Advertisement

Responsive Advertisement

Lemau Hari Isnin.

Pagi dah terjaga awal. Malas nak bangun. Suami pun cakap tidurlah. Awal lagi. Aku pun bermalasan nak bangun.

Teringat hari ni hari isnin, hari bekerja. Hari aku kena ngadap perangai manusia di pejabat lagi. Hari jumaat lepas cukup bagi aku tekanan dalaman. Buatkan aku sampai menangis nak melangkah kaki ke pejabat. Emosi ibu mengandung. Macam tu, asyik2 nak nangis.

Mandi, bersiap. Emosi terganggu lagi. Baju kerja habis kena warna luntur seluar purple aku. Suami lupa nak asingkan masa basuh. Dia lah tolong aku basuhkan baju sepanjang aku mengandung ni. Aku kadang sendiri tak larat nak uruskan. Dan tetiba pulak kali ni dia terlepas pandang seluar aku yang satu tu. Habis bertompok baju kerja jadinya.

Akhirnya, nangis lagi. Alahai, cengeng betul aku hari ni. Bukan apa. Kemalasan aku pergi kerja kuat sangat tapi bila difikirkan, cuti aku hanya digunakan untuk checkup baby, niat untuk cuti terus dibekukan. Demi anak. Berapa hari la agaknya yang tinggal.

Stress pasal kerja. Bukan kerja semata, tapi sikap pekerja di sini juga. Seperti aku bunuh orang tapi suami aku pesan tadi, "sayang buat salah, tapi bukan bunuh orang" aku memang buat salah, aku mengaku dengan dorang yang aku buat salah tapi.....kenapa diaorang buat aku macam aku bunuh orang?

Sakit kepala. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku nangis. Seperti si anak menangis tak mahu pergi sekolah. Dan sampai lewat. Hurmm..

Panjang pula bebelan aku. Sebab aku perlu luahkan. Serabut kepala aku, Allah je tahu. Kesiannya kat si anak. Terpaksa menghadapi ibu yang stress dengan kerja. Maafkan ibu......

Izyan Balqis. 2015.

Post a Comment

0 Comments