Salam 19 Ramadhan buat semua.
Wahhh, dah nak masuk fasa 10 Ramadhan terakhir dah kita yer. Amalan di bulan puasa ni macam mana? Moga segala amalan kita diterima Allah SWT. Amiin.
Sedar tak ahad minggu depan dah raya? Korang sedar tak? Minggu depan dah raya uiii! Cuti raya pun tak apply lagi. Baju raya?? Alamak, tak settle lagi? Macam mana ni?? Jangan risau, sekarang kan segalanya di hujung jari sahaja. Mesti la mudah dan senang nak beli baju raya, lagi lagi kalau beli di Lazada Malaysia. Pelbagai pilihan boleh didapati di sana. Tambahan pula, brand yang terdapat di Lazada bukanlah calang-calang brand yer. Semua brand berkualiti dan puas hati jika dapat membelinya. Design semua letop-letop vogue gedevass gitu kalau pakai di pagi raya. Upps, terlebih plak. hihi.
![]() |
Marhaban Ya Ramadhan |
Kalau korang nak tahu, Lazada Malaysia turut mengadakan jualan murah melalui kempen Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sale yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017!! Diskaun istimewa sehingga 90% yer untuk segala kelengkapan raya! Banyak tu weyh! Buat ape tercengang lagi, moh la shopping cepat! Penghantaran cepat ke pintu rumah korang ok!
![]() |
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest |
Dan semestinya Lazada Malaysia juga turut mengadakan blogger contest bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini. Contest selama 4 minggu yang mempunyai 1 tema untuk 1 minggu. Jom kawan-kawan blogger! Kita sertai contest ni bersama-sama! Lagi ramai penyertaan, lagi banyak hadiah disediakan! Sehingga RM10,000 Shopping Voucher disediakan!! try check di sini
Contest untuk minggu ketiga.
Tempoh Contest: 9 Jun 2017 - 15 Jun 2017
Tema: Looking Good & Beautiful
A. TEMA RAYA IQ TAHUN INI??
Tahun ni IQ akan beraya di Terengganu. Selalunya kalau balik Terengganu ada tema warna untuk satu family besar IQ. Setiap tahun warna berbeza. Macam-macam warna dah dipilih untuk tahun-tahun lepas seperti warna kelabu, royal blue, merah, hijau, kuning, turqoise dan sebagainya. Boleh lihat di sini.
Tahun ni IQ teringin nak pakai baju kebarung. Mula-mula IQ fikir nak pakai baju kurung moden. Tapi rasa macam dah selalu sangat pakai baju kurung moden, so nak rasa kelainan sikit. So, tetiba terlintas dalam kepala IQ nak pakai kebarung. Tapi ofismate IQ cakap, IQ tak sesuai pakai kebarung labuh, kena pakai yang pendek sikit. Kebaya la senang cerita. So, IQ aim beli kebaya.
![]() |
Kebarung labuh dan juga kebaya pendek. |
C. PELBAGAI PILIHAN KEBAYA DI LAZADA!
1- Kebaya Rokiah (Nude Latte)
2- Kerongsang Dokoh 3 beradik berantai belakang berpin
3- Jelitasara X Lazada Pure Silk Long Shawl (Peach Blossom)
Wahhh, boleh dah nak add to cart ni. Dah tak sabar nak raya ni. Apa lagi yang korang tunggu? Cepat la beli baju raya korang, cari di sini untuk pilihan baju raya yang banyaakkk! cepat tau! nanti kehabisan jangan menangis hujung bucu katil sudah la yer. ok, Nak pergi bayar ni. Bai!
18 Comments
sekarang memang trend kebarung & kebaya. suka sangat tengok kalau kebarung terletak je. mesti awak nampak manis. sweet-sweet je gitu..
ReplyDeleteaah, kalau kena dengan badan mesti nampak cantik, xtau la sesuai ke tak, lama xsarung kebaya ni
Deletecantik2 pilihan yang ada kan..
ReplyDeleteaah, cantik sangat pilihan yang ada, rambang mata dibuatnya
DeleteGudluck IQ.
ReplyDeleteWarna nude pun cantik, lagi lagi bila pakai kebaya ada kerongsang dokoh tu, naik seri...
warna nude ni rupanya memang unik, kena ada dokoh tu baru naik seri.
Deletekebaya tgh in skrg.. wahh murahnya kat lazada.. good luck IQ.Hehe
ReplyDeleteAll the best jugak miera! murah kan? boleh shopping lagi ni. hehe
Deletetrend tahun lepas dokoh, sekrng up balik kebaya labuh ni, pattern wan peah hahaa. akk punya baju thun ni pun kebaya labuh jugak
ReplyDeleteaah, pattern wan peah punya pasal, sampai ada nama kebarung wan peah plak..haha..
Deleteyeke kak? nanti jangan lupa up entry raya tau
menarik sangat ni
ReplyDeletesangat menarik, jom shopping raya!
Deletetahun ni banyak yang pakai kebarong.. hehe
ReplyDeletehehe, lisa tak nak join sekali ke? XD
Deletegood luck yea..anyway. dah follow blog izyan.. :)
ReplyDeleteterima kasih! hehe
DeleteMemang tgh in trend kebarong tahun ni.
ReplyDeleteGood luck IQ. Reen baru draft contest ni. Huhu
dah masuk tajuk baru dah, 15 june last untuk tajuk ni.
Deletereen bli bju rya belum? tgk dkt ig ckp blum?
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)