Salam semua
Masa hari raya yang lepas, adik IQ ada beri IQ satu set poskad raya yang unik. IQ pasti ramai yang dah tahu pasal poskad raya ni sebab dah viral sebelum menjelang raya lagi. Tapi kali ni, IQ berkesempatan melihatnya sendiri dengan mata IQ. Real! hihi.
Apa dia Poskad Raya Yang Unik ni?
Poskad Raya Unik ini dikeluarkan khas oleh Pos Malaysia sempena Aidilfitri 2017 yang menggunakan Animasi AR. Ada satu pek mengandungi 4 keping poskad yang membolehkan animasi muncul selepas imbasan dibuat.
Sebelum imbasan dibuat, mestilah kena download Apps nya terlebih dahulu. Kamera biasa tak boleh yer. Cari dan download Aplikasi AR Postcard di Play Store atau Apps Store. Dah download boleh terus imbas poskad untuk lihat animasi berkenaan.
Setiap poskad mempunyai animasi yang berbeza. Siap dengan bunyi lagi. Ada poskad yang mengeluarkan takbir raya, lagu raya dan bunyi bunga api pun ada. Memang best dan canggih! Siap boleh zoom tengok muka animasi tu dekat-dekat. hihi.
![]() |
Balik Kampung punya poskad |
![]() |
Yang ni ada takbir raya, pergi sembahyang raya mesti la ada takbir raya kan |
![]() |
Yang ni beraya di kampung, ziarah kaum keluarga dan sahabat handai |
IQ tak pasti poskad ni masih terdapat di Pejabat Pos atau sudah habis dijual. Sebabnya IQ pun dapat dari adik IQ yang kerja di Pos Laju Malaysia Cawangan Kepong. Rezeki IQ kali ni dapat kad raya canggih.
Harga untuk 4 keping poskad beranimasi ni sangat berpatutan, Hanya RM5.90 tanpa GST. Jika poskad ni masih dijual di mana-mana cawangan Pos Malaysia atau Pos Laju, korang boleh dapatkan poskad ni segera untuk lihat sendiri animasi yang keluar dari poskad ni.
Selamat hari raya semua! Jom sambung beraya hujung minggu ni! Siapa buat rumah terbuka IQ nak terjah ni!
21 Comments
kreatif
ReplyDeletekan? kreatif diaorang ni. =)
Deletehurmmm lama dah tak main htr poskad ni..hehehe
ReplyDeleteIQ tak hantar pun, adik bagi pun yang kosong
DeleteWah canggihlah!
ReplyDeletekan? sangat canggih!
Deletekwn akak kan IQ, snggup gi dayabumi pejabt pos tu semata2 nak beli kad raya ni, siap half day petan lg, kelakar pun ada hahaa
ReplyDeletehaha, yeke? betul2 semangat tu. risau kehabisan..XD
Deletehebat betul kad raya zaman sekarang..
ReplyDeletekan? memang hebat betul teknologi sekarang
Deletekak IQ elsa pun dapat hikhik dapat free daripada kawan sebab kawan tu kerja pos laju. memang stail lah poskad tu!
ReplyDeletekan? mmg stail habis..seronok tengok
DeleteKagum jadinya melihat poskad gitu.
ReplyDeleteKalau dapat 1, mesti best.
aah, IQ pun kagum...
Deletemiera pun dapat dari blogger lain.. hehe..
ReplyDeletewahhh, dapat dari sape tu? hheeee
DeleteWahhhhhebatnya....
ReplyDeletehehehe.. kan?
DeleteCam mna cara nak renew cidb skrng
ReplyDeleteCam mna cara nak renew cidb skrng
ReplyDeleterabia dapat jugak kad raya dari blogger.dapat 2 kad raya
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)