Advertisement

Responsive Advertisement

Antivirus Untuk Elakkan Virus Ransom.ware Dan Tips Pencegahan Virus Komputer

Salam semua!

Semalam IQ nak buat entry pasal hari guru. Tapi tetiba ada ofismate datang meja IQ sebab nak tolong IQ setelkan masalah software dalam komputer kerja IQ ni. Tengah2 nak setel masalah, tetiba dia cakap. "Wahhh...too many virus in your pc!" Macam mana dia tahu? sebab ada satu software yang IQ install dalam komputer IQ ni sebenarnya adalah penyebar virus Malware!!!!
Penyelamat Komputer IQ 
Then, bermula episod menghapuskan virus-virus yang IQ ternak dalam komputer IQ ni. Ofismate IQ sambil duk godek cari antivirus untuk hapuskan virus dalam komputer IQ ni, dia duk bebel pasal IQ banyak online shopping la, tengok live streaming la, dan yang tak boleh blah dia cakap IQ pernah tengok P*RN!! oh mai...padahal semua virus tu akan link kepada benda2 macam tu..erkk..anyway, ada la sekali IQ terclick Ads dekat online shopping mana ntah, terkeluar la gambar P*RN tu! IQ memang terus klik pangkah ok. Tak dernya nak tatap benda macam tu. Kat ofis plak tu...mintak simpang jauh2!

Komputer kerja IQ rupanya dah kritikal sebab masa fasa akhir nak setel hapuskan virus2 ni, tetiba keluar report nama-nama virus yang menyerang komputer IQ ni. And virus yang tengah femes dekat dunia sekarang dah ada dalam komputer IQ ok!! virus apa? Virus RANSOM.WARE!! Tapi bukan Wanna.Cry tu la...huhu. Virus ni muncul dari software ANTIVIRUS yang sebenarnya adalah VIRUS itu sendiri. Software yang dimaksudkan adalah software Bytefence!. 
Ransom.ware dalam komputer IQ!!
Bytefence ni dah distribute virus Malware dalam komputer IQ dan muncul sebagai Browser Chromium. IQ memang tak pakai browser Chromium ni sampai la satu saat Chromium ni dah hack Chrome yang IQ selalu IQ guna tu. IQ fikir Chrome yang IQ guna tu selamat digunakan, tapi rupanya virus!! Chromium ni akan mencatat segala data yang kita taip melaluinya. So, bila IQ guna Chromium yang muncul sebagai Chrome ni, jadi...segala data yang IQ buat dah jadi tak selamat. huhu.

Sedih sangat. Semalam satu hari jugak la proses nak setelkan virus-virus ni. Sebelah petang IQ pergi meeting di site. Balik dari meeting still sambung scan virus lagi. Terima kasih sangat dekat ofismate IQ yang boleh dikatakan memang power bab2 IT ni sebab dah setelkan masalah komputer IQ ni. Komputer ni memang komputer pejabat. Cuma kadang-kadang terbuat macam komputer sendiri sebab IQ tak ada personal laptop. huhu.

Ofismate IQ ada suggest antivirus yang sesuai untuk hapuskan virus-virus durjana ini. 

1) CCleaner - Wajib ada dalam komputer. Lakukan pembersihan PC seminggu sekali atau sebulan sekali. Pembersihan kerap tak jamin untuk hapuskan semua virus tapi pencegahan itu perlu!

2) Malwarebyte - Yang ni antivirus yang boleh mengesan Malware dan hapuskan Malware yang bermaharajalela dalam PC korang tu. Boleh maintainkan dalam PC jugak untuk pembersihan Malware mengikut jadual seperti CCleaner.

3) Hitman Pro - Antivirus ni paling kuat. Ofismate IQ cakap AV ni akan remove SEGALA files yang dikhuatiri ada virus. So, agak2 hilang file lepas guna Hitman Pro ni boleh tahu la file yang korang cari tu ada virus sebenarnya. Hitman Pro ni power sangat tapi ofismate IQ cadangkan guna sekali sahaja in case jadi macam kes IQ ni. One time use sahaja. Tak perlu ada jadual berkala untuk pembersihan virus sebab dah ada agent cleaner dekat atas ni. Lepas guna, tak perlu uninstall sebab dia memang guna untuk one time only (based kepada choice masa korang nak install). Seperti IQ cakap di atas kan, antivirus itu juga kadang-kadang pembawa virus!

4) Norton Power Eraser (NPE) - Yang ni pun power macam Hitman Pro sebab NPE ni akan scan detail punya file. Sekecik2 file pun dia akan detect dan delete file yang ada virus. Penggunaan dia sama seperti Hitman Pro. Just use one time basis. Tapi yang ni tak ada option masa korang nak install. Memang hanya guna sekali sahaja. Dan guna masa perlu sahaja. 

Antivirus untuk elakkan virus ransom.ware
Tips pencegahan dari virus masuk ke dalam PC/laptop anda:

1) Jangan klik ads dalam mana-mana web shopping online. Sebab Ads yang muncul di situ belum tentu selamat untuk dibeli.

2) Bila install software dalam komputer, pastikan software itu original dari web asalnya. Jangan download software yang illegal. sebab ni adalah punca kenapa banyak software sampingan yang TERinstall tanpa sengaja.

3) Jangan klik mana-mana link yang mencurigakan. Banyak link yang boleh menyebarkan virus secara langsung dan semestinya elakkan pada peringkat awal. Jika terklik, try untuk patah balik dan close link dan buat pembersihan virus guna Antivirus yang IQ suggest di atas.

4) Install juga Ads Block Pro di Extension Browser Chrome bagi pengguna Chrome. Ini mengelakkan Ads muncul dalam Browser anda. Bagi blogger macam IQ, benda ni sangat tak praktik sebab blogger ada yang menggunakan blog sebagai medan pengiklanan tapi terpaksa juga IQ buat sebab untuk elakkan virus yang sedang hebat menular sekarang ni.
Ads Block Pro
Ni hanya sebahagian info yang IQ terima direct daripada ofismate IQ dan IQ rasa amat berguna untuk IQ sebarkan memandangkan dunia kita sekarang telah mengalami masalah virus yang sedang serius menular. Harap kita semua bebas daripada perkara-perkara yang tidak diingini seperti ini. Amiin.

Till then, bai!

Post a Comment

17 Comments

  1. Komputer opis kena pasang antivirus IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pasang tapi antivirus tu pun sendiri pembawa virus. Tak ada antivirus yang berkesan melainkan hanya pencegahan sementara.

      Delete
  2. Dalam banyak2 tu, anis ada cc cleaner je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh install malwarebyte, bagus guna yg tu

      Delete
  3. tak sempat nk scan pc ofis lg sbb ptg td ke site..huhu... takut betul virus ni.. sampai havoc 1 dunia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, IQ memang nak jaga pc ofis ni sbb ni je la komputer sementara yg IQ ad..huhu

      Delete
  4. Paling tak suka bila dalam komputer ada virus macam ni. Nanti tak pasal pasal habis semua benda dalam komputer hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebab kena berjaga2 dari awal, IQ yang kena ni pun konon da pakai perisai, rupanya kena jugak

      Delete
  5. ada ccleaner je dalam laptop. antivirus langsung tak pakai. terasa berat la kalau pakai. tu yg malas. tapi hari tu dah teruk sangat sampai ada software terinstall sendiri, baru pasang malwarbyte. settle semua. susah sangat. format je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, haaa...tu la gayanya, memang kalau dah malas pikir ape memang format je la jalan terakhir..huhhu

      Delete
  6. perkongsian yang baik....baru tau mengenai chromium tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ pun baru tahu daripada ofismate. Chromium tu adalah malware. rupanya hari2 malware ternak dalam komputer IQ ni rupanya. huhu

      Delete
  7. Kalau utk hp ssuai pkai antivirus ape lak. Huu. Risau plak lagi2 isu virus skrg ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malwarebyte pun ada apps, boleh install dalam hp, IQ da install dah

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)