Advertisement

Responsive Advertisement

Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Salam semua...

Macam mana IQ nak mulakan kata-kata. Rasa kelu tak terluah kadangnya. Susah nak berbicara. Namun, IQ titipkan dekat blog IQ ni supaya menjadi kenangan titik perubahan dalam hidup IQ sekarang. Yer, IQ dibuang kerja dalam tempoh negara kita berkurung bersyarat. Semua orang faham situasi di mana sekalian rakyat diarahkan berkurung disebabkan satu virus yang merebak di seluruh dunia. Dunia yer, bukan Malaysia sahaja. Sebab tu dipanggil Pandemic.

Namun, setelah kerajaan kita mengisytiharkan bahawa beberapa sektor akan dibenarkan untuk beroperasi, memang menjadi kerisauan utama buat IQ. Mana taknya, company tempat di mana IQ mencari rezeki pastinya akan bersungguh untuk mulakan kerja. Sepenuhnya akan mengambil peluang untuk beroperasi.

Sekalian rakan-rakan IQ tahu, malah yang baca blog IQ ni pun tahu yang IQ baru sahaja bersalin. Anak kedua IQ, Luqman masih kecil. Dengan keadaan virus yang merubah keadaan sekeliling dan rutin harian kita semua, pastinya menjadi kerisauan utama IQ untuk menghantarnya ke mana-mana pusat jagaan. Dengan jarak sosial, pemakaian topeng muka senantiasa dan juga penggunaan hand sanitiser setiap masa, virus yang boleh dijangkiti mana-mana individu itu tidak boleh dibawa main-main.

IQ mohon dengan majikan IQ untuk lanjutkan cuti tanpa gaji IQ. Namun ditolak. IQ mohon lagi untuk Work From Home (WFH) atas saranan Perdana Menteri Malaysia apabila beliau mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 4 Mei 2020. Namun, permohonan IQ ditolak lagi sekali. Majikan IQ meminta untuk masuk pada Jumaat 8 Mei 2020.

IQ pulun cari babysitter. Apabila babysitter dijumpai, proses pergerakan antara negeri pula terlibat. Babysitter diimport dari Melaka. Semestinya perlukan masa untuk ke balai dan mohon untuk rentas negeri. IQ mohon untuk masuk pada 12 Mei 2020 disebabkan babysitter yang delay untuk sampai.

Namun akhirnya dapat arahan diberhentikan kerja serta merta pada 8 Mei 2020. Tamat perkhidmatan pada hari berkenaan. Sedih? Semestinya. Punyalah IQ tak kuat untuk baca email tiap kali dihantar, IQ mintak husband IQ bacakan. Memang tergamam bila husband IQ membacanya dan mengatakan IQ diberhentikan.

Apa yang perlu IQ buat sekarang? Semestinya IQ masih punya komitmen bulanan walaupun ianya berkurang disebabkan PKP, namun masih ada beberapa komitmen yang perlu dijelaskan. Macam mana IQ nak membayarnya? Buntu.

Moga ada jalan untuk IQ. IQ coretkan di sini untuk peringatan buat IQ dan yang lain. Cukup sampai di sini. Mungkin IQ akan ambil tindakan atas apa yang berlaku. Tunggu apabila segalanya selesai, akan IQ kongsikan di sini. InsyaAllah.

Till then, bai

Post a Comment

6 Comments

  1. Allahu, sedihnya baca. Memang ramai yang kena macam ni. InsyaAllah mungkin ada hikmahNya tu. saya doakan moga ada rezeki yang lebih baik untuk IQ. Hope everything will be fine for you and family.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... Sedihnya akak dengar. bersabarlah dugaan yang harus di tempuh alam PKB ni. Akak doakan ada rezeki Iq yang lebih baik di tempat lain. tahniah dapat baby baru

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Semoga urusan IQ dimudahkan dan moga rezeki IQ melimpah ruah lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Tahun 2019, bulan 6 saya berhenti kerja... Memang teramat perit. Gaji dari RM2000 terus jatuh jadi sebulan dapatlah RM500.kerja sendiri berkebun sambil tu buat bisnes online. Perit memang perit. Lama lama awal tahun 2020 rase dah lali. Ni pulak time convid19 orang lain hilang mata pencarian. Saya still ade pendapatan dari kebun sendiri walaupun sedikit janji tak melarat... Sebenarnya kejatuhan dan kesusahan kita hari ini menjadikan kita lebih kuat menempuh cabaran akan datang.
    tuliskini.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Semoga ada rezeki yang baik untuk IQ.

    ReplyDelete
  6. itulah cabarannya. sedih memang sedih semoga cepat beransur pulih

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)