Advertisement

Responsive Advertisement

Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!

Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!

Sahabat lama ni walaupun jarang contact pun still rapat kan? Tak kiralah tak jumpa bertahun-tahun, keakraban tu kekal ada walaupun hanya berhubung menerusi WhatsApp atau laman sosial yang lain. Bak kata-kata yang IQ jumpa di Facebook, "Walaupun kita jarang berhubung, kita tetap sayang antara satu sama lain" Gituuu..

Banyak kali dah plan nak jumpa. Tapi IQ dan dua lagi kawan baik IQ masa zaman universiti ni susah betul dapat jumpa sebab masing-masing duduk jauh antara satu sama lain. Dulu IQ duduk dekat dengan salah sorang BFF IQ ni tapi sejak kahwin dan berhijrah ke KL beberapa tahun lepas, jadi jarang jugak dapat jumpa. Yang lagi sorang tu lagi lah, duduk di selatan tanah air. Jarang keluar dari negeri dia.

Plan Adhoc ke Port Dickson!!

So al-kisahnya dua minggu sebelum hari kejadian, bff IQ yang bernama Wanie ni ajak jumpa dan staycation dekat mana-mana. Mesej dalam group lewat malam, IQ yang terjaga dari terlelap pun join conversation sekali. Plan konon nak buat itu ini, macam nak buat. Rasa macam eh, sempat ker nak buat semua dalam tempoh 2 hari 1malam ni? Apa-apa pun, kita tengok nanti.

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. IQ just tunggu di rumah, menunggu si Wanie pickup. Dia datang dari Bentong Pahang dengan adiknya. Dalam pukul 10 pagi, dia sampai dan kami terus gerak untuk ambik bff IQ yang lagi sorang, si Farah.

Dalam pukul 12 lebih tengahari, kitaorang sampai dekat rumah persinggahan Farah. Suami Farah ada kerja di PD untuk beberapa bulan, so dorang menyewa dekat satu kawasan apartment di Teluk Kemang. Bila tiga-tiga dah berjumpa, maka riuh la kami semua jadinya. Tak jumpa penutup botol susu anak pun dah boleh kecoh!

Makan Tengahari di Warung Salai

Lepas pickup Farah dan anak-anaknya, kitaorang pergi makan tengahari dekat Warung Salai. Warung Salai ni IQ tengok banyak cawangannya. Kejap-kejap nampak cawangan situ, kejap-kejap nampak cawangan sana. So, banyak jugak la cawangan Warung Salai ni dekat PD. Mungkin disebabkan permintaan pelancong yang datang ke PD kan? Mesti nak makan makanan tradisi orang Minang ni alang-alang dah sampai nogori kan?
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
Makan-makan dulu!
IQ order daging salai dan perut masak lemak cili api. Well, boleh tahan rasanya tapi tak cukup pedas. Selalunya kalau orang nogori masak lemak mesti pedas berapi kan? Tapi yang ni tak pedas sangat. Light sangat. Tapi sesuai la kalau budak-budak dan orang luar nogori nak makan, tak ada la culture shock nak makan pedas-pedas. Kang sakit perut tengah malam sapa nak tanggung? Kan?

Settle lunch, kitaorang plan nak ke Pusat Ikan Hiasan under Maritim Malaysia. TAPI tutup pulak disebabkan PKP ni. Sayang la baru nak bawak anak-anak ni tengok ikan, (plus mak-mak ni nak cari tempat yang kurang panas..haha!) Banyak jugak kereta yang nak singgah ke tempat ni tapi disebabkan tutup, terpaksa la semua tukar plan ke tempat lain. Bye-bye ikan-ikan semuaaaa..

Melawat Ostrich Farm, Port Dickson

Plan seterusnya?? Ostrich Farm!! HAHA! Terpaksa la pergi ke Ostrich Farm ni memandangkan tempat lain macam malas nak singgah disebabkan panas tengahari yang sangat membahang ni. Tepi pantai kan? Mestilah bahang panas dia lebih. Bila nak pergi Ostrich Farm ni dengan harapan tinggi tempatnya ada banyak pokok dan tempat berteduh. I kan puteri lilin celup, lama tak berjemur sejak lahirkan si Luqman ni. haha!

Sampai sana, tudiaaaa..kereta penuh kat tempat parking! Kitaorang pun menapak agak jauh dari kereta ke tempat masuknya. Nasib IQ pun letak luqman dalam baby carrier, tak ada la lenguh nak angkut budak 6 bulan yang sado ni. Eley, si Farah dukung anak dia umur setahun lebih pun rilek jer, poyo jer IQ...okay okay..fine...

Bayaran masuk Ostrich Farm ni IQ tak pasti berapa. Cuma total 4 dewasa 2 kanak-kanak tak termasuk 2 bayi semuanya RM80.00. Masa kat kaunter beli tiket ni, IQ tak nampak papan tanda harga masuknya, tu sebab sampai sekarang tertanya-tanya. Kawasan Ostrich Farm ni plak tak ada besar macam Zoo Negara tu. Kalau pusing satu trip tanpa singgah mana-mana kandang haiwan yang ada, mungkin dalam 5-10 minit dah siap pusing. So, boleh estimate la berapa keluasan dia.
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
Abang ke kakak Ostrich ni?
Cuma ada kawasan replika dinasour je kitaorang tak dapat nak lalu sebab dorang tutup untuk maintenance. Yang lain kira okay la nak tengok-tengok sambil bagi haiwan makan. Haa..boleh dikatakan macam petting zoo jugak. Boleh beli makanan haiwan di pintu masuk untuk diberikan pada haiwan-haiwan yang ada terutamanya burung unta ni. Ada jugak ayam, arnab, lembu, kambing biri-biri, burung dan juga ikan. Boleh tahan la tempatnya tapi tak der woww sangat. Simple and nice.
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
Qa'id haiwan dalam sangkar camni suka la, kalau yang besar gedabak mau menjerit satu tempat dengar. huhu
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
Masing-masing dah kepenatan 

