Salam 20 Ramadhan buat semua!

Hari ni IQ nak kongsi satu resipi yang sangat mudah nak buat. Tanpa menggunakan oven yer! Memang mudah. Sesuai sangat untuk orang yang tak ada oven macam IQ ni. IQ dah 3x buat tau. IQ tahu cara buat pun melalui media sosial je. Nampak senang terus rasa nak try. So, ini dia resipi untuukk..

Resipi Mudah: Oreo Bar Tanpa Bakar

OREO BAR

Bahan-bahan:

3 pek biskut Oreo ( 2 pek untuk dikisar halus, 1 pek untuk dipatahkan kecik2)
1\2 buku Buttercup (butter lain pun boleh guna)
100gram cream cheese
1 bar white chocolate (sederhana, jangan besar sangat)

Bekas acuan/loyang
Kertas tekap putih

Cara-cara membuat Oreo Bar:

1- Kisar 2 pek biskut Oreo menggunakan blender sampai halus. Dan letakkan dalam satu bekas.
2- Cairkan butter. Masukkan butter yang dah cair ke dalam bekas yang berisi biskut Oreo yang dah halus. Gaulkan sehingga rata.
3- Letakkan biskut Oreo yang siap digaul bersama butter tadi ke dalam bekas acuan yang dah diletakkan kertas tekap putih mengikut citarasa anda. Mampatkan dan ratakan mengikut saiz bekas.
4- Untuk topping pula, cairkan white chocolate. Cairkan chocolate di dalam satu bekas air di atas dapur sebab chocolate tak boleh dipanaskan secara direct.
5- Sementara itu, patah-patahkan 1 pek biskut oreo kepada saiz kecil. Bukan hancur yer.
6- Campurkan white chocolate yang dah dicairkan tadi bersama-sama cream cheese.
7- Selepas kedua-dua bahan itu sebati, gaulkan bersama oreo bar yang sudah dipatahkan tadi. 
8- Setelah siap digaul, tuangkan atas biskut oreo di dalam bekas acuan. Ratakan.
9- Siap diratakan, sejukkan di dalam peti ais.
10- Selepas 1-2 jam, siap untuk dihidang.


Amacam? Senang tak? Mungkin agak renyah tapi sebenarnya mudah jer. IQ suka kalau masak tak perlu bakar-bakar ni. Sebab IQ tak reti nak bakar-bakar. Asyik rentung je. Haha! ok la, selamat mencuba! 

Till then, Bai!