Thursday, June 22, 2017

Kerja Sebelum Berhari Raya

June 22, 2017 21
Salam 27 Ramadhan.

Info trafik mengatakan trafik menghala keluar dari pusat bandar mulai jem bermula SEMALAM!! Adehh, kenapa korang balik awal sangat ni? IQ esok kerja lagi tau! tapi half day je la, tapi tetap rasa paling sardis sebab masih kena kerja esok, huaaa!

Tapi bagus jugak korang balik awal, sebab nanti IQ bertolak balik kampung pun tak ada jem mana. hihi. Mood raya IQ dah muncul belum? ermm, setakat ni tak ada lagi, sebab tak gelabah sangat bila tengok orang dah balik kampung. Steady je orang cakap. huihuihui.
Kerja Sebelum Berhari Raya
Site KPJ Damansara 2
Pagi ni IQ ikut ofismate IQ ke site. Untuk training. Sepatutnya juga, setiap jumaat IQ akan buat lawatan tapak untuk inspect progress site. Tapi memandangkan dah nak raya, IQ awalkan inspection IQ sehari awal. So, tak perlu la datang jumaat esok. Tambahan plak, esok progress dekat site pun tak ada sebab batch plant pun dah tutup nak raya.

Jalan-jalan dalam site sorang-sorang. Pekerja-pekerja buruh dah memerhati dah. Pelik agaknya IQ jalan sorang-sorang macam ni. Snap sana, snap sini. Ikutlah, janji IQ buat kerja IQ. Kang boss tanya apa progress dekat site, nak jawab apa? hhuhu. Disebabkan kawasan site adalah kawasan berbukit, rasa macam pergi hiking plak. Dah ler bulan puasa. Mujur hari mendung, tak terasa sangat.
Kerja Sebelum Berhari Raya
Rakan sekerja, Nad dan Mr Bae.
Adehh, orang nak raya, cakap pasal kerja. Ok lah, nak stop la ni. Saje nak cerita pasal kerja, sebab tengah kerja lagi. Tak nak rasa mood raya lagi, kang nangis tepi tingkap mengenangkan esok kena bangun pagi lagi sebab kena pergi kerja. huaaaaa..

selamat pulang ke kampung semua! IQ bertolak ke kampung sabtu nanti. Tapi gerak tengah malam. Elak trafik jem la kononnya. Cehhh...

Bai!

Tuesday, June 20, 2017

Persiapan Raya Siap Tapi...

June 20, 2017 14
Salam 25 Ramadhan.

Lagu-lagu raya dah rancak bermain di corong-corong radio. Tiap kali buka radio dalam kereta, seolah2 tak perlu beli CD Lagu Raya dah. Selang beberapa minit dah muncul lagu raya yang lain. IQ ada share di Instastory IQ lagu-lagu raya dimainkan sewaktu IQ drive pergi dan balik kerja. Tapi still rasa....mood raya tak sampai. Biarpun kadang-kadang ikut nyanyi bersama, tapi fikiran belum rasa nak layan mood raya lagi.

Kalau ikutkan memang rasa excited nak raya. Tapi tak tahu kenapa, sejak beberapa hari ni jadi sayu. Hurmmm...pertama kali. Pertama kali tanpa Arwah, rasa sangat kurang dia. Kemeriahan dia hilang. Suasana beli baju raya tak seperti biasa apatah lagi IQ tak beli baju kasual Qaíd di mana-mana shopping mall, hanya beli online. Malas nak bersesak dan turun mall mungkin.
Persiapan Raya Siap Tapi...
Raya bertiga buat kali pertama dan terakhir (Raya 2016)
Minggu lepas IQ balik rumah Mertua IQ. Kali kedua balik sepanjang Ramadhan ni. Sewaktu kali pertama, masa permulaan puasa dan kali ni balik seminggu sebelum raya disebabkan raya kali ni IQ balik ke kampung IQ di Terengganu. Jadi, adil untuk family mertua IQ untuk bersama dengan satu-satunya cucu mereka, iaitu anak IQ sebelum menjelang raya ni. Raya tahun depan wajib raya bersama mereka, mak mertua IQ dah tunjuk penumbuk kalau tak ikut giliran, biarpun Arwah dah tak ada. haha! Ganas betul mak mertua IQ ni. XP

Sayu bila mak mertua bercerita suasana raya jika Arwah ada. IQ pun sempat rasa suasananya tahun lepas. Arwah rajin turun dapur tolong siapkan juadah raya. Kecoh satu hal. Adik beradik Arwah pun ada 8 orang. Sorang satu perangai, memang pening kalau ngadap. heeee..tapi tahun ni berkurang sorang. Memang terasa sangat, sebab yang tu yang sulung dan kesayangan ramai.
Persiapan Raya Siap Tapi...
Rajin kacau rendang. 
IQ sempat menjengah ke pusara Arwah. Memang tiap kali balik Melaka, seboleh mungkin IQ nak singgah. Tak lama, sekejap pun jadilah. IQ pergi dengan adik ipar IQ yang bongsu. Mirip Arwah cuma gelap sikit. hehe, sorry azam. Bila tatap pusara Arwah, mulalah berfikir...memang Arwah dah tak ada, ini kuburnya. Ini tandanya. Lihat nama, tarikh lahir, tarikh mati. Yer. Arwah dah tak ada. Kena sedar hakikat tu.

Kenapa kena sedar? Sebab selalu kami sekeluarga rasa, macam Arwah masih ada, cuma dia pergi tak kembali.  Bukan menidakkan takdir, tapi selalu rasa Arwah tu dekat, dekat di hati kami semua yang merindukan dia.

Tahun ni raya bersederhana saja. Feel raya pun tak sampai lagi, harap timbul la lagi 2 3 hari. Harap-harapnya. 

Persiapan Raya Siap Tapi...
Qaíd nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Duit raya Ed jangan lupe ekkk

Friday, June 16, 2017

Bateri Kereta IQ Kong - Faisal Battery Penyelamatnya!

June 16, 2017 20
Salam 21 Ramadhan semua.

