Wednesday, December 30, 2020

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab

December 30, 2020 8

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab

Bila nak tunjuk cara ni mestilah ada pengalaman, betul tak? Yes. IQ tertinggal handphone IQ dalam Grab minggu lepas, trip balik ke rumah dari Subang Airport. Kalau IQ kena outstation, memang IQ akan pergi airport naik Grab jer, mudah dan cepat. Malas nak susahkan husband IQ tengok waze dan drive pergi ke airport sana.


INFO PENTING! Korang boleh call driver Grab direct kalau tertinggal barang lain, tapi kalau tertinggal handphone dalam Grab, korang kena follow step ni okay!


Ok, dipendekkan cerita, IQ tersedar IQ tertinggal handphone IQ dalam Grab bila IQ naik lift kat rumah IQ. Memang gelabah la ceritanya, IQ cari dalam beg laptop dan beg handcarry IQ. Memang tak ada!! Dah meraban IQ sebab IQ dapat rasa peluang nak dapat agak susah sebab IQ tak ada contact details driver Grab.

So, apa yang IQ buat? IQ try call no.handphone IQ guna handphone lama IQ. Yes! Ada bunyi call. Tapi IQ baru teringat, handphone IQ baterinya dah LOW dan handphone IQ plak SILENT!! Arghhh...memang masalah besar bila handphone SILENT weyh!! Mana la driver Grab tu nak dengar kalau IQ call pun. Huaaa...IQ da start nangis dah ni.


Langkah Yang Perlu Diambil Bila Handphone Tertinggal Dalam Grab


1)    Ambil handphone lain, dan install Grab. Masukkan email yang sama daftar Grab dalam Handphone yang tertinggal.

Handphone lama IQ tak ada Apps Grab. So, IQ terus install Grab. Dan masukkan email yang sama IQ guna untuk Apps Grab dalam handphone IQ yang tertinggal. Abaikan nombor telefon yang apps minta isi sebab tak ada function pun bila dia hantar code untuk verify nombor telefon tu. Faham?


2)    Cari history trip dalam Apps Grab

Okay, bila da masukkan email yang sama, maksudnya history trip yang ada dalam apps Grab pun akan sama . So, IQ dapat cari trip yang baru jer IQ ambik masa tu. Trip Subang Airport ke Rumah IQ. Done! Jumpa. Okay. Kat situ juga kita boleh nampak details driver seperti nama dan no.plate kereta yang kita naik tu.  Kalau perasan, nampak button Call kat situ kan...tapi...

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Gambar 1) Klik Activity
Gambar 2) Klik Trip yang berkenaan

Be alert yer. Kita tak boleh call driver Grab direct menggunakan nombor handphone lain. Driver Grab akan dapat dihubungi hanya dengan menggunakan nombor yang kita guna untuk book Grab. Faham tak maksud IQ ni? Maksudnya, kalau kita dapat details nombor driver Grab sekali pun, kita tak boleh call dia guna no. yang lain. Kalau kita cuba call pun, panggilan tak akan tembus ke handphone driver Grab sekali pun.


So, macam mana nak hubungi dia kalau tak boleh call dia direct? Okay, masa ni, memang IQ rasa nak give up dah. Lagi-lagi internet handphone lama IQ punya la slow giler!


3)     REPORT AN ISSUE!

Ini adalah jalan penyelesaian terakhir IQ. IQ report issue dalam history trip yang sama. Lepas tu, Apps akan bawa ke laman Help Centre. Masa IQ nak masuk Help Centre ni susah sket, kadang-kadang macam problem, tak tahu la problem dekat line internet ke Apps sebab banyak kali cuba baru dapat. Asyik something wrong happened jer. 

