Advertisement

Responsive Advertisement

Perginya Seorang Sahabat

Dah 15 hari berlalu, baru IQ terasa ingin coretkan sesuatu pemergian seorang sahabat IQ. Kalau ikutkan IQ masih tak percaya beliau dah pergi buat selamanya tapi apakan daya IQ melawan takdir. 

Hari selasa 11 September yang lepas, IQ scroll FB IQ macam biasa. Scroll dan scroll baca update terkini daripada kawan-kawan. Masa tu IQ berada di Melaka. Habiskan cuti Awal Muharam dan Birthday Agong dekat rumah family.

Tetiba IQ ternampak satu gambar yang IQ rasa IQ kenal. Tapi kenapa gambar tu dia dihitam putihkan? IQ jadi pelik dan mula baca ayat post tu.
Allahuakbar. Allah. Allah....memang itu jer terkeluar dari mulut IQ. IQ sebak dan tak mampu berkata apa. Berita pemergian kawan IQ yang IQ selalu contact melalui WhatsApp amat-amat memilukan hati IQ masa tu. IQ macam tak percaya Arwah dah tak ada. Terus IQ tengok WhatsApp arwah. Diam. Tak ada last seen. Bayangkan Arwah meninggal sehari sebelum tu dan IQ baru tahu sehari selepas tu. 

Lambat IQ tahu berita pemergian Arwah. Ralat sangat tapi nak buat macam mana, IQ kenal Arwah pun melalui Blog. Memang IQ tak pernah kenal Arwah di luar. Tapi kami rapat, selalu berkongsi rasa dan pendapat. IQ senang berborak dengan Arwah walaupun kitaorang tak kenal dan tak pernah jumpa sebelum ni.

IQ cuba cari sebab kematian Arwah. IQ refresh post di Facebook tu kot2 ada yang reply dan bagitahu kenapa. Dan ternyata betul...ada yang beritahu. Dan IQ cuba cari berita khas tentang Arwah.
Perginya Seorang Sahabat
Arwah pergi disebabkan sesak nafas ketika turun dari mendaki Bukit Tabur. IQ sedih bila mengenangkan Arwah ada bagitahu IQ yang dia nak pergi ke Bukit Tabur sebelumnya tu. Tak sangka, itu adalah asbab pemergiaannya. Allah....ralat sangat kalau diingatkan. IQ pun tak dapat nak ziarah Arwah apatah lagi jenazah dibawa pulang ke Terengganu. 

IQ kenal Arwah melalui blog IQ ni. Arwah ada bertanyakan tentang satu post IQ dekat email dan kitaorang mula berkawan dari saat tu. Hampir setahun IQ berkawan dengan Arwah. Memang hati dia baik. Alhamdulillah. 

Berpeluang Berjumpa 3 Hari Sebelum Pergi Buat Selamanya

IQ sebenarnya berpeluang berjumpa dengan Arwah pada 7 September yang lepas, iaitu 3 hari sebelum Arwah meninggal. Sebelum tu banyak kali plan nak jumpa selalu tak jadi. Akhirnya, 7 September tu kali pertama dan terakhir IQ berjumpa dengan Arwah. Kitaorang berborak panjang, tapi IQ tak sangka itu kali pertama dan terakhir IQ berjumpa dengan Arwah. 

Arwah penuntut Master di UiTM Shah Alam, dan Arwah ambik kos yang IQ nak sangat sambung. Ada ketikanya IQ cemburu dengan Arwah sebab Arwah dapat sambung belajar bidang IQ nak sangat ambik. IQ pernah tanya tentang kos yang dia ambik dan berniat nak jadikan Arwah sebagai rujukan IQ untuk sambung belajar nanti. Tapi tak semua yang kita rancang tu akan jadi, Allah sebaik-baik perancang. Dia yang menentukan.

Perginya Seorang Sahabat
IQ hilang seorang kawan. Yang rajin tanya khabar IQ, yang rajin tanya IQ ok ke tak setiap kali IQ moody. Yang jadi pendengar tiap kali IQ mengadu kena marah dengan boss. huhu.

Amir, awak pernah cakap kan suruh saya tulis pasal awak dekat blog saya ni? Sekarang saya tulis pasal awak dekat blog saya. Maaf, saya terlambat.

Semoga Allah merahmati ke roh Allahyarham Amir Azhari. Semoga tenang di sana. Al-Fatihah.

Post a Comment

8 Comments

  1. alfatihah untuk arwah.. sedih baca

    ReplyDelete
  2. Sebaknya baca, Al-Fatihah untuk arwah, semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  4. sEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN. BE STRONG IQ

    ReplyDelete
  5. al-fatihah. semoga Sahabat IQ ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)