Advertisement

Responsive Advertisement

Pilihan Makanan Halal Di Bali Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Siapa pernah pergi Bali, Indonesia? Sebut jer Bali mesti terbayangkan satu tempat yang penuh dengan budayanya yang tersendiri di samping tempat peranginan pilihan untuk berbulan madu kan?
Bali merupakan sebuah kepulauan yang terletak di Indonesia dan ianya berada di tengah-tengah antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali juga terkenal sebagi destinasi pelancongan bagi pelancong-pelancong di Asia Tenggara. Majoriti pelancong yang datang ke Bali adalah dari Jepun, Australia, Malaysia dan beberapa lagi negara yang berdekatan. Keunikan budaya dan keindahan panorama pantai serta laut yang ada di Bali menjadi satu faktor yang paling utama mengapa Bali menjadi begitu popular. Ramai yang datang ke Bali untuk menikmati ketenangan dan honeymoon bersama pasangan.
Pilih Tawaran Penerbangan Yang Murah Lagi Jimat Dengan...
Kalau korang nak ke Bali, terdapat beberapa pilihan yang boleh lakukan untuk mendapatkan tawaran tiket penerbangan yang murah. Sama ada di laman web ataupun di beberapa apps yang berkaitan. Cadangan IQ, boleh buat perbandingan harga tiket di laman web Traveloka. Ini kerana penawaran harga tiket yang ada di traveloka selalunya lebih murah dan berpatutan.
Banyak airline yang disediakan ke destinasi-destinasi yang terkenal di seluruh dunia dan Bali adalah salah satu daripadanya. Korang boleh memilih Jetstar atau Malindo Air sebagai airline yang membawa korang terbang ke Bali. Ini kerana penawaran harga yang diberi mungkin lebih murah daripada mana-mana airline yang sedia ada. Tak percaya? Korang cuba la buat perbandingan tersebut di Traveloka sendiri.
Selain daripada itu, Traveloka juga ada menyediakan penawaran terhadap penerbangan domestik iaitu penerbangan di dalam negara. Jika ingin bercuti ke Pulau Pinang, boleh sahaja cari Kuala Lumpur to Penang flight tickets untuk melihat airline dan harga-harga yang ditawarkan.
Makanan Halal di Bali Yang Terhad
Disebabkan agama Islam di Bali adalah agama minoriti, jadi untuk mendapatkan makanan halal mungkin menjadi masalah kepada kita. Tapi tak perlu risau, IQ akan kongsikan gerai-gerai makan makanan halal yang ada di Bali jika korang ingin bercuti ke Bali.
Warung Bunana Sunset Road
Jika korang jenis yang tidak boleh lepas dengan sarapan pagi, ini adalah kedai yang boleh dikunjungi. Dengan menggunakan konsep masakan India-Malaysia, pelbagai aneka roti canai yang disajikan di kedai ini. Selain itu, boleh juga dapatkan murtabak dan juga teh tarik kaw yang pastinya bakal melengkapkan sarapan pagi.
Pilihan Makanan Halal Di Bali Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Pipiti Pipiti
Sukakan keunikan? Inilah rumah makan yang patut dikunjungi. Rumah makan ini mempunyai pelbagai lauk yang boleh dipilih sebagai hidangan makanan. Antaranya ayam, udang, cumi (sotong), bebek (itik), daging lembu, daging sapi dan ikan dori. Apa yang lebih menarik ialah setiap hidangan yang dipilih untuk makan, ianya akan di bekalkan dengan menggunakan pipiti atau bekas anyaman buluh. Selain daripada itu, suasana di dalam rumah makan ini juga akan membuatkan kita rasa tenang dan damai keana ia berkonsepkan modern-tradisional. 
Pilihan Makanan Halal Di Bali Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Nasi Tekor
Nasi Tekor merupakan makanan yang paling popular di Bali. Ia membawa konsep perkampungan di Bali pada suatu masa dahulu. Hidangan akan di sajikan di atas daun pisang yang beralaskan rotan. Nama lain bagi nasi tekor ini ialah nasi campur di mana nasi berlaukkan ayam dan sayur-sayuran. Jadi jika ingin rasakan suasana kampung sambil menikmati makanan, inilah tempat yang sesuai.
Pilihan Makanan Halal Di Bali Yang Mungkin Korang Tak Tahu
Pilihan Makanan Halal Di Bali Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Pink Tempong
Indonesia dan cili berpisah tiada. Korang suka kan makanan pedas? Nah. Inilah rumah makan yang wajib singgah. Kenapa nama dia Pink Tempong? Sebab hampir kesemua hiasan dan alat makan yang ada kat kedai ni berwarna pink. Apa yang special kat rumah makan ni ialah nasi tempong ikan gurame, nasi tempong ayam goreng dan nasi tempong ayam bakar. Boleh juga menambah pesanan dengan memesan tauhu atau tempe goreng. Set nasi tempong ni sama seperti nasi ayam penyet yang biasa kita lihat. Tapi berhati-hati dengan kepedasan sambalnya. Kalau sejenis tak kuat pedas, makan sedikit dahulu. Jangan underestimate level kepedasan dia okay.
Pilihan Makanan Halal Di Bali Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Warung Muslim Moro Seneng Ibu Tien
Nama tempat makan dia memang panjang. Sama macam lauk pauk yang disediakan kat sini. Kemain panjang dia susun lauk. Memang beraneka jenis lauk yang dimasak seperti air tangan seorang ibu. Kalau rindukan masakan ala-ala Malaysia, kat sini ada la jugak lauk-lauk yang boleh dikatakan sama dengan kat Malaysia. Sepinggan nasi putih, ulam, ayam goreng dan tambah sambal yang dibuat dari kedai makan ni. Pergh. Terangkat. Even locals kat sini pun sering datang menjamah makan tengah hari kat kedai ni. 
Pilihan Makanan Halal Di Bali Yang Mungkin Korang Tak Tahu


So macam mana? Ragu-ragu lagi tak dengan status makanan halal kat Bali? Jangan risau. Banyak juga masakan halal yang ada kat Bali ni. Sebab pelancong yang datang pun ramai juga yang muslim. Apa-apa pun, datang la bercuti kat Bali ni. Lawa oo laut dia. Sedut angin laut tak penah puas.
Okay la korang, till then, bai!

Post a Comment

3 Comments

  1. nmpk sedapppppp je!
    kalo ade rezeki insyaAllah nk jgk ke bali.. =)

    ReplyDelete
  2. nyummmm semuanya kelihatan sangat menyelerakan ^_^

    ReplyDelete
  3. Hari tu pergi Bali memang 2x makan dekat Ibu Tien tu. Sedap and harga reasonable.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)