa nak menaip tapi kengkangan masa Allah SWT je la tahu. Nak coretkan cerita dekat sini perlukan waktu yang lapang dan tenang. Barulah ayat terbaik dapat dikarang. Haaa..gitu ayatnya. Ok, sambung cerita tentang sambutan ulangtahun anak IQ, Qa'id Aqhar yang diadakan di rumah IQ pada hari sabtu lepas.
Family mertua IQ sampai malam sebelumnya. Dorang tak nak ketinggalan jadi orang2 terawal wish birthday si cilik tu. Dan hari2 sebelumnya IQ dah start beli barang masak untuk hari kejadian. Pening jugak nak estimate berapa sukatan barang nak beli sebab tak pernah masak untuk jumlah yang ramai. Tapi tak ada la ramai sangat pun. huhu
MENU UTAMA ADALAH...
Awal pagi IQ dah start kupas bawang. Risau bawang tak cukup, kupas satu beg bawang. Beg uncang yang kecik je. Bukan yang besar tu. hehe. Prepare bahan semua untuk buaaattttt......MEE REBUS TERENGGANU. Dah lama aim nak buat mee rebus Terengganu ni. Sebab dah lama tak makan. So, teringin nak buat masa birthday Qa'id kali ni.
Tadaaaa... Mee Rebus Terengganu. Resipi kemudian hokey! |
Meja kecik, muatan penuh |
Mee rebus dalam slow cooker tu. |
Siapa jer yang datang? IQ dah aim nak ajak yang terdekat sahaja. Family dan kawan2 rapat. Tapi yang ada cuma family. haha! Sebab cuti hari Malaysia ni semua ada plan masing2 dah. Ada banyak plak kenduri berlangsung pada hari tu. So, kawan2 rapat semua tak dapat datang. huhu.
Tak perlah, Medina datang, mok chik happy sangat dah. Ini anak saudara IQ. Satu2nya anak saudara perempuan. |
Prop disediakan dan dihiaskan oleh Mak Lang, Acik Nina, Acik Atoi, dan Pak Teh Qa'id. IQ just beli belon jer. hehe. Tema warna tak plan biru tapi sebab tak tahu nak pilih warna apa, just pilih warna biru+kelabu. Prop yang lain2, Mak Lang Qa'id beli. Sekali dengan alas meja Happy Birthday tu semua. Prop dibeli di Kaison dan juga Mr DIY.
KEK ISTIMEWA UNTUK QA'ID
Untuk kek, IQ ada cerita kan pasal IQ tak dapat nak tempah dengan kawan IQ sebab order dah penuh dalam entry yang lepas. Mengadu dekat mak dan ayah mertua, terus ayah cakap "Nanti atok beli kek untuk Qa'id yer" Cucu kesayangan sangat Qa'id ni. Yes, atok dan opah Qa'id tempah kek istimewa untuk Qa'id....
Untuk kek, IQ ada cerita kan pasal IQ tak dapat nak tempah dengan kawan IQ sebab order dah penuh dalam entry yang lepas. Mengadu dekat mak dan ayah mertua, terus ayah cakap "Nanti atok beli kek untuk Qa'id yer" Cucu kesayangan sangat Qa'id ni. Yes, atok dan opah Qa'id tempah kek istimewa untuk Qa'id....
*
*
*
*
*
*
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
KEK LOOORIIIIIII
Disebabkan Qa'id tengah 'Gila' lori sekarang, atok dan opah tempah kek lori bomba terus. haha! Terkejut habis masa tengok kek malam sebelumnya. Betul2 surprise untuk Qa'id. Kek ditempah khas di Melaka dan dibawa ke KL. Memang jauh kek ni merantau. Rasa dia? Mestilah sedap! Memang terbaiklah!
Prepare untuk tiup lilin dan potong kek!!
Kalau ada sesiapa tengok video tiup lilin yang IQ upload dekat instagram, haaa...tahu jelah kan betapa STRUGGLEnya mak mak ni nak bagi anak tiup lilin tu haaa...adehhh..dia takut api ke tak tahu lah...rasanya takut api la kot, sebab masa potong kek ok je. Saje je kan nak bagi ibu dia ni jadi Hulk kejap. huhu
Yang lain dah termuncung-muncung tolong tiupkan kek. |
Masa potong kek elok je plak. |
Yang ini ibu pun kalah, dengan atok selalu behave. |
Dengan pak teh dia. Kongsi bulan kelahiran yang sama. |
Sesi buka hadiah. Terus buka tak tunggu orang balik dah. |
Antara yang memeriahkan. Adik IQ dan anaknya, Medina |
12 Comments
dia minat lori.
ReplyDeletekalau dekat mungkin saya pergi situ.
happy birthday sekali lagi. kay fb dah ucap dulu
aah, minat lori sekarang.
Deletehehe, nampak la lokasi adam jauh dari kL
terima kasih adam
Happy Birthday Qa'id. Comel kek birthday dia.
ReplyDeleteterima kasih kak mas! kek sponsor...hehe
DeleteHappy birthday Qa'id ... semoga menjadi anak yang soleh.
ReplyDeleteSaya suka kek tu, memang comel ... anak mrs pip pun suka sangat dgn lori lagi lagi lori bomba :)) ... dan satu lagi, anak2 mrs pip pun kalau dengan poh poh (nenek) dan kung kung (atuk), memang behave la sangat, tapi kalau kat mrs pip ni, adohai, boleh tahan perangai mereka T_T ...
apapun, have a nice day IQ & Qa'id.
haha! boleh jadi geng la macam tu, suka dengan lori bomba kan? hehe. kaannn? bila dgn atuk dan nenek ni, budak3 jadi behave sgt,
Deleteterima kasih mrs pip!
Happy belated besday Qa'id , semoga jadi anak yg soleh :')
ReplyDeleteterima kasih Qaseh...hehe..amiinn
Deletehappy belated besday Qaid.. bnyak hadiah qaid dapat.. semoga qaid membesar dgn sihat..Qaid tak jemput untie ke.. untie boleh bawak lori besar lagi dari kek tu hahhaa
ReplyDeleteterima kasih aunty zie! huhu, maaf kak zie, buat kecil2an jer..huhu...haha! lori ape agaknya aunty zie nak bawak tuuu
Deletesederhana tetapi meriah. happy birthday qaid
ReplyDeleteterima kasih DP!
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)