Advertisement

Responsive Advertisement

Dalam Diam, Anak Kecil IQ Didera Pengasuh

 Dapat pengasuh yang baik untuk jaga anak-anak di saat ibubapa bekerja adalah salah satu rezeki yang tak terucap. Bukan semua orang boleh tahan jaga anak kecil yang bukan dari darah daging dia sendiri. Alangkan kita sendiri pun kadang-kadang geram dengan anak-anak sendiri apatah lagi dengan anak orang lain. Tapi geram dekat anak sendiri boleh ditangan-tangankan tapi anak orang lain? Risau nak sentuh!

Rasanya ini bukan pertama kali IQ bercerita soal pengasuh di blog IQ ni. Daripada anak pertama sehinggalah anak kecil IQ yang ketiga ni MERASA ditinggalkan bersama pengasuh di saat IQ dan suami bekerja dan ada urusan di luar. Biarlah kadang-kadang hanya 2-3 jam atau setengah hari, perasaan meninggalkan anak sendiri dengan orang lain tetap menjadi kerisauan namun diiringi dengan doa agar dilindungi oleh Allah SWT.

BERHATI-HATI DENGAN ORANG BERMULUT MANIS!

Namun, siapalah kita nak hukum orang. Di hadapan mata, manis mulut berbicara. Namun, hakikatnya anak-anak yang tak bersalah merasa peritnya. TERKILAN. Sungguh kali ni IQ terkilan dengan sikap pengasuh yang buat suka hati dia sahaja pada anak kecil IQ yang hanya berumur setahun itu! Padanlah tiap kali nak hantar dia meraung, masa nak ambil LAGI LAH dia meraung tatkala mendengar suara IQ memberi salam untuk ambik dia dan abang ngahnya. Lain macam dia menangis kali ni. Macam nak suarakan sesuatu. 

Pengasuh macam biasa, bagitahu anak-anak dah mandi dan makan apa semua. Semua nampak baik-baik aja. Anak kecil IQ pula tak sabar sangat nak IQ dukung dia. Macam ketakutan pun ada. IQ tak ambik kesah sangat anak kecil IQ masa tu, fikirkan letih bekerja dan nak uruskan anak-anak di rumah pula nanti. Ok dah, tak yah nak nangis dah, jom balik. Makan lagi! Suap selagi anak mau makan. Mana tahu pengasuh cakap jer dah makan, 2 3 suap pun makan jugak kan? Kenyang belum tentu.

Esoknya perlu hantar ke pengasuh lagi. Waktu sedang siapkan si adik, abang ngah bersuara. Abang ngahnya umur 3 tahun, petah bercakap. Jangan main-main dengan abang ngahnya, KUAT MENGADU! Tapi bagus untuk ibu dan ayah tahu apa yang terjadi. Tak semena-mena abang ngahnya bercerita tentang ibu pengasuh yang menolak si adik. IQ tanya kenapa ibu tolak baby? Abang ngah cuma cakap ibu tolak baby sahaja. Sengaja atau tidak, tidak jelas sangat keadaan tu.

Lepas tu, IQ tanya lagi, ibu buat apa lagi dekat baby? Si abang ngah berkata, 'Kakak(ibu) letak baby dalam bilik air' IQ terkejut dan tanya, 'Sorang-sorang?' Dia membalas, 'HAAA'...hah, dah kenapa pulak pengasuh nak tinggal budak setahun sorang-sorang dalam bilik air. Wajar ke? Dengan budak tu tak boleh berdiri sendiri, tak boleh berjalan lagi. Hati dah tak senang. Tapi tetap kena hantar ke rumah pengasuh yang sama terlebih dahulu sementara tunggu ayahnya balik. 

Hantar kepada pengasuh pagi itu dengan doa yang tak putus-putus. Harap tak terjadi perkara yang tidak diingini. Macam biasa, pengasuh sambut dengan wajah yang ceria dan manis seperti selalu. IQ tidak bertanya soal anak kepadanya. Tak nak cetuskan isu dahulu. Nak berbincang dahulu dengan suami tentang langkah seterusnya.

Sampai pejabat, terus mesej suami tentang apa yang diceritakan oleh si anak pagi itu. Ayahnya dah mula tak senang duduk dan minta IQ ambik anak-anak balik dari rumah pengasuh dan hantar ke rumah. Suami pun dah gerak balik. IQ patah balik ambil anak-anak dengan alasan kepada pengasuh terpaksa balik kampung atas urusan emergency. Anak-anak masih baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Saat anak berada dalam pelukan IQ masa tu, IQ dah berjanji tak kan hantar ke pengasuh itu lagi. Cukuplah.

Sampai di rumah, si abang ditanya lagi oleh ayahnya. Cerita yang sama diceritakan pada ayahnya. Kalau si anak itu berbohong, ceritanya mungkin bertukar-tukar. Tapi ini tidak. Ceritanya tetap sama. Ada satu lagi yang diceritakan pada ayahnya apabila ibu pengasuh campak anak kecil IQ dalam katil. Mengucap IQ dibuatnya. Allahuakbar. Kalau IQ ingat balik muka pengasuh tu, serius IQ rasa nak tampar! Sanggup dia buat pada anak yang tak tahu apa-apa ni. Pengasuh tak berani nak buat pada si abang sebab si abang ni cerdik akalnya, pandai berkata-kata pula. Tapi dia silap, si abang ni kuat mengadu. Pandai mengadu tentang hal adiknya pada ibu dan ayah dia. 

