Advertisement

Responsive Advertisement

Jaga Mulut. Jaga Hati.

Assalamualaikum semua.

Fuhhh..fuhhhh…afuuuuhhhh~~ ok, maap…bersawang habis muka korang IQ sembur…nak bersihkan sawang-sawang kat blog nih…da lama sangat tak cuci….nak spring cleaning pun tak sempat…al-maklum la busy melampau..bla bla bla *mengomel~

IQ sebelum ni nak tulis blog tapi bila da bukak windows live writter ni, idea terbang entah ke mana…kejap benau singgahnya…da la jarang singgah…kesian betul! ok, PRU da lepas…IQ pun sekarang dalam tempoh genting *tapi sempat nak tulis blog…writing pun tak buat laaaaagiii!!

Jaga Mulut. Jaga mulut korang bila bercakap. Hati manusia ni sensitif, kadang memang kita rasa apa yang kita cakap tu ikut cara kita, sebab kadang-kadang, kita jer rasa ok, kita jer rasa sopan…tapi bagi orang lain? mungkin orang lain tak dapat terima cara kita cakap, bahasa kita mungkin kasar sikit berbanding bahasa orang yang lain yang berhati lembut nih. so? macam mana?

pandang kiri pandang kanan. bercakap mengikut keadaan sekeliling. kalau kita berada di kalangan manusia yang berfikiran terbuka, ok…just let go with your ideas…TAPI kalau korang berada di kalangan manusia yang mindanya tertutup, dan terlampau sensitif dengan kata-kata…so, MIND YOUR WORDS…nanti tak pasal-pasal kena bash…haaa…kita gak yang panas telinga….yeah~ mungkin kita terpaksa berhadapan dengan manusia yang sifatnya ‘AKU JE YANG BETUL’ tapi ada kan cara untuk berhadapan dengan manusia sebegitu….macam mana? tengok dia, senyum~ weeee~ *gila ke ape senyum-senyum? haha!

jaga hati. hati ni sensitif. hati yang baik adalah hati yang selalu redha dengan apa yang berlaku. yeke? main tulis je kau IQ….macam ni, bila hati kita redha, kita akan terima segala apa yang berlaku seadanya. dan bila kita tak redha, apa je yang berlaku pada kita, kita akan pertikaikan…macam kita mempersoalkan takdir yang Tuhan buat untuk kita. hati yang redha boleh menjadikan hati kita tenang…dan bila hati kita tenang, perjalanan hidup kita akan lebih bermakna. tak guna ada hasad dengki dalam hati…benci orang sana sini…itu hanya akan menghitamkan dan merosakkan hati kita.

perghhh, panjang lebaq explaination kau IQ….kalah uztazah nih….fuhhh…errr…pape pun, buka hati, buka minda…da buka, jangan lupa jaga….mesti korang pelik kan kenapa IQ cakap pasal semua macam mende ni? sebaaaaabbbb…IQ da jiwa tengok feed kat facebook tu haaa…kadang main hentam je post, main hentam je tulis, main hentam je komen, dan main hentam je nak benci sesape…korang sedar tak mende tu sedang berlaku? sedar kan. korang buat? IQ tak tuduh, IQ tanya ajeeeee~ jangan salah faham sayaaaangg~~ IQ just tanyeeeee~ ade faham? tadak? ikut suka laaa.. =P

moga jumpa lagi, doakan IQ untuk saat-saat akhir di UTM ni.IQ akan doakan korang jugak. Amin.

till then.

k.bai~

Photography_Artistic_285829

***bukan senang nak tulis pepanjang macam ni, lebih-lebih lagi tengah busy ni. fuhhh..siap satu entry, Alhamdulillah. =)

Post a Comment

5 Comments

  1. betul tu IQ..kdg2 krn sepatah perkataan pun..da cukup untuk melukakan perasaan seseorang...kan..:)

    ReplyDelete
  2. Betul setuju sangat. Sebab lain orang lain ragam, ada yg open minded ada yg sensitif sangat. Kena jaga setiap perkataan. Takut2 nanti kecikkan hati orang pulak kan

    ReplyDelete
  3. rieyna~ yup, satu perkataan sje da boleh lukakan/sakitkan hati orang, klu org tu snsitif yg teramat la kan..=)

    kia~ manusia, 1001 satu perngai, macam kita...hehe

    ReplyDelete
  4. Orang memang bercakap tanpa mengira pendapat sekeliling.. Pendapat meraka adalah yang benar belaka walaupun adakalanya mereka juga hanya dengar dari orang-orang yang belum tentu kesahihannyaa..
    *ada kene mengena tak.. agak2nya.. heee..

    btw .. Good luck untuk final semester.. All the best ea.. =)

    p/s : Blog2 juga.. Assignment dan Projek jangan lupa ea.. heee

    ReplyDelete
  5. huu.busy jugakkk..tapi ape pon x usik...uwaaaa..takottt..masa x cukuppppp...erk

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)