
Friday, January 23, 2015
Persepsi dan Tingkah Laku Kita

Monday, January 19, 2015
Perangai Memandu Orang Kita

Salam semua. Selamat hari isnin. Selamat monday blues. Bla bla bla. Penulisan kali ni di atas pengalaman sendiri dan harapnya semua terbuka. Buka hati. Sebab saya pemandu, anda yang lain juga pemandu. So, sila baca dengan rasa tenang.
Anyway, IQ gerak pergi kerja lewat sikit hari ni. Kebiasaan gerak pukul 7.00++ pagi, tapi ni pukul 8.00 pagi baru gerak. masuk kerja pun pukul 9.00 pagi kan, tapi hari ni punya malas Allah je la tahu, bermalasan nak bangun pagi. Mujur la baju dah siap gosok malam tadi.
Perjalanan IQ melalui NKVE-JALAN DUTA-JALAN ISTANA-JALAN LAPANGAN TERBANG LAMA. Tapi hari ni punya jem Ya Allah. Paling teruk yang pernah iQ alami sepanjang hampir 3 bulan ulang alik kerja, Sebelum tol Jalan Duta lagi dah jem. Nak masuk lorong tol tu beratur elok elok macam budak sekolah masuk kelas. Tapi ada pulak yang agaknya gengster sekolah, main potong barisan, yang baru sampai terus lompat pergi ke depan nak potong.
Nak potong satu hal, bagi la signal cheq oiii. Nak kata kereta mentol terbakar, kereta besar. Mustahil nak tukar mentol lampu signal pun kena tunggu hujung bulan. Main redah masuk. Orang lain pun nak cepat bang/kak. Please laa.
Satu perangai yang IQ perhati sepanjang bawak kereta di bandaraya besar ni, sesetengah pemandu kalau nampak lane sebelah laju, terus masuk lane sebelah, kalau lane tengah laju, terus masuk lane tengah. Masalahnya kan...sampai bila nak masuk sana sini tu? In case kalau ada yang tengah pecut kereta, tetiba kau masuk, tercium sama sendiri achaner?
Reti tak bersabar? Stay pada lane sedia ada, tukar lane bila betul2 lane tu tak menuju ke arah destinasi yang korang nak. Boleh tak? Ni tak, selagi boleh, diciloknya kereta yang agak2 besar koster (basmini) tu. Kadang ada jugak lori dan bas buat perangai macam ni. Alaaa, selagi namanya pemandu, yang dibawanya treler difikirkan ferrari. Biaseeee.
Yang jenis potong nak masuk lorong ikut lane yang tak sepatutnya pun ada. Pada IQ, yang jenis ni masuk sekolah memandu separuh jalan. Lorong kecemasan pun korang bantai. Kesudahannya? Bila ada jambatan ke kon merah ke, korang masuk balik lane asal, lepas tu jem balik. Betul kan? Lepas tu?
IQ selalu baca pasal pemandu Malaysia yang kurang sifat sabar dalam pemanduan. Yes. Itu benar sama sekali. Tipulah kalau kata IQ tak pernah mengamuk dalam kereta. Pernah. Tapi mengamuk mengamuk IQ tak ada la buat kerja gila potong orang sesuka hati, potong ikut lorong kecemasan. Kau jerit la sorang2 dalam kereta. Tak ada sapa nak dengar. Tapi kalau kau bertindak nak menyusahkan orang lain pulak, itu bermasalah. Bukan kau sorang je layan jem sampai berjam-jam. Bukan kau sorang je nak cepat sebab kena punch card on time. Orang lain pun sama.
Suami IQ pun kadang buat perangai yang biasa manusia buat ni. Tu sebab IQ akan ingatkan dia selalu. Biar kena basuh sikit. Tahap kesabaran manusia akan lebih teruji bila memandu kereta. Bawak motor tak heran lagi sebab boleh celah sana sini. Tapi kalau bawak kereta, yang penting adalah sabar.
Pagi tadi punya cerita tu IQ simpulkan macam situasi kat atas la. Mostly semua macam tu. IQ lewat 30 minit pergi kerja hari ni. Satu jam setengah dalam jem. Ape nak kate yop. Nasib la duduk tempat yang ramai manusia ni. Tempat tumpuan utama. Bak kata orang, tak nak layan jem, duduk dalam hutan. Haha! Tu ayat lepas diri tu. Dan tak matang. Kan?
Please. Sabar. Dan IQ pasti, orang yang sabar adalah orang yang matang. Matang dalam tindak tanduk dan percakapannya. :)
Kalau lah wujudnya kereta terbang pulak lepas ni, kapal terbang mesti menangis. Sebab selalu jem dengan ruang udara. Haha!!
Till then,
Bai!
*** IQ bukanlah jenis skema bawak kereta ke ape. IQ cuma bawak kereta seperti yang sepatutnya. Trust me, im own my father driving skill. Even im one of his girl.
Wednesday, January 14, 2015