Semalam kan, bateri kereta IQ kong!! Masa tu baru lepas beli juadah berbuka di bazar plak tu. Sebelum pergi bazar, IQ singgah 99 Speedmart beli susu dan pampers Qaíd. Then, singgah bazar sebab bazar dah dekat. Beli nasi ambeng, nasi dagang, air lemon herba, kuih 2 3 jenis lepas tu gerak balik. Tapi sekali start kereta....

KREK...KREKK...KREKK...

Ah sudah! Time ni la dia nak habis. Adehh. Actually, IQ da alert bateri kereta nak habis dari minggu lepas lagi. Nak start kereta tu agak susah tapi still boleh start la. IQ ada la jugak pujuk kereta, Sayang kalau nak rosak, rosak la hujung minggu, ada orang tolong tukar. Sape yang boleh tolong tukar? Of course la adik-adik ipar tersayang. haha! Dah hidup sorang2 ni dorang je la IQ mintak tolongnya. Last2 minggu lepas dia tak kong lagi. Sampai la semalam, akhirnya sampai situ je la riwayat dia.

IQ call sape? IQ bagitahu adik ipar yang stay sekali dengan IQ tu dekat Whatsapp. IQ ada jugak call adik2 ipar yang lain, semua tak angkat. Lepas tu, try la google kedai bengkel terdekat. IQ pergi bazar dekat Setiawangsa, so, IQ search bengkel area situ.

Dapat la satu. Sekali kedai aksesori kereta plak dah. Tapi ada jual bateri kereta jugak. Cuma agak mahal bagi IQ. IQ try gak la nego tapi biasa la, tak makan. Bateri kereta viva sel basah je dah RM180, tanpa pemasangan. Sekali pemasangan RM210. Mahalnya! IQ pernah sekali pasang RM150 je. Kedai tu memang dah dekat tapi kenapa la mahal sangat. Mungkin sebab kedai aksesori. kan? IQ cakap IQ akan send location tapi last2 IQ google tempat lain plak. hehe.

Ada jugak IQ call servis tukar bateri yang famous di media sosial. Tak nak sebut tapi ingatkan boleh datang cepat, rupanya boleh datang pukul 10 malam! Masa tu baru pukul 5 lebih. Tak jadi plak. Lambat sangat. Tak lalu nak tunggu lama2.
http://faisalbattery.com/
Faisalbattery.com
Last sekali IQ jumpa satu servis tukar bateri ni dekat Google. FAISALBATTERY.COM . Web dia sangat bagus dan senang untuk digunakan, klik Call terus keluar No.phone dekat dial handphone. Orang yang IQ call pun sangat friendly. Bila IQ tanya area dia berada masa tu, dia cakap tak per, kami ada wakil kami area akak. Wahhh, mudahnya! Servis dia sangat cepat yer! Dia terus beri nombor kita pada mekanik kawasan kita, dan mekanik kawasan kita akan datang tukarkan bateri. Sangat bagus kerjanya!

Harga bateri yang dia jual? Lagi murah berbanding harga yang IQ call first tu. Sel kering RM190 sekali dengan pemasangan. IQ terus ON sebab lagi murah walaupun mekanik jauh sikit dari Ampang. Yang jauh pun bagi harga murah, yang dekat kemain nak ketuk harga mahal2. huh! Marah ni marah, nasib baik puasa. hehe. 
http://faisalbattery.com/
Laman web yang mudah. Kalau menggunakan handphone, boleh terus klik untuk call. User friendly sangat web dia. Bagus!
IQ menunggu dalam setengah jam jugak la. Bateri handphone pun dah nak habis. Off data internet. Tunggu panggilan masuk mekanik tu je untuk bagitahu lokasi terkini. Bila dah sampai, mekanik tu terus suruh start kereta. Memang confirm bateri habis katanya.

Alhamdulillah. Urusan tukar bateri selesai. Hasil kerja dia sangat bagus. Orang yang IQ call sebelum tu nak tahu update seterusnya daripada IQ tapi disebabkan handphone IQ kehabisan bateri jugak, so..masuk voicemail aje. IQ just call dia balik selepas IQ sampai rumah dan beritahu segalanya dah selesai.
http://faisalbattery.com/
Servis terbaik. haruslah pilih Faisal Battery.
Terima kasih sangat-sangat kepada Faisal Battery sebab memberikan servis yang terbaik buat IQ. InsyaAllah jika ada kenalan yang memerlukan khidmat, akan IQ suggestkan Faisal Battery pada mereka. Tak rugi share info bagus pada orang kan?
http://faisalbattery.com/
IQ tak tahu la kalau ini la owner dia ke. Tu sebab nama dia Faisal Battery kot kot nyer. hehe
ok la. tu je nak cerita. Cerita banyak tapi tertangguh. Next entry la plaakk.

Thursday, June 15, 2017

Resipi Mudah: Oreo Bar Tanpa Bakar

June 15, 2017 22
Salam 20 Ramadhan buat semua!

Hari ni IQ nak kongsi satu resipi yang sangat mudah nak buat. Tanpa menggunakan oven yer! Memang mudah. IQ dah 3x buat tau. Adik ipar IQ pun da request resipi. IQ tahu cara buat pun melalui media sosial je. Nampak senang terus rasa nak try. So, ini dia resipi untuukkk..

Resipi Mudah: Oreo Bar Tanpa Bakar

OREO BAR

Bahan-bahan:

3 pek biskut Oreo ( 2 pek untuk dikisar halus, 1 pek untuk dipatahkan kecik2)
1\2 buku Buttercup (butter lain pun boleh guna)
100gram cream cheese
1 bar white chocolate (sederhana, jangan besar sangat)

Bekas acuan/loyang
Kertas tekap putih

Cara-cara membuat Oreo Bar:

1- Kisar 2 pek biskut Oreo menggunakan blender sampai halus. Dan letakkan dalam satu bekas.
2- Cairkan butter. Masukkan butter yang dah cair ke dalam bekas yang berisi biskut Oreo yang dah halus. Gaul sehingga rata.
3- Letakkan biskut Oreo yang siap digaul bersama butter tadi ke dalam bekas acuan yang dah diletakkan kertas tekap putih mengikut citarasa anda. Mampatkan dan ratakan mengikut saiz bekas.
4- Untuk topping pula, cairkan white chocolate. Cairkan chocolate di dalam satu bekas air di atas dapur sebab chocolate tak boleh dipanaskan secara direct.
5- Sementara itu, patah-patahkan 1 pek biskut oreo kepada saiz kecil. Bukan hancur yer.
6- Campurkan white chocolate yang dah dicairkan tadi bersama-sama cream cheese.
7- Selepas kedua-dua bahan itu sebati, gaulkan bersama oreo bar yang sudah dipatahkan tadi. 
8- Setelah siap digaul, tuangkan atas biskut oreo di dalam bekas acuan. Ratakan.
9- Siap diratakan, sejukkan di dalam peti ais.
10- Selepas 1-2 jam, siap untuk dihidang.


