Advertisement

Responsive Advertisement

Jom Kita Terbang Ke London!


Hye korang! Siapa pernah pergi ke London? Mudah tak kalau nak ke sana? Untuk first timer yang nak jejak Kota London mesti rasa cuak kan? Jadi, kali ni IQ nak share dengan korang sedikit tips untuk korang rancang perjalanan korang ke London dengan bajet yang minima. Search di carian Google Cathay Pacific Malaysia untuk bantu korang cari flight yang sesuai.

Jangan lupa beli Oystercard terlebih dahulu untuk jimatkan bajet korang kat sana sebab kat sana korang akan naik tube atau bas untuk lebih jimat. Beli awal secara PreOrder di laman web OysterCard, dan kad akan dihantar kepada korang tak kira di mana korang berada. Mudah kan? Tak sampai London lagi kad Oyster da ada dekat tangan. Terus tak sabar nak jejak kaki di Kota London gittewww.

Bagi kanak-kanak di bawah 11 tahun tak perlu ada Oyster Card pun tak apa. Sebab kalau travel dengan orang dewasa, kanak-kanak boleh naik tube mahupun bas secara percuma! Untung jadi kanak-kanak kan? Teringin jadi kanak-kanak balik macam ni. Haha!

Makanan Halal Yang Murah di London

Kalau pergi ke luar negara, makanan halal selalu jadi isu. Senang ke kalau nak cari makanan halal di Kota London ni? Korang jangan risau sebab kalau korang nak cari makanan halal yang murah, korang boleh cari di London Central Mosques sebab dalam masjid tu ada dewan makan yang jual makanan halal. Harganya pun berpatutan dan sesuai untuk korang nak jimat.

Tips nak berjalan dengan bajet minima adalah pergi ke tempat yang tak perlukan bayaran tiket masuk. Di London terdapat lebih daripada 20 buah muzium yang boleh masuk tanpa dikenakan bayaran tiket masuk. Antaranya adalah The British Museum, Natural History & Science Museum, Maritime Museum, Imperial War Museum, Horniman Museum, Museum of London, Transport Museum dan banyak lagi! Pergi negara orang mesti nak kenal budaya dorang kan? So, tempat-tempat macam ni bagus untuk korang lawati dan yang paling penting ianya PERCUMA untuk dimasuki. Hihi.

Nak tengok pemandangan dari tempat tinggi tak semestinya kena naik London Eye. Ada tempat yang lebih jimatkan poket korang untuk korang nikmati pemandangan Kota London seperti Parliament Hill dan juga Primrose Hill. Walaupun pemandangannya tak seindah jika korang naik London Eye tapi ok la jugak berbanding poket korang kempis tak dapat shopping lebih sebab bayar tiket masuk yang mahal kan? Heeee.

Tempoh travel korang adalah yang paling penting untuk elakkan kos sampingan. Untuk percutian di London, elakkan bercuti pada musim perayaan Krismas, awal tahun baru dan juga cuti sekolah pada musim panas sebab kos travel pada waktu tu akan jadi lebih mahal. Waktu bercuti yang terbaik dan murah adalah pada pertengahan September hingga awal Oktober dan juga Mac sehingga April. Get it? Pandaaiiii.

Pilihan Memandu Di Kota London?
Sesetengah pelancong memilih untuk menyewa kereta dan memandu sendiri ke destinasi yang dorang kehendaki. Tapi sewa kereta dan pandu sendiri bukan pilihan yang terbaik untuk jalan-jalan di Kota London kerana kadar bayaran parking sangat tinggi dan trafik juga sangat sibuk di sana. Walaubagaimanapun, kalau korang nak memandu di London, korang tak perlu ada lesen memandu antarabangsa sebab korang boleh guna lesen memandu Malaysia saja. Tapi terhad untuk tempoh setahun jer tau! Kalau korang travel 2 minggu, memadai la kan?

Percutian yang minima mesti agak padat untuk pergi ke bermacam-macam tempat kan? Tapi jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan empat ikonik penting yang terdapat di Kota London iaitu, Pondok Telefon Merah, Teksi Hitam Klasik, Big Ben dan juga Istana Westminster. Nak lebih mudah dan jimat masa, korang boleh beli tiket bas Hop-on Hop-off untuk korang lihat hamper kesemua tempat-tempat utama di London.

Cukai Barang di London
Untuk pengetahuan korang, di London ni, dorang kenakan cukai VAT iaitu Value Added Tax untuk setiap barang yang dijual. Kebiasaan harga yang tertera sudah termasuk dengan cukai VAT. So, korang boleh membeli dengan lebih mudah dan senang hati. Nak shopping? Korang boleh pergi ke tiga pasar utama di London iaitu Camden Lock Market, Brick Lane London Market dan Portobello Road Market London. Di sana korang boleh cari dan bei pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Barangan antik dan terpakai pun ada dijual.

Kalau korang teringin membeli belah dengan lebih selesadi Oxford Street, korang boleh berkunjung ke sana selain hari sabtu dan ahad. Hari biasa tak ramai sangat orang kan? Mudah korang nak shopping nanti.

Perkara paling penting tentang melancong ke luar negara adalah jaminan keselamatan. Jadi, korang jangan lupa ambil travel insurans sebagai pelindung sebarangkemungkinan yang akan berlaku. Laburkan sedikit wang, alaaa…bawah RM100 pun boleh dapat. Ok? Dan jangan lupa sediakan payung kecil dalam backpack korang sebab dalam tempoh satu minggu,mesti ada satu hari hujan di Kota London, tak kira musim. Sentiasa semak ramalan kaji cuaca sebab cuaca di London sentiasa berubah. Suhu boleh berubah daripada cuaca panas 38 darjah celcius pada hari sebelumnya kepada cuaca hujan 20 darjah celcius hari seterusnya.

Untuk lebih kepuasan, korang perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 5 hari travel di London. Lagi lama lagi best! Kan? So, apa tunggu lagi? Jom start cari cheap flights to London dan book terus ok!

Post a Comment

4 Comments

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)