Salam 20 Ramadhan buat semua!
Hari ni IQ nak kongsi satu resipi yang sangat mudah nak buat. Tanpa menggunakan oven yer! Memang mudah. Sesuai sangat untuk orang yang tak ada oven macam IQ ni. IQ dah 3x buat tau. IQ tahu cara buat pun melalui media sosial je. Nampak senang terus rasa nak try. So, ini dia resipi untuukk..
OREO BAR
Bahan-bahan:
3 pek biskut Oreo ( 2 pek untuk dikisar halus, 1 pek untuk dipatahkan kecik2)
1\2 buku Buttercup (butter lain pun boleh guna)
100gram cream cheese
1 bar white chocolate (sederhana, jangan besar sangat)
Bekas acuan/loyang
Kertas tekap putih
Cara-cara membuat Oreo Bar:
1- Kisar 2 pek biskut Oreo menggunakan blender sampai halus. Dan letakkan dalam satu bekas.
2- Cairkan butter. Masukkan butter yang dah cair ke dalam bekas yang berisi biskut Oreo yang dah halus. Gaulkan sehingga rata.
3- Letakkan biskut Oreo yang siap digaul bersama butter tadi ke dalam bekas acuan yang dah diletakkan kertas tekap putih mengikut citarasa anda. Mampatkan dan ratakan mengikut saiz bekas.
4- Untuk topping pula, cairkan white chocolate. Cairkan chocolate di dalam satu bekas air di atas dapur sebab chocolate tak boleh dipanaskan secara direct.
5- Sementara itu, patah-patahkan 1 pek biskut oreo kepada saiz kecil. Bukan hancur yer.
6- Campurkan white chocolate yang dah dicairkan tadi bersama-sama cream cheese.
7- Selepas kedua-dua bahan itu sebati, gaulkan bersama oreo bar yang sudah dipatahkan tadi.
8- Setelah siap digaul, tuangkan atas biskut oreo di dalam bekas acuan. Ratakan.
9- Siap diratakan, sejukkan di dalam peti ais.
10- Selepas 1-2 jam, siap untuk dihidang.
Amacam? Senang tak? Mungkin agak renyah tapi sebenarnya mudah jer. IQ suka kalau masak tak perlu bakar-bakar ni. Sebab IQ tak reti nak bakar-bakar. Asyik rentung je. Haha! ok la, selamat mencuba!
Till then, Bai!
24 Comments
menarik..boleh akak cuba nanti
ReplyDeleteCuba kak. Mudah je ni
DeleteEasy! I should try this! :D
ReplyDeleteYes you should try. :)
Deleteadoii terliur nii hihihi
ReplyDeleteHehe. Nak rasa meh dtg rumah
Deleteamboiii buat sekut tak hajak kitew..haha
ReplyDeleteSekut gini je la buatnye...sekut raya sepi aje...haha
Deletenadia suka oreo! kejammnya terbaca pukul 2.15 haha. nak try la nanti!
ReplyDeleteHaha. Sory la nadia. Terkejam sekejap. Haha
Deletesenangnya buat.. macam teringin nak suruh anak2 PCL cuba.. diorang memang suka la bab resepi simple2 gini.
ReplyDeleteAah. Budak2 pun boleh buat. Tapi kena ada pemantauan juga sebab nak cairkan coklat atas dapur pun pakai api. Melainkan pakai microwave. 😀
Deletewah nampak sedap je...dah berapa jenis kuih siap
ReplyDeletekuih raya tempah aje. hehehe
Deletesenangnya nak buat..bahan pun tak banyak sangat nak guna. boleh try buat ni.
ReplyDeleteaah, mudah aje. barang tak banyak pakai. =)
DeleteKena cuba wat nanti. 😊
ReplyDeletetry tau, best tau rasa dia. =)
DeleteWah nampak sedap...lagi2 tengah puasa ni
ReplyDeleteMemang sedap. Rugi kalau tak cuba buat
DeleteSaya tak buat kuih atau jek. Tapi link entry ni saya dah kongsikan kat watsap.
ReplyDeleteTentu ada yg nak cuba buat ni
wahhh, terima kasih adam sebab share. =)
DeleteWah.nampak sedap ni . Nak try lah resepi ni
ReplyDeletemenarik ni ... resepi pun simple. ok nnt nak pinjam resepi IQ ni.
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)