Menginap di D'Wharf Hotel Residence

Bila semua macam dah kepenatan, budak-budak semua macam dah lemah longlai, apa lagi...jom check in tempat penginapan kitaorang iaitu di D'Wharf Hotel Residence. Pilihan yang tepat bagi IQ dan BFF IQ semua sebab tempatnya sangat dekat dengan macam-macam jenis kemudahan. Ada McDonald, ada Kenny Rogers, ada Starbucks, ada TF Value Mart, ada bank-bank...macam-macam sangat! Kawasannya terletak di PD Waterfront. So, siapa yang selalu lepak dekat PD Waterfront ni mesti nampak tersergam indah hotel D'Wharf ni.

Hotel ni banyak giler bilik! Sebab hotel residensi kan? Macam apartment pun ada tapi dorang buat style hotel. Hotel ni hotel baru IQ rasa sebab bangunannya pun nampak masih baru dan moden. Sesuai jugak nak jadikan tempat untuk berfamily day tapi IQ tak pasti ada ke tak ruang untuk beraktiviti. Masa IQ nak check in tu punya la ramai, beratur panjang habis lane nak check in. Nasib tak lebih dari setengah jalan berdiri.
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
Ramai yang nak check in. Jenuh jugak menunggu
Pantai privasi ada cuma pantai tak jauh dari gigi air. Maknanya pantainya tak luas untuk buat istana pasir. TAPI hotelnya ada kawasan kolam yang sangat cantik dan luas! IQ tak sempat nak turun kawasan kolam yang terletak di Level 4. Lagipun pantang la kan nak bawak anak-anak pergi tengok kolam, kang menjerit kat situ nak mandi...tak kan la nak mandi sekali. Ye dak?

Kitaorang pilih Premier Suite. Ada dua katil Queen. Ada meja bar, ada dapur siap dengan microwave. Boleh la kalau nak masak-masak, boleh bawak dapur sendiri yang elektrik tu ataupun yang gas kecik tu. Cuma kitaornag tak ada la bawak dapur sendiri, just pakai microwave yang sedia ada je untuk kudap-kudap malam-malam.

Oh ya! Paling menarik jugak malam-malam tepi hotel ni ada kawasan Foodtruck!! Besar okeh kawasan foodtruck ni. Nak masuk kawasan foodtruck ni pun kena scan QR Code. SOP tetap jaga yer. Banyak la pilihan makanan yang ada CUMA variety untuk pasta dan spagetti tak banyak. Ada satu foodtruck je yang jual. IQ tak pasti la kalau rules dorang memang macam tu, had kan variety foddtruck yang ada. Apa-apa pun, makanan dorang serius sedap dan berbaloi dengan harganya!!
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
Kawasan Foodtruck, ramai yang datang makan dan beli
Malam-malam kitaorang lepak minum-minum sambil borak-borak. Anak-anak dah tidur, memang seronok la mak-mak nak buka cerita lama. Tapi tak lama dapat borak sebab mak-mak ni selalu letih dan tidur awal. Hahahaha! So, tak lebih pukul 12 tengah malam, masing-masing dah tidur. Kecuali anak Farah yang berjaga disebabkan tidur petangnya lama. Maknya sekali terpaksa berjaga. huhu
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
3 stooges dan anak-anak
Trip kali ni memang pendek sangat. Rasa macam tak sempat sangat nak borak panjang-panjang lagi-lagi ada baby dan budak kecik sekali kan? Nak uruskan anak lagi, anak mengamuk nak tidur...nak susu...macam-macam! Tapi itulah cabarannya. Namun semua tu menjadi kenangan bermakna. Kalau tak dibuat percutian adhoc macam ni, memang entah bila la dapat jumpa bertiga lagi.

Next time nak bercuti bertiga lagi. Tunggu anak dah besar sikit, dah sekolah rendah ke kan? Boleh la bawak sekali atau ditinggal-tinggalkan dengan ayahnya. Eh..boleh ke tu? haha! Tak perlah, masanya panjang lagi. Memang semuanya kita boleh rancang, yang menentukan hanyalah Dia.
Percutian Adhoc 3 Stooges di Port Dickson Akhirnya Menjadi!
InsyaAllah sahabat selamanya
Apa-apa pun, plan yang simple dan adhoc macam ni memang seronok nak buat. Dari dulu plan tak menjadi, bila tetiba buat macam ni memang rasa seronok betul! Lagi-lagi dapat jumpa kesayangan-kesayangan yang dah lama tak jumpa. Perangai masing-masing pun ada yang tak berubah lagi, ada yang dah turunkan kat anak katanya. Mak-mak dah jadi behave, anak-anak plak yang mengganas macam mak-maknya dulu. hahaha! Macam-macam!

Semoga hubungan persahabatan ni kekal selamanya. Sayang 3 stooges ni sampai bila-bila. Moga Allah SWT merahmati hubungan kita in selamanya. Moga jumpa lagi di lain masa.

Till then, bai!

Post a Comment

5 Comments

  1. seronok bila ada sahabat susah senang macam ni. semoga persahabatan berkekalan sampai bila2.

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti
    Semoga ukhuwah terus berkekalan

    ReplyDelete
  3. Meriah sangat ada kawan2 macam ni.. Lama dh tak pergi area pd tu..

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)