Memiliki anak yang ramai tak semestinya memiliki anak-anak yang sama sifatnya. Alangkan anak sama ayah pun lain-lain perangai apatahkan lagi anak yang berbeza ayahnya. Anak IQ yang sulung kan hasil perkahwinan IQ dan Arwah Suami yang pertama. Untuk yang sulung ni semestinya IQ seorang ibu yang noob. Banyak yang IQ tak tahu. Apatah lagi nak buat rujukan pun terhad pada ibu mertua sahaja ketika itu disebabkan Arwah Ummi IQ sakit dan meninggal sekitar anak sulung IQ berusia 3-4 bulan. Memang susah IQ nak merujuk pada sesiapa, Cuma pada kakak sulung IQ sahaja. Tambah pula Arwah Suami pula meninggal di saat anak sulung baru berusia 11 bulan, masih belum berjalan, masih perlu diberi perhatian.
![]() |
Cukup 3. Dah. |
Memiliki anak kedua dan ketiga untuk perkahwinan kedua pun
sama, akan berbeza. Cara pendekatan mungkin berbeza. Ayahnya di depan mata
melihat anak-anak membesar. IQ pernah dengar, seorang ayah sangat penting untuk
perkembangan otak si anak. Ayah merupakan role model terpenting dalam sebuah
institusi keluarga. Jika seorang ayah mengambil mudah tentang perkembangan anak
dari kecil, pastinya perkembangan anak akan menghadapi masalah.
IQ nak nafikan fakta tu macam tak boleh sebab IQ lihat
perkembangan anak-anak IQ semua. Memang berbeza. Pertama, kedua dan ketiga.
Tapi ada satu perkara yang di luar kemampuan IQ dan suami iaitu tentang
kebolehan berjalan anak-anak. Setiap anak IQ ada milestone untuk berjalan pertama kali yang
berbeza. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa akan encourage anak-anak untuk
berjalan dengan cepat. Kita mesti nak anak-anak kita normal dalam perkembangan mereka
kan?
Anak pertama IQ mula berjalan pada usianya 1 tahun 1 bulan.
Anak kedua IQ pula perkembangan berjalannya cepat; seawal 11 bulan sudah berjalan
sendiri. Mungkin saiz badannya yang kecil dan ringan memudahkan pergerakannya.
Berbeza dengan anak ketiga IQ ni. Menginjak usia 1 tahun 1 bulan, masih belum
boleh berjalan. IQ mula risau. Apakah saiz badannya agak tembam menyukarkan
pergerakan dia?
Kalau ikutkan perkembangan anak ketiga, memang agak lambat.
Meniarap lambat, menyusur lambat, merangkak pun lambat. Meniti sambil berpaut
pada dinding pun agak lambat. Bila tiba hari check up di klinik, Nurse sudah
memberi peringatan. Jika 1 tahun 6 bulan masih belum boleh berjalan, terpaksa
berjumpa dengan doktor.
![]() |
Rajin berpaut dan berjalan. Tapi tak berani nak berjalan tanpa pegang apa-apa |
Ibu mana tak risau. Nak kata anak ketiga bermasalah, setiap
apa yang diucapkan dia faham. Faham arahan ibu dan ayah. Dalam firasat IQ,
mungkin anak manja. Ayahnya pula cakap ini akan jadi bayi terakhir, maka anak ketiga
sudah mendapat title anak bongsu. Orang kata anak bongsu memang serba serbi
lambat. Betul ke?
Ingat peristiwa di rumah pengasuh? IQ pernah cerita di sini.
Kisah hidungnya luka yang disangka alergik. Pengasuh ada bertanya pada IQ adakah
baby tak pandai berjalan lagi? Yer, memang tak boleh berjalan lagi. Masa tu hidung
baby dah merah-merah. Pada telahan IQ, mesti dorang pernah buatkan baby
berjalan sendiri sampai tersembam dan kena hidung dan mulutnya. Dan sebab itu
juga si baby mungkin trauma dan tak nak langsung mencuba untuk berjalan sendiri.
Setiap kali dipaksa berjalan, mesti baby akan sengaja jatuhkan badan dan duduk. Seakan-akan risau akan jatuh atau tersembam. Memang anak kecil akan mudah untuk trauma apatah lagi dengan keadaan saiz badannya yang boleh tahan semangat.
Namun, kerisauan seorang ibu akhirnya hilang apabila tanggal
2hb Jun yang lepas, anak ketiga IQ akhirnya boleh berjalan pada umurnya 1 tahun
4 bulan 21 hari. Hampir masuk 5 bulan. IQ lega dan bersyukur sangat sebab
akhirnya si bam bam ibu ni dah pandai berjalan. Disaksikan juga oleh ayah,
abang ngah, mama (mak saudara), daddy (ayah saudara) dan juga si kecil Lily
(sepupu) di kedai Familymart. Memang detik bersejarah betul pada masa tu. Tak
sangka dia buat kejutan dekat kedai.
![]() |
Dapat gambar ni masa baru nak balik kerja, ayah ajak mandi kolam. Mak saudaranya ambilkan gambar. Hari yang sama anak ketiga boleh berjalan pada malam harinya. |
Perkembangan setiap anak tu penting. Setiap ibu dan ayah
memang wajib mainkan peranan dalam membentuk perkembangan anak yang sihat dan
normal. Mengambil mudah tentang perkembangan anak-anak akan menyebabkan masalah
pada anak-anak itu sendiri di masa hadapan. Tak rugi lihat anak-anak membesar,
sekali seumur hidup. Kita tak kan dapat lihat anak membesar lagi jika terlepas
peluang yang berharga ni.
Till then, bai bai.
2 Comments
Mikhail dah 1y1m tak reti berjalan ag. Risau jgakk. Berpaut2 tu rajin dah nk lepas tgn tu belum. Huhu
ReplyDeletesetiap anak milestone dia berbeza. so jangan risau yer. dah berpaut2 tu InsyaAllah tak lama lagi berjalan la tu. hee
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)