Advertisement

Responsive Advertisement

Zing+ Detergent Film Mudahkan Kerja Mencuci

Kalau balik dari mana-mana tempat, perkara yang selalu buat kita ni semput adalah baju kotor. Tengok baju kotor selonggok dalam bakul, dia punya rasa malas basuh tu meninggi betul! haha! Padahal mesin basuh pun dah automatik. Masuk baju dalam mesin, tekan button ON, pilih cara basuhan, lepas tu tekan je Start. Tu pun malas ke? haha!

Bukan apa la kan, kalau ada budak ni, biasanya  akan ada baju yang kena bilas dulu. Ada sesetengah baju ni kena rendam dulu, ada baju yang warnanya turun pun kena basuh asing, tak boleh la sekalikan. Tapi kalau basuh baju dengan tangan kadang-kadang rasa kesat, rasa kulit tu menipis je kan? Basuh tangan banyak kali pun masih terasa sabun di tangan. Bilas banyak kali baru hilang rasa sabun.

TEKNOLOGI BARU SABUN PENCUCI BAJU
Baru-baru ni, IQ diberi peluang untuk mencuba satu teknologi baru! haha! Teknologi apa plak IQ oii. Bukan teknologi gadget apa semua tu. Haha! Teknologi yang pastinya orang yang macam mak-mak seperti IQ ni akan tersenyum lebar. haha! Sudah pastinya melibatkan rutin seharian di rumah. 
Zing+ Detergent Film Mudahkan Kerja Mencuci
Zing+ . Revolusi Sabun Organik yang berbentuk kepingan. Zing+ ni berteknologi Jerman namun telah dihasilkan di China. Zing+ mudah digunakan, hanya perlu masukkan dalam mesin basuh mengikut keperluan, dan Zing+ akan larut dengan cepat. Nampak macam tipu kan? Mana ada IQ tipu, ini betul-betul laa. Meh IQ cerita lagi info menarik tentang Zing+ ni.
Zing+ Detergent Film Mudahkan Kerja Mencuci
Kenapa Zing+ berbeza dengan sabun-sabun yang lain? Sebab ianya pH Neutral. Bila pH Neutral, penggunaannya selamat dan tak menghakis kulit korang. Sangat lembut pada pakaian dan juga tangan korang bila korang guna Zing+ ni.

Zing+ Detergent Film Mudahkan Kerja Mencuci
Zing+ ni ibarat seperti pencuci, pewangi, bahan tambahan dan juga peluntur. Maknanya, basuhan menggunakan Zing+ ni amat berkesan hasilnya dan sekaligus memberi kesan pakaian baru kepada pakaian lama kita. Bagus kan? Yang penting, bilangan kepingan Zing+ yang kita guna mestilah mengikut sukatan, jangan plak kedekut nak basuh baju untuk 10kg tapi letak sekeping je. Big NO ok!
Zing+ Detergent Film Mudahkan Kerja Mencuci
Kenapa Zing+ dipanggil Organik? Sebab ianya Bebas Fosfor, tiada agen peluntur dan juga biodegradasi. Kesannya Zing+ sangat selamat dan mesra alam serta menjadikan tempat kediaman kita selamat. Dalam kita tak sedar, kehidupan kita terlampau terdedah dengan bahan kimia. Sebab itu, penyakit yang ada pada zaman sekarang boleh muncul disebabkan bahan-bahan kimia yang kita tak sangka akan efek badan kita sendiri. Dengan Zing+ ni, InsyaAllah, kita boleh kurangkan faktor untuk kita dapat penyakit.
Packaging Zing+ ni sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Dengan saiznya yang sederhana dan ringan, mudah untuk kita selit masuk dalam beg. Boleh buka dan tutup sebab packaging dia macam seal bag.  Nak bawak ke mana-mana tak rasa berat, sebab Zing+ ni sangat-sangat ringan.
Hari tu baju kerja IQ ada terkena Lauk Masak Kicap. Pening jugak kepala, nak kena tonyoh kesan minyak+ kicap tu bagi hilang. Tapi bila IQ teringat ada Zing+, terus IQ rendam baju tu dalam baldi bersama sekeping Zing+. Kalau ikutkan pakai 1/5 keping jer. Letak dan tinggal dalam 5 minit. Hasilnya? Seperti di atas. Hilang terus kesan kicap + minyaknya. Memang wahhh! Tak perlu nak tonyoh. Mudah sangat kerja IQ lepas ni. haha! *hati seorang mak yang senang hati. 