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Gambar 1) Report Issue
Gambar 2) Pilih issue yang berkenaan

Dekat situ banyak pilihan yang kita boleh pilih dan IQ pilih, "I need help finding my lost item" IQ nak tunjuk ruangan yang boleh kita tulis barang apa yang kita hilang, tapi IQ tak boleh nak show sebab dia da detect kes IQ yang lama. Tapi korang boleh direct jer tulis description tentang barang tu dan send.

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Describe items yang tertinggal

So, lepas tu, Grab akan notify driver Grab melalui Apps Grab tu juga tentang barang yang kita tertinggal tu. Untuk IQ, IQ just nak driver Grab trip IQ tu alert handphone IQ tu dalam kereta dia, sebab handphone IQ kan silent. Lagipun, IQ risau sangat kalau penumpang dia yang seterusnya tak jujur dan ambik handphone IQ tu masuk beg dia. Macam-macam fikiran yang bukan-bukan IQ fikir, risau punya pasal!

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Emel Grab bagi, Apa-apa update akan melalui Email dan juga Apps

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Alhamdulillah, driver Grab jumpa handphone IQ


Dan bila driver Grab dah jumpa barang IQ tu, dia akan respon melalui Apps Grab dan Grab akan notify kita balik dengan bagitahu, driver Grab da jumpa barang kita. Cumanya...macam mana nak contact untuk dapatkan handphone tu balik? Nak call direct tak dapat. SO?

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Update melalui Apps, klik other channel untuk step seterusnya

Ini IQ tak pasti macam mana step seterusnya yang betul sebab husband IQ terus je call handphone IQ tu dan deal dengan driver Grab tu direct untuk driver Grab hantar handphone IQ semula. Mujur jugak ada bateri handphone IQ yang secipuuuutttt tu lagi. Kalau tak, jem jugak. 


Dan kalau baterinya habis? Ini langkah yang mungkin boleh korang ambik.


4)     Call Grab Support dan Grab akan bagi pin yang valid hanya 5 minit

Mungkin pin tersebut diberi untuk tembus call direct driver Grab ke macam mana IQ tak pasti, tapi boleh cuba call. Okay?

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Gambar 1) Klik Call Support, untuk call
Gambar 2) No.pin diberi untuk tembus call driver Grab

Begitulah cemasnya IQ bila handphone IQ tertinggal dalam Grab. Mahunya tak cemas, segala mak nenek perkara ada dalam handphone. Kalau hilang handphone ni, tak lalu ler nak cari handphone baru, lepas tu nak pergi buat simcard lagi. huhu. Kalau chat semua ada backup okay la...kalau tak ada? Naya betul. 


Jadikan pengalaman dan pengajaran. Itulah, IQ duk terfikir sangat pasal husband IQ yang tertinggal handphone dia dalam kereta kawan dia. Tup2 kali ni IQ plak kena, lagi haru bila tertinggal dalam Grab, memang gelabah giler dibuatnya.


Sorry la kalau stepnya carca marba. IQ just nak cerita based on pengalaman IQ jer. Kalau tak sesuai cara penyampaiannya, IQ mohon maaf. Okay?

Till then, bai!

Tuesday, December 15, 2020

KWSP Kena Zakat?

December 15, 2020 10

Bila sebut tentang KWSP, sekarang mesti ramai yang akan respon, lebih-lebih lagi isu ni agak sensitif sejak 2 menjak ini. Dengan keadaan pandemik yang melanda dunia, kewangan agak tidak stabil walau di mana-mana institusi terutamanya institusi kekeluargaan. Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang yang beragama Islam untuk menunaikan Rukun Islam ke-4 iaitu mengeluarkan zakat.

KWSP Kena Zakat?

Tahukah kita bahawa KWSP itu perlu dizakatkan? Tak semua orang tahu tentang perkara ni. Apatah lagi KWSP bukanlah satu simpanan yang mudah untuk dikeluarkan jika belum waktunya. Perlu atau tidak? Berapa jumlah kadar zakat yang perlu kita tunaikan? Sama-sama kita korek satu persatu.

