Advertisement

Responsive Advertisement

14 Hari Bebas Jerawat Dengan Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Kalau sebut Jerawat ni mesti ramai yang macam takut. Apatah lagi kalau jerawat tumbuh bila nak dekat hari-hari besar dalam hidup, contohnya hari perkahwinan, dinner company yang semestinya kita nak kelihatan sempurna di bahagian muka mahupun pakaian. Kalau jerawat mula nak tumbuh, dah gelabah nak cari petua orang dulu-dulu untuk kecutkan jerawat secepat mungkin. Betul tak?
14 Hari Bebas Jerawat Dengan Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Namun kini, dengan formula terbaharu, Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment berupaya menghilangkan jerawat dengan lembut selama dua minggu. Eucerin, satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia berjaya menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat ini yang juga dapat menyuburkan kulit.

Eucerin ProACNE yang bertindak sebagai pelembap untuk kulit yang berminyak dan berjerawat kini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, juga di samping mengekalkan kelembapan kulit.
14 Hari Bebas Jerawat Dengan Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan digunakan untuk menghasilkan Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ini bagi mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya 14 hari tanpa mengeringkan kulit dengan formulanya yang terdiri daripada:
  • 10% Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asik glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P.acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
  • Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
  • Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Penggunaan Eucerin ProACNE adalah disarankan pada sebelah malam, dengan meratakan dan mengurut secara perlahan di permukaan kulit muka. Eucerin ProACNE ni senang meresap dan tidak melekit serta lembut apabila digunakan

Pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit muka menjadi lebih halus. 94% pengguna bersetuju yang Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan juga mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80% pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam dan mengurangkan jerawat yang bengkak.

Dapatkan Eucerin PROACNE Solution A.I Clearing Treatment di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62 sahaja. 

Cabaran 14 Hari Bebas Jerawat Dengan Eucerin ProACNE

Dengan review yang sangat memberangsangkan, pihak Eucerin mengadakan contest bagi pengguna di Malaysia mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas Jerawat Eucerin 14 Hari dengan dua langkah mudah:
  1. Ambil gambar kulit pada Hari pertama dan Hari ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari.
  2. Poskan gambar "sebelum dan selepas" dan kongsi pengalaman menggunakan produk di laman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin bernilai RM5000 manakala pemenang kedua akan membawa pulang produk Eucerin bernilai RM2000 serta lima pemenang bertuah akan memenangi produk bernilai RM1000 setiap seorang. 

IQ Sahut Cabaran Ini!

Dari hari pertama IQ menggunakan Eucerin PROACNE ni IQ rasakan perubahan sedikit demi sedikit pada kulit muka IQ. Disebabkan kulit muka IQ jarang ada jerawat batu, jadi fokus IQ adalah pada jerawat halus a.k.a jerawat pasir dan juga bintik putih serta hitam.
14 Hari Bebas Jerawat Dengan Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Hari demi hari, perubahan pada kulit muka IQ semakin kelihatan. Kulit muka IQ bertambah halus dan liang pori makin mengecil. Eucerin PROACNE menjadikan kulit IQ lembap dan tidak kering membuatkan IQ sangat selesa sepanjang hari. Sangat memuaskan hati!

IQ hanya menggunakan pada sebelah malam dan hasil yang IQ dapat pada keesokan harinya, kulit muka IQ seperti kulit bayi. Lembut dan halus berbanding sebelumnya. 


Info lanjut untuk rangkaian penuh produk penjagaan muka ProACNE, boleh layari web di bawah.

Post a Comment

5 Comments

  1. seronok kan bila dah dapat kulit muka yang bersih dan sihat (:

    ReplyDelete
  2. wah,memang nampak perubahan.boleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
  3. best kan bukan hanya kecutkan jerawat tp leh jadikan pelembab

    ReplyDelete
  4. Selalu nampak jenama ni kat farmasi. Berkesan eh...?
    Nak belikan tuk anak remaja kak nina laa. ..

    ReplyDelete
  5. Makin bertambah cun la IQ

    p/s: mohon update blog.rindu nak bacaaa..hee

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)