Amacam? senang tak? Mungkin agak renyah tapi sebenarnya mudah jer. IQ suka kalau masak tak perlu bakar-bakar ni. Sebab IQ tak reti nak bakar-bakar. Asyik rentung je. Haha! ok la, selamat mencuba! Bai!

Wednesday, June 14, 2017

Pilihan Kebaya Untuk Beraya Di Lazada Malaysia

June 14, 2017 18
Salam 19 Ramadhan buat semua.

Wahhh, dah nak masuk fasa 10 Ramadhan terakhir dah kita yer. Amalan di bulan puasa ni macam mana? Moga segala amalan kita diterima Allah SWT. Amiin.

Sedar tak ahad minggu depan dah raya? Korang sedar tak? Minggu depan dah raya uiii! Cuti raya pun tak apply lagi. Baju raya?? Alamak, tak settle lagi? Macam mana ni?? Jangan risau, sekarang kan segalanya di hujung jari sahaja. Mesti la mudah dan senang nak beli baju raya, lagi lagi kalau beli di Lazada Malaysia. Pelbagai pilihan boleh didapati di sana. Tambahan pula, brand yang terdapat di Lazada bukanlah calang-calang brand yer. Semua brand berkualiti dan puas hati jika dapat membelinya. Design semua letop-letop vogue gedevass gitu kalau pakai di pagi raya. Upps, terlebih plak. hihi.

Lazada
Marhaban Ya Ramadhan
Kalau korang nak tahu, Lazada Malaysia turut mengadakan jualan murah melalui kempen Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Raya Sale yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017!! Diskaun istimewa sehingga 90% yer untuk segala kelengkapan raya! Banyak tu weyh! Buat ape tercengang lagi, moh la shopping cepat! Penghantaran cepat ke pintu rumah korang ok!
Lazada Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Dan semestinya Lazada Malaysia juga turut mengadakan blogger contest bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini. Contest selama 4 minggu yang mempunyai 1 tema untuk 1 minggu. Jom kawan-kawan blogger! Kita sertai contest ni bersama-sama! Lagi ramai penyertaan, lagi banyak hadiah disediakan! Sehingga RM10,000 Shopping Voucher disediakan!! try check di sini

Contest untuk minggu ketiga.

Tempoh Contest: 9 Jun 2017 - 15 Jun 2017
Tema: Looking Good & Beautiful

A. TEMA RAYA IQ TAHUN INI??

Tahun ni IQ akan beraya di Terengganu. Selalunya kalau balik Terengganu ada tema warna untuk satu family besar IQ. Setiap tahun warna berbeza. Macam-macam warna dah dipilih untuk tahun-tahun lepas seperti warna kelabu, royal blue, merah, hijau, kuning, turqoise dan sebagainya. Boleh lihat di sini.

So, pilihan warna tahun ini adalah coklat! IQ dah aim, IQ akan pilih warna yang seakan coklat iaitu warna Nude. Warna Nude ni kan warna yang tengah trend sekarang.

B. PILIHAN BAJU RAYA IQ

Tahun ni IQ teringin nak pakai baju kebarung. Mula-mula IQ fikir nak pakai baju kurung moden. Tapi rasa macam dah selalu sangat pakai baju kurung moden, so nak rasa kelainan sikit. So, tetiba terlintas dalam kepala IQ nak pakai kebarung. Tapi ofismate IQ cakap, IQ tak sesuai pakai kebarung labuh, kena pakai yang pendek sikit. Kebaya la senang cerita. So, IQ aim beli kebaya.
Kebarung labuh dan juga kebaya pendek.

Kalau pakai kebaya plain, kena suai padankan dengan tudung bercorak. IQ plan nak pakai tudung berbunga ataupun corak abstrak. Ditambah pula kerongsang dokoh dipakaikan pada kebaya nanti, pasti menyerlah IQ di pagi raya di samping keluarga dan sanak saudara. Baru la raya kan?

C. PELBAGAI PILIHAN KEBAYA DI LAZADA!


1- Kebaya Rokiah (Nude Latte)  
Pilihan Kebaya Untuk Beraya Di Lazada Malaysia

Mak aihhhhhhh, cantiknya kebaya rokiah ni! Memang menepati ciri-ciri yang IQ nak. Tak terlampau labuh, dah warna yang semestinya tepat dengan pilihan IQ. Murah pun murah!

2- Kerongsang Dokoh 3 beradik berantai belakang berpin
Pilihan Kebaya Untuk Beraya Di Lazada Malaysia

Kalau pakai kebaya, memang tak sah kalau tak ada kerongsang dokoh ni. Dan di Lazada pastinya boleh dapatkan Kerongsang ni jauh lebih murah! Harga di luar boleh dapat dalam RM35 hingga RM40 tapi di Lazada, RM25 dah boleh dapat. Rugi kalau tak dapat beli ni.

3- Jelitasara X Lazada Pure Silk Long Shawl (Peach Blossom)
Pilihan Kebaya Untuk Beraya Di Lazada Malaysia

Bab tudung, mesti la kena cari tudung yang bersesuaian dengan bajunya. Tudung shawl ni amat sesuai dipadankan dengan kebaya yang IQ pilih di atas. Dan semestinya bercorak yer. Baru tak kosong sangat bila digandingkan dengan kebaya plain.

Wahhh, boleh dah nak add to cart ni. Dah tak sabar nak raya ni. Apa lagi yang korang tunggu? Cepat la beli baju raya korang, cari di sini untuk pilihan baju raya yang banyaakkk! cepat tau! nanti kehabisan jangan menangis hujung bucu katil sudah la yer. ok, Nak pergi bayar ni. Bai!

Tuesday, June 13, 2017

Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu

June 13, 2017 22
Salam 18 Ramadhan buat semua.

Hari tu IQ ada ternampak iklan majlis berbuka puasa bersama anak perantau Terengganu yang bakal diadakan di Putrajaya dalam group Whatsapp. Terus terfikir, macam best je nak pergi sana. So, IQ plan dengan adik IQ yang tinggal di Gombak untuk join sekali. Dia on, so..jom!

Sebelum pergi ke Putrajaya, kitaorang singgah Bangi Sentral. Singgah lagi? Konon nak cari baju melayu Qaíd dekat Kompleks PKNS Bangi tapi nan hado plak. Semua warna yang tak kena dengan tema yang IQ nak. So, postpone lagi beli baju melayu Qaíd. Bila dah makin hampir waktu berbuka, terus gerak ke Putrajaya. Tapi trafik agak teruk, dan perjalanan yang sepatutnya hanya 15 minit dah jadi 30++ minit. Bertapa dalam kereta, mujur bukan IQ yang drive. hehe.
Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu
Gaya je lebih, shopping idok jugok.
Sampai sana, terkial-kial sebab tengok ramai sangat orang! Terus nampak banner Parlimen kawasan sekian-sekian. So, assume mungkin kena duduk ikut Parlimen masing-masing. Oh ya, program berbuka puasa ni dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai semestinya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. IQ baru tahu sebenarnya ada acara khas pemberian dana remaja dan juga cabutan bertuah dalam majlis ni. Untuk dana remaja, kena isi borang awal-awal. Dan untuk cabutan bertuah, anak Terengganu yang datang, kena isi satu borang untuk cabutan bertuah tersebut.
Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu
Banner Program
Disebabkan IQ sampai lewat, IQ tak sempat nak daftar nama IQ ikut Parlimen IQ iaitu Parlimen Dungun. Pegawai yang bertugas suruh IQ daftar terus biarpun itu adalah Kaunter Parlimen Besut. Setelah pendaftaran dibuat, dapat free gift! Satu kotak berwarna pink. Tak tahu isinya apa masa tu, ambik terus gerak nak ambik makanan. Tapi...

Tetiba IQ nampak adik IQ dan suaminya duduk di kawasan meja dengan siap makanan terhidang. IQ berulang kali tanya, kenapa duduk sana? Adik IQ jawab, ada orang suruh duduk sini. Duduk la cepat. Nak masuk waktu berbuka dah. Tercengang IQ dibuatnya, dah la tak proper attire masa tu. T-shirt dengan seluar je. Tetiba kena duduk meja vip.
Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu
Ramai kan orang yang hadir? ni baru khemah utama, ada lagi khemah di kiri kanan khemah ni.
Adik IQ cakap, ada pegawai suruh penuhkan meja yang sedia ada. Mungkin rezeki kami kali ni. Tak perlu nak beratur dan ambil makanan. Plus dengan anak kecik lagi. Rezeki datang last minit. hihi. Menarik sangat sebab lauk yang dihidangkan tu favourite anak Terengganu macam kami, iaitu Singgang Ikan Tongkol!  Fuhhh, memang terubat betul rindu makan singgang yang sebijik rasa macam ni. IQ selalu je buat singgang untuk Qaíd tapi tak sama rasa dengan yang ni, memang asli!
Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau TerengganuMajlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu
Ada juga lauk pauk yang lain seperti ayam rendang, sayur campur, daging kambing, buah-buahan dan juga ada puding. Tapi biasa la kalau ada anak kecik ni, makan sedap-sedap tetap tak kenyang. Layan kerenah budak kecik ni lagi. haha! Memang lauk pauk kupandang sepi sahaja. Kenyangkan anak paling utama!
Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu
IQ bersama adik IQ sekeluar
Selesai makan, kitaorang pun balik. Majlis masih berjalan sampai lepas Tarawikh rasanya, sebab ada acara makan durian pula. Kitaorang tak tunggu sebab mengenangkan anak-anak dah keletihan. Moga ada kesempatan lain pula lain kali InsyaAllah. Disebabkan kitaorang duduk meja vip, kitaorang dapat lagi satu free gift. Wahh, lagi berat isinya. Apa di dalamnya?
Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu
Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Terengganu
Kuih raya!! IQ dapat 4 bekas kuih raya. Ok, tak perlu beli kuih raya lagi dah. Sesiapa yang datang rumah IQ, IQ hidang kuih raya ni je. haha!
Tak sabar nak balik raya tahun ni. Terengganu, ambe balik rayer ning!

Friday, June 9, 2017

Memilih Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Tona Kulit IQ

June 09, 2017 11
Salam 14 Ramadhan semua!

Lately IQ suka betul conteng bibir IQ. Lepas ofismate IQ suruh IQ pakai lipstick matte dia, terus IQ jadi terpikat dengan lipstik tu. Dia suruh IQ pakai lipstick dia sebab dia cakap muka IQ langsung tak ada seri, pucat sangat! Muka putih pun tak ada seri. huhu. *nangis hujung bucu katil*

So, dia bagi try lipstick dia. First time try terus terpikat sebab cepat kering dan long lasting! Cuma warna dia sangat menyerlah, IQ tak biasa sangat warna-warna menyerlah ni. Suka warna yang soft-soft je. Ofismate IQ ni ada jual barang kosmetik. Branded punya la. Macam brand lipstick yang dijual, brand Jeffree Star, Huda Beauty, Jouer, Lime Crime Velvetines, Morphe dan sebagainya. Boleh ushar dekat sini. So, yang IQ try tu brand Jeffree Star code I'm Shook. Nampak sangat menyerlah bibir IQ pakai lipstik tu. 

