Advertisement

Responsive Advertisement

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan

Yayasan Qaseh ZY Phyto merupakan satu organisasi yang ditubuhkan oleh Syarikat OEM terkemuka di Malaysia iaitu Syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd bagi bertujuan memperkasa sosio ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan, pembangunan ilmu, latihan dan juga usahasama sahabat secara istiqamah.

Di samping itu, penubuhannya bertujuaan meningkatkan keteguhan diri melalui program peningkatan dari aspek aqidah (kerohanian), identiti diri (Psikologi dan motivasi diri) dan memperkasa ekonomi setempat menerusi rantaian perniagaan utama ZY Phyto sendiri.


LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Penubuhan Yayasan Qaseh ZY Phyto yang dicetuskan oleh Tuan Zaidi bin Yusoff, CEO Syarikat ZY Phyto Tech Industries kini telah diperakui sebagai sebuah badan atau syarikat berhad mulai 17 November 2016.
No Pendaftaran : (1209349W)

AHLI LEMBAGA PENGARAH YAYASAN QASEH ZY PHYTO
Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan

Menurut Puan Sharifah Ameelia Akma, iaitu Kumpulan Pengarah Eksekutif ZY Phyto dan juga antara orang kuat yang berada di barisan hadapan dalam pengembangan aktiviti kemanusiaan, pembentukan insaniah, mendorong staf dalam pelbagai aktiviti dalaman dan luaran, terutama pendedahan dan penglibatan serta-merta dalam kerja-kerja dan aktiviti kesukarelawan. Beliau juga turut berusaha bekerjasama dengan kumpulan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan melalui aktiviti-aktiviti semasa di bawah naungan Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Akademi ZY Phyto.

Dengan menyalurkan bantuan sumbangan dari segi kewangan, Yayasan Qaseh Zy Phyto juga memberikan keperluan asas seperti makan dan pakaian kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan rumah perlindungan orang tua yang kurang bernasib baik.

AKTIVITI KEMASYARAKATAN ZY PHYTO
Banyak aktiviti yang melibatkan masyarakat yang memerlukan termasuklah lawatan sambil memberi sumbangan, mengadakan majlis doa selamat bersama pelajar-pelajar tahfiz dan juga mengendalikan majlis kemasyarakatan bersama-sama komuniti Islam.

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Agihan bantuan kewangan dan keperluan asas di bumi Sarawak

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
ZY Phyto dengan kerjasama Erat Komitee bergambar bersama pelajar tahfiz dalam program infaq.

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Maahad Tahfiz yang terlibat

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Program tahunan Zy Phyto berbuka puasa.


Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Puan Syarifah Ameelia Akma menyampaikan sumbangan telekung kepada warga emas dalam program Hargai Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas Cheras Baru pada bulan Mei yang lalu.

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Sesi bersama Warga emas yang terlibat dalam program Hargai Warga Emas

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Puan Sharifah Ameelia Akma bersama warga emas yang terlibat

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan
Aktiviti rutin membantu gelandangan di Klang

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Aktiviti Bersifat Kemasyarakatan

Antara badan-badan yang disokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto termasuklah;

  • Rumah Pertiwi Kuang
  • Rumah Perlindungan As Safiyah Alam Jaya
  • Tahfiz Al Hidayah Kapar
  • Tahfiz Al Falahiyah Subang
  • Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam
  • Pusat Dialisis Mais
  • Pusat Tahfiz Sungai Merab

Yayasan Qaseh Zy Phyto telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang penubuhannya. Alhamdulillah. dan moga dengan segala aktiviti yang bersifat kemasyarakatan ini, didoakan Yayasan Qaseh Zy Phyto akan sentiasa dilimpahkan rezeki bagi terus berbakti dan berbudi kepada yang memerlukan. Insya-Allah.

Segala info mengenai Yayasan Qaseh Zy Phyto, korang boleh layari Facebook Page mereka di bawah

FACEBOOK FANPAGE: YAYASAN QASEH ZY PHYTO

Post a Comment

6 Comments

  1. bagusnya aktiviti yayasan qaseh ni..

    ReplyDelete
  2. aktiviti kemasyarakatan yg baik utk diamalkan oleh big company mcm ni

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah Yayasan Qaseh ni, banyak bantu orang yang memerlukan.

    ReplyDelete
  4. bagusla aktiviti macam ni, macam-macam diaorang buat ye..semoga terus maju yayasan qaseh ni

    ReplyDelete
  5. Suka tengok orang Melayu berjaya sampai ke tahap ini.

    ReplyDelete
  6. aktiviti yang bgus..moga pengusaha dimurahkan rezeki lagi spy dpt mberi lebih pada yg memerlukan. Aamiin

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)