Advertisement

Responsive Advertisement

Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious

Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Pada 15 April 2018 yang lepas, IQ berpeluang join satu lagi kursus menambah skill dalam dunia blogging bersama kelab blogger IQ iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari. Kalau dulu kursus tentang gambar, kali ni pula kursus tentang video. Dengar jer video mesti korang pun teruja kan? Sebab korang mesti seronok jugak kan layan video dekat laman sosial. Ye dak?

Bengkel Videofon KBBA9 kali ini bersama Kamalia Kamal atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Kay. Kak Kay yang mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi dan videografi yang sudah bertahun lamanya sejak 2006 dan merupakan Founder The Photolicious. Korang mesti tahu kan The Photolicious tu apa? Alaaa, photographer yang shoot gambar anak-anak artis masa baru lahir tu, macam Black Mentor, Dr Sheikh Muzaffar, Hafiz Suib dan ramai lagi!
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
KBBA9 + Kak Kay
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Seawal jam 9 pagi, ahli KBBA9 berkumpul di MaTiC, Kuala Lumpur untuk menjalani kursus videofon ni. Disaji dengan sarapan yang enak daripada Blue Ginger, kursus videofon kali ini dimulakan dengan begitu semangat sekali. 

PENYAMPAIAN YANG SEMPOI
1st time IQ bertemu dengan Kak Kay ni, apa yang IQ nampak Kak Kay pada pandangan pertama? SEMPOI. Tapi rock, ganas habis. Haa...macam tu la. Sepanjang kursus, interaksi antara Kak Kay dan para peserta kursus sentiasa ada. Penyampaian yang jelas, dengan bantuan orang-orang kanan Kak Kay sendiri, IQ dan ahli KBBA9 yang lain dapat mempelajari pelbagai ilmu menarik selain menghasilkan video yang nampak macam simple tapi berkualiti.
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Penyampaian yang bersahaja menarik minat peserta
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious

NAMPAK MUDAH TAPI....
Bila tiba waktu nak praktik kan ilmu yang disampaikan oleh Kak Kay, mulalah masing-masing kelam kabut. Nak kena buat short shoot dalam 2 saat sebanyak 15 frame, untuk hasilkan satu video pendek yang simple namun PADAT dengan isi. Pada awalnya, semestinya IQ rasa, alaa simple jer ni. Tapi bila nak buat timeline video dalam masa yang pendek, bukanlah mudah sebenarnya. Jalan cerita harus ada, bukan main shoot sahaja.
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Cerita Kak Kay di Majalah
Para peserta juga didedahkan dengan satu aplikasi di Google Play dan Apps Store iaity INSHOT. Aplikasi ni IQ pernah guna dulu. Mudah. Cuma IQ tak pakai hanya kerana Android tak boleh gabungkan gambar + video dalam satu video. Adakah ini tandanya IQ perlu bertukar kepada IOS? ok, out of topic! haha!!

PENGGUNAAN APLIKASI EDIT VIDEO YANG SIMPLE TAPI HASILNYA TERBAIK
Penggunaan aplikasi INSHOT sangat mudah. Dari nak pilih video untuk dimasukkan, trim video, masukkan music, masukkan text semua memang mudah. IQ memang suka pakai INSHOT ni dari dulu lagi, memudahkan kerja. Namun ada perkara baru yang IQ belajar daripada kelas Kak Kay ni adalah dari bahagian FIT, di mana saiz video yang dihasilkan mestilah mengikut target media sosial yang ingin kita sebarkan. 
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Buat video dengan mudah menggunakan handphone sahaja
Sebagai contoh, peserta kursus diberi task menghasilkan short video 15saat untuk dipost di Instastory dan FBStory. Maka, ratio video yang sesuai adalah skala 9:16. Video akan cantik dan ngam-ngam dengan skrin phone. Tak terpotong di mana-mana bahagian sekalipun.

ENJOY BENGKEL VIDEOFON BERSAMA KAK KAY
Sepanjang kursus ni, IQ enjoy dengan penyampaian Kak Kay yang bersahaja. Ilmu yang disampaikan padat dan bermakna untuk kitaorang semua praktikkan bagi menambahbaik ilmu videofon kitaorang yang sedia ada. Mungkin selama ni, kitaorang hanya fokus kepada personal video edit bagi berkongsi kisah hidup kitaorang sebagai blogger. Tapi mungkin nanti kita tak tahu, dengan personal video tersebut juga, ada pihak yang berminat menggunakan skill videofon yang kita gunapakai bagi mengiklankan produk mereka. Siapa tahu kan? 
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
IQ bersama akak2 blogger. hehe
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Bersama Kak Kay
Terima kasih kepada Kak Kay kerana sudi berkongsi ilmu bersama kami, team Kelab Blogger Ben Ashaari yang dahagakan ilmu yang berharga ini. Terima kasih kepada AJK Bengkel Videofon yang merealisasikan impian para blogger untuk menimba ilmu bersama Kak Kay ini.
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Penyampaian cenderahati dari Founder KBBA9, Ben Ashaari
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious

Bagi yang teringin nak join Bengkel Videofon ni juga, boleh la join next bengkel Videofon bersama Kak Kay seperti banner di bawah.


Dan lupa follow Kak Kay dan The Photolicious untuk info yang terkini tentang kursus .


TERIMA KASIH DAUN KELADI PIHAK PENAJA
Terima kasih jua kepada penaja sarapan, minum pagi dan makan tengahari Bengkel Videofon KBBA9 iaitu The Blue Ginger, Khaisya Delite, Dlaila Sup Power. Makanan sepanjang kursus ni berlangsung memang buatkan IQ lupa kejap yang IQ dalam tempoh diet, haha! Tak lupa juga kepada Cosmoderm untuk tajaan hadiah pemenang dan speaker.
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Sarapan enak daripada The Blue Ginger
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Biskut Choc Chip dan Sandwich sedap  untuk minum pagi daripada Khaisya Delite
Pek Khas untuk peserta Bengkel Videofon makan tengahari daripada Dlaila Sup Power
Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kamalia Kamal Founder The Photolicious
Mee Udang memang thorbaeekkk tooqqq..

Post a Comment

8 Comments

  1. eh... caption IQ dgn kakak blogger erk? ingat sama umur dah .. hahahah

    ReplyDelete
  2. Nmpk ke slimmuan u di situ.. nak join gak boleh? hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom! ada fitraya, jom join untuk slim pakai baju kebaya merah jom!

      Delete
  3. bestnye IQ dpt join. saya nak sgt join tapi tak de kesempatan. inshaallah 1 hari nanti saya join

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita join sama2 nanti DP, tak pernah lagi jumpa DP ni. heeee

      Delete
  4. inshot mmg best kan,tp reen pkai android jgk..huhu
    jom tukarrrr

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)