Sebenarnya IQ pakai je lipstick, sebab IQ tahu lipstick je la yang menaikkan seri muka IQ ni selain air sembahyang. XD. IQ selalu pakai lipstick + Lip Gloss Maybeline jer. Tapi mungkin lepas makan IQ dah tak touch up mekap IQ, tu sebab la lipstick tu hilang. Jadi la muka pucat lesi IQ sepanjaaangg hari. huhu.
Pilihan Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit
Try conteng2 pakai lipstick ofismate yang lagi sorang. Ada yang lipstick IQ sendiri. Yang mana sesuai? Komen di bawah plissss..
Lipstick Jeffree tu gambar yang huruf E, nampak menyerlah sangat kan?
Tapi IQ betul-betul berkenan dengan lipstick matte ni sebab cepat kering + long lasting. So, IQ plan nak pakai untuk raya nanti. Minggu lepas IQ order dekat Lazada lipstick matte ni. Murah je tau! RM12.90. Brand Kylie. IQ grab dua warna. Pilih yang biasa2 je sebab nak jimat kos nak raya. hihi.

Kenapa IQ beli dekat Lazada? Sebab IQ dah pernah terbeli satu Lipstick Matte ni masa IQ dapat voucher RM150 hadiah daripada Lazada masa blogger contest yang lepas. Punya la noob pasal mekap, lipstick matte disangkakan lip gloss.. haha! Sorry, bab mekap IQ memang kelaut, dulu tomboy, memang langsung tak minat dengan mekap. Sekarang je tempek bedak sikit dan calit lipstick, cukup naikkan seri. haha~ Semalam sampai dah dua lipstick matte tu. Serius nais sangat warnanya! Memang dah plan nak pakai raya nanti. hihi. 
Pilihan Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit
Lipstick Brand Kylie. Belah kiri code Koko K, Belah kanan code Exposed. Haha! Ok tak?
Pakai lipstick matte ni satu je masalahnya. Disebabkan ianya long-lasting, so...kalau nak solat, sila cuci betul2 bibir yer, sebab kalau cuci biasa, tak kan tanggal dengan mudah. Pakai wet tissue tu tonyoh kuat sikit. Baru hilang. Lagi senang kalau ada makeup remover. Lagi mudah nak tanggal. IQ tak ada makeup remover, sebab yelah, bukan hantu mekap sangat. Dalam adik beradik perempuan IQ, IQ sorang je tak reti mekap, lagi dua orang, kakak dan adik IQ memang hantu mekap. Dua2 freelace MUA. Kenapa la suka sangat mekap, IQ pun tak paham. haha!
Pilihan Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit
Lipstick yang IQ pakai hari-hari pergi kerja. Lipstick + Lip Gloss Maybeline. Nampak natural je muka. =)
ok la, tu je la nak bebel, pasal lipstick je pun, ok bai.

Thursday, June 8, 2017

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil

June 08, 2017 18
Salam 13 Ramadhan buat semua.

Dah masuk 13 hari kita semua berpuasa. Dah nak masuk separa bulan Ramadhan lagi beberapa hari. Dah makin hampir pula kita dengan ketibaan Syawal yang bakal diraikan. Rai rai jugak, rumah dah kemas belum? Pakai langsir tahun lepas lagi ke cik timah? Sarung kusyen tak nak tukor ke? hihi. Tak ada. Gurau aje. Mana tahu ada plan nak deko deko rumah bersama Eric gitu. hehe. 
Marhaban Ya Ramadhan Lazada
Nikmat dikongsi bersama.
Sepanjang Ramadhan ini, Lazada Malaysia turut mengadakan jualan murah melalui kempen Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Raya Sale yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017!! Diskaun istimewa sehingga 90% yer kawan-kawan semua! Banyak tuuu! Ape lagi nak tunggu? Nanti kehabisan stok jangan melangut depan tangga rumah udah ler.
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Dan semestinya Lazada Malaysia juga turut mengadakan blogger contest bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini. Contest selama 4 minggu yang mempunyai 1 tema untuk 1 minggu. Jom kawan-kawan blogger! Kita sertai contest ni bersama-sama! Lagi ramai penyertaan, lagi banyak hadiah disediakan! Sehingga RM10,000 Shopping Voucher disediakan!! Betul ni, IQ tak tipuuuuu...try check di sini

Contest untuk minggu kedua.

Tempoh Contest: 2 Jun 2017 - 8 Jun 2017
Tema: My Ramadhan Home

A. DEKORASI RAYA RUMAH IQ??

IQ masih tinggal di rumah sewa sekarang. Belum ada rezeki nak ada rumah sendiri lagi. Dan rumah sewa IQ kecil sangat tapi cukup ruang untuk 3 orang isi rumahnya. Keluasan hanya 500++ sqft. Memang ruang cukup2 je nak bergolek sana sini. Kalau family mertua IQ datang, mulalah masing2 tak cukup ruang nak tidur. Kena berhimpit disebabkan ruang yang terhad. 
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil
Penggunaan ruang bawah terlampau banyak. Dinding kosong.
Jadi, IQ plan nak ubah suai perabot rumah IQ! mungkin tak banyak, tapi at least nak cari perabot yang boleh letak barang-barang yang kecil2 ni. Rak berkenaan mestilah tergantung di dinding, bagi mengelakkan si kecil capai barang. Dan IQ perlukan kerusi kecil. Disebabkan rumah IQ ni tak ada sofa, IQ plan nak cari kerusi senang dilipat dan jimat ruang.

B. 4 TIPS HIAS RUMAH KECIL.

1- Pasang cermin!

Cermin amatlah berfungsi dengan bagus bagi memperlihatkan ruang rumah yang lebih luas, walaupun hakikatnya kecil cinonet je rumahnya. hihi. IQ dah pasang cermin pada satu sudut dan hasilnya memang best! Memang rumah nampak lagi luas dan lapang. 

2- Cat dinding dengan warna yang lebih lembut.

Ruang yang sempit akan bertambah sempit dengan penggunaan warna yang lebih gelap. Jadi, pilih warna yang lebih lembut bagi menampakkan ruang yang lebih luas dan lapang.
Idea Deko Rumah Kecil
Ruang dinding berwarna lembut dan terang.
3- Penggunaan perabot yang pelbagai fungsi.

