Tuesday, January 9, 2018

Thailand Malaysia Food Fest - Best Tapi Ada Jugak Yang Tak Best!

Lepas pergi Blue Coral Aquarium dekat Menara KL, IQ dan keluarga singgah ke Thailand Malaysia Food Fest dekat Jalan TAR. Lepas tengok blogger Juju update dekat Instagram, terus rasa..wahhh..dekat! Nak pergilah! Teringin nak makan makanan Thai dah lama cuma belum berkesempatan. IQ pergi masa last day. 1.1.2018.

Cuaca hujan. Memang IQ bawak payung sebab bawak budak kecik kena la bawak payung. Parking dekat bangunan pejabat Arwah Suami iaitu Kompleks Pertama. Dan terus lintas jalan ke pesta makanan tu. Banyak lopak air di sekitar tapak pesta. Qa'id plak tak nak berdukung, cuma sesekali jer terpaksa angkat dia untuk elak dia dari lompat dalam air. Budak-budak, nampak air jer fikir air tu seronok untuk dikerjakan.

Tengok ada juga gerai jual barang seperti kelengkapan gadjet, selipar, kasut, dan macam-macam lagi. Plan nak beli kasut Qa'id tapi saiz kaki Qa'id ni macam susah plak nak cari. Kaki lebar macam Arwah Ayah dia. Terus batal hasrat. Lepas tu pergi gerai sebelah. Nampak kabel USB. Terus grab yang paling murah. haha!

BANYAK MAKANAN THAI YANG MENARIK TAPI...
Mata dah nampak makanan, tapi disebabkan baru lepas bantai KFC, rasa nak makan macam tertutup plak. haha! Sape suruh makan dulu kan? Silap langkah betul! Banyak jugak gerai makanan yang jual makanan yang sama. Dalam satu menu tu ada dalam 7-8 gerai yang jual menu yang sama. Cuma ada gerai yang rancak jualannya, namun ada juga yang sepi gerainya.

Tengah2 duk ushar makanan, entah macam mana, si Qa'id pergi lompat dalam lopak air. Adehhh! Habis seluar IQ dibuatnya. Dah la air dengan sisa makanan sekitar. Dah jerling tajam dekat Qa'id. Adoi laaa..anaaakkk.

Qa'id dalam rasa tak bersalah, boleh pulak mintak mainan. Try la pergi satu gerai jual mainan. Tapi IQ tak nampak mainan yang Qa'id selalu minat nak beli tu. Nak masuk ke dalam kedai lagi TAPI ada lopak air. Ishhh..baunya pun tak menyenangkan langsung. Adik sepupu plak belanja dia satu buah kereta. Terus budak tu senyap. adehhh.
Thailand Malaysia Food Fest - Best Tapi Ada Jugak Yang Tak Best!
Ada juga yang jual mee segera yang boleh dimasak sendiri di rumah
Nampak adik IQ stop dekat satu gerai jual Kerabu Maggi. IQ dah putus selera nak makan. Nampak macam tak ada yang menarik minat IQ untuk beli dan makan, mungkin sebab cuaca hujan dan lembab buatkan IQ jadi malas nak cari makanan yang berkenan di hati.

Adik IQ ajak makan dekat meja yang disediakan. Dia beli Kerabu Maggi dan Maggi Tomyam. Kerabu Maggi dia sedap, tapi Maggi Tomyam dia so so jer. Qa'id dah mula meragam. IQ plak tertinggalkan susu dia dalam kereta. Dah keletihan la tu. Tiba-tiba, IQ nampak ada orang deliver ais dekat satu gerai minuman. Dia deliver guna troli tinggi yang biasa orang angkut kotak, tapi kali ni dia angkat ais dalam plastik besar tu.
Thailand Malaysia Food Fest - Best Tapi Ada Jugak Yang Tak Best!
Kiri - Kerabu Maggi, Kanan - Maggi Tomyam
Sekali dia angkat 4 beg. Dua beg dia angkat dan  bawak ke gerai. Tinggal dua beg. IQ perhatikan secara detail. Tiada lapik bawah. Troli diberhentikan dalam lopak air yang bertakung sekitar pesta. Beg ais paling bawah memang terendam dalam lopak air!! Dia angkat dua beg yang akhir, dan IQ nampak lubang pada plastik beg air tu!! Maknanya??? AIR LOPAK MASUK DALAM BEG AIS TU!!

IQ tergamam, tak mampu nak kata apa. Dengan keadaan hujan macam ni, para peniaga memang kena alert bab kebersihan, apatah lagi berada di tengah bandar yang sistem longkang tak berapa nak efektif sangat.

IQ tak tahu la ais batu tu dibasuh dulu atau tidak sebelum dituang ke dalam tong air. Harapan IQ air batu tu dibasuh dulu. Memang agak mustahil, tapi kalau rasa bertanggungjawab, dan jujur, lakukanlah ia untuk keberkatan dalam berniaga. Jangan fikirkan untung sahaja, tapi kejujuran tiada.

20 comments:

  1. eewww... lepas ni tak rasa dah la nk pergi food fest, risau peniaga yang tak jaga isu kebersihan, nnt yg sakit perut sendiri tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu kebersihan ni muncul kalau cuaca tak berapa nak elok, risau air hujan lagi, lopak2 air lagi. tu laaa, xsggup nak layan sakit perut tu

      Delete
  2. eiii...gelinya.Pengotor betul la peniaga itu pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. supplier air batu jugak main peranan, peniaga tak tau la ambik tindakan atau tidak

      Delete
  3. terus putus selera nk makan n bli air kan.

    hrga pun boleh than mahal kan kalo kt thai food fest ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, tu la, rasa nak beli air mineral jer, harga pun kalau silap mmg lg mahal

      Delete
  4. Food fest ni dia kena buat dekat tempat yang sesuai. Macam ika pergi food fest dekat shah alam. Kawasan dia okay dan bersih. Depends dgn tempat rasanya. Apa pun, memang kebersihan la kita kena ambik kisah dlu. haih, mcm mcm ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ banyak dah pergi food fest ni, tapi memang kena tengok cuaca jugak, kalau hujan, lopak air akan muncul, kalau peniaga alert, semua akan ok

      Delete
  5. bila dah banyak2 gitulaa gayenye huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tak kisah liza, yg penting terurus. huhu

      Delete
  6. salam IQ..

    nampak sedap kerabu maggi tu..sedap ka?
    (padahal yaya lama xmkn mge tu yang nmpk cam sedap...hahaha)

    anyway, yaya da follow IQ tau ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, kerabu maggi tu sedap jer, maggi tomyam je tak kena dengan tekak IQ ni..hehe

      tq yaya, nanti IQ follow balik

      Delete
  7. Oh nooo... Loyalty tekak huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu, IQ pun sama, tak jadi beli air camtu dah

      Delete
  8. errr..tak adalah rasa rugi sangat tak pernah gi Thailand Malaysia Food Fest ni..hygiene pun tak berapa ok

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata