Advertisement

Responsive Advertisement

Anak Ketiga, Apa Persediaannya?

Dah ada dua orang anak lelaki, dalam hati memang terdetik nak anak perempuan. Tapi Allah SWT lebih tahu mana yang lebih baik untuk kehidupan kita. Walau apa pun jantina anak yang keluar bulan 1 nanti, IQ terima dengan hati yang terbuka.

Jarak antara anak ke 2 dan ke 3 IQ kali ni tak jauh. 1 tahun 11 bulan. Hampir 2 tahun tapi masih dikira dekat. Barang2 baby masih ada yang elok. Jadi, IQ dan suami tak bercadang beli barang banyak untuk baby kali ni, cuma suami cakap, beli la baju baru untuk baby, sambut kelahirannya. IQ mengiyakan aja. Dapat beli baju baby kan, sape jer tak seronok nak shopping? 

Awal sekali IQ beli barang keperluan baby dekat online. Shopee memang medium paling senang bagi IQ untuk pilih dan beli barang. IQ bandingkan harga, mana yang paling berbaloi untuk dibeli. Sudahnya, dapat beli kain lampin 10pcs dan dua helai kain bedung dengan harga yang terbaik juga bagi IQ.

Kenapa IQ kata terbaik? IQ pernah tanya adik IQ, kain bedung bersaiz besar, material seperti kain napkin baby harga mesti lebih Rm10 sehelai, tapi IQ dapat harga kurang dari RM10. Kain lampin 10pcs brand Pureen juga kalau lihat di kedai baby pun masih tinggi harganya berbanding online. Jadi, IQ rasa berbelanja kali ni dengan lebih bijak..haha..konon sangat.

Ada beberapa lagi keperluan lain yang IQ beli di kedai baby. Seperti baju baru baby, dan juga alas baby. Alas baby masa Luqman dulu dah lunyai digunakan dan perlu diganti baru. Suami tak suka beli alas yang gelembung getah sebab mudah sangat koyak dan berat. Jadi pilihannya beli yang nipis plastik, mudah dibawa ke mana2. Harga pun okay la, (survey online lagi murah tapi tak sempat nak grab dah diajak ke kedai baby). 

Barang baby, baju-baju baby rasanya dah cukup. Baju abang2nya pun banyak yang masih elok. Cuma ada kesan kuning di leher tu pening juga nak hilangkan. Ada cadangan tak macam mana nak hilangkan? Kalau perlu basuh buat kali kedua, IQ basuh...sebab sakit juga mata ni tengok. Hehe.

Meriah baju-baju lama abang2 dia jer haaa..


Tilam baby? Kali ni IQ lebih memilih untuk beli toto comforter untuk dijadikan lapik tidur baby. Sebelum2 ni mesti beli tilam tebal tu tapi berat dan susah nak bawa ke mana2. Jadi, kali ni IQ beli toto comforter dari SSC Kekabu. Mudah nak basuh. Pilihan corak pun menarik. Kali kedua beli selepas beli zaman Qaid dulu. Masa Luqman plak fikir dah terlambat nak order sebab kedai tu selalu ambil masa untuk siap agak lama. Terus tak beli di kedai yang sama. Tapi beli toto kali ni, dikatakan siap dalam dua minggu (cepat berbanding dulu iaitu dua bulan) tapi sampai hanya dalam masa 5 hari sahaja. Laju kan? So, terasa rugi tak beli masa luqman dulu di kedai yang sama. Kualitinya bagus. 

Tapi kenapa nak beli banyak kali kan? Tilam qaid dulu dah digunakan oleh orang lain, tilam luqman plak material dia dah tak best sebab isi kekabunya kurang sangat, so tak sedap kalau nak letak baby dah. Jadi beli berlainan jenis plak kali ni. Pakai fiber dan mudah basuh. Heee

Tak sabar nak nantikan baby ke 3 ni lahir. Walaupun da ada dua ketul di rumah ni, bau baby seakan bagi ketenangan walaupun hakikatnya bukanlah mudah nak jaga anak kecil ni kan? Saham akhirat buat kita semua. InsyaAllah.

Pilihan nama? Dah ada InsyaAllah. Kalau masa Luqman dulu agak lambat nak tetapkan nama, yang ini draft nama pun lebih kurang lambat tapi macam dah final dah kot. haha! Tunggu jantina keluar, kita lihat nama si kecil nanti apa. 

Sekian di sini dulu coretan IQ buat kali ni. Jumpa lagi!

Post a Comment

10 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan bersalin IQ :D


    ReplyDelete
  2. WOW dah nak masuk 3 anak IQ, bestnya bau baby. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, Alhamdulillah, tu la, rindu bau baby, rse macam sekejap sangat bau masa anak no.2, terima kasih dp!

      Delete
  3. Rindu pulak nak dapat baby....

    (Minta2 aunty tak baca komen ni... heheheh)

    ReplyDelete
  4. tahniah.. IQ semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  5. tahniah.. tak lama dah tu.. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)