Wednesday, August 28, 2013

#8 Lagu Itu

August 28, 2013 0
#8 Lagu Itu

setiap lagu.
ada cerita.

*diam*

bila dengar lagu-lagu lama ni
mula la nak ingat zaman hingus dulu

betapa budak-budaknya aku
betapa sempitnya pikiran aku
betapa dan betapa
segalanya

dan sekarang
kalau boleh tak nak dengar lagu lama
yang pahit kisahnya

walaupun seimbas lalu je

kisah manis tu ada
tapi biasa la
kisah pahit yang selalunya pegang takhta teratas

HAHA!

bila captainhati pasang lagu ‘tu’
sepantas mungkin aku cakap

“tukar tukar! tak nak dengar lagu nih”

tak dan nak dengar muzik pun.
kesian pulak dengan penyanyi tu kan.

-.-

Wednesday, August 21, 2013

Raya 2013

August 21, 2013 1

Assalamualaikum.

hokey. lama tak merapu meraban di blog. banyak ayat yang nak dicurahkan di sini. heh~ banyak ke? alih-alih nanti mesti sangkut tengah jalan, idea pergi ke laut, candat sotong. ok. bai

sekarang macam da tak reti nak mengarang cerita. sebab sekarang hanya mampu melihat dan tafsir. lepas tu buat ayat sepatah sepatah macam post post sebelum ni. bagi IQ, yes~ mudah, ringkas dan tepat. tak payah nak explain banyak kali. *ok, teringin nak hidup sesimple mungkin.

tujuan utama nak tunjuk gambar raya sekeping jer. heh~ nak tunjuk banyak-banyak kang menunjuk sangat. nak simple sangat kan, sekeping pun cukup.

DSC_0209

ok. sekeping jer, maaf abang long, gambar abang tak hade lak. hehe~~ diaorang da buat edition dengan gambar ni sebelum ni, tapi IQ tak berapa nak berkenan….so, IQ edit sendiri dan tayang balik..=P

ok la, staff da memanggil, esok jamuan raya tempat IQ praktikal nih. so, En.Hashim da memanggil untuk rewang. ada masa, blogging lagi. =)

see ya!

***serius serius ni, rindu nak tulis panjang-panjang lagi. =(

Wednesday, August 14, 2013

#7 Mampu

August 14, 2013 1
#7 Mampu

AKU ni
bukannya jenis berkira
ada kemampuan
aku tolong
sedaya aku
semampu aku

dengan tulang empat kerat aku ini

AKU ni
bukannya jenis berkira
ada duit
aku tolong
setakat mampu aku
setakat yang aku ada

sebut sahaja mahu apa
kalau aku mampu, aku tunaikan

TAPI

kalau kau yang gaji besar
dan kau mengungkit aku tak tolong kau
walhal
aku ni duit poket pun bapak bagi

siapa tak tolong siapa?

serius.
aku akan tolong bila aku mampu.
biarpun benda tu makan masa.

jangan perlekehkan aku
sekurangnya aku ada niat nak tolong kau.

Tuesday, August 6, 2013

#6 Raya Kita

August 06, 2013 1
#6 Raya Kita

susun jari
sepuluhnya
mohon ingat baik jahat sepanjang setahun
mohon diampunkan
khilaf diri yang tak pernah susut

selamat hari raya kawan
selamat la semuanya

jemput datang rumah
kalau ada yang sudi.

Monday, August 5, 2013

#5 Faham

August 05, 2013 1
#5 Faham

hanya orang yang ada masalah akan memahami orang yang ada masalah yang sama
dan
orang yang tak ada masalah yang sama tak akan faham sama sekali

biarpun dia cakap dia faham

*pause*

mindset

potong kaki aku, letak pada kaki kau
kau rasa macam mana sekarang?

sedap?

jadi, sila jangan buat macam kau faham
sedangkan kau tak pun

terima kasih.