IQ ada appointment dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur pasa 26 Jun 2018 yang lepas tentang masalah gigi bongsu IQ ni. IQ dah buat appointment ni sejak sebelum puasa lagi. Tapi disebabkan kes IQ bukanlah kes serius iaitu sampai sakit bengkak teruk tu tak ada, so doktor tak bagi tarikh yang awal untuk cabut gigi bongsu IQ ni. So, buat lepas raya.
DIARAH UNTUK CABUT GIGI BONGSU...
Oh ya! Sebelum IQ dapat appointment di HKL ni, IQ pergi Klinik Pergigian Kerajaan yang biasa. Atas nasihat doktor di klinik, IQ diminta untuk buat operation di mana-mana hospital yang IQ boleh pilih. Hospital yang terlibat termasuk HKL, Hospital Ampang, Hospital Selayang dan juga PPUM. Pilih jer nak hospital mana sekitar Lembah Klang ni. IQ pilih HKL sebab IQ biasa pergi HKL jer. huhu.
Seminggu sebelum tarikh appointment, IQ pergi buat scaling dekat Klinik Pergigian Jasin, Melaka. Kebetulan masih bercuti raya, jadi IQ ambik peluang cuci gigi dulu sebab doktor gigi dah pesan sebelum buang gigi bongsu ni kena cuci dan tampal gigi. Untuk tampal gigi, belum berpeluang lagi. InsyaAllah, next time sebelum berlubang. huhu..
HARI APPOINTMENT TIBA...
Appointment pukul 9.30 pagi. Pukul 8.30 pagi gerak dari rumah. Kalau ikutkan tak jauh mana, 15 minit boleh sampai kalau ikut highway DUKE 2, tapi nak susur keluar jammed teruk. KL kan? Sedia ada maklum la kalau pagi2 macam mana. Sampai HKL, kereta banyak dan parking pun penuh. Bayangkanlah parking bertingkat HKL tu penuh! Tapi mujur la ada satu kereta nak keluar, ada rezeki parking dekat level 2.
![]() |
Lalu highway pun jammed. huhu |
Tetiba nurse tanya, "Dah makan belum?" "Belum" IQ jawab. "Makan dulu tau, nanti lepas operate susah skit nak makan" Nurse bagi pesanan. Lepas nurse habis bagi pesanan, laju jer kaki pergi kedai kat level Ground, beli Nasi Goreng + Sandwich. Lepas tu pergi Kafeteria dekat bahagian belakang Bangunan Pakar. Melantak sorang-sorang sambil fikirkan operation kejap lagi. Tetiba dah terasa cuak. huu...
DEBARAN KIAN TERASA...BILA NOMBOR DIPANGGIL..
Habis makan, IQ terus gerak pergi Klinik Bedah Mulut balik. Orang ramai. So, tunggu giliran dalam 30-45 minit jugak untuk nama dipanggil. IQ fikir kalau nama dipanggil pertama kali ni untuk suntik bius dulu. Rupa-rupanya, suntik bius dan terus buat operation. Tunggu je ubat bius tu kebaskan mulut dalam bilik doktor jugak. Sebab kesan dia lebih cepat berbanding ubat bius di Klinik Pergigian biasa.
Kumur dulu dengan air antiseptik. Lepas tu bius gusi. Mula-mula ok, tapi bila nak bius langit2 tu yang rasa erkkk..sakit!! Mulut dah rasa kebas dah lepas tu. Bila mulut dah kebas, operation untuk gigi bongsu pertama akan dibuat. IQ kena cabut dua gigi. Side yang sama, cuma atas dan bawah. Yang bahagian bawah perlu operation sebab tumbuh melintang dan bahagian atas boleh cabut biasa sebab tumbuh elok jer.
![]() |
Gigi yang selamat dicabut |
Untuk gigi atas, doktor guna kaedah biasa. Tapi disebabkan gigi bongsu atas ni terlampau kukuh, masa nak cabut gigi atas tu, IQ rasa sakit. Doktor pun terpaksa tambah bius pada gusi IQ. Lepas tu, gigi bongsu atas berjaya dikeluarkan. huhu. Kata doktor, gigi tu elok sangat. Ada 4 akar. Tapi terpaksa dibuang sebab mengganggu pipi IQ yang tembam ni sampai tak selesa. huhu.
AKHIRNYA SELESAAIII
Akhirnya segalanya selesai. Memang tergamam IQ dibuatnya lepas dua batang gigi IQ dibuang serentak kali ni. Tahun lepas cabut 1 gigi pun dah meraung tapi kes meraung tu sebab tak makan ubat sejurus sebelum bius habis. haha! Plak tu tahun lepas doktor tak bagi mc sebab fikir IQ suri rumah. adoi!