Sebelum tu, mari kita imbas kembali syarat wajib zakat.

1- Islam
2- Merdeka 
3- Sempurna Milik
4- Cukup Haul
5- Cukup Nisab

Syarat pertama dan kedua bermakna selayaknya kita mengeluarkan zakat apabila mempunyai harta. Maksudnya kita mempunyai sejumlah simpanan. Syarat ketiga, keempat dan kelima pula bermaksud harta yang disimpan perlu dizakatkan setelah cukup sempurna miliknya, tempohnya dan juga jumlahnya. 

KWSP iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah satu institusi yang menyimpan wang kita bagi kegunaan kita di hari tua. Setiap bulan kita perlu mencarum KWSP ini. Namun, tahukah korang status wang KWSP yang tersimpan bukanlah sempurna hak milik kita SELAGI kita tak mengeluarkannya. Maka, tidaklah wajib mengeluarkan zakat bagi wang KWSP yang masih tersimpan dalam KWSP jika kita tidak berniat untuk mengeluarkannya.

Namun, bila mananya kita ingin dan berniat untuk mengeluarkan wang KWSP tersebut untuk apa-apa tujuan, sebagai contoh untuk pendidikan, pembelian rumah, mahupun perubatan, kita perlu mengeluarkan zakat baginya. Apabila terdapat pengeluaran daripada KWSP, maka cukup sempurna milik dan jumlah pengeluaran tersebut perlulah didarabkan dengan 2.5% nilai zakat yang ditetapkan.

Menurut fatwa yang dikeluarkan di negeri Selangor pada 7 Jun 2007, pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat bagi caruman yang dikeluarkan tanpa menunggu haul.

Jika kita adalah seorang pembayar zakat pendapatan, maka kiraan zakat pengeluaran KWSP hanya didarabkan dengan 2.5%.

Namun, jika kita adalah bukan seorang pembayar zakat pendapatan sebelum ini, perlu diambil kira dengan menambah nilai pendapatan yang perlu dibayar secara tahunan. Setelah itu, jika jumlah kiraan kedua-dua tersebut lebih daripada nisab yang dibenarkan, maka perlu membayar zakat baginya, dan jika tidak lebih daripada nisab yang dibenarkan, maka tidak perlu berzakat.

Kaedah pengiraan tersebut dikira jika kita mengeluarkan pengeluaran sebelum 55 tahun. Pengeluaran pada umur 55 tahun dan sebelumnya perlu dikira sebagai zakat KWSP.

Namun, jika kita masih bekerja sehingga umur kita 60 tahun, caruman bermula dari umur 55 tahun sehingga 60 tahun dikira sebagai zakat simpanan dan perlu menunaikan zakat mengikut kiraan zakat simpanan.

Maka, jika ada sebarang pengeluaran KWSP, maka wajib dizakatkan pengeluaran tersebut. Jelas kan? 

KWSP Kena Zakat?

Adakah perlu membayar zakat dengan situasi pandemik ini?

Sejak beberapa minggu ini, kerap isu KWSP ini naik berkaitan sejumlah pengeluaran yang dibenarkan bagi membantu rakyat menjalani kehidupan seharian yang terjejas dan kita digalakkan untuk membayar zakat jika berlaku sebarang pengeluaran KWSP.


Namun, jika kita mengalami masalah seperti dibuang kerja dan berlaku pengurangan gaji bulanan seterusnya memerlukan pengeluaran tersebut bagi meneruskan hidup, maka tidaklah wajib bagi kita untuk mengeluarkan zakat baginya. Jika kita mengeluarkan sejumlah wang tersebut tanpa keadaan yang terdesak, maka kita perlu membayar zakat bagi pengeluaran sejumlah wang tersebut.

Kini terdapat pelbagai cara mudah untuk kita tunaikan zakat. Antaranya melalui Online dan juga E- Wallet. Berikut adalah senarai pembayaran atas talian yang kita boleh gunakan. Selamat, mudah dan juga pantas.

