Salam 21 Ramadhan semua.
Semalam kan, bateri kereta IQ kong!! Masa tu baru lepas beli juadah berbuka di bazar plak tu. Sebelum pergi bazar, IQ singgah 99 Speedmart beli susu dan pampers QaÃd. Then, singgah bazar sebab bazar dah dekat. Beli nasi ambeng, nasi dagang, air lemon herba, kuih 2 3 jenis lepas tu gerak balik. Tapi sekali start kereta....
KREK...KREKK...KREKK...
Ah sudah! Time ni la dia nak habis. Adehh. Actually, IQ da alert bateri kereta nak habis dari minggu lepas lagi. Nak start kereta tu agak susah tapi still boleh start la. IQ ada la jugak pujuk kereta, Sayang kalau nak rosak, rosak la hujung minggu, ada orang tolong tukar. Sape yang boleh tolong tukar? Of course la adik-adik ipar tersayang. haha! Dah hidup sorang2 ni dorang je la IQ mintak tolongnya. Last2 minggu lepas dia tak kong lagi. Sampai la semalam, akhirnya sampai situ je la riwayat dia.
IQ call sape? IQ bagitahu adik ipar yang stay sekali dengan IQ tu dekat Whatsapp. IQ ada jugak call adik2 ipar yang lain, semua tak angkat. Lepas tu, try la google kedai bengkel terdekat. IQ pergi bazar dekat Setiawangsa, so, IQ search bengkel area situ.
Dapat la satu. Sekali kedai aksesori kereta plak dah. Tapi ada jual bateri kereta jugak. Cuma agak mahal bagi IQ. IQ try gak la nego tapi biasa la, tak makan. Bateri kereta viva sel basah je dah RM180, tanpa pemasangan. Sekali pemasangan RM210. Mahalnya! IQ pernah sekali pasang RM150 je. Kedai tu memang dah dekat tapi kenapa la mahal sangat. Mungkin sebab kedai aksesori. kan? IQ cakap IQ akan send location tapi last2 IQ google tempat lain plak. hehe.
Ada jugak IQ call servis tukar bateri yang famous di media sosial. Tak nak sebut tapi ingatkan boleh datang cepat, rupanya boleh datang pukul 10 malam! Masa tu baru pukul 5 lebih. Tak jadi plak. Lambat sangat. Tak lalu nak tunggu lama2.
![]() |
Faisalbattery.com |
Last sekali IQ jumpa satu servis tukar bateri ni dekat Google. FAISALBATTERY.COM . Web dia sangat bagus dan senang untuk digunakan, klik Call terus keluar No.phone dekat dial handphone. Orang yang IQ call pun sangat friendly. Bila IQ tanya area dia berada masa tu, dia cakap tak per, kami ada wakil kami area akak. Wahhh, mudahnya! Servis dia sangat cepat yer! Dia terus beri nombor kita pada mekanik kawasan kita, dan mekanik kawasan kita akan datang tukarkan bateri. Sangat bagus kerjanya!
Harga bateri yang dia jual? Lagi murah berbanding harga yang IQ call first tu. Sel kering RM190 sekali dengan pemasangan. IQ terus ON sebab lagi murah walaupun mekanik jauh sikit dari Ampang. Yang jauh pun bagi harga murah, yang dekat kemain nak ketuk harga mahal2. huh! Marah ni marah, nasib baik puasa. hehe.
![]() |
Laman web yang mudah. Kalau menggunakan handphone, boleh terus klik untuk call. User friendly sangat web dia. Bagus! |
Alhamdulillah. Urusan tukar bateri selesai. Hasil kerja dia sangat bagus. Orang yang IQ call sebelum tu nak tahu update seterusnya daripada IQ tapi disebabkan handphone IQ kehabisan bateri jugak, so..masuk voicemail aje. IQ just call dia balik selepas IQ sampai rumah dan beritahu segalanya dah selesai.
![]() |
Servis terbaik. haruslah pilih Faisal Battery. |
![]() |
IQ tak tahu la kalau ini la owner dia ke. Tu sebab nama dia Faisal Battery kot kot nyer. hehe |
ok la. tu je nak cerita. Cerita banyak tapi tertangguh. Next entry la plaakk.
19 Comments
Pernah kena gak ritu sal bateri. Tp mujur kena kat rumah je. Nak start pergi keje tak boleh. Trpaksa la mintak tlg spupu.
ReplyDeleteBagus servis faisal ni. Terbaik la IQ share.
kalau kena dekat rumah boleh lepak rumah sementara tunggu mekanik sampai kan?
Deletesangat bagus servis dia, betul tak tipu
wow bagusnya perkhidmatan mcm tu. user friendly. memang orang cari lah kalau servis bagus. IQ pun bagus sebab sharing hehe
ReplyDeletetau xpe, biar servis bagus, customer pun puas hati, macam IQ. XD
DeleteThanks.
ReplyDeleteSaya dah copy faizal.
good action adam! =)
DeleteSemua orang ada pengalaman bateri kereta kong macam ni.
ReplyDeleteMujur ada Faisal Battery
betul, IQ pun banyak kali da experience bateri kong ni, cuma kali ni tanpa arwah suami, kalau ada arwah, roger arwah je..heee
Deletepanik jugak bila bateri kong. pengalaman saya pulak kong time hantar anak kat rumah pengasuh. nak start, xboleh..nasib baiklah kat area perumahan. bukan kat tengah jalan.
ReplyDeletebetul2, selalunya battery akan kong bila matikan enjin, jarang bateri mati tengah jalan, kecuali masalah alternator
Deletewahhh. faizal battery. busyra bru tau.. tq atas prkongsian ni IQ
ReplyDeletebusyra bagus simpan web ni, untuk rujukan masa depan, IQ da simpan siap2 dah
DeleteThank you for sharing. Might help me in the future. Al-maklum, kerja jauh daripada suami... mana tahu di tengah jalan nak balik rumah, bateri kong.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
yup, bagus kalau simpan no. faisal battery ni, servis tiptop
Deletegood sharinggg
ReplyDeletethanks liza! =)
Deleteyeker? bermusim plak battery kong ni kan? XD
ReplyDeleteTerima kasih...sy mohd faisal owner pada faisalbattery.com....terima kasih pada cik izyan buat review service saya...terharu saya baca...moga sy & team dpt terus memberi service yg terbaik buat pelanggan kami...��
ReplyDeletewahhh, ower faisalbattery.com singgah. sama2, servis memang terbaik! saya bagi 10 bintang!
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)