Advertisement

Responsive Advertisement

Ramadhan Pertama Tanpa Arwah Suami Dan Kenangannya

Salam 3 Ramadhan buat semua umat Islam seluruh dunia.

Dah masuk Ramadhan ke-3 baru la IQ berkesempatan nak menaip. 1st Ramadhan of course la hari cuti, masa terluang untuk menaip memang out bila aktiviti bersama family. 

IQ sambut Ramadhan di Melaka, rumah mak mertua IQ. Malam sebelum puasa, lepas tarawikh bertolak balik. 3.30 pagi baru sampai rumah mak! Penat dia usah cerita, si Qaíd bila dah sampai rumah opah dia, segar bugar mata dia, sorry ed. Ibu dah ting tong. 3 kali tukar driver. 1st adik ipar no.2..lepas tu IQ drive. Dah nak sampai ayer keroh, dah pinau mata. Tukar driver, adik ipar no.4 plak take over. Untung masing2 duduk dekat2, memang kalau balik Melaka memang balik sekali. Sejak Arwah ada dulu lagi, kalau nak balik rumah mak mesti roger sesape yang nak ikut balik. Jarang la kereta kitaorang tak kosong masa tu, mesti ada penumpang ikut sekali. Bukan 'penumpang'tu ek..bukan bukan...haha!

Pagi 1 Ramadhan IQ berkesempatan melawat kubur Arwah. Jadi kebiasaan, balik rumah mak mertua mesti nak singgah kubur Arwah, biarpun sekejap. Al-Fatihah buat kesayangan IQ yang dah pergi tinggalkan IQ. Sedih? Pilu? Penat dah nangis. Toksah tanya, lagi laju air mata IQ kang dibuatnya.
Ramadhan Pertama Tanpa Arwah Suami
Al-Fatihah Abang Sayang
Tahun lepas, IQ beraya di Melaka, tahun ni IQ akan beraya di Terengganu. So, puasa first mesti dekat Melaka. Gilir2. Tapi tak tahu la sistem gilir ni perlu ke tak lagi. Rasa macam perlu sebab Qaíd masih punya atok dan opah dia. Apatah lagi dia sorang je cucu atok dan opah dia setakat ni. Yer, cucu sulung. Memang cucu kesayangan. Pak ngah dia pun baru nak kahwin tahun depan, lambat lagi atok opah nak timang cucu lagi.

Bila Ramadhan dah tiba, rasa macam tak percaya. Sebab kali ni sambut sorang-sorang. Siapa sangka Ramadhan yang lepas Ramadhan terakhir buat Arwah, dan Ramadhan terakhir kami bersama. Kenangan Ramadhan memang tak pernah IQ lupa, saat IQ first time mengandung, dan perlukan tenaga seharian untuk berpuasa. Arwah memang seorang yang sangat caring akan siapkan segala makanan untuk IQ makan. Biasalah bila mengandung ni, malas dia jadi 999% kali ganda. haha! kan? Orang perempuan tahu la kalau bila mengandung mesti jadi macam tu. Arwah la banyak sediakan makan dan minum. Rajin dia memang dari kecik, mak mertua cakap.

Bila puasa, mesti nak pergi bazar. Masa mengandungkan Qaíd, kitaorang suka pergi bazar yang berlainan. Kejap pergi yang dekat area rumah, kejap pergi area KL, kejap pergi area Shah Alam, sampai Gombak pun ada. Padahal masa tu duduk Kota Damansara. Redah naik motor even pregnant. hehe. Tapi Arwah marah betul kalau pergi bazar sekejap je, sebab dia kata tak sempat nak pilih makanan. Masa mengandung time puasa ni, IQ cerewet sikit. Jalan sikit dah nak pitam, berdiri lama sikit dah pusing kepala. Gatai nak pergi bazar jugak..haha!

Bila dah ada Qa'id, pergi bazar yang paling dekat dengan rumah je. Jalan kaki je. Lepas ambik Qaíd, terus bertiga pergi bazar. Menu paling best dan jadi pilihan kitaorang adalah Daging kambing masak grill bersama sos black pepper. Yang tu dari zaman IQ mengandung sampai la IQ dah beranak, memang IQ cari kambing black pepper tu je. Arwah la yang ajar IQ makan kambing, sebelum tu IQ jarang makan kambing. Bila Arwah dah tak ada ni, siapa la nak layan IQ makan kambing black pepper lagi bulan2 puasa ni. Anyhow, sejak Arwah dah tak ada, IQ jadi pening plak makan kambing, fuhhh...bahaya betul! High blood pressure kah?? jangan!!

Kenangan Arwah ada di mana-mana. Masa IQ balik ke rumah mak mertua IQ ni pun, sentiasa nama Arwah disebut-sebut. Buat hilang rindu. Dorang cakap Arwah akan jaga bahagian air, sebab Arwah kalau buat air memang sedap. So, Arwah akan jaga tong air untuk sesiapa yang nak air masa berbuka. Bayangkanlah Arwah anak sulung dari 8 orang adik beradik. Memang la meriah jadinya. Sayu Arwah tak ada kali ni. 

Adik Arwah no.7 pernah cakap pada IQ masa Arwah baru disemadikan,"Along dah tak ada, kak long la jadi along kitaorang sekarang" IQ tak nafikan, untuk IQ adapt dengan family mertua IQ ni memang mencabar. Sebelum ni IQ rasa hidup sebagai menantu, tapi sekarang IQ rasa IQ macam anak dan adik beradik dorang sendiri. Even bukan betul-betul. Harap IQ akan terus bersama dorang walau apa pun terjadi. Insya-Allah.

Sekian coretan 3 Ramadhan. Wassalam.

Post a Comment

32 Comments

  1. xpe IQ, suami IQ dan mak akk ada di tempat yg lebih baik, sama lah kita tahun ni sambut ramdhan tanpa org tersayang, tak sangka raya tahun lepas adalah raya yg terakhir dgn mak, nasib adik ipar IQ duduk dekat2, ada jugk org tgokkan si kecik comel #qaid kan..
    Alfatihah untk arwah suami IQ & mak akk..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah buat mak akak, Arwah ummi IQ pun tahun lepas jugak pergi, tapi awal tahun, dalam setahun dua orang pergi. hurmmm

      tu la, rezeki masing2 duduk dekat

      Delete
  2. Allhuakhbar... tersentuh nya baca catata IQ. kuat IQ menulis tentang arwah. azni baca pun terasa ikut uolls punya cerita. bila arwah meninggal IQ? kadang bila kita menulis dapat bantu ingat kenangan kita dengan dia kan.. heheh tambak cam azni dah 40an.. hahaha makin lupo....
    moga IQ terus tabah yer... b strong kay....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah meninggal bulan 8 tahun lepas, lagi sebulan anak IQ nak genap setahun masa tu...InsyaAllah IQ kuat..

      Delete
  3. semoga IQ sabar ya .. semoga arwah suami tenang disana dan ditempatkan disisi orang beriman .

    ReplyDelete
  4. Al fatihah buat arwah suami IQ... Walaupun arwah dah tiada silaturahim dengan keluarga arwah tetap terjalin. Apa lagi Qaid cucu satu-satunya pewaris arwah. Semuga tetap tabah menjalani kehidupan mendatang. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak, tak kan terlupa hubungan tu.

      InsyaAllah...salam Ramadhan juga kak

      Delete
  5. One thing yang Anis kagum dgn akak, akak kuat nak tulis pasal semua kenangan ni.. You're such a strong woman.. Salam Ramadan kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat kuat macam tu la, taip entry ni banjir jugak la ofis ni, haha!!,

      Salam ramadhan dik. =)

      Delete
  6. Semoga terus bersabar ya IQ, nak tulis segala kenangan ni pun bukan mudah. Bertakung juga air mata. Semoga terus kuat dan selamat menyambut Ramadhan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, u feel me dik, tahu2 je la air mata da mengalir macam empangan pecah, cover je ni depan ofismate..haha!

      Selamat menyambut Ramadhan juga!

      Delete
  7. Al fatihah buat arwah suami Iq..smoga akak terus kuat dan tabah.. 😘

    ReplyDelete
  8. Terus kuat sis ! Semoga Allah tambah kekuatan untuk hari mendatang . Salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  9. Akak pulak yang sedih baca coretan IQ ni... Al Fatihah utk suami IQ..

    ReplyDelete
  10. Al -Fatihah untuk arwah suami IQ.. Semoga tabah dgn hari2 yg mendatang

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah buat mereka.. Semoga dtempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa.. Yanie pun tahun ni berpuasa tanpa Abah disisi.. tapi tetap berada dihati yanie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah buat abah yanie. Memang, tetap berada di hati...=)

      Delete
  12. Al-Fatihah.. mula2 puasa mmg terasa sangat.. samalah mcm Eyda kehilangan arwah mak 14 thn lalu... sedihnya terasa.. semoga mereka semua aman di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, kan? terasa sangat sebenarnya, sebab IQ sendiri dah hilang ummi dan suami..huhu...

      Amiin, mudah2an

      Delete
  13. Al-Fatihah untuk arwah suami IQ . InsyaAllah arwah berada ditempat terbaik disisiNYA .. Semoga IQ dan Qa'id terus kuat harungi hari-hari mendatang .

    Salam kenal dari Kakfiza :') www.fizazainy.com (KBBA9)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak fiza, Amiin, mudah2an Allah makbul doa kak fiza. Salam kenal juga!

      Delete
  14. Alfatihah untuk suami IQ...subhanaAllah maha suci Allah...hanya Allah yg tahu perasaan IQ lalui...juju doakan semoga IQ kuat dan terus berdoa untuk arwah suami tersayang. Aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, terima kasih kak juju. huhu, harap2nye macam tu...Amiin

      Delete
  15. takziah IQ..semoga tabah dan semoga roh suami IQ ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)