KWSP Kena Zakat?

Pembersihan harta melalui zakat adalah wajib bagi umat Islam. Ianya dapat membantu golongan yang memerlukan. Tanpa kita, apa nasib mereka yang kurang berkemampuan di luar sana. Dalam rezeki kita, ada rezeki mereka juga. Sama-sama kita kongsi rezeki yang ada. Insya-Allah.

KWSP Kena Zakat?

Maklumat lanjut mengenai Lembaga Zakat Selangor, sila layari laman tertera di bawah;

Instagram: zakatselangor
Twitter: Zakat Selangor

Saturday, December 12, 2020

Tips Kurangkan Muka Berminyak Lepas Bangun Tidur

December 12, 2020 1

Tips Kurangkan Muka Berminyak Lepas Bangun Tidur

Menjadi masalah untuk sebahagian daripada kita semua adalah mengalami kulit muka berminyak ketika bangun tidur? Kejap! Apa? Kulit muka berminyak? Mesti rimas kan? Apatah lagi bila bangun dari tidur. Kita mesti mengharapkan kulit muka flawless ala-ala princess bila bangun tidur, siap ada efek sountrack lagu dari cerita Sleeping Beauty lagi. Tapi kita ni...eh? 

Ada satu artikel mengatakan muka berminyak ketika bangun tidur ini adalah normal, namun bila ianya berlebihan, muka akan terdedah untuk mengalami jerawat. Salah satu puncan muka berminyak ketika bangun tidur ini adalah penggunaan skincare yang salah dan juga tidak mencuci muka dengan bersih ketika hendak masuk tidur.

Masuk tidur tak cuci muka betul-betul? Euwww! Tapi ini kebenarannya. Adakalanya kita menganggap cuci muka biasa ketika mandi adalah memadai namun, hasilnya muka berjerawat kerana masih terdapat kesan make up pada muka yang masih belum dicuci sepenuhnya. So, apa solution terbaik untuk masalah ni?

2 Langkah Mudah Kurangkan Muka Berminyak Lepas Bangun Tidur!

Langkah pertama IQ sarankan guna pencuci muka dari Hansaegee Nature iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Kenapa IQ suggest pencuci muka ni? Salah satu sebab utamanya adalah Bubble Cleanser ni mencuci secara mendalam liang-liang pori yang terdapat dalam muka kita ni. Liang-liang pori yang tersumbat akan dicuci dengan berkesan apabila kita guna Bubble Cleanser ni.
Antara keistimewaan lain Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature ni adalah: 
  • Menghalang penghasilan jerawat - Jerawat segan nak muncul bila muka dicuci bersih
  • Membuang sebum dan minyak berlebihan pada kulit muka - Punca utama jerawat muncul bila minyak yang banyak pada muka
  • Mengawal penghasilan minyak - Apabila dibersihkan secara menyeluruh, minyak yang terhasil akan kembali normal mengikut keperluan setiap muka
  • Melembapkan kulit, tidak menyebabkan kulit kering selepas cuci - Hasil kulit lebih lembap berbanding menggunakan pencuci muka lain

Bahan utama yang terdapat di dalam Aloe AC Bubble Cleanser ni adalah Aloe Barbadensis Leaf  dan Tea Tree Leaf Oil. Kandungannya bagus untuk kesihatan kulit seharian. Sesuai untuk kesuemua jenis kulit muka seperti kulit muka kering, berminyak dan kombinasi dua kulit jenis kulit.

Apa yang IQ suka tentang Bubble Cleanser ni adalah pencuci mukanya yang berbentuk buih. Berbeza dengan kebanyakan pencuci muka yang berbentuk krim ataupun gel. Hanya perlu pam untuk menggunakannya. Mudah sangat! Buihnya lembut dan halus melembutkan lagi kulit  selepas IQ cuci muka. Muka juga terasa lembap dan tidak kering selepas menggunakan Bubble Cleanser ni, tidak seperti pencuci muka yang lain.


Korang boleh tengok betapa halus buih Bubble Cleanser ni. Teksturnya lembut dan halus menghasilkan pencucian yang sangat mendalam. Walaupun ianya buih dan bukan krim atau gel seperti pencuci muka yang lain, tapi ianya mampu untuk membersihkan muka korang dengan berkesan! Bila IQ menggunakannya, muka IQ terasa segar dan kulit muka tidak terasa kering berbanding menggunakan pencuci muka IQ sebelum ini. Berbeza sangat! Muka terasa lembab dan lembut sungguh!

Langkah Kedua , IQ mengekalkan kelembapan kulit muka menggunakan Aqua Whitening Cream Moisturizer daripada Hansagee Nature. IQ pernah bercerita tentang Aqua Whitening Cream ni di sini dulu kan? Jadi, ini juga salah satu pelengkap untuk kita dapatkan kulit yang lebih sihat dan segar.

Aqua Whitening Cream ni bagus dalam membantu pengawalan minyak yang berlebihan pada kulit muka di samping mengekalkan kelembapan pada kulit muka kita ketika sedang tidur. Aqua Whitening Cream memberi kelembapan pada muka secara mendalam dan mengawal sebum yang berlebihan bagi mengelakkan kulit muka berminyak teruk.
IQ sapu Aqua Whitening Cream selepas IQ mencuci muka bagi mengekalkan kelembapan kulit muka sebelum IQ masuk tidur. Aqua Whitening Cream ni mengandungi Niacinamide yang membantu pengawalan sebum berlebihan muncul pada kulit muka kita. So, bila kita pakai sebelum masuk tidur, secara tak langsung membantu pengawalan sebum yang keluar ketika kita sedang tidur.

Water Drop yang terhasil adalah kerana Aqua Whitening Cream merupakan water based whitening cream. Memang tidak terasa seperti krim pun bila IQ pakai. Sangat ringan dan mudah menyerap berbanding krim yang lain. 
Hasil muka IQ pada awal pagi setelah guna Bubble Cleanser dan juga Aqua Whitening Cream ni ? Serius rasa amazing sangat! Muka terasa lembut sangat dan langsung tidak berminyak yer! Macam muka baby pun ada. haha! Terus IQ terbayangkan muka anak IQ paling kecil, kulit mukanya soft jer. Dan IQ pun berjaya dapatkan kulit muka yang lembut dan muda macam baby IQ tu. hihi..Over kan? Tapi serius tau! Memang rasa lembut je bila belai muka masa IQ bangun dari tidur.

Nak tengok macam mana IQ apply dua produk ni, jom tonton video ni!


Seharian Pakai Mask Pun Boleh Jadi Punca

2 langkah mudah ini juga boleh digunakan selepas seharian kita di luar rumah. Apatah lagi dengan musim pandemik sekarang, pemakaian mask kan wajib dipakai sepanjang masa boleh menyebabkan jerawat muncul dengan mudah. Ini kerana haba yang terperangkap di antara muka dan mask muka menyebabkan kulit muka cepat kering. 

Sama situasi dengan keadaan muka IQ sekarang, mudah naik jerawat bila pakai mask lama sangat! Apatah lagi IQ akan pergi ke site dan bertapa dalam site dalam tempoh yang agak lama. Memang dengan habuk dan panas tu semua buatkan muka IQ mudah untuk ditumbuhi jerawat.


Tambahan pula dengan pemakaian make up IQ yang tebal boleh menyebabkan jerawat berlumba-lumba untuk tumbuh. Namun, bila IQ menggunakan Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream, masalah kulit muka kering dan berjerawat akhirnya selesai. Sekarang IQ tak perlu lagi nak risau kalau perlu pergi site dan pakai mask dalam tempoh yang lama. Janji Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream ni ada dalam beg IQ. 