Lepas tu, IQ basuh baju-baju yang lain guna mesin basuh. IQ basuh baju tak penuh satu mesin basuh bersaiz 10kg pun masa ni. Tu sebab pakai dua keping jer. Kalau mesin penuh, memang IQ akan pakai 3 keping. 

ZING+ MELEMBUTKAN PAKAIAN SEPERTI BARU
Basuhan menggunakan Zing+ sangat best sebab Zing+ ni wangi dan buihnya banyak. Walaupun buihnya banyak, kita tak perlu bilas banyak kali sebab guna Zing+ ni memang senang nak bilas. IQ dah try basuh baju Qa'id yang ada kesan kotor. Kerja merendam dan bilas jadi lagi mudah berbanding pakai sabun biasa.

Lagi satu, jika kita pakai pakaian yang guna Zing+ ni lain tau rasanya. Pakaian jadi lembut dan teksturnya seperti pakai pakaian baru! Hari ni IQ pakai seluar kerja yang IQ basuh guna Zing+. Serius lain rasanya, tak sama seperti IQ pakai pakaian yang guna sabun biasa. Balik nanti nak basuh pakai Zing+ lagi! *tetiba mood rajin datang. kuikuikui.

Kalau korang nak rasa kelainan pakai Zing+ ni sepertimana IQ rasa sekarang ni, korang boleh contact Cik Ros Farina di talian +6012 235 0657. Boleh dapatkan sebut harga Zing+ ni daripada beliau. Ada harga ahli dan harga bukan ahli tau! Yang pasti harga ahli lebih menguntungkan. IQ dah berkira-kira nak jadi ahli ni. Bukan apa, sebab dah jatuh cinta dengan Zing+ kan. hehe.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Zing+, boleh layari laman Facebook Zing+ di bawah.

Post a Comment

23 Comments

  1. Best kan Zing+ ni, nak sental kotoran degil pada baju sekolah anak² pun mudah. Memang berkesan!

    ReplyDelete
  2. woww berkesan sungguh.. bagus ni

    ReplyDelete
  3. Menariknyaaaa tak penah jumpa lagi.boleh try ni tambah2 nak basuh pakaian baby.

    ReplyDelete
  4. Macam tak caya kan ada sabun basuh baju dlm bentuk kepingan mcm tu.. berkesan pulak tu..

    ReplyDelete
  5. Zing+ Detergent Film, bukan sahaja berkesan pada kotoran malahan tidak merosakkan tangan. Amat sesuai kepada pengguna yang mempunyai alahan terhadap sabun. Tambahan lagi boleh dibawa ke mana-mana kerana didatangkan dalam pek yang mudah dibawa

    ReplyDelete
  6. boleh try dekat baju sekolah widad ni.

    ReplyDelete
  7. Mmg suka sangat ngan sabun ni..best jer guna..akk.bagi 5 bintang ..

    ReplyDelete
  8. Tak try lg tp suka sangat bau dia ..

    ReplyDelete
  9. macam pernah dengar jenama zink ni. bgus eh feedback ni ?

    ReplyDelete
  10. Saya dah baca kat fb iq.
    Menarik ni. Saya baju hantar dhobi lah iq. Sebab tak ada yg nak basuhkan.

    ReplyDelete
  11. hahhhh macam best jer benda ni.. alamakkkk

    ReplyDelete
  12. waaa..ada sabun senipis film..yang bagusnya tak merosakkan kulit tangan..terbaiklah sabun ni

    ReplyDelete
  13. 1st time tgok bantal yang ada keping2 nipis ni. Bagus2..

    ReplyDelete
  14. menarik.. senang nak bawak travel. takdelah tumpah2 pencuci kan

    ReplyDelete
  15. waahh! bagus ni. senang nak bawak gi travel

    ReplyDelete
  16. Yanie suka sebab dia mudah larut dan paling penting baju bersih...

    ReplyDelete
  17. nmpak perbezaan dia ehh.. senang keje dngn benda alah ni..hhehee

    ReplyDelete
  18. mcm best ja benda nii.. sngt mudah kalau nk bawak kemana2 pun snnang!

    ReplyDelete
  19. Wow LZ so impressed dengan teknologi detergent ni..
    Kepingan detergent memang senang digunakan..
    Baguslah IQ.. :-)

    ReplyDelete
  20. On the off chance that you are having a significant appliance Washer is leaking issue, appliance experts can help there as well, obviously.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)