Advertisement

Responsive Advertisement

Outstation Ke Ipoh Selama Dua Bulan Memang Mencabar!

Salam semua..

Terasa baru bernafas seketika bila dah hampir ke penghujung tahun ni. Apatah lagi tempoh IQ perlu outstation ke Ipoh hampir berakhir tak lama lagi. Lega? Semestinya!!!

Dapat Surat Transfer ke Site Ipoh...

Akhir bulan 10 hari tu, IQ dapat satu surat untuk transfer ke site di Ulu Kinta, Ipoh Perak. Masa tu bercampur baur perasaan IQ. Yelah, Masa tu kandungan IQ baru 5 bulan lebih, dalam keadaan mengandung tu jugak kena transfer jauh dari suami. Hampir give up dan nak berhenti kerja tapi bila fikirkan balik, siapa nak bayarkan komitmen melambak tiap-tiap bulan kalau IQ berhenti kan? Dengan keadaan mengandung macam ni, siapa jer nak ambik IQ untuk bekerja dengan dorang? Betul tak?

Dengan berat hati, IQ pun gerak ke Ipoh seorang diri pada awalnya. Qa'id tinggal bersama keluarga mertua di Teluk Intan, manakala husband tinggal di Shah Alam. Berpecah tiga orang ni. Sebak? Hati ibu yang mengandung ni jangan dicerita la sebak dia sampai berapa hari kan. Seminggu tak reda-reda lagi nangisnya! Hati tisu sangat!

Seminggu berlalu, rasa macam okay sikit. Sebak tu makin kurang. Tiba jer hujung minggu, terus pecut balik Teluk Intan. Dari Ipoh ke Teluk Intan ambik masa sejam lebih jugak. Dapat lepas rindu dekat anak jadi la, dengan suami sabar2 je la dulu. haha!
Outstation Ke Ipoh Selama Dua Bulan Memang Mencabar!
Bawak Anak Tinggal Sekali...
Tapi lepas dua minggu, IQ bawak Qa'id tinggal dengan IQ sekali di Ipoh. Mujur tuan rumah yang bernama Kak Ani tak kisah. Lagipun Kak Ani pun ibu tunggal dan tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 8 tahun. So, secara automatiknya, Qa'id pun ada kawan kat Ipoh. IQ pun akan tinggalkan Qa'id di taska bila IQ pergi kerja. Tentang taska pun banyak jugak cabarannya...tapi apa-apa pun layankan ajer.

Hampir sebulan berlalu, task yang IQ perlu selesaikan pun da siap. Namun, bila tanya pada HR bila boleh transfer balik ke HQ, tak ada jawapan. Penghujung bulan 11 yang berikan IQ agak tekanan bila HR pun tak boleh bagi kata putus. Terpaksa extend tinggal di Ipoh untuk tempoh sebulan lagi. Kenapa lagi sebulan?

Outstation Ke Ipoh Selama Dua Bulan Memang Mencabar!
Pemandangan tiap kali perjalanan balik Ipoh

Dalam fikiran IQ, IQ perlu fikirkan soal bayaran sewa bilik, dan juga bayaran taska anak IQ. Kalau IQ bayar ikut minggu ataupun hari, lebih merugikan. Tinggal berjauhan dan berasingan seperti ni akan menyebabkan kos yang tinggi berbanding biasa. Apatah lagi nak balik ke Shah Alam, perjalanan tu sendiri ada kosnya. Kan?

Bulan kedua IQ di Ipoh lebih stabil. IQ dah boleh terima keadaan yang IQ akan tinggal lagi sebulan. Hampir 3 minggu tak balik Shah Alam, dan minggu ni IQ balik juga. (itu pun sebab meeting di KL). haha! Selebihnya IQ balik Teluk Intan.

Tahap Kesihatan Yang Tak Stabil Pulak....
Tapi bulan kedua IQ ni mencabar sebab IQ kena sakit perut hampir seminggu! Bayangkan kalau sakit perut disebabkan gastrik dan juga cirit birit ni dalam keadaan mengandung. Nak sapu minyak? Confirm la tak boleh kan? Nak makan ubat pun takut2. Sebab risau efek pada baby. Tapi ada jugak IQ makan, lepas tu muntah balik. Lembik IQ dibuatnya. Lagi2 cirit birit berterusan sampai 2-4 hari. huhu..

Esok IQ balik ke Ipoh dan akan berada di sana seminggu lagi. Lepas tu akan balik ke Shah Alam for good. Lega rasanya. Tapi tetap akan rindu suasana kerja di Ipoh. Team IQ di Ipoh sangat-sangat best. Sangat supportive dan jaga kebajikan IQ sepanjang di sana. Yelah, ibu mengandung masuk site, semua jadi super jaga-jaga. Masa IQ sakit perut hari tu dorang fikir IQ dah nak bersalin! Haha! Lambat lagi...doa-doakan baby due on time, jangan cepat sangat baby keluar. Ibunya belum bersedia...
Outstation Ke Ipoh Selama Dua Bulan Memang Mencabar!
Nama dia Memot. Peneman IQ di site. 
Itulah sedikit sebanyak cerita IQ sepanjang outstation ni. IQ jadikan kenangan di sini sebab suatu hari nanti IQ imbau balik kenangan IQ struggle outstation even tengah mengandung. hihi.

Till then guys! Bai!

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan sehariannya.

    ReplyDelete
  2. y're strongly.. mana gambar selfie ibu mengandung.. brp kg naik iq mangandung ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, dekat IG ada. berapa kilo? 10kilo ada kot. haha!

      Delete
  3. semoga segalanya dipermudahkan buat IQ dan keluarga..

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)