Padanlah IQ perasan makin lama makin kurang anak asuhannya. Selalu kalau cuti sekolah sepatutnya makin ramai, ini tak ada. Dulu cakap jaga anak asuhan sampai 5-6 orang tapi yang ada cuma 2-3 orang sahaja. 

BUKAN KALI PERTAMA!

IQ bukan nak menghukum sesiapa. Tapi ini bukan kejadian yang pertama jadi pada anak kecil IQ dengan pengasuh ni. Pertama kali hari tu, hidungnya merah! Pada awalnya IQ sangkakan alergik disebabkan biskut. Anak kecil IQ ni alergik tenusu lembu, tapi peliknya alergik masa tu tak hilang lepas berjam-jam. Rupanya LUKA TERSEMBAM! Masa pickup si anak pun perasan mulutnya macam makan sesuatu, rupanya? Tengah kemam kertas. Tak tahu nak cakap apa. Pengasuh pula cakap tak perasan apa semua. Anak yang sama baya dengan si anak kecil IQ ni pun ada berapa orang je. Tak kanlah langsung tak terkawal jadinya.

Hari kejadian, lepas 2 jam masih 'alergik' tak hilang. Hati dah ragu-ragu masa ni
Keesokannya, CONFIRM BUKAN ALERGIK. TAPI LUKA!
Selepas 2 hari. Entah apa la yang anak ni kena sampai macam tu jadinya. Sedih bila ingat balik. Kesiannya anak kecil macam ni tak pandai nak berkata-kata. Kejamnya manusia bila anggap benda ni ringan sahaja.


Cukuplah IQ hantar pada pengasuh yang ni. Memang sampai saat ni IQ tak bincang pasal hal anak ni dengan pengasuh. IQ tak nak cetuskan isu antara kami. Untuk hantar lagi pada dia, memang tak kan dah. Sebab anak kecil IQ ni jelas sangat nampak trauma tiap kali hantar pada dia. Berbeza dengan pengasuh sebelum ni, tak pernah dia menangis seperti itu. Anak-anak ni kita boleh detect ada yang tak kena bila hantar meraung macam tu. Mula-mula IQ memang anggap mungkin si baby tak biasa dengan orang luar disebabkan dijaga oleh ayah dia sebelum ni, tapi kalau dah meraung dan menjerit tiba-tiba bila nampak ibu dan ayah dia, memang ada la yang tak kena. Kesian si anak. Maafkan ibu sebab tak perasan perkara ni dari awal. 

Mujurlah ada si abang yang boleh beritahu apa yang berlaku di rumah pengasuh. Sebelum2 ni pun kadang-kadang sengaja ayahnya suruh abang sulungnya tak sekolah untuk ikut pergi rumah pengasuh, risaukan hal-hal seperti inilah. Tak sangka, tetap terjadi perkara seperti ini. 

Kadang-kadang, cari pengasuh memang mudah tetapi nak cari pengasuh yang baik dan boleh jaga anak dengan kasih sayang tu LIMITED. IQ hargai jasa pengasuh-pengasuh yang dah jaga anak-anak IQ dengan baik sebelum ni. 

Sekian.

Till then, bye!

Post a Comment

9 Comments

  1. kejamnya..org bukan suruh jaga free...bayar kot tiap2 bulan..huhu..moga IQ jumpa pengasuh yang baik lpas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm, xtau la nak cakap camne cik nor, orang skrg duit nak tapi kerja tak ikhlas sgt

      Delete
  2. kalau naluri mak2 dah rasa x kena, mesti ada sesuatu. Hint ni kadang2 kite nampak kan. Nasib la sempat perasan sebelum dia buat mende2 lain. huhu. Semoga anak2 dlm lindungan Allah masa mak ayah keluar cari rezeki. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masa kena yg hidung tu rasa tak kena dah. Tak kan la tak perasan kan hidungnya merah macam tu, si baby plak jenis gayat. Jatuh sikit da melalak, xkan la jatuh sampai luka tak perasan dia nangis. huuuu...Amiin YRA.

      Delete
  3. Allahu! Kesiannya. Teruknya lah dia buat mcm tu kat anak kecil. Susah nak mencari pengasuh yang baik kan sekarang. Nak hantar ke taska pun takut. huhuhu. Itulah dilema ibu-ibu bekerja. Harap IQ dapat berjumpa dengan pengasuh yang baik dan penyayang lepas ni. Semoga urusan IQ dipermudahkan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, terima kasih DP, mmg payah nak jumpa yg ikhlas ni. Last jumpa masa duduk Selangor dlu, yg tu siap buat majlis befday anak sbb syg sgt.

      Delete
  4. ee jahatnyaa! Nak mengasuhh biar ikhlas bukan semata nak duit. Nasib IQ sedar sebelum yang lebih serius terjadi. Semoga anak2 IQ sentiasa dalam lindungan Allah. Ammen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih bila ingat balik, apa la nasib si kecik tu kalau dibiarkan duduk dgn pengasuh tu lama2...Amiin, YRA...

      Delete
  5. Allahuakbar ..mujuq IQ dan suami cepat bertindak . Mujur si abang pun pandai bercerita . Klw dia xcerita beberapa hal sebegini mungkin alan jdi perkara lebih teruk lagi kan . Wallahualam .. Semoga baik2 saja keluarga IQ dari perkara2 macam ni . Takut dengar

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)