Friday, January 12, 2018

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo

Selalunya kalau nak beli rumah mesti nak kena dapatkan laporan CCRIS kan? Sebab nak tahu kemampuan kita membeli rumah yang nilainya berapa ratus ribu. Kita boleh dapatkan laporan CCRIS ni dekat Bank Negara. 

Tapi bagi mereka yang duduk di luar Kuala Lumpur dan bekerja mengikut waktu pejabat biasa, semestinya hajat nak ke Bank Negara mesti terbantut. Sama la IQ ni pun. Masalah nak ke sana memang jadi keutamaan IQ la. huhu.

TAPI sekarang korang dah tak perlu bersusah payah dah nak dapatkan report CCRIS ni sebab korang boleh dapatkannya secara online! Mudah jer ler sekarang! Segalanya di hujung jari jer! Yang penting ada internet aje. Tapi siapa jer tak ada internet dekat phone sekarang ni ye dak?

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
Mycreditinfo ni menawarkan Laporan CCRIS untuk korang secara Online. Yang terbaru, MyCreditInfo menawarkan Laporan CCRIS PLUS yang terdapat i-Score, Banking CCIS dan Laporan CCRIS. Ada juga sistem baru diperkenalkan iaitu JagaMyID yang akan menyimpan data korang dengan selamat berserta menyediakan laporan CCRIS mengikut pakej yang disediakan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK DAPATKAN LAPORAN CCRIS ONLINE DENGAN MYCREDITINFO

1- Pergi ke laman web MyCreditInfo dan klik Sign Up.

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
2
2- Isikan maklumat dengan betul dan jujur. Kalau tak jujur, laporan korang tak dapat disediakan. 

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
3
3- Dah settle semua, terus klik create an account
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
4
4- Masa ni dapat emel yang akaun dah didaftar dengan MyCreditInfo. Dorang akan bagitahu juga tempoh laporan akan disiapkan. 
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
5
5- Selalunya kalau korang belum attach dokumen masa daftar tu, korang akan dapat emel macam ni. Dorang ingatkan korang untuk attach dokumen yang dikehendaki.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
6
6- Klik Buy Credit Report (Basic/Plus). Masa IQ buat dulu, ada yang basic jer. Kalau nak lagi detail, boleh ambik yang PLUS tu.  Klik Buy Now.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
7
7- Confirmkan pembelian Laporan CCRIS korang dengan klik Checkout
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
8
8- Proceed dengan pilih Bank yang korang guna. Dan klik Proceed With Payment. Settle payment, korang akan dapat emel.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
9
9- Dah settelkan payment, korang akan dapat emel macam dekat atas ni. Boleh print bill dekat sini atau masa buat pembayaran dekat web sebelum tu.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
10
10- Selepas sehari (paling lewat), korang akan dapat laporan CCRIS korang dah. Setiap laporan ada PASSWORD korang sendiri tau. Secure sikit. Kalau korang boleh tengok laporan CCRIS yang basic punya, korang boleh tengok contoh di bawah.

CONTOH LAPORAN CCRIS BASIC


MyCreditInfo jugak ada letak laporan kita dekat akaun kita di MyCreditService. Boleh review balik laporan kita dekat situ. 

Report CCRIS ni pun kita boleh dapatkan ikut keperluan kita. IQ aim dalam setahun mungkin dua kali IQ nak check CCRIS IQ. Bila dah mudah nak dapatkan report CCRIS ni, senanglah hati mak-mak macam IQ ni. Yelah, nak ke mana-mana mesti fikirkan anak. Lagi mudah dan selamat kalau korang ambil pakej JagaMyID tu. Selamat dan menjimatkan! IQ nak try JagaMyID tu untuk yang seterusnya InsyaAllah.

Till then, Bai!

7 comments:

  1. Zaman sekarang mmg mudah dengan internet.. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. wahh..terimakasih IQ,memang bermanfaat.Ina share ya..

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing IQ. #baru saya tahu

    ReplyDelete
  4. mudahnya bila ada ni semua..bgus iq semua info tau..dan terima kasih sebb sharing

    ReplyDelete
  5. mudah sangat laa kalau ada macam ni.. tak yah dah gi KL kan..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata