Advertisement

Responsive Advertisement

FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?

Bulan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Ada yang dah mula gerak pulang ke kampung halaman masing-masing. *tetiba terdengar bunyi lagu raya* sendu kejap bila dengar lagu raya. huhu. So, IQ nak tanya, macam mana perjalanan puasa korang? OK? Ada yang turun banyak berat badan? 

Sepanjang bulan Ramadhan ni, IQ join satu lagi program fitness bersama coach IQ iaitu Kapten Black. Program tersebut diberi nama FitRaya 2.0 yang bermula 7 Mei hingga 10 Jun 2018. Program yang diadakan bersempena raya ni dah dua kali diadakan sejak tahun lepas iaitu tahun 2017. Kapten Black seperti biasa dibantu penuh oleh Doktor Nurul Farha, Coach Elve dan juga Coach Jojo.
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Team Kapten Black
TAK PENAT KE SENAM DALAM BULAN PUASA??
Ramai yang bagi komen dan tanya, "IQ tak penat ke bersenam dalam bulan puasa ni? Nanti bersenam dahaga air jer" Ok, tipu la kalau IQ cakap IQ tak dahaga air langsung sepanjang IQ buat workout tapi segalanya hanya permainan minda korang dan juga ketahanan badan masing-masing. IQ sendiri dah mula bersenam waktu sebelum IQ join FitRaya ni lagi, jadi lebih mudah untuk IQ kekalkan ketahanan badan IQ. Tapi bagi yang baru mula nak bersenam bulan puasa ni plak macam mana?

IQ sarankan korang cukupkan 8 gelas air dalam sehari. Dan set minda korang untuk tidak terlalu dahaga. Dalam bulan puasa ni memang kita akan kekurangan air dalam badan, apatah lagi kalau kita lakukan senaman yang mengeluarkan peluh. Air dalam badan memang ternyata akan berkurang. Tanda-tandanya? Bibir tu kering pun cukup jelaskan segalanya. huhu!

Kalau korang nak tahu, bila kita berpuasa, air dalam badan kita akan berkurang. Selalunya badan kita mempunyai lemak yang penuh dengan air. Tapi bila bulan puasa, hanya tinggal lemak tanpa air. Untuk hilangkan lemak, tersebut...kenalah bersenam dan buat workout. Lemak lebih mudah untuk dipecahkan. Faham? Ke idok?
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Ada rakan-rakan yang join sekali, semangat nak teruskan!
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Penerangan daripada Kapten Black
FitRaya 2.0 dimulakan dengan kelas Online Coaching oleh barisan Coach FitRaya. Kelas yang diadakan dalam group WhatsApp banyak memberi input dan maklumat penting tentang pemakanan yang sihat dan sumber tenaga yang perlu diambil tahu bagi setiap peserta FitRaya. Pengetahuan am tentang Karbohidrat, Protein dan Lemak juga diberikan bagi menjelaskan keperluan setiap kelas makanan dalam kehidupan seharian terutama ketika berpuasa.

Para peserta juga diminta untuk berkongsi menu Sahur dan Berbuka Puasa pada minggu ke-2 dan minggu ke-3 untuk memantau cara pengambilan makanan setiap para peserta. Nasihat dan saranan diberikan kepada mereka yang tidak mengikut sukatan dan piawaian yang dibenarkan. Bab ni IQ pun kadang fail. Kadang sukatan tak cukup, atau pun terlebih. Kadang kelas makanan yang disarankan tak lengkap plak kan. Macam-macam! Apatah lagi nak berkongsi menu berbuka yang semestinya rasa macam nak cheat sepanjang Ramadhan. huhu.
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Coach Elve membantu peserta FitRaya melakukan senaman dengan betul
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Satu geng.
WORKOUT YANG LEBIH 'LIGHT'
Untuk workout sepanjang bulan Ramadhan, tidaklah seberat seperti hari-hari biasa. Aktiviti yang dibuat sepanjang FitRaya ni adalah seperti Aerobic/Cardio, Beep Test, Partner Workout, Dumbell Workout, Fit Card dan juga Toys Workout. Nampak macam mudah tapi cuma bila berpuasa ni, air dalam badan kurang dan tenaga pun turut kurang. Jadi, bila buat aktiviti yang tidak memerlukan tenaga yang banyak pun cepat rasa penat.
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Beep Test - Nampak mudah, tapi lama2 buat boleh lencun dengan peluh!
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Di awangan terus buat Burpees
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Game Fit Card
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Bergambar dengan toys
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Toys Workout
Fitness Test turut diadakan untuk FitRaya untuk mengukur daya stamina peserta seperti mana FitSuperb juga. Alhamdulillah, walaupun berpuasa, IQ masih mampu lakukan Fitness Test dengan jayanya. Daya ketahanan IQ semakin tinggi. IQ akan cuba kekalkan stamina ni. Dengan harapan kena join lagi program Fitness ni lagi. hehehe.
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Last Fitness Test. Masa IQ untuk 1.3km - 7minit 1 saat. 
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Stability yang selalu fail lama2
4 LOKASI HANGAT FITRAYA
Oh ya! Untuk FitRaya 2.0 kali ni, Team Kapten Black telah meluaskan empayarnya sehingga ke 4 lokasi hangat sekitar ibu negara. Antara lokasinya adalah semestinya KLCC, Sungai Besi, Putrajaya dan tak ketinggalan team Titiwangsa. Untuk Titiwangsa dijalankan pada hujung minggu dan selebihnya diadakan pada 2 hari bekerja setiap minggu bagi setiap kawasan mengikut waktu yang ditetapkan. Ada waktu malam selepas Tarawikh, ada juga waktu petang sebelum berbuka.
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Team KLCC
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Team Sungai Besi
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Team Putrajaya
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Team Titiwangsa
BERAT TERKINI IQ??
Berat IQ turun berapa untuk FitRaya 2.0 ni? Untuk FitRaya 2.0 berat IQ hanya turun 1.85kg. Disebabkan IQ dah turun 10kg sepanjang IQ join fitness bersama Kapten Black ni. Jadi, untuk turun berat badan tu memerlukan masa yang lebih sebab dah tak banyak lemak yang tinggal. (Plus malas nak diet sangat. hehe). 

Tapi untuk peserta-peserta lain, ramai yang dah berjaya turunkan berat badan dengan banyak! Ada yang turun sampai 5-6 kg tau! Jangan tak percaya! Sebab bila berpuasa ni, memang lagi mudah nak turun berat badan, tambah2 kalau bila workout. Lemak senang jer nak hilang.
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Berat dah sendu nak turun. Macam mana ni
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Tapi tetap happy sebab dah 10kg turun sepanjang join Team Kapten Black!
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Thanks Kapten, jasamu dikenang!
PENUTUP FITRAYA 2.0
Setelah 5 minggu berlalu, akhirnya pada 10 June 2018 tamat kesemua aktiviti workout untuk kesemua lokasi. Dan pada 10 June 2018 juga telah diadakan Majlis berbuka puasa dan penutup bagi Program FitRaya 2.0 ini. Tahniah kepada Kak Rahmah dan Aznan kerana menjadi pemenang bagi FitRaya 2.0 kali ini. Dorang berjaya menurun berat badan paling banyak antara peserta-peserta FitRaya 2.0 di semua lokasi. 
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Kak Rahmah macam orang muda dah. Cantik!!
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
1st Runner Up - Aznan 
FitRaya 2.0 - Berat Badan Lebih Mudah Turun Dengan Workout Di Bulan Ramadhan?
Antara peserta FitRaya yang datang.
Program fitness bersama Kapten Black bakal bersambung lepas raya nanti. Agak-agak rasa lemang, rendang, dodol dah tepu jadi lemak dalam badan tu boleh la join program FitSuperb 5.0 bermula 30 Jun sehingga 29 Julai nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti Media Sosial Kapten Black di bawah.

WhatsApp: +6013-3310702
Instagram: @kaptblack
Facebook Page: Kapten Black

******************************************************************************
SELAMAT HARI RAYA KORANG!!
MAAF ZAHIR BATIN!

Post a Comment

6 Comments

  1. kemain dah kurus erk.... dengki aaa camnih .

    ReplyDelete
  2. Tak laratlah puasa2 nak buat macam ni.

    ReplyDelete
  3. terbaek. amalan gaya hidup sihat :)

    ReplyDelete
  4. yang penting kena rajin untuk bersenam.

    ReplyDelete
  5. waahh! macam best nya. anyway, nampak IQ dah makin kurus tu. tahniah IQ

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)