Perabot pelbagai fungsi ni bagus digunakan bagi mereka yang memiliki rumah yang kecil. Dari meja komputer boleh diselitkan bangku. Dari meja kopi menjadi meja makan jepun yang boleh memuatkan 8 orang duduk bersila. Perabot seperti ini perlu ada untuk rumah kecil bagi menjimatkan penggunaan ruang rumah.

4- Guna perabot yang tidak mengambil ruang yang banyak.

Perabot yang besar mestilah memerlukan ruang yang banyak. Bagi rumah yang kecil, perabot yang besar amat tidak sesuai digunakan. Cari perabot yang bersaiz kecil dan ringkas bagi menjimatkan penggunaan ruang rumah.



C. PERABOT MUDAH PASANG UNTUK RUMAH KECIL IQ!



Sofa boleh lipat ni sangat bagus untuk ruang rumah yang kecil macam rumah IQ. Senang dilipat dan disimpan di mana-mana. Tambahan pula, sofa boleh lipat ini tengah ada hot deal! Rugi kalau tak grab!
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil
Foldable Sofa yang fleksibel.

Cabinet ni boleh digantung pada dinding. Haruslah letak tinggi2 supaya si kecil tak dapat mencapainya. Boleh isi barang-barang seperti ubat, mudah diambil dan selamat. Kalau beli dua set ni, boleh hias frame gambar atas cabinet ni. cun jugak kan?
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil
Cabinet dinding yang menjimatkan ruang
Berangan-berangan jugak, berangan biarlah ada usaha untuk menghiaskan rumah. Harap ada semangat nak kemas rumah lepas ni. Rumah sepah sebab budak kecik tu je la haa, tak per la, rumah sepah tanda anak bijak. haaa..bijak sangat! Jangan ganggu ibu dia deko rumah sudah. XD. Ok, nak sambung cuci mata di Lazada lagi. Bye2!

Wednesday, June 7, 2017

3 Hotel Pilihan Utama di Port Dickson

June 07, 2017 13
Letihnya badan IQ ni. Bulan-bulan puasa macam ni lagi terasa letih. Seharian bekerja dengan perut kosong memang menggugat! Fuuhh, teringin pulak nak pergi bercuti berdua dengan budak kecik tu. Dah lama IQ idamkan nak pergi bercuti tapi nak pergi bercuti sekarang macam leceh pulak sebab nak kena survey harga dan hotel yang sesuai. Kena call dulu…urghhh…lecehnya!
Kadang-kadang IQ rasa macam nak packing baju masuk dalam beg sekarang dan terus lari pergi bercuti. Teringin nak pergi bercuti tempat yang ada pantai yang memukau, dengan deruan ombak yang menenangkan, serta angin yang sepoi sepoi bahasa. Apatah lagi IQ anak jati Terengganu, memang pantai dan laut sebati dengan jiwa IQ. Tapi bila IQ dah menetap di Kuala Lumpur, untuk mencari pantai yang best bagi menenangkan jiwa ni mesti susah kan?
Mujurlah pantai yang best di sebalah barat Malaysia ni wujud! Di mana? Mestilah di Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan. Selain daripada terkenal dengan pantai yang indah permai, Port Dickson juga sangat terkenal dengan tempat untuk mencari makanan yang sedap! Lagi-lagi masakan Negeri Sembilan seperti daging salai dan keli salai masak lemak cili api. Bukan itu aje tau, kalau korang bernasib baik, ada juga yang jual itik salai masak lemak cili api, dan rasa dia memang tip top lah. Bak kata orang kalau mak mentua lalu belakang pun tak nampak!
Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikan pelancong di seluruh Malaysia (Sumber Gambar)
Tapi bila nak bercakap pasal nak pergi bercuti, fokus utama mestilah tempat penginapan kan? Di Port Dickson semestinya banyak tempat penginapan yang menarik, dari hotel bajet sehinggalah yang bertaraf lima bintang. Tapi kali ni IQ nak recommended sikit hotel yang harus korang menginap jika korang berniat untuk bercuti sambil dapat menghilangkan stress. Antaranya hotelnya ialah:
  • Grand Lexis Port Dickson
  • Grand Lexis, Port Dickson merupakan tempat penginapan bertaraf lima bintang yang berkonsepkan villa. Ada tiga jenis accommodation yang ditawarkan kepada tetamu, iaitu Garden living, Sky living dan juga Above the sea. Setiap accommodation mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Kalau korang nak rasa duduk di villa di tempat yang tinggi korang boleh lah choose sky living, atau nak mood yang romantic, korang boleh lah pilih above the sea, it’s all up to you.

    Apa yang paling bestnya ialah di setiap villa ada private swimming pool tau! So, buat korang yang rasa segan nak mandi di open swimming pool yang disediakan, korang boleh lah berenang sakan di dalam villa sendiri. Bukan tu aje tau, siap lengkap dengan microwave dan dry kitchen dalam setiap villa tu. Jadi, senang cerita walaupun korang perlu berbayar lebih sikit, tapi kepuasannya memang it is valued for money. 
Grand Lexis, Port Dickson. (Sumber Gambar)

Tarikan utama Grand Lexis, private pool. (Sumber Gambar)

  • Avillion Admiral Cove

    Hotel bertaraf tiga bintang ini merupakan tempat yang mempunyai suasana dan juga pemandangan yang sangat cantik, betul tak tipu! Kalau korang ambik bilik yang ada view tu, memang rasa best sangat sebab bila buka jep balkoni bilik korang tu, terus jep korang disajikan dengan pemandangan yang indah dan angin yang sepoi-sepoi bahasa pun turut datang menyapa..wahhh..gitu kaann..Disebabkan tempat dan pemandangan yang sangat cantik tu lah ramai juga yang datang untuk ambil gambar perkahwinan kat sini tau.  Satu lagi tarikan yang menarik di Avillion Admiral Cove ni ialah, ruang bilik yang sangat luas. Jadi sangat sesuai buat korang yang nak datang bercuti dengan bilangan atau jumlah yang besar.
Avilion Admiral Cove, Port Dickson. (Sumber Gambar)
Bilik yang selesa bagi pengunjung Avilion Admiral Cove. (Sumber Gambar)

  • Port Dickson Golf & Country Club

     
    Port Dickson Golf & Club ini merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ia menawarkan keselesaan dan privacy kepada tetamu mereka. Bukan itu sahaja, ianya juga menjadi tempat yang sangat famous bagi mereka yang gemarkan aktiviti golf nih. Mana tidaknya, sambil bercuti sambil me’release’kan stress dengan bermain golf. Padang golf nya boleh tahan juga lah besar.
Port Dickson Golf & Country Club, Port Dickson. (Sumber Gambar)
Ruang yang luas. (Sumber Gambar) 

So, apa pilihan korang? List ni berdasarkan pilihan IQ untuk IQ pergi bercuti dan semestinya hotel-hotel ni juga high recommended. Bagi memudahkan urusan percutian korang, korang boleh buat tempahan hotel-hotel di atas menggunakan laman web Traveloka. Traveloka menawarkan harga yang menarik dan yang pastinya korang tak akan dapat harga yang murah macam tu kat tempat lain! Traveloka juga mempunyai aplikasi dalam talian untuk book hotel in Port dickson with ease dengan hujung jari dan di mana sahaja. Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Download aplikasi Traveloka sekarang dan jom pergi bercuti! Yeah!!

Tuesday, June 6, 2017

Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe

June 06, 2017 22
Salam 11 Ramadhan.

Hari ahad lepas IQ berkesempatan berbuka puasa bersama family adik IQ. Actually kitaorang dalam perjalanan balik dari Pahang ke KL. Sampai KL, IQ follow dorang beli stok tudung untuk customer dorang di Jalan TAR. Sambil2 tu cuci la mata sikit dekat Jalan TAR tu. Serius cakap, baju-baju yang dijual dekat Jalan TAR pun cantik. Plan nak beli baju raya Qaíd dekat situ. Harap2 ada warna dan saiz yang sesuai dengan Qaíd.

Lepas pergi Jalan TAR, dah hampir waktu berbuka. Kitaorang plan nak makan dekat tempat makan yang adik IQ pernah makan dulu. IQ tak pernah makan lagi di situ tapi IQ teringin nak makan sana juga. So, kitaorang dah sms/call/whatsapp kedai tu sebelum sampai di KL lagi, tapi sayangnya dah fully book. Even baru pukul 3.00++ petang masa tu. Dorang cakap pukul 8.30 malam baru ada meja. Jadinya, nak makan ke tidak kat sana? 
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Qaíd + Medina. Sepupu. 
Kitaorang ambik keputusan makan dekat sana jugak, cuma bila masuk waktu berbuka kitaorang makan ringan2 dulu. Beli makanan dan air siap2 di Jalan TAR dan gerak ke Selayang. Oh ya, Nama kedai tu seperti dalam tajuk entry ni, iaitu The Rack Boutique Cafe yang terletak di Selayang. 

Sampai waktunya, kami tiba di kedai berkenaan. Masih ramai orang belum selesai berbuka puasa, tapi sudah ada meja kosong. So, kitaorang cepat2 parking kereta dan cari tempat duduk. Parking dekat area kedai ni agak terhad. Adik ipar IQ terpaksa double park dan tinggalkan nombor telefon. Mungkin kawasan dia kawasan industri dan deretan kedai. Tak ada tanah lapang untuk dibuat parking.

Pelayan kedai ambik order cepat. Mungkin dah terbiasa keadaan yang ramai pelanggan. Kitaorang order tak banyak sebab dah makan sikit sebelum tu. Order air dan makanan, dalam 15-20 minit order pun sampai. Range masa agak ok la, tak ada pelanggan tertunggu lama. 

Kami order macaroni cheese, wantan goreng dan juga set medium. Makan untuk 3 orang dewasa dan sorang kanak-kanak. Si medina tak boleh makan makanan keras lagi. Si Qaíd pun makan tak banyak sebab IQ da bagi makan dah dia sebelum tu. Dia minum air je banyak even ibu dia tak bagi minum ais, dia tetap nak jugak. Last2 dia geram sebab ibu dia tak bagi air dekat dia. haha!
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Wantan goreng. 2 Air chocolate + air milo ais
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Macaroni cheese. RM 8
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Set Small (RM35) untuk dua orang makan, tapi kitaorang makan 3 orang pun tak habis. Bungkus bawak balik.

Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Qaíd geram sebab ibu tak bagi dia minum air ais. Pastu merajuk XD
Rate makanan dia? Errmmm, IQ first time makan situ, tapi untuk adik IQ yang dah kali kedua makan kat situ, dia cakap makanan dia dah lain rasanya. Ada kekurangan. Sos black pepper untuk chicken chop tu agak kuat rasa black peppernya. Untuk spagetti tu pun sos dia agak manis + masam, sebab macam totally gaul dengan sos tomato puree tu. Untuk Bebola daging, bebolanya agak masin. Mungkin disebabkan puasa, makanannya jadi lari sedikit rasanya. Macaroni cheese je ok rasanya, ok la sebab sos mustard tu penyelamat hidangan tu. IQ agak kecewa sebab tiap kali makan buka puasa dengan makanan yang IQ teringin nak makan, mesti rasa dia so-so je. huhuhu...
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Mintak kentang goreng tapi jenis tak sabar, kentang goreng panas, nak kena tiup..lepas tu jadi la macam gambar dekat bawah
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
sabor je la ibunyaaa
So, tak per lah, mungkin next time datang lagi, tapi bukan untuk bulan puasa. Harap-harap next time rasanya tak mengecewakan. IQ penggemar makanan western. IQ suka try makanan western dari mana-mana kedai yang menyediakan makanan western ni. Nak rasa kelainan dan kesedapan makanan tu macam mana. heeee...

Ok la, till then. Bai2

Monday, June 5, 2017

#ShoppingRaya : Hampir Tertipu Dengan Harga Baju Raya

June 05, 2017 20
Salam 10 Ramadhan buat semua!

Kemain ceria kan IQ hari ni? Tapi silap sebenarnya, IQ pagi ni menderita sakit. Sakit apa? Sakit gigi lagi!! Adehhh, hari tu baru cabut gigi, ni gigi lain plak sakit. Tapi IQ dah dimaklumkan oleh doktor gigi yang gigi bongsu IQ dah berlubang, cuma tunggu sakit je, tapi kenapa dia start sakit bulan puasa? Tak boleh nak makan ubat tahan sakit jawabnya..huhu.

IQ sebenarnya nak cerita pasal shopping raya. Tak ada la shopping sangat sebenarnya. IQ just temankan adik IQ bershopping je. Even IQ ada jugak target nak beli baju yang IQ nak, tapi itu kalau jumpa, kalau tak jumpa tak nak beli. Tapi Alhamdulillah jumpa jugak. Kepakaran wanita kan pada shopping. Mesti ada shopping punyaaa..

Hari sabtu minggu lepas, plan nak balik rumah kakak IQ dekat Pahang. Tapi sebelum tu nak singgah Bangi untuk shopping raya. Adik IQ dah aim nak beli baju dekat satu butik ni. Menapak la kitaorang ke Bangi Sentral. Jalan jem usah cakap, dah ler hari tu panas lit lit orang utagha cakap. Parking bawah Kompleks PKNS Bangi, mujur ada parking berbumbung. Tak ada panas sangat keretanya nanti.

First pergi butik Leeyanarahman. Ramainya orang! Baju butik ni agak mahal la bagi IQ. Kalau beli sepasang, bajet hanya boleh beli sepasang je la. Tak boleh beli baju lain dah. haha. Tapi adik IQ dah nak aim beli, last2 tak beli jugak sebab dilema. Keluar butik dengan sekeping gambar sahaja. haha! Tapi dia aim nak datang minggu depan plak. -__-
Shopping raya Leeyanarahman
Ambik gambar je la, belinya idok juga. IQ jugak yang keletiham, main kejar2 dengan Qaïd. -.-"
Lepas tu pergi Minaz. Butik ni lebih kurang je macam butik sebelum tu. Tapi butik ni paling padat sebab nak masuk pun kena berperingkat. Mungkin sebab hari tu Che Ta dengan anaknya Aisyah datang butik, tu yang ramai kemain. Pergi sini pun tak der beli apa-apa sebab adik IQ cakap baju saiz dia tak ada. Dorang tak sediakan banyak saiz buat masa tu. Kena tunggu minggu depan plak. Aiyak...penat je datang, last2 size tak ada. 

IQ sebenarnya plan nak beli kebarung. Tapi kawan IQ cakap IQ tak sesuai pakai kebarung sebab IQ pendek. -__-. tinggi dah 154cm tapi disebabkan kaki pendek, so tak cantik pakai kebarung. Kalau kebarung pendek sikit ok la. Tapi IQ nak cari jugak, kot2 ada yang sesuai. hihi. So, mata IQ memang melilau cari butik yang jual kebarung. Ada la dua tiga butik tapi warna yang IQ nak memang tak ada. Sedih! 

Sampai la IQ pergi satu butik ni, yeay! jumpa kebarung yang IQ nak! Tapi warna lari sikit dari warna yang IQ nak tapi ok la. Tengok harga tertulis 199RM. Ok la, bajet RM200 je untuk baju raya tahun ni. Terus pergi fitting, ajak adik IQ sekali sebab nak tanya pendapat dia. Bila fitting dah cun, nak bayar la plak kan. Bila bayar, tetiba harga jadi RM270.00++. Aik?? bukan RM199 ke? Salesgirl tu boleh cakap tu yang baju tepi2 dia je. Grrr...tanda harga betul2 bawah baju yang IQ pilih tu, tetiba dia boleh cakap tanda harga tu untuk baju lain. Nasib baik tak swap kad lagi. Last2 IQ cancel beli baju tu. Sebab IQ rasa tak berbaloi beli kebarung plain dengan harga RM270.00++. Lari bajet, tak boleh. Nanti nak raya tak ada bajet raya, mana nak cari kan? Bila dah single macam ni, nak kena kawal semua bajet. Lain la dulu, kita dah kekeringan, ada orang back up. hihi.
Sumber Google
Hati sebenarnya sakit hati jugak sebab ramai seller buat perangai macam tu. Letak harga lain, tapi sebenarnya harga lain. Kalau ada pelanggan yang malas nak fikir banyak kali tu mesti dah bayar dah. IQ dulu macam tu. Tapi disebabkan sekarang IQ kena kawal perbelanjaan sendiri, so...IQ kena tegas! huhu. Last2 IQ tak beli pun baju raya IQ dekat butik2 dekat Bangi Sentral tu. Kat mana IQ jumpa baju raya IQ? Dekat Kompleks PKNS Bangi tu haaa...kebetulan nak cari air untuk buka puasa, mata ternampak booth jual kebarung banyaaaakk sangat! Banyak pilihan! Dan warna yang IQ nak pun ada! Murah pun murah ikut bajet IQ. Alhamdulillah...setel baju raya IQ. Baju melayu Qaíd tak sempat nak ushar. Next time pergi cari lagi. 

Kenapa IQ pilih kebarung tahun ni? Entah. Teringin nak pakai kebarung plak. haha! Adik ipar IQ cakap, ni mesti terikut2 cerita Misteri Wan Peah. Haha! IQ ni tengok tv pun boleh kira dengan jari. Dan IQ memang tak tahu Wan Peah pakai baju kebarung dalam drama tu. Lawak la plak rasa. Kata Cik Sepet kita, tahun ni, Kebarung jadi trend utama. Mungkin sebab tu juga banyak sangat kebarung IQ nampak di mana-mana tempat. Semalam IQ pergi Jalan TAR pun banyak kebarung cantik2 orang jual. Nasib baik la IQ tak nampak warna baju yang IQ nak cari tu, kalau tak mesti menyesal beli hari sebelum tu. huhu.
Kebarung wan Peah
Misteri Wan Peah. Best ke cerita ni? orang kata best.
Tu la cerita shopping IQ. hihi. Cukup dah, tak nak shopping dah. tapi tak boleh percaya sangat kalau perempuan cakap macam ni, sebab bab shopping memang ayat perempuan kelaut sikit. kuikui. Moga Allah tetapkan hati, jangan shopping lebih2! hehe.

Sekian, bai2!