Advertisement

Responsive Advertisement

Jom Taksir Zakat, Boleh Menang Hadiah Yang Menarik!

IQ rasa dah banyak kali kan IQ bercerita tentang zakat di blog IQ ni. Macam-macam cara dan sumber untuk kita semua melunaskan tanggungjawab kita yang ketiga ini sebagai umat Islam. Namun, masih ada segelintir masyarakat kita berfikir bahawa zakat yang perlu kita bayar hanyalah zakat fitrah. Silap tu yer. Zakat ni ada banyak kategorinya. Ingat! Setiap apa yang kita miliki sekarang bukanlah hak milik kita sepenuhnya. Dan untuk menyucikan segala harta yang kita ada, wajiblah kita untuk menunaikan zakat ke atasnya.

Di zaman yang serba canggih ni, terlalu banyak cara yang kita boleh ambil untuk membayar zakat. Teknologi sekarang membolehkan kita semua membayar apa sahaja di hujung jari sahaja. Malah, boleh bayar dengan hanya terbaring malas atas kerusi di hadapan tv. Macam nak shopping barang di atas talian. Mudah sangat.

Begitu juga pendekatan yang dibuat oleh Lembaga Zakat Selangor dalam mengadakan Kempen "Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakatmu" yang sedang berlangsung SEKARANG sempena Bulan Taksir Zakat bermula 15 Jun sehingga 31 Julai 2022. 


DAH TAKSIR ZAKAT, BOLEH DAPAT BAUCEER!

Kempen Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakat ini membolehkan korang bayar Korang tahu tak bila korang buat taksiran korang boleh dapatkan baucer percuma! *Tertakluk kepada syarat. Mudah jer nak turut serta dalam kempen Jom Taksir Zakat ni. Cuma ikut step di bawah untuk menyertainya. Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI warga kerja LZS.


  1. Imbas QR code - Imbas QR code dalam gambar di atas ni akan terus pergi Laman Web LZS iaitu  jom.zakatselangor.com.my yang memberi kita direct link untuk download Aplikasi Zakat Selangor . 
  2. Taksir Zakat - Dalam aplikasi Zakat Selangor, sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta. Senarai zakat yang ingin dibayar akan terpapar, boleh pilih mengikut kategori yang ada. Selesai taksiran, peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
  3. Dapatkan baucer KFC - Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan. (Selagi baucer masih ada)

SETIAP TAKSIRAN JUGA BOLEH MENANG HADIAH MENARIK!



Di samping tu, setiap taksiran yang dibuat, melayakkan setiap peserta untuk menyertai cabutan bertuah sebanyak satu kali. Peserta juga perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.

Log in masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta yang dikehendaki. Jangan lupa peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.Bayaran zakat harta boleh dibuat di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.

INGAT TAU! Untuk cabutan bertuah, setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja. Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.

Kenapa nak taksir zakat pun perlu rujuk pada Lembaga Zakat Selangor? Tak boleh ke kita kira sendiri dan bayar terus macam tu?

Boleh, siapa cakap tak boleh kira sendiri dan bayar terus kepada Lembaga Zakat Selangor. Tapi untuk IQ ni kadang terlampau banyak sangat nak fikir kan, sampai lupa cara nak taksir zakat ni. Maklumlah kan, bayar pun setahun sekali. Nak kira manual pun, nak kena take note balik segala pendapatan yang ada sebelumnya berapa sekian-sekian kan? 

1: Imbas QR code terus dia bagi link untuk download aplikasi Zakat Selangor
2: Download Aplikasi Zakat Selangor di Google Playstore


1: Halaman utama Aplikasi Zakat Selangor, Jangan Lupa Log In sebelum taksir tau!
2: Pilihan zakat untuk taksiran




1 & 2: boleh tengok macam mana Aplikasi Zakat Selangor memudahkan taksiran zakat korang


Selesai taksiran, boleh terus bayar melalui melalui Aplikasi Zakat Selangor melalui sistem EZO. Pelbagai kaedah bayaran zakat yang boleh dibuat. IQ juga suka untuk bayar melalui online banking bank yang IQ guna. Sebagai contoh di bawah, IQ membayar melalui Hong Leong Bank Connect. Mudah dan pantas!



Lembaga Zakat Selangor Sentiasa Alert dan Bantu

Dari dulu sampai sekarang, itulah fungsi Pusat Agihan Zakat di mana sentiasa alert dan bantu asnaf yang memerlukan. Orang ramai juga sangat bagus dalam memberi maklumat tentang mereka yang memerlukan bantuan. Kerjasama antara semua pihak memudahkan Lembaga Zakat Selangor menguruskan zakat dengan lebih cepat dan teratur.

Perkembangan terkini melalui laman Facebook Lembaga Zakat Selangor iaitu Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor turun padang ke Batu 13, Hulu Langat untuk menyantuni satu aduan awam yang tular di media sosial.
Pasangan suami isteri ini hilang punca pendapatan selepas suami terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan tangan kirinya patah. Sebelum ni, si suami ini hanya bekerja sebagai tukang cuci sahaja .
Isterinya pula menghidap pelbagai jenis penyakit iaitu kencing manis, darah tinggi, masalah saluran pernafasan serta masalah jantung kronik. Pergerakannya sangat terbatas dan bergantung dengan bantuan suaminya sentiasa untuk menguruskan diri.

Walaupun telah lewat malam serta cuaca hujan lebat, Lembaga Zakat Selangor tetap mengusahakan sebaiknya buat pasangan ini. Bantuan wang tunai kecemasan diserahkan terus pada mereka buat sementara waktu, dan bantuan lain akan segera diuruskan serta disalurkan buat mereka selepas ini.



Kisah kedua yang terkini di mana rumah seorang asnaf yang bernama Puan Ngatimah telah dihempap pokok kelapa sawit.Syukur sewaktu kejadian, Puan Ngatimah tidak berada didapur kerana kebiasaannya beliau akan duduk berehat disitu. Kejadian ini menyebabkan bahagian bumbung dan dinding bahagian dapur runtuh dan retak teruk.
Zakat Selangor hadir menyampaikan sumbangan bantuan bencana kepada beliau sekeluarga agar dapat meringankan beban yang dihadapinya.





Terima kasih kepada pembayar Zakat dan teruskan taksir zakat korang kerana zakat korang akan membantu insan-insan yang memerlukan seperti di atas ini.




More Info :
 
 
TALIAN ZAKAT SELANGOR
Isnin – Jumaat : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Rehat Jumaat : 12:15 petang – 2:45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP

Post a Comment

0 Comments