Jika korang berminat dan mengalami masalah kulit muka berminyak sama seperti IQ, korang boleh dapatkan produk Hansaegee Nature ni di laman web di bawah. Tak cuba tak tahu kan? Tapi sekali cuba dah terpikat. IQ la tu. 

Wednesday, December 9, 2020

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi

December 09, 2020 12

Salam semua, 

Rasanya tak pernah cerita sangat tentang si adik. Cerita si abangnya banyak la kan dalam blog ni. Pernah la cerita pasal lahirkan si adiknya dekat entry ni. Pengalaman yang bermakna lahirkan si adik dalam tempoh yang tak lama, Alhamdulillah, rezeki kali ni.

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
Si Kecil Luqman Rifqy

Si Luqman ni hampir berusia 10 bulan dah sekarang. Dah hampir 4 bulan juga makan solid food. Berbeza dengan abangnya dulu, tak berapa nak makan solid food pada usia Luqman sekarang ni. Sebab apa? Entah la. Dulu Qa'id ni tak berapa nak makan. Even dah cuba nak bagi makan macam-macam tapi dia tak suka sangat, dan lebih prefer minum susu.

Bagi IQ, Qa'id dan Luqman ni berbeza sangat sebab masa mengandungkan dorang pun habit makan IQ berbeza. Masa mengandungkan Qa'id dulu, IQ tak lalu makan sangat, makan nasi tapi sikiiiit sangat. Berbanding dengan adiknya, makan nasi penuh pinggan. Berselera sangat! Fast food lagi la bantai even orang kata tak elok kaannn

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
Adik dan Abang.
Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
Memang suka mengacau abangnya

Mungkin itu juga perbezaan dorang berdua tentang cara dorang accept makanan. Qa'id tak laju sangat nak makan masa dia seusia Luqman sekarang berbanding Luqman yang pantang disua apa jenis makanan, mesti habis makanan tu dia makan. Tu sebab badan dia sado habis. Nak dukung lama-lama pun idak ler larat. huhu.

Tapi sekarang si abangnya memang pantang la perut lapar. Mintak makanan sepanjang masa. Kalau minta nasi tak per, mintak makanan ringan, memang ibu jerling serupa Hitler. hahahaha!

Perkembangan Luqman? Sekarang dah boleh merangkak. Ayahnya bercerita tentang ayahnya kecik-kecik dulu tak merangkak. Skip merangkak terus berjalan. So, nampaknya Luqman follow gene ibu dia lebih sebab follow the flow. haha! Meniarap serupa macam askar dan sekarang dah merangkak. Luqman pun dah boleh meniti sambil paut kat mana-mana. Mungkin tak lama lagi boleh berjalan dah.

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
1- Ibu kuat menyakat, memang menangis la dia jawabnya
2- Itu bukan tak nak makan, itu pantang lambat suap, mengamuk sakan
3- Posing maut
4- Part mengada kalau layankan dia

Gigi dia? Dah ada 4 batang dan bakal tumbuh lagi 2 batang. Bakal ada 4 batang dekat atas, dua batang dekat bawah. Banyak kan? Tak sangka jugak si Luqman ni cepat dan banyak pulak gigi dia tumbuh. Sakan dia dapat gigi ibu, ayah dan abang dia. Pantang nampak lengan, tangan, kaki. Habis dikokaknya. Mungkin faktor dia makan banyak dan kuat minum susu yang menyebabkan gigi dia tumbuh cepat dan banyak tu. Kan?

Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki yang ada. Anak-anak sentiasa sihat dan ada depan mata. Bersyukur sangat-sangat. Nikmat Allah apa lagi yang kita nak dustakan? Bersyukur sentiasa.

Next time nak cerita pasal sekolah abangnya plak. Tunggu yer. Hopefully rajin la sentiasa. huhu

Till then, bai!