Bayaran untuk cabut gigi bongsu? RM50 untuk cabutan gigi yang rumit melalui operation. Kalau tak rumit RM15 jer. Dan untuk cabutan biasa iaitu gigi bongsu atas RM2. Murah? Semestinya! Berbeza la kalau pergi swasta kan? IQ dengar, cabut gigi bongsu dekat swasta boleh cecah RM1k!! huhu.
![]() |
Mulut kebas. Keadaan muka macam ni sampai ke malam. huuu |
RASA DALAM MULUT YANG TAK SELESA
Sepanjang hari IQ rasa tak selesa sebab rasa darah dalam mulut sampai ke tekak. Memang tak best! Dan tak boleh kumur tau lepas cabut ni! Sebab kita tak tahu air paip tu ada kuman ke apa kan. Kalau nak kumur jugak, kena pakai air suam. Tapi elakkan berkumur secara kerap. Tukar kapas di mulut pun kumur sikit-sikit jer. Buang darah yang ada. IQ tukar kapas 2 kali jer. Lepas darah dah berkurang, dah malas pakai kapas, sebab rasa tak selesa. huhu.Kapas tu untuk gigi atas. Gigi bawah tak berdarah sangat rasanya. Sebab ia kan berjahit. Darahnya kurang. Kalau gigi atas memang bahagian cabut tu akan terbuka sampai ianya kecut sendiri. huhu. Thats why la perlukan kapas untuk hentikan darah. Gigit kapas kuat2 sampai 20-30 minit selepas cabut.
IQ balik rumah, just restkan diri IQ. Sampai rumah, tidur. Letak ice pack dekat pipi. Lepas dua jam, bius akan beransur hilang. Tu sebab kena makan ubat tahan sakit awal-awal. Bila bius hilang, sakit tu kurang sikit. Tak hilang semua pun at least kurang sket rasa sakit tu. Bila IQ dah bangun, memang terasa sakit dekat bahagian cabut dan operate tu. Cukup time, boleh makan ubat lagi.
![]() |
Hari ke-3 MC. Bengkak pipi kanan. |
Korang plak macam mana? Ada pengalaman korang cabut gigi bongsu korang? Kongsilah sama! IQ nak tahu cerita korang jugak!.
Till then, bai!
18 Comments
seriaunya baca,..huhu
ReplyDeletelaaaa naper x roger2.. akk ada je kat HKL ni.. bolh akk lanjer minum kopi.. hahah
ReplyDelete#nextopproger2ok
gigi bongsu saya masih ada lagi tapi ade jugak gigi lain yang dah dicabut :D
ReplyDeletehuhu. saya terbayangkan rasa sakit tu. huhu
ReplyDeletebila bab gigi ni memang reen seramm.pernah cabut gigi bawah tepi
ReplyDeletesakit gilerrr..huhu
perghhh
ReplyDeletemesti sakit gila
masa lepas operation tu boleh berus gigi ke?
tak pedih?
adei sakit tu
ReplyDeleteSalam.. sis nk tya memang harga untuk pembedahan kecil tu mmg rm50 kan.. nk bawa suami operate buang gg bongsu esok..
ReplyDeletemmg rm50 utk yg rumit.
DeleteSis,nak tanya....kalau nak buat operation...memang kena buat check up dekat klinik2 dulu ka, baru operation dekat hospital besar ?
ReplyDeletecheckup dengan klinik gigi biasa dhulu, klu doktor dkt klinik gigi biasa xdpt buat, bru rujuk operation dekat hospital besar. =)
DeleteGigi bongsu berlubang ni..Lepas baca terus rasa takut nak pergi cabut hahaha
ReplyDeleteberlubang? kalau tahap tak boleh tampal dah,memang kena cabut...first time IQ cabut pun sebab berlubang. dah kena akar dah..huhu...all the best yer
DeleteSalam, nak tnye..bole guna GL ke?
ReplyDeletetak pasti plak,sebab ni kan government.huu
DeleteSalam nak tanya kalau bernanah gusi tu buat macamana yea
ReplyDeleteSaya baru siap cabut gigit bongsu ni tadi. Alhamdulillah lepas bius habis sakit sikit2 je. Tapi tak tau la lepas ubat pill habis nanti baru datang sakit dia. Sheramm
ReplyDeleteBrp lama nak baik tu? Sy masih dlm dilema lg.nk cabut ke tak gigi bongsu ni.huhu. serraaamm
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)