Advertisement

Responsive Advertisement

Kisah Anak Sulung Bersunat

 Cuti sekolah dah seminggu bermula. Hari ahad lepas, anak sulung IQ gerak balik kampung bersama dengan Pak Teh dia. Hajat balik kampung kali ni besar sikit iaitu atoknya nak menyunatkan dia. Tahun ni anak sulung dah 8 tahun. Jadi, sesuai dengan umurnya untuk disunatkan. Hajat atok dan opahnya nak sunatkan dia di kampung, IQ dan ayahnya pun turutkan aja.

Excited yer nak balik kampung
TQ Pak Teh datang ambik


Atoknya pun maklum awal-awal bila dan di mana anak akan disunatkan. Berdebar jugak hati si ibu ni bila anak bakal disunatkan. Yelah kan, anak sulung plak tu, tapi agak terkilan bila tak dapat nak uruskan anak yang pertama kali dikhatankan. Dalam hati kecil ni teringin nak lihat anak disunatkan tapi keadaan tak mengizinkan. 



Selamat Semuanya...

Pada awal pagi 21hb Februari, selamat anak sulung disunatkan di Klinik Penawar dan Pembedahan Jasin, Melaka secara laser. Alhamdulillah. Walaupun dengar-dengar dari cerita atoknya, boleh tahan juga si anak meronta ketika bersunat. Faham sangat dengan perangai si anak yang sulung. 

Muka tahan sakit le tu. huhu
Ni sebelum disunatkan

Selesai semuanya, terus atoknya bawak pulang ke rumah. Bermulalah proses berpantang. Hari pertama, memang tough bila tengok atok dan opah serta adik-adik ipar yang lain uruskan dia. Cucu sulung kesayangan semua, memang kadang-kadang banyak ragamnya. IQ mampu tengok dalam video call jer, nak tolong uruskan jauh pula. 

Abang jenis tak duk diam, bila kena stay macam ni, idak ler senang duduk dia haa

Hari ni masuk hari kelima. Tadi awal-awal pagi dah video call. Kata opahnya, nak kena bawa ke klinik sebab da bernanah tempat lukanya. Memang kadang-kadang keadaan boleh jadi macam tu. Harap-harap abang Qa'id cepat sembuh dari lukanya. 

Atoknya sentiasa update


IQ tak dapat nak cerita secara detail tentang perjalanan bersunat si anak. Yelah, bila dah sunat kat kampung, ibu dan ayah tak dapat nak tolong uruskan sepenuhnya. Mujur atok dan opahnya masih gagah untuk uruskan. Terima kasih mak, ayah, pak su, cik eda, dan yang lain-lain sebab tolong uruskan Qa'id sepanjang proses bersunat dan berpantang. *tacing kejap. sobs. Kalau ayah dia masih ada, mesti arwah pun akan ucapkan yang sama.

sekian cerita bersunat si abang. Ibu coretkan kat sini untuk kenangan ibu di blog ibu.

Till then, bye.

Post a Comment

7 Comments

  1. WOW! Qaid dah besar. Tahniah Qaid dah jadi big boy Semoga Qaid membesar menjadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  2. Dah besar Qaid. Alhamdulillah. A supportive family is a bless kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Alhamdulillah ada keluarga yang sentiasa ada dan support.

      Delete
  3. Wah setady dia.... lepas ni boleh cari girlfriend!

    ReplyDelete
  4. bila sudah bersunat...anak akan cepat besar dan dewasa hehehehe

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)