Di samping itu, penubuhannya bertujuaan meningkatkan keteguhan diri melalui program peningkatan dari aspek aqidah (kerohanian), identiti diri (Psikologi dan motivasi diri) dan memperkasa ekonomi setempat menerusi rantaian perniagaan utama ZY Phyto sendiri.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Penubuhan Yayasan Qaseh ZY Phyto yang dicetuskan oleh Tuan Zaidi bin Yusoff, CEO Syarikat ZY Phyto Tech Industries kini telah diperakui sebagai sebuah badan atau syarikat berhad mulai 17 November 2016.
No Pendaftaran : (1209349W)
AHLI LEMBAGA PENGARAH YAYASAN QASEH ZY PHYTO
Menurut Puan Sharifah Ameelia Akma, iaitu Kumpulan Pengarah Eksekutif ZY Phyto dan juga antara orang kuat yang berada di barisan hadapan dalam pengembangan aktiviti kemanusiaan, pembentukan insaniah, mendorong staf dalam pelbagai aktiviti dalaman dan luaran, terutama pendedahan dan penglibatan serta-merta dalam kerja-kerja dan aktiviti kesukarelawan. Beliau juga turut berusaha bekerjasama dengan kumpulan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan melalui aktiviti-aktiviti semasa di bawah naungan Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Akademi ZY Phyto.
Dengan menyalurkan bantuan sumbangan dari segi kewangan, Yayasan Qaseh Zy Phyto juga memberikan keperluan asas seperti makan dan pakaian kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan rumah perlindungan orang tua yang kurang bernasib baik.
AKTIVITI KEMASYARAKATAN ZY PHYTO
Banyak aktiviti yang melibatkan masyarakat yang memerlukan termasuklah lawatan sambil memberi sumbangan, mengadakan majlis doa selamat bersama pelajar-pelajar tahfiz dan juga mengendalikan majlis kemasyarakatan bersama-sama komuniti Islam.
Agihan bantuan kewangan dan keperluan asas di bumi Sarawak |
ZY Phyto dengan kerjasama Erat Komitee bergambar bersama pelajar tahfiz dalam program infaq. |
Maahad Tahfiz yang terlibat |
Program tahunan Zy Phyto berbuka puasa. |
Puan Syarifah Ameelia Akma menyampaikan sumbangan telekung kepada warga emas dalam program Hargai Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas Cheras Baru pada bulan Mei yang lalu. |
Sesi bersama Warga emas yang terlibat dalam program Hargai Warga Emas |
Puan Sharifah Ameelia Akma bersama warga emas yang terlibat |
Aktiviti rutin membantu gelandangan di Klang |
Antara badan-badan yang disokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto termasuklah;
- Rumah Pertiwi Kuang
- Rumah Perlindungan As Safiyah Alam Jaya
- Tahfiz Al Hidayah Kapar
- Tahfiz Al Falahiyah Subang
- Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam
- Pusat Dialisis Mais
- Pusat Tahfiz Sungai Merab
Yayasan Qaseh Zy Phyto telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang penubuhannya. Alhamdulillah. dan moga dengan segala aktiviti yang bersifat kemasyarakatan ini, didoakan Yayasan Qaseh Zy Phyto akan sentiasa dilimpahkan rezeki bagi terus berbakti dan berbudi kepada yang memerlukan. Insya-Allah.
Segala info mengenai Yayasan Qaseh Zy Phyto, korang boleh layari Facebook Page mereka di bawah
FACEBOOK FANPAGE: YAYASAN QASEH ZY PHYTO
6 Comments
bagusnya aktiviti yayasan qaseh ni..
ReplyDeleteaktiviti kemasyarakatan yg baik utk diamalkan oleh big company mcm ni
ReplyDeleteTerbaiklah Yayasan Qaseh ni, banyak bantu orang yang memerlukan.
ReplyDeletebagusla aktiviti macam ni, macam-macam diaorang buat ye..semoga terus maju yayasan qaseh ni
ReplyDeleteSuka tengok orang Melayu berjaya sampai ke tahap ini.
ReplyDeleteaktiviti yang bgus..moga pengusaha dimurahkan rezeki lagi spy dpt mberi lebih pada yg memerlukan. Aamiin
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)