2) VSCO Cam
Monday, January 12, 2015
Perangai Wanita #faktaatauauta

Ini bukan cerita benar. Sila abaikan entry ini jika anda fikir ini tiada logiknya.
************************************
Suatu petang yang damai, che lijah berjalan melintasi rumah che leha...
Che leha: hai che lijah, nak pergi mana tuu?
Che lijah: hai che leha oii, ni haa...saje jalan2. Eh, tahu tak anak che yam da bersalin?
Che leha: eh, yeke? Bila?
Che lijah: alaa, hari kita pergi pasor hujung tu yang kita beli ikan tenggiri dengan pak leman.
Che leha: oh yeke, da lama la yer. Jom pi melawat nak?
Che lijah: haa..jom ler..
*************************************
Paham ke tak? Kalau paham, bagus. Kalau tak paham? Ermm...camne nak bagi paham ni yer....
Ok camni, wanita akan lebih cenderung untuk mengingati apa yang dilakukannya berbanding mengingati apa yang disampaikan. Fakta atau auta?
Cheq pun tatau. Haha. Tapi lumrahnya la wanita akan cakap camtu, lebih seronok atau lebih mengundang ingatan yang lebih kuat dengan mengingati apa yang dilakukan. Betul atau tidak?
Mari kita sama-sama fikirkan.
*** IQ pun selalu buat camtu. Tu sebab munculnya topik ni. Weehuuuuuu.
Friday, January 9, 2015
Cetusan Idea Mula Menjengah

Salam semua,
Lama dah tak menitip sepatah dua kata di sini. Macam seronok pulak nak berbicara, apatah lagi bila da mula membaca kembali. Apa kaitannya? Meh sini nak habaq sket
Sekarang IQ mula membaca kembali, sebab mahu luaskan minda dengan membaca pengalaman, luahan sekian tulisan daripada sebarang penulis. Dari situ juga, IQ ada idea untuk menulis. Intipati untuk menulis menjadi lebih jelas. Penulisan pun automatik jadi lebih bagus dan matang. Tak percaya jugak? Pergi membaca sekarang! Haha!!
IQ dalam usaha menghabiskan buku Ulu Yam di Liverpool 2 ni. Hampir 3/4 buku sudah selamat dikhatamkan. Tinggal lagi 1/4 buku lagi. Penulisan Encik Nazali Noor memang terbaik. Tak sabar nak beli UYDL yang pertama, yang kedua plak yang dibeli dulu. Heee...tapi yang penting, baca-lah UYDL ni. Banyak pengajaran buat kita. Betul. Ini serius. :)
Till then...IQ tengah temankan suami IQ buat kelas dia tersendiri kat Kenny Rogers Roasters Sri Damansara ni. Melepak sampai kedai tutup. Haihhh...cikgu sampai ke malam yer awak encik suami. Ape2 pun layan je la...
Bai kawan. Next entry pulak.
*** badan dah naik. Dun say me is pregnant. Dun say that. Becoz im dont. Until now. But not tomorrow. Weheeeee.