Salam 3 Ramadhan buat semua umat Islam seluruh dunia.
Dah masuk Ramadhan ke-3 baru la IQ berkesempatan nak menaip. 1st Ramadhan of course la hari cuti, masa terluang untuk menaip memang out bila aktiviti bersama family.
IQ sambut Ramadhan di Melaka, rumah mak mertua IQ. Malam sebelum puasa, lepas tarawikh bertolak balik. 3.30 pagi baru sampai rumah mak! Penat dia usah cerita, si QaÃd bila dah sampai rumah opah dia, segar bugar mata dia, sorry ed. Ibu dah ting tong. 3 kali tukar driver. 1st adik ipar no.2..lepas tu IQ drive. Dah nak sampai ayer keroh, dah pinau mata. Tukar driver, adik ipar no.4 plak take over. Untung masing2 duduk dekat2, memang kalau balik Melaka memang balik sekali. Sejak Arwah ada dulu lagi, kalau nak balik rumah mak mesti roger sesape yang nak ikut balik. Jarang la kereta kitaorang tak kosong masa tu, mesti ada penumpang ikut sekali. Bukan 'penumpang'tu ek..bukan bukan...haha!
Pagi 1 Ramadhan IQ berkesempatan melawat kubur Arwah. Jadi kebiasaan, balik rumah mak mertua mesti nak singgah kubur Arwah, biarpun sekejap. Al-Fatihah buat kesayangan IQ yang dah pergi tinggalkan IQ. Sedih? Pilu? Penat dah nangis. Toksah tanya, lagi laju air mata IQ kang dibuatnya.
Al-Fatihah Abang Sayang |
Tahun lepas, IQ beraya di Melaka, tahun ni IQ akan beraya di Terengganu. So, puasa first mesti dekat Melaka. Gilir2. Tapi tak tahu la sistem gilir ni perlu ke tak lagi. Rasa macam perlu sebab QaÃd masih punya atok dan opah dia. Apatah lagi dia sorang je cucu atok dan opah dia setakat ni. Yer, cucu sulung. Memang cucu kesayangan. Pak ngah dia pun baru nak kahwin tahun depan, lambat lagi atok opah nak timang cucu lagi.
Bila Ramadhan dah tiba, rasa macam tak percaya. Sebab kali ni sambut sorang-sorang. Siapa sangka Ramadhan yang lepas Ramadhan terakhir buat Arwah, dan Ramadhan terakhir kami bersama. Kenangan Ramadhan memang tak pernah IQ lupa, saat IQ first time mengandung, dan perlukan tenaga seharian untuk berpuasa. Arwah memang seorang yang sangat caring akan siapkan segala makanan untuk IQ makan. Biasalah bila mengandung ni, malas dia jadi 999% kali ganda. haha! kan? Orang perempuan tahu la kalau bila mengandung mesti jadi macam tu. Arwah la banyak sediakan makan dan minum. Rajin dia memang dari kecik, mak mertua cakap.
Bila puasa, mesti nak pergi bazar. Masa mengandungkan QaÃd, kitaorang suka pergi bazar yang berlainan. Kejap pergi yang dekat area rumah, kejap pergi area KL, kejap pergi area Shah Alam, sampai Gombak pun ada. Padahal masa tu duduk Kota Damansara. Redah naik motor even pregnant. hehe. Tapi Arwah marah betul kalau pergi bazar sekejap je, sebab dia kata tak sempat nak pilih makanan. Masa mengandung time puasa ni, IQ cerewet sikit. Jalan sikit dah nak pitam, berdiri lama sikit dah pusing kepala. Gatai nak pergi bazar jugak..haha!
Bila dah ada Qa'id, pergi bazar yang paling dekat dengan rumah je. Jalan kaki je. Lepas ambik QaÃd, terus bertiga pergi bazar. Menu paling best dan jadi pilihan kitaorang adalah Daging kambing masak grill bersama sos black pepper. Yang tu dari zaman IQ mengandung sampai la IQ dah beranak, memang IQ cari kambing black pepper tu je. Arwah la yang ajar IQ makan kambing, sebelum tu IQ jarang makan kambing. Bila Arwah dah tak ada ni, siapa la nak layan IQ makan kambing black pepper lagi bulan2 puasa ni. Anyhow, sejak Arwah dah tak ada, IQ jadi pening plak makan kambing, fuhhh...bahaya betul! High blood pressure kah?? jangan!!
Kenangan Arwah ada di mana-mana. Masa IQ balik ke rumah mak mertua IQ ni pun, sentiasa nama Arwah disebut-sebut. Buat hilang rindu. Dorang cakap Arwah akan jaga bahagian air, sebab Arwah kalau buat air memang sedap. So, Arwah akan jaga tong air untuk sesiapa yang nak air masa berbuka. Bayangkanlah Arwah anak sulung dari 8 orang adik beradik. Memang la meriah jadinya. Sayu Arwah tak ada kali ni.
Adik Arwah no.7 pernah cakap pada IQ masa Arwah baru disemadikan,"Along dah tak ada, kak long la jadi along kitaorang sekarang" IQ tak nafikan, untuk IQ adapt dengan family mertua IQ ni memang mencabar. Sebelum ni IQ rasa hidup sebagai menantu, tapi sekarang IQ rasa IQ macam anak dan adik beradik dorang sendiri. Even bukan betul-betul. Harap IQ akan terus bersama dorang walau apa pun terjadi. Insya-Allah.
Sekian coretan 3 Ramadhan. Wassalam.
32 Comments
xpe IQ, suami IQ dan mak akk ada di tempat yg lebih baik, sama lah kita tahun ni sambut ramdhan tanpa org tersayang, tak sangka raya tahun lepas adalah raya yg terakhir dgn mak, nasib adik ipar IQ duduk dekat2, ada jugk org tgokkan si kecik comel #qaid kan..
ReplyDeleteAlfatihah untk arwah suami IQ & mak akk..amin
Al-Fatihah buat mak akak, Arwah ummi IQ pun tahun lepas jugak pergi, tapi awal tahun, dalam setahun dua orang pergi. hurmmm
Deletetu la, rezeki masing2 duduk dekat
Allhuakhbar... tersentuh nya baca catata IQ. kuat IQ menulis tentang arwah. azni baca pun terasa ikut uolls punya cerita. bila arwah meninggal IQ? kadang bila kita menulis dapat bantu ingat kenangan kita dengan dia kan.. heheh tambak cam azni dah 40an.. hahaha makin lupo....
ReplyDeletemoga IQ terus tabah yer... b strong kay....
Arwah meninggal bulan 8 tahun lepas, lagi sebulan anak IQ nak genap setahun masa tu...InsyaAllah IQ kuat..
Deletesemoga IQ sabar ya .. semoga arwah suami tenang disana dan ditempatkan disisi orang beriman .
ReplyDeleteInsyaAllah, Amiin2..mudah2an
DeleteAl fatihah buat arwah suami IQ... Walaupun arwah dah tiada silaturahim dengan keluarga arwah tetap terjalin. Apa lagi Qaid cucu satu-satunya pewaris arwah. Semuga tetap tabah menjalani kehidupan mendatang. Salam Ramadan.
ReplyDeleteInsyaAllah kak, tak kan terlupa hubungan tu.
DeleteInsyaAllah...salam Ramadhan juga kak
One thing yang Anis kagum dgn akak, akak kuat nak tulis pasal semua kenangan ni.. You're such a strong woman.. Salam Ramadan kak.. :)
ReplyDeletekuat kuat macam tu la, taip entry ni banjir jugak la ofis ni, haha!!,
DeleteSalam ramadhan dik. =)
Semoga terus bersabar ya IQ, nak tulis segala kenangan ni pun bukan mudah. Bertakung juga air mata. Semoga terus kuat dan selamat menyambut Ramadhan :)
ReplyDeletehaha, u feel me dik, tahu2 je la air mata da mengalir macam empangan pecah, cover je ni depan ofismate..haha!
DeleteSelamat menyambut Ramadhan juga!
Al fatihah buat arwah suami Iq..smoga akak terus kuat dan tabah.. 😘
ReplyDeleteTerima kasih migha, InsyaAllah =)
DeleteTerus kuat sis ! Semoga Allah tambah kekuatan untuk hari mendatang . Salam ramadhan :)
ReplyDeleteInsyaAllah...salam Ramadhan juga!
DeleteAkak pulak yang sedih baca coretan IQ ni... Al Fatihah utk suami IQ..
ReplyDeletejangan sedih2 kak, IQ ok je..
DeleteAmiin....
Al -Fatihah untuk arwah suami IQ.. Semoga tabah dgn hari2 yg mendatang
ReplyDeleteterima kasih. InsyaAllah.. =)
DeleteAl-Fatihah buat mereka.. Semoga dtempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa.. Yanie pun tahun ni berpuasa tanpa Abah disisi.. tapi tetap berada dihati yanie..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat abah yanie. Memang, tetap berada di hati...=)
DeleteAl-Fatihah.. mula2 puasa mmg terasa sangat.. samalah mcm Eyda kehilangan arwah mak 14 thn lalu... sedihnya terasa.. semoga mereka semua aman di sana
ReplyDeletehuhu, kan? terasa sangat sebenarnya, sebab IQ sendiri dah hilang ummi dan suami..huhu...
DeleteAmiin, mudah2an
Al-Fatihah untuk arwah suami IQ . InsyaAllah arwah berada ditempat terbaik disisiNYA .. Semoga IQ dan Qa'id terus kuat harungi hari-hari mendatang .
ReplyDeleteSalam kenal dari Kakfiza :') www.fizazainy.com (KBBA9)
terima kasih kak fiza, Amiin, mudah2an Allah makbul doa kak fiza. Salam kenal juga!
DeleteAlfatihah untuk suami IQ...subhanaAllah maha suci Allah...hanya Allah yg tahu perasaan IQ lalui...juju doakan semoga IQ kuat dan terus berdoa untuk arwah suami tersayang. Aminnnn
ReplyDeleteAmiin, terima kasih kak juju. huhu, harap2nye macam tu...Amiin
DeleteBertabahlah.
ReplyDeleteInsyaAllah
Deletetakziah IQ..semoga tabah dan semoga roh suami IQ ditempatkan dikalangan org2 yg beriman
ReplyDeleteInsyaAllah Amiin
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)