Salam hari isnin.

Betul2 monday blues IQ hari ni, rasa penat sangat nak bangun, hari ni puasa tapi tak sempat nak sahur, aim bangun pukul 5 pagi tapi terjaga pukul 6 pagi!! Si kecik merengek nak susu lambat, pukul 6 baru nak susu, selalunya pukul 5 dah merengek. Penat sangat badan, sebab dua tiga hari ni tidur lewat tengok drama korea, haha! sendiri buat, sendiri mau ingat, nasib la badan jadi lemau...tapi puasa tetap puasa hari ni, sebab dah niat sebelum tidur...so, teruskan aje laa..

hari tu IQ ada cakap nak share gambar photobook yang IQ buat dan order. IQ beli kupon dia dekat LAZADA, satu photobook saiz 6'x 6' 48 pages hanya RM4.90!!! murah kan?? serius murah! sebab LAZADA tengah buat sale sekarang ni, rugi kalau tak grab, tapi lepas IQ beli yg RM4.90 harga dia dah naik seringgit, jadi RM5.90. Tapi bear in mind, photobook sahaja Rm4.90, cas penghantaran daripada pihak Pixajoy berlainan harga...around Rm8.00++ sekali GST...tapi bagi IQ reasonable la, sebab 48 pages, jenuh jugak nak edit...

IQ beli kupon hari jumaat dua minggu lepas, lepas tu dapat no.kupon hari isnin minggu seterusnya. Hari isnin tu jugak IQ edit gambar semua dan hantar dekat pihak Pixajoy. IQ tak edit beriya sangat, gambar lahir Qaíd pun lupa nak letak tarikh lahirnya...adehhh...nak cepat punya pasal, semua lupa!

So, hantar hari isnin, hari khamis da dapat!! Cepat kan?? Serius cepat, selalunya printing ambik masa tapi cepat pulak sampainya. hasilnya memang terbaik! kualiti gambar dan material yang digunakan memang bagus, warna pun cantik, tapi mesti diingat, kena edit gambar bagi cerah dan jelas kalau nak hasil yang memuaskan, bukan letak gambar lepas tu setel, tak ada istilah macam tu, just edit gambar bagi enhance, so, gambar akan jadi lebih baik..

Meh kita tengok sikit2, IQ tak tunjuk semua helai la...sebahagian je IQ tunjuk ok?

Gambar Kami dan juga gambar Qaíd masa lahir
IQ banyak letak gambar Qaíd dan Arwah Suami dulu untuk muka surat depan2 ni, last2 baru ada banyak gambar Qaíd dengan IQ, ikut turutan...
Letak jugak gambar berdua dengan Arwah...dan juga gambar Qaíd yang terkini..
Masa IQ buat photobook ni serius menitis air mata. Dan photobook ni sampai pun IQ menangis lagi, siap jua akhirnya...dah lama IQ nak buat, sejak Arwah ada lagi tapi selalu tak sempat dan tak ada masa...

Abang
Qaíd dah besar, dah makin panjang akalnya, dah makin nakal perangainya, kalau abang ada, mesti seronok dan bising rumah kita dibuatnya, Qaíd baik-baik jer bang...sayang tahu dia rindu abang...dia rindu nak main dengan abang...dia rindu pelukan kasih ayahnya...sebab dia tahu ayahnya sangat sayang pada dia...

Al-Fatihah..