Advertisement

Responsive Advertisement

Qa'id Demam Panas + Eczema + Campak??

Salam semua.

Seminggu jugak IQ tak update kan? Apa yang dah jadi? fehhhh, seminggu ni IQ melayan Qaíd je sebab Qaíd kena demam panas. Secara tiba2! Nanti IQ cerita satu persatu..

Hari rabu lepas (8/2/2017) pukul 3.45 petang IQ dapat call daripada pengasuh, katanya Qaíd demam panas, dengar suara Qaíd dekat belakang menangis merengek...sah, memang demam la tu, IQ mintak kebenaran dengan boss balik awal, dan terus shoot balik rumah...dalam hati risaunya Allah je la tahu, terbayang Arwah masa demam panas sebelum Arwah pergi dulu....IQ jadi lebih risau bila kawasan rumah adalah kawasan denggi, ada 16 kes denggi dekat kawasan rumah...risau tu bertambah2..

Sampai rumah, terus ambik anak dekat rumah pengasuh. Badan dia memang panas, kebetulan dah call adik ipar suruh ikut sekali pergi klinik...selalu pergi klinik pakar kanak2, tapi tutup plak..then pergi satu hospital wanita dan kanak-kanak di wangsamaju tu tak terima plak, sebab consultation untuk kanak-kanak start pukul 6 petang...last2 pergi poliklinik sekitar tu jugak...

Doktor masuk ubat demam ikut buntut, sebab panas sangat. Tekak merah...habis consultation dengan doktor, balik rumah, bagi ubat antibiotik semua...then bermula la demam tak kebah2 dia.....5 hari demam, kejap on off, kejap tak off langsung...memang tak lena tidur kalau anak demam ni, kadang2 tertidur pun, boleh terjaga balik sebab terasa kulit dia panas, risau kena sawan tarik yang popular di kalangan anak-anak kecil kalau demam panas, memang tuam badan dia kaw kaw..

plan nak pergi hospital panel, tapi last2 pergi klinik kesihatan, untuk cek darah Qaíd, tengok keputusan darah, tak ada yang membimbangkan, tak ada simptom denggi, lega sikit...tapi badan dia tetap panas on off...huhu...balik melaka, Qaíd ok sket demamnya, tapi tetap demam....ruam + eczema dah start naik masa ni...merah habis badan dia...bintik2 kecik semua ada...tapi masih tak der sampai kaki dan tangan..

pergi klinik lagi, buat consultation dengan doktor, doktor cakap, eczema dekat muka sahaja, yang selebihnya adalah radang panas, kesan demam panas mungkin, tapi kena ambik darah sebab masa tu dah hari kelima Qaíd demam, takut denggi....kena ambik dekat hospital sebab dekat klinik tu tak ada mesin cek darah...IQ pilih pergi hospital pantai melaka, sebab cepat sikit...pergi sana, lain plak consultation doktor dekat sana, dikatanya semua merah2 dekat badan Qaíd tu eczema...pening dah....keputusan darah cantik, tak ada denggi....

balik kL, hari isnin, selasa dan rabu (semalam)..IQ ambik unpaid leave, IQ nak jaga Qaíd sampai dia betul2 sihat...mak mertua IQ ada cakap Qaíd kena campak jugak sebab naik bintik2 merah...so, cari air kelapa untuk Qaíd minum...demam Qaíd beransur kebah bila dah balik KL tu, cuma naik eczema + campak dekat tangan sahaj lepas tu..letak krim ikut jadual apa semua..Alhamdulillah Qaíd makin pulih....

Eczema teruk di muka, badan...
Di bahagian perut...kulit jadi kasar

ni bahagian peha, eczema + campak
bila anak tak sihat ni memang pening kepala, tapi bagi pengalaman baru tentang anak, untuk kita kenal anak kita macam mana, alahan dia, apa yang dia boleh makan atau tak...
tu la, akhirnya IQ mula bekerja balik hari ni....tapi hati tak tenang sangat sebab Qaíd pun still merengek, badan baru nak sihat mungkin..huhu..

ok la, sekian sahaja cerita pasal Qaíd...till then, bai..

ni gambar semalam, dah bertambah sihat, merah di pipi makin berkurang..harap anak ibu bertambah sihat..

Post a Comment

7 Comments

  1. Sedih berganda kakak bila baca macam ini IQ
    IQ kena harungi sendirian
    Tapi syukur juga mak/adik memberi kerjasama yg baik.
    Moga Qaid cepat sembuh ye sayang - bagi ibu senang hati nak pergi cari rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua risau keadaan Qaíd masa tu,

      Amiin, mudah2an xada apa yang berlaku lepas ni..huhu

      Delete
  2. alhamdulillah qaid dah sehat..

    memang risau kalau anak demam nie kan kak.. ecad pun baru baik demam.. sebelum nie demam 5 hari on off.. huhu..

    mase ecad 3 bulan pun die penah demam panas sampai naik bintik-bintik merah kat badan, kena amek darah.. time tu nak nangis rase sebab tengok die nangis bile kena amek darah.. huhu

    ReplyDelete
  3. Kesiannya, tengok muka qaid tu pun dah rasa sakit. Semoga cepat sembuh ya.
    btw saya singgah dan follow blog akak ya.
    Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    http://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... dah makin sembuh. semoga sembuh sepenuhnya. ;)

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)