Thursday, January 4, 2018

Blue Coral Aquarium Di Menara Kuala Lumpur - Berbaloi Atau Tidak?

Hari tu IQ dan adik IQ tetiba melencong ke Menara Kuala Lumpur. Cuma waktu kitaorang pergi tak berapa nak elok cuacanya. Hujan. So, agak terbantut nak gerak sebab hujan ditambah dengan budak-budak kecik ni. Risau kena hujan kang demam. Mak bapak dorang ni la yang susah hati. (Sape suruh bawak budak-budak jalan time hujan!)

Dekat Menara KL sekarang ada banyak tarikan kalau korang nak tahu. Berbeza dengan Menara KL yang IQ pergi masa tahun 2003 yang lepas. Haha! Lama betul tak pergi Menara KL oii! haha! Masa dulu tu pergi satu family IQ. Masa tu pun adik bongsu IQ baru besar Qa'id. Bayangkan la adik IQ tu pun dah 17 tahun ni. haha! 15 tahun yang lepas! Lamanya masa berlaluuu.

PELBAGAI TARIKAN MENARIK DI MENARA KUALA LUMPUR
Ada tarikan yang menarik perhatian IQ macam KL Mini Zoo, Upside Down House, Blue Coral, Sky Deck, dan juga lihat pemandangan dari Menara KL. CUMANYA, disebabkan hujan ni, tak berbaloi la nak naik atas Menara KL ni, sebab? Tak nampak apa pun. View tak cantik la nak ambik gambar.

IQ plak dah bosan dengan zoo, jadinya IQ ajak adik IQ satu family masuk Blue Coral. Bawak budak-budak tengok ikan plak kali ni. Aquaria KLCC belum pernah pergi lagi tapi pergi yang ni dulu. Kalau budak-budak ni seronok, bawak pergi Aquaria la plak nanti.
Blue Coral Aquarium Di Menara Kuala Lumpur - Berbaloi Atau Tidak?
Ikan ape pun tak tahu nama. Lupa
Seorang Dewasa kena bayar RM13 seorang dan kanak-kanak bawah 4 tahun percuma. So, bayar untuk 4 orang dewasa jer. Masuk jer kawasan Blue Coral, dah jumpa Baby Shark doo doo doo doo.. (Siapa suruh nyanyi haaa?)

Qa'id sangat excited sebab first time kot pergi tengok ikan macam ni. Ni kalau bawak pergi Aquaria mahu melompat lagi tinggi agaknya. IQ tangkap gambar dan video sikit-sikit sebab battery handphone drained sangat. Dapat instastory sikit-sikit jer. Line dekat situ pun macam tak berapa nak bagi kerjasama. huhu.
Blue Coral Aquarium Di Menara Kuala Lumpur - Berbaloi Atau Tidak?
Asyik sangat si Qa'id tengok ikan
Masuk ke dalam lagi. Ada banyak juga jenis ikan dekat Blue Coral ni. Tapi tak ada banyak sangat. Ada akuarium untuk ikan yang sebesar Qa'id jugak. Takut tengok ikan sebesar tu. Nasib dalam akuarium, risau Qa'id kena ngap dengan ikan tu jer. Imaginasi ibu dia ni kadang-kadang menakutkan betul!
Blue Coral Aquarium Di Menara Kuala Lumpur - Berbaloi Atau Tidak?
Pok teh dan Medina dan juga Qa'id
Tak sempat nak penat, dah sampai hujung dah. Nak keluar kena patah balik. Tak banyak akuarium dekat Blue Coral ni. Tapi tempat dia sejuk laaa...Ada aircond, sampai adik ipar IQ cakap, "kita stay lama sikit la, ada aircond" haha! Dah kat luar sana pun hujan, nak aircond lagi ke? Adoii..IQ tak tahan sejuk tapi ok la, kena gerak-gerak nak bagi badan tak sejuk sangat.
Blue Coral Aquarium Di Menara Kuala Lumpur - Berbaloi Atau Tidak?
Suasana dalam Blue Coral. Kecik jer, Maaf, pencahayaan tak mantap, gambar banyak gegar
Blue Coral Aquarium Di Menara Kuala Lumpur - Berbaloi Atau Tidak?
Dengan adik IQ. 
Dah jemu tengok ikan ni semua, kitaorang pun keluar. RM13 berbaloi ke tak? Ermm....macam tak berbaloi tapi mungkin sebab tempatnya di Menara KL dan mungkin kos nak maintainkan ikan-ikan yang ada, RM13 dikira berbaloi la nak masuk. huhu.

Lepas pergi Blue Coral, nak pergi Upside Down House tapi sekali tutup daaaa. Patutnya pukul 7 petang tutup tapi tak tahu la kenapa tutup awal. Mungkin sebab hujan dorang tutup awal. So, apa lagi? Ke mana plak IQ dan adik IQ pergi? Tunggguuuuu....

Tengok gelagat Qa'id sepanjang di Blue Coral dalam video ni!

14 comments:

  1. Wahh bestnya ada upside down house tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi tak sempat nak pergi. nak pergi lagi nanti!

      Delete
  2. Replies
    1. boleh la. nak kata seronok sgt pun xley jugak

      Delete
  3. bestnya..bawak fariza mesti dia suka

    ReplyDelete
  4. opsss..termenyanyi.Hahahaha... budak2 suka sangat ni.. sambil2 boleh bawak anak kenal ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, got you! heee...aah, first step kenal ikan ok la dekat tempat ni

      Delete
  5. Wahhh bestnya..si baby boy tu plak berani je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kita ni xberani sgt tengok macam tu

      Delete
  6. being long time tak visit.. u re on blog list!

    ReplyDelete
  7. ari tu lepas gi taman eco rimba nak gi menara KL, tapi budak2 dah penat.. leps tu terus balik.. dah dekat dah tu dgn upsite down house, bluecoral, dgn mini zoo kl tower.. standby duit je laaaa hahah

    ReplyDelete
  8. macam best..bolehlah bawak anak pergi ke blue coral

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata