Salam semua. 

Secara rasminya IQ telah menjoinkan diri untuk membusykan diri...haha...ape punya ayat ni...tengah mamai ni..tadi masa otw IQ balik dah langgar palang tol. Berangan punya pasal. Haha! So...short circut lagi memory IQ. Adehh... 

Hari ni IQ menerima jemputan untuk join Kelab Blogger Femes seabad di Malaysia. Terima kasih kepada Encik Ben Ashaari kerana mempelawa blogger picisan macam IQ ni join kelab blogger yang sangat dikenali di kalangan blogger2. 

Da lama IQ nak join KBBA tapi yelah, rasa macam tak layak. Hehe...sebab IQ pun just buat blog untuk personal update IQ. Tapi ternyata sangkaan IQ meleset...haha! Riak ke ni?

Maaf kepada rakan rakan blogger yang lain yang masih IQ belum kunjung blognya. IQ kesibukan sekarang, projek baru nak start, boss pun mula nak arah itu ini. Tadi meeting pun duduk sebelah boss, tak sempat nak blogwalking time meeting. Haha!

Esok plak IQ cuti. Ada urusan di mahkamah syariah isu faraid. So, IQ lagi tak dapat nak BW sebab yelah, IQ memang tak ada personal laptop, bergantung sepenuhnya pada hp dan juga komputer pejabat. Huhu...mana tahu lepas ni rezeki beli laptop kan? Mana nak tahu kan....

Ok la. Till then, dan salam perkenalan buat rakan2 blogger sekalian.  