Wednesday, May 27, 2015

Puasa Ganti.

May 27, 2015 3
Puasa Ganti.

Bulan Ramadhan dah tak lama, mula la terkial-kial nak ganti puasa. Tambah pulak ada si kecil dalam perut. Mencabar jugak puasa ganti kali ni.

Masa bulan Rejab lepas, mak mertua ada bagi amanat kepada anak2 menantunya di group whatsapp menggunakan voice note yang berbunyi,

Mak mertuaku: Esok da bulan rejab. Disunatkan berpuasalah kepada yang mampu. Ambik keberkatan bulan Rejab ni. Dan kepada mak buyung (IQ la tu), kalau nak puasa, puasalah. Dapat sehari dalam sebulan pun jadilah. *wink sket

Macam pengumuman puasa lak mak mertuaku itu. Haha.

Niat memang nak puasa esoknya. Sebab nak puasa ganti kan. Dan berpuasalah IQ dan suami hari pertama bulan Rejab. Sampai waktu berbuka, akhirnya lemau longlai. Tak der tenaga. Makan sikit terus balik rumah buang balik. Angin teruk perut. Mujur sempat berbuka. Dapat la sehari. Tapi esoknya demam....seminggu demamnya. Badan baru nak belajar puasa, dengan bawak budak lagi. Sobs..

Masin mulut mak mertua ku, memang dapat sehari je berpuasa bulan Rejab yang lepas. Ishhh ishhh ishh..

So, sambung bulan Syaaban plak. Ada lagi beberapa hari masih belum diganti. Semalam dapat lagi satu hari. Alhamdulillah. Keadaan tak der la seteruk seperti tempoh hari. Mungkin baby da faham. Baby pun dah gerak2. Cuma tengahari semalam berguling2 dalam perut, lapar agaknya. Huhu..kesian anak ibu..

Pengalaman berpuasa ketika mengandung memang mencabar. Tapi yang best, Insya-Allah dapat puasa penuh tahun ni. Yeay!

Till then. K bai.

Izyan Balqis. 2015.

Monday, May 18, 2015

Pendapat Orang.

May 18, 2015 1
Pendapat Orang.

Lately banyak sangat pendapat daripada ahkak ahkak yang prihatin kat tempat kerja IQ ni. Tak kira dari soal keadaan kerja sampai la kedudukan rumah yang jauh daripada pejabat. Semua ada pendapatnya.

Topik pertama: Kerja.

Ahkak 1: Teruk kerja kat sini yan. Baik cepat cari kerja lain. Nanti awak jugak yang menangis sebab dorang pressurekan awak dengan kerja kerja tu semua.

IQ: Nak cari kerja lain tu nak la jugak kak. Tapi kan, saya baru tukar kerja, tetiba nak tukar lagi. Kan?

Ahkak 1: Ikut awak la, jangan cakap akak tak suruh awak lak. Nanti pressure tanggung la sendiri.

*** kalau la tukar kerja tu senang macam tukar baju kan best? Alahai la ahkak.

Topik kedua: Rumah.

Ahkak 2: Yan, sewa rumah sekarang berapa?

IQ: RM*00.00. Kenapa kak?

Ahkak 2: Mahalnye, da la jauh kan? Kota damansara dengan KL tu. Jauhnye. Macam tak berbaloi je duduk jauh, sewa mahal.

IQ: Nak buat macam mana kak, dulu pikir HQ tu kat Kelana Jaya jer. Ni sampai ke KL kena transfernya.

Ahkak 2: Baik cari rumah area rumah akak tu. Banyak jer iklan rumah untuk disewa. Area kepong tu.

IQ: owh...ek...tengok la camne. Heee..

*** Kepong dengan pusat bandar KL tu tak jauh ke? Akak tu pun gerak pukul 7 lebih, sampai pukul 8 lebih jugak. Sejam jugak. Jauh jugak la tu. *of course la layan jem.

Ok la. Semua orang boleh bagi pendapat. Tapi bear in mind, bukan semua pendapat  orang, kita kena terima. Ok?

Actually, memang semua tu bermain dalam kepala IQ sampai sekarang. Tapi semuanya terbatas. IQ mengandung. Nak pindah rumah memang la tak boleh, nak tukar kerja tak selalunye boleh dapat. So, hold dulu dua perkara ni. So, senyum je la orang bagi pendapat. Heee...

Till then. Bai.

Izyan Balqis. 2015.

Monday, May 11, 2015

Lemau Hari Isnin.

May 11, 2015 0
Lemau Hari Isnin.

Pagi dah terjaga awal. Malas nak bangun. Suami pun cakap tidurlah. Awal lagi. Aku pun bermalasan nak bangun.

Teringat hari ni hari isnin, hari bekerja. Hari aku kena ngadap perangai manusia di pejabat lagi. Hari jumaat lepas cukup bagi aku tekanan dalaman. Buatkan aku sampai menangis nak melangkah kaki ke pejabat. Emosi ibu mengandung. Macam tu, asyik2 nak nangis.

Mandi, bersiap. Emosi terganggu lagi. Baju kerja habis kena warna luntur seluar purple aku. Suami lupa nak asingkan masa basuh. Dia lah tolong aku basuhkan baju sepanjang aku mengandung ni. Aku kadang sendiri tak larat nak uruskan. Dan tetiba pulak kali ni dia terlepas pandang seluar aku yang satu tu. Habis bertompok baju kerja jadinya.

Akhirnya, nangis lagi. Alahai, cengeng betul aku hari ni. Bukan apa. Kemalasan aku pergi kerja kuat sangat tapi bila difikirkan, cuti aku hanya digunakan untuk checkup baby, niat untuk cuti terus dibekukan. Demi anak. Berapa hari la agaknya yang tinggal.

Stress pasal kerja. Bukan kerja semata, tapi sikap pekerja di sini juga. Seperti aku bunuh orang tapi suami aku pesan tadi, "sayang buat salah, tapi bukan bunuh orang" aku memang buat salah, aku mengaku dengan dorang yang aku buat salah tapi.....kenapa diaorang buat aku macam aku bunuh orang?

Sakit kepala. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku nangis. Seperti si anak menangis tak mahu pergi sekolah. Dan sampai lewat. Hurmm..

Panjang pula bebelan aku. Sebab aku perlu luahkan. Serabut kepala aku, Allah je tahu. Kesiannya kat si anak. Terpaksa menghadapi ibu yang stress dengan kerja. Maafkan ibu......

Izyan Balqis. 2015.

Thursday, May 7, 2015

Scan Si Anak.

May 07, 2015 0
Scan Si Anak.

Muka dia bersinar-sinar.
Senyum meleret je sepanjang sesi scan si anak.

Selesai scan...

Suami: Agaknya la, macam ni la kot perasaan ayah masa abang lahir dulu. Rasa nak nangis...
IQ: *senyum* mungkin la kot.

First time suami tengok baby, IQ da 3 kali. Tapi sebelum ni klinik kerajaan kan, suami tak boleh masuk kalau tak ada masalah kritikal. Tu yang perasaan eksaited suami lain machiam. Bak kata doktor, anak first kan. Heee...

Moga baby sentiasa sihat..Amin.

*** Agak-agak baby boy ke girl? Cuba teka. Hehe.

Izyan Balqis. 2015.