Advertisement

Responsive Advertisement

IQ Ditipu Peniaga Yang Tak Jujur?

Hari tu IQ pergi site. Salah satu site yang IQ kena pergi dekat area Selayang. Projek Pasar Selayang yang baru. So, belakang site tu memang ada ramai orang jual keperluan harian. Nak cari apa jer mesti dapat punya.

Disebabkan waktu nak balik da nak sampai, IQ plan nak beli barang untuk masak dekat situ. Siap buat list mak-mak pergi pasar. Biasa la kan? Kang tak tulis, lupa pulak. Senang kalau dah tulis ni, tak ada la tertinggal.

IQ pergi dengan sorang budak site IQ. Mula-mula pergi kedai runcit, beli sos, beli rempah sikit, beli garam, beli itu beli ini. Seronok plak nak membeli, nak apa jer ada dalam kedai tu. Sebut ajer, mesti ada!

Lepas tu, nak beli ayam. Plan nak masak Kurma Ayam malam tu. Then, IQ pergi ke gerai yang jual ayam. Ada beberapa kedai dekat situ, tapi IQ beli dekat satu kedai ni. Ada pak cik berkopiah. Yakin sikit nak beli berbanding dengan orang yang berlainan bangsa ni kan? Bukan rasis. Tapi keyakinan tu.

IQ pun pilih ayam. IQ tunjukkan ayam yang IQ nak pilih. Pak cik tadi tu pun berkata-kata. "Nak yang mana?" dengan slang orang seberang. Oh, bukan orang tempatan rupanya. IQ tunjukkan ayam yang IQ nak dan pak cik tadi ambik ayam tu dan timbang sebelum potong.
IQ Ditipu Peniaga Yang Tak Jujur?
Sumber Google
"RM15.30, boleh?" Pak cik tu tanya IQ. IQ bolehkan ajer. Seekor RM15.30. Besar jugak ayam yang IQ pilih tadi. Ok la harganya 15 belas hengget. Ayam pun nampak segar. Puas hati. Pak cik tadi pun pergi ke belakang sikit, dekat tempat memotong yang terlindung. IQ tak nampak pak cik tu potong kecik ke besar ke tapi IQ da ingatkan sebelum tu potong kecik. Dengar jer ler pak cik tu potong. Tap tap tap.

Ayam yang siap dipotong bertukar tangan. Hati rasa berbunga-bunga betul sebab dah plan nak masak balik nanti untuk family. Lagi-lagi dapat ayam segar dari pasar. Bukan senang tau nak dapatkan ayam segar macam ni kalau mak mak ni bekerja. Sebab nak singgah Giant atau Aeon beli ayam mesti fikir 10 kali.

Sampai-sampai dekat rumah, terus asing-asingkan barang yang dibeli tadi. Ambik beberapa ketul ayam dari plastik, untuk masak. Makan untuk 3 kepala dalam rumah ni tak banyak, dan untuk seekor ayam boleh la 3 hingga 4 kali masak. Suami nak bahagian peha. Letak dalam satu bekas. Cari bekas bertutup untuk selebihnya disimpan dalam peti.

Tapi tetiba rasa nak bau ayam ni...sebab rupa dia lain macam. Hurmmm...awat bau dia lain macam. Warna dia pun tak sama macam ayam yang IQ pilih tadi. Warna isi ayamnya da kekuningan. Kulitnya dah tak sesegar yang IQ pilih. Lemak ayamnya kuning sangat2 berbanding lemak ayam yang baru. Haihhhh...kena tipu ke?

Suami pun try bau. Terus suami buat muka. Terus dikatanya, "buanglah, saya tak nak makan ayam tu kalau awak masak, sakit perut nanti" IQ dah rasa tak best. Yelah, SEEKOR kot beli ayam ni. Bukan seketul dua. Ralat betul rasanya. Teringat dekat pak cik berkopiah tadi. Entah bila la dia tukar ayam yang IQ pilih tadi. Bukan IQ nak berprasangka buruk, tapi IQ yakin IQ pilih ayam yang ok tadi. Kulitnya segar tak macam kulit ayam yang IQ dapat selepasnya tu.
IQ Ditipu Peniaga Yang Tak Jujur?
Sekadar Gambar Hiasan. Sumber Google.
IQ pun teringat video yang IQ pernah tengok sebelum ni. Kegiatan peniaga yang tukar barang yang dah dipilih oleh customer masa proses nak bayar/bungkus. Memang rasa diri ni sebahagian daripada customer yang kena tipu tu. Tak rasa bersalah ke dorang buat macam tu? Agak-agak kalau kena macam ni, customer tak lari ke?

Jujur. Jangan pernah tak jujur. Meniaga ni kena ikhlas. Biar untung sikit janji berkat. IQ pernah berniaga dulu, untung tak banyak, tapi janji berkat. Setiap sen yang kita dapat tu bukan sahaja kita yang kira, tapi Allah SWT juga menghitungnya. Harap perkara macam ni dapat kesedaran orang ramai untuk lebih berhati-hati. IQ memang tak ada la nak beli kat kedai tu dah. Blacklist! huhu.

Till then, bai!

Post a Comment

8 Comments

  1. Tentunya serik nak beli kat gerai tu lagi.

    ReplyDelete
  2. biasa dia potong dpn kita. lain kali kalau dia g potong blakang jgn bli IQ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, kesahnya dah gi bawak ke belakang,cmna nak hilangkn diri lepastu...hehe

      Delete
  3. Teruk nya peniaga macam gini.. kesian ke customer..
    kalau tmbg brg pun kena doublechek jgk, sbb kdg harga sekilo tu lain dgn harga kat tnda hrga

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu,tu la...silap2 kena bawak calculator gi kedai mcm ni

      Delete
  4. Peniaga tak jujur rezeki akan tertutup IQ..
    Bila kena macam tu tentu pelanggan tak akan datang lagi kannn, serik!

    ReplyDelete
  5. sah la peniaga tu tukar ayam kepada ayam yang lama. ayam baru tu sekadar